Tag: najib

IMPIAN SAIFUDDIN MAHU ANWAR JADI PM DUA PENGGAL BARANGKALI AMAT SUKAR MENJADI KENYATAAN

Setiausaha Agung PKR merangkap Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail mengimpikan Anwar Ibrahim akan bertahan sebagai Perdana Menteri selama dua penggal. “Sekarang dalam penggal pertama, insya-Allah dah ada kejelasan untuk memasuki penggal kedua. Itulah impian kita,” katanya dalam episod terbaru Keluar Sekejap. Saifuddin juga menyifatkan Anwar mempunyai kesihatan yang ‘tip-top’ walaupun sudah berusia 77 tahun. […]

PENGURANGAN HUKUMAN NAJIB BAKAL DICABAR DI MAHKAMAH

Badan Peguam Malaysia akan memfailkan cabaran undang-undang di mahkamah terhadap keputusan Lembaga Pengampunan untuk mengurangkan separuh hukuman bekas perdana menteri Najib Razak atas sabitan rasuah SRC International. Presiden Badan Peguam yang baru dipilih, Ezri Abdul Wahab berkata usul mengenai perkara itu telah diluluskan dalam mesyuarat agung tahunan (AGM) ke-78 hari ini selepas menerima “majoriti besar” […]

KONTROVERSI KEKAYAAN DUA ANAK TUN MAHATHIR – MIRZAN & MOKHZANI

Dua anak lelaki bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, Mirzan dan Mokhzani, sedang disiasat oleh SPRM dan telah diarah mengisytiharkan harta mereka. Kedua-duanya diketahui aktif dalam dunia perniagaan dan terkenal mempunyai kekayaan yang besar. Tetapi bagaimana mereka meraih kekayaan, dan berapa kekayaan sebenar mereka? Dalam siri KiniGuide ini, kami menyemak semula perkara yang diketahui umum […]

DANA 1MDB DIGUNA BELI HARTANAH DI LONDON, NEW YORK – SAKSI

Bekas peguam 1MDB Jasmine Loo memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini, sejumlah USD15 juta yang datangnya daripada 1MDB dimasukkan ke dalam dua akaun bank berpangkalan di Switzerland sebelum digunakan untuk membeli hartanah di London dan New York. Ketika memberikan keterangan dalam perbicaraan 1MDB Najib Razak, Loo berkata, USD9 juta dimasukkan ke dalam akaun Falcon Bank antara […]

US$120 JUTA DUIT PINJAMAN KWAP KEPADA SRC INTERNATIONAL MASUK KE AKAUN PERIBADI NAJIB – SAKSI

Najib Razak menerima USD120 juta daripada hasil pinjaman Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) kepada SRC International Sdn Bhd antara Dis 2011 hingga Mei 2012, Mahkamah Tinggi diberitahu. Pengarah Urusan Quantuma International Angela Barkhouse yang juga pakar pemulihan aset luar pesisir memberi keterangan, bahawa wang itu masuk ke akaun bank peribadi bekas perdana menteri di Ambank […]

SRC MENJADI MEDIUM YANG DIMANIPULASI NAJIB – PEGUAM

Di bawah pengawasan Najib Razak selaku menteri kewangan, SRC International Sdn Bhd (SRC) menjadi mangsa penipuan besar-besaran oleh bekas perdana menteri itu, kata peguam syarikat terbabit. Membacakan kenyataan pembukaan dalam perbicaraan penuh hari pertama di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, Lim Chee Wee turut memetik kata-kata Najib sendiri mengenai syarikat SRC. Kata Lim, Najib […]

DARIPADA ENAM KERUSI LOMPAT, SATU DARIPADANYA SANGAT BERPOTENSI DIRAMPAS SEMULA, MAKA BIARKAN SAJA ADA PRK

Melalui perhimpunan agung khas yang diadakan petang tadi, pindaan perlembagaan Bersatu untuk menghalang Ahli-Ahli Parlimennya mengalih sokongan secara individu kepada pihak lain berjaya diluluskan secara sebulat suara. Pindaan itu mewajibkan wakil rakyatnya mengosongkan kerusi jika menyokong parti lawan di mana melalui perbuatan mengalihkan sokongan itu, keahlian mereka dikira terbatal secara automatik. Usul pindaan yang dikemukakan […]

ANWAR PATUT SERAH JAWATAN MENTERI KEWANGAN KEPADA RAFIZI

Akibat kejatuhan nilai ringgit, Anwar Ibrahim selalu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan kini dihentam dengan teruk daripada segenap sudut, tak kira siang atau malam. Lebih teruk lagi hentaman itu kerana tindakan Anwar sendiri cuba mengelak daripada menjawab pertanyaan media berkenaan kejatuhan ringgit itu, sebaliknya menyerahkan kepada Gabenor Bank Negara untuk menjawabnya. Di mata banyak pihak, […]

ANWAR YANG DIKEJAR JANJI

Semalam, Anwar Ibrahim berkata, adalah tidak adil untuk menyerangnya sekarang berhubung kenyataan mahu menurunkan harga minyak yang pernah dibuatnya 20 tahun lalu. Ini kerana kata beliau, kenyataan ketika itu dibuat dalam keadaan yang tidak sama dengan sekarang. “Masa saya umum dulu ‘hari ini jadi Perdana Menteri, esok harga minyak turun’, harga minyak di Arab Saudi […]

INGATAN KEPADA SALLEH SAID KERUAK, JANGAN JADIKAN ANWAR MANGSA KEDUA SELEPAS NAJIB

Walaupun Anwar Ibrahim sendiri akhinya tampil menjelaskan tentang isu kejatuhan nilai ringgit yang ketika ini berada pada kadar paling rendah sejak lebih 26 tahun lalu, tetapi saya agak rimas dengan hujah yang dikemukakan oleh bekas menteri dari Sabah, Salleh Tun Said Keruak. Saya yakin, ramai yang lain turut sama rimas dengan hujah beliau kali ini. […]

MANA SEGALA MACAM JENTERA KOMUNIKASI KERAJAAN, HANG NI RETI JAGA PMX ATAU TIDAK?

Berikutan tindakan Anwar Ibrahim yang enggan menjawab pertanyaan media mengenai kejatuhan nilai ringgit yang paling rendah dalam tempoh 26 tahun, tetapi kemudian didapati dengan senang hati menerima pelawaan untuk menyanyikan lagu Azizah di sebuah acara di Melaka, akibatnya berdentam-dentum bak gegak gempita mercun datang hentaman yang menimpanya. Sejak dua tiga hari lalu, terutama di TikTok, […]

APA CERITA PENGUMPULAN SEJUTA TANDATANGAN UMNO UNTUK BEBASKAN NAJIB?

Mesyuarat MT UMNO pada 4 Februari lalu memutuskan untuk mengumpul sejuta tandatangan daripada ahli parti itu di seluruh negara untuk dipersembahkan kepada Yang Dipertuan Agong dalam kadar sesegera mungkin bagi tujuan pembebasan Najib Razak. Tujuan pengumpulan sejuta tandatangan itu adalah untuk merayu kepada Agong agar Lembaga Pengampunan dapat memberi pengampunan penuh, berbanding hanya pengurangan hukuman […]

ISU BERAS MADANI SERLAH KECELARUAN KERAJAAN

Kewujudan kampit beras baru yang dinamakan Beras Putih Malaysia Madani secara tiba telah mencetuskan kecelaruan yang membuatkan ramai orang jadi rimas dengannya. Kecelaruan itu sudah tentu dikaitkan dengan kerajaan berjenama madani yang sedang berkuasa ketika ini. Kenapa kecelaruan berlaku? Pertama, kerana harga beras baru itu disebut sebanyak RM30 bagi kampit 10 kilogram, iaitu lebih tinggi […]

KE HADAPAN ANWAR YANG SUDAH ADA KUASA, SEELOKNYA BERHENTILAH MENGULANG-ULANG CERITA RASUAH GOLONGAN KAYA

Anwar Ibrahim sekarang ini sudah memegang jawatan Perdana Menteri sekitar 15 bulan lamanya dan dalam tempoh berkenaan, rasa-rasanya tidak kurang 30 kali beliau mengulang-ulang cerita tentang rasuah golongan kaya yang sedang dlgiat mahu diperanginya. Ertinya, dalam sebulan, sekurang-kutangnya dua kali beliau bercakap mengenainya. Ketika PRN enam negeri lalu dan PRK di beberapa kawasan sebelum ini, […]

TEMBELANG PECAH LAGI – JHO LOW DALANG DI SEBALIK SURAT DERMA RAJA ARAB, DEDAH SAKSI 1MDB

Bekas penasihat undang-undang 1MDB Jasmine Loo Ai Swan mendakwa Jho Low adalah individu di sebalik surat yang dikaitkan dengan dakwaan janji sumbangan dari kerabat diraja Arab Saudi kepada bekas perdana menteri Najib Razak. Loo yang merupakan bekas pegawai 1MDB yang dekat dengan Jho Low memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang Jho Low mengarahkan mendiang Kee […]

NAK KATA APA LAGI – JHO LOW ADALAH PROKSI NAJIB, KATA SAKSI 1MBD

Tindakan-tindakan Low Taek Jho, atau Jho Low, dalam 1MDB membuatkan dia dilihat seperti proksi bekas perdana menteri Najib Razak, menurut bekas penasihat undang-undang syarikat itu, Jasmine Loo Ai Swan. Loo berkata demikian ketika memberi keterangan dalam kes rasuah 1MDB berjumlah RM2.27 bilion terhadap Najib di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini. Loo yang dahulunya individu […]

HASSAN KARIM TAK GENTAR DIPECAT

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim tidak gentar dengan tindakan digantung atau dibuang parti berikutan teguran mendakwa reformasi dilaksanakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terlalu perlahan dan Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (BERSIH) wajar turun ke jalanan bagi menuntut janji. Katanya, beliau berpendirian berpegang kepada prinsip dan tidak akan tunduk atau berdiam […]

TIDAK CADANG PENGAMPUNAN ATAU PENGURANGAN HUKUMAN KEPADA NAJIB, SYABAS KERAJAAN PIMPINAN ANWAR KERANA TAK KOMPROMI DENGAN SKANDAL 1MDB

Berdasarkan pendedahan yang berpandukan surat yang ditandatangani Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zalha Mustafa yang dihantar kepada Najib Razak oleh peguam Shafee Abdullah semalam, adalah terbukti bahawa kerajaan madani melalui Lembaga Pengampunan tidak pernah sama sekali mencadangkan pengampunan penuh atau pengurangan hukuman kepada bekas Perdana Menteri itu. Surat yang dibacakan oleh peguam Najib itu mendedahkan Lembaga […]

RASA KECEWA PENYOKONG NAJIB KEPADA ZAHID HAMIDI MULA BERTUKAR MENJADI MARAH, SIAPA ‘KACANG HANTU’ DALAM UMNO?

Di sebalik Zahid Hamidi telah cuba melakukan macam-macam perkara untuk terus memperjuangan pengampunan penuh bagi Najib Razak, penyokong-penyokong bekas Perdana Menteri itu nampaknya masih “berbulu hati” terhadap Presiden UMNO itu. Selain dikatakan ada penyokong kuat Najib tidak menghadirkan diri dalam mesyuarat khas MT UMNO pada pagi Sabtu, sejumlah Ketua Bahagian pula dilihat semacam memboikot program […]