Tag: najib

GENCATAN POLITIK INI HANYA SEMENTARA, MUHYIDDIN BELUM BOLEH TIDUR LENA

Gencatan politik UMNO sebagaimana diumumkan Zahid Hamidi, walaupun dilihat telah menyelamatkan kedudukan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, tetapi ia bukanlah untuk selama-lamanya. Namanya pun gencatan politik – macam gencatan perang – maka tentulah ia hanya sementara dan bila-bila masa senjata boleh diangkat semula. Apatah lagi, di sebalik mampu menulis sebuah kenyataan media mengumumkan genjatan politik, Presiden […]

MUHYIDDIN PATUT MALU, PASANGAN DI BILIK TIDURNYA PUN KINI TAHU BELIAU SUDAH TIADA SOKONGAN LAGI

Setakat ini, sekurang-kurangnya tiga pemimpin UMNO dikenalpasti tidak lagi menyokong Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri. Mereka ialah Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, bekas Perdana Menteri, Najib Razak dan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah. Zahid Hamidi adalah Ahli Parlimen Bagan Datuk, Najib Ahli Parlimen Pekan dan Ku Li Ahli Parlimen Gua Musang. Zahid Hamidi […]

MUHYIDDIN ULANGI KEGAGALAN NAJIB?

Melihat kempen Muhyiddin Yassin untuk menumbangkan Warisan di Sabah ini barangkali mengingatkan kita kepada cara kempen Najib Razak pada PRU13 dan PRU14 lalu. Penonjolan poster yang banyak, sandaran kepada imejnya selaku Perdana Menteri, bahkan keghairahan Muhyiddin sendiri menonjolkan dirinya seolah-olah popular dan disukai rakyat adalah sama seperti yang dilakukan Najib pada dua PRU sebelum ini. […]

MUHYIDDIN TAK LAYAK DIBERI PUJIAN

Sekarang ini seolah-olah terdapat kecenderungan yang membuak-buak untuk pelbagai pihak mula tampil memuji dan menyanjung Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri. Penganalis politik, pensyarah universiti dan pusat-pusat kajian tertentu nampaknya macam silih berganti mengeluarkan naratif dan dapatan baru yang kononnya Muhyiddin adalah Perdana Menteri terbaik dan kian mendapat sokongan rakyat. Cuba juga digambarkan bukan setakat Muhyiddin […]

SETIAKAWAN NAJIB DAN ZAID

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim baru-baru ini telah menjalani pembedahan lutut di sebuah pusat perubatan swasta di ibu kota. Pembedahan itu adalah berikutan kesakitan di bahagian lutut yang dideritanya sejak sekian lama. Akibat sakit lutut itu, pergerakan dan aktivitinya banyak terjejas sejak kebelakangan ini. Ramai yang datang menziarahi bekas Ahli Parlimen Kota […]

“ANGKATLAH SAYA JADI PRESIDEN UMNO”

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mengulang kenyataannya sebelum ini bahawa mesejnya tidak boleh dinafikan yang UMNO perlu bergerak ke hadapan. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu dipetik Astro Awani berkata, masih ada yang mahu bekas Perdana Menteri, Najib Razak kembali menerajui parti sebagai Presiden UMNO, walaupun beliau sudah didapati bersalah di mahkamah. “Saya cakap benda […]

APAKAH MENGAMBIL WANG SECARA SALAH BOLEH BERTUKAR JADI HALAL JIKA TOLONG ANAK2 YATIM?

Kira-kira seminggu selepas didapati bersalah atas pertuduhan pengubahan wang haram, pecah amanah dan salah guna kuasa dalam perbicaraan SRC International, Najib Razak tampil menegaskan bahawa RM42 juta wang itu bukanlah digunakan untuk tujuan peribadi. Bekas Perdana Menteri itu yang akan membuat rayuan terhadap keputusan bersalahnya di Mahkamah Rayuan dengan demikian menyifatkan hukuman terhadapnya sebagai “amat […]

KENAPA HANYA SETELAH NAJIB DIHUKUM, BARU MUHYIDDIN NAK BAWA BERSATU SERTAI MN?

Menurut laporan, Bersatu akan bergabung bersama UMNO dan Pas dalam Muafakat Nasional (MN) bagi mengukuhkan lagi kerajaan Perikatan Nasional atau PN. Keputusan itu dikatakan dicapai hasil pertemuan yang diadakan semalam antara Perdana Menteri merangkap Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin dengan Ahli-Ahli Parlimen UMNO dan Pas berikutan keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 […]

NAJIB BERSALAH, MELAYU BERSATULAH

Pepatah ada mengatakan ‘biar lambat asal jangan tak sampai langsung’ begitulah kes 1MDB telah mula didedahkan oleh Pakatan Rakyat dan PH kemudiannya sejak 2011 di parlimen. Transaksi meragukan dan penipuan terbesar merompak harta negara dirancang begitu rupa sehingga nama pemimpin no 1 Malaysia mula dikenali sebagai pemimpin kleptokrat. Reaksi kepada penghakiman bersalah Najib Tun Razak […]

KEJAYAAN DI CHINI PENGIKTIRAFAN KEPADA NAJIB, NAMA MUHYIDDIN SUDAH BOLEH DIPADAMKAN

PRK Dun Chini berakhir dengan kemenangan bergaya calon BN, Mohd Sharin Md Zain yang berjaya mengalahkan dua calon Bebas dengan majoriti 12,650 undi. Beliau memperolehi 13,872 undi, manakala calon Bebas, Tengku Zainul Hisham Tengku Shukri mendapat 1,222 undi sementara seorang lagi calon Bebas, Mohd Shukri Mohd Ramli memperolehi 137 undi. Kedua-dua mereka hilang wang deposit […]

TIDAK BOLEHKAH NAJIB DILANTIK KETUA SIBER KERAJAAN BERTARAF MENTERI ATAU BELIAU MAHU JADI PM SEKALI LAGI?

Harus diakui ketika ini Najib Razak cukup terkehadapan dari segi menggunakan media sosialnya berbanding lain-lain pemimpin dalam gabungan tidak berdaftar PN untuk membela dan mempertahankan kerajaan. Beliau jauh mendahului Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Presiden UMNO Zahid Hamidi, Presiden Pas, Hadi Awang, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah dan semua pemimpin yang ada dalam PN. Tidak […]

HADI AWANG, DUTA KHAS YANG TIDAK DIRAIKAN LANTIKANNYA

Melantik orang politik sebagai duta khas bertaraf menteri, disamping duta lantikan kerajaan sudah pun sedia ada, sebenarnya hanyalah bermula sejak era kepimpinan Najib Razak. Sebelum itu, tidak pernah jawatan duta khas bertaraf menteri diwujudkan. Dalam zaman Tun Mahathir Mohamad, walaupun beberapa orang politik pernah dilantik sebagai duta seperti bekas Menteri Besar Terenggganu, Wan Mokhtar Wan […]

PENDEDAHAN AUDIO SPRM AKHIRNYA UNTUNGKAN NAJIB, RUGIKAN MAHATHIR

Sehingga ini masih tidak jelas apakah tujuan lain SPRM mendedahkan rakaman audio melibatkan Najib Razak yang dikaitkan dengan percubaan menutup skandal 1MDB, selain untuk memalukan bekas Perdana Menteri itu. Pada tanggapan umum, memalukan Najib adalah satu-satunya tujuan SPRM berbuat demikian, meskipun Najib sudah pun dihadapkan dengan puluhan pertuduhan di mahkamah dan semakin hampir menuju ke […]

KP SPRM MALUKAN DIRI SENDIRI, RAKAMAN AUDIO SEPATUTNYA DIJADIKAN BUKTI DI MAHKAMAH, BUKAN UNTUK HEBAHAN MEDIA

Pertama-tamanya ingin ditegaskan bahawa artikel ini bukan bertujuan untuk membela atau mempertahankan Najib Razak, Rosmah Mansor atau sesiapa yang lain berkaitan rakaman audio yang didedahkan oleh SPRM pagi tadi. Malah, sejak 2011 sehinggalah PRU14 lalu, sayalah antara pengkritik Najib paling kuat melalui tulisan dalam blog ini, buku dan pelbagai penerbitan yang lain. Tetapi, apa yang […]

JANGAN LUPA ATAU BUAT-BUAT LUPA, 2020 ADALAH TAHUN PERALIHAN KUASA

Hari ini, 1 Januari bermulalah lembaran baru tahun 2020 di hadapan kita. Menoleh ke belakang, pada awalnya ketibaan 2020 ini adalah detik di mana kita sepatutnya menyambutnya dengan penuh gembira kerana Malaysia telah ditargetkan akan muncul sebagai sebuah negara yang maju. Malangnya, Wawasan 2020 yang dilancarkan oleh Tun Mahathir Mohamad pada 1991 setelah berakhirnya Dasar […]

ADAKAH ZAHID HAMIDI SUDAH BERSAMA DENGAN AGENDA HISHAMMUDDIN?

Berdasarkan pemahaman secara umum, tindakan Apandi Ali meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO secara mengejut adalah kerana tidak berpuas hati dengan adanya arahan agar menangguhkan perbicaraan disiplin terhadap bekas Naib Presiden UMNO, Hishammuddin Hussein. Sehubungan itu, Apandi menegaskan, beliau meletakkan jawatan kerana tidak sedia menjadi kuda tunggangan sesiapa. “Saya tidak sanggup jadi kuda tunggangan. […]

SELEPAS NAJIB BERSUMPAH LAKNAT, KEPERLUAN KINI JADI LEBIH TINGGI UNTUK KES ALTANTUYA DIBUKA SEMULA

Semalam Najib Razak melakukan sumpah laknat Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur bagi menafikan tuduhan yang terkandung dalam Akaun Bersumpah atau SD Azilah Hadri yang mengaitkannya dengan pembunuhan Altantuya Sharibuu. Lafaz sumpah beliau adalah:- “Wallahi, wabillahi, watallahi. “Alhamdulillah, sejak saya memasuki usia taklif hingga saat ini, saya tidak pernah mengarahkan mana-mana individu untuk membunuh seorang […]

MENYASARKAN NAJIB SEMATA-MATA TIDAK MENJAMIN KEADILAN DAPAT DITEGAKKAN

Berikutan akuan bersumpah atau SD oleh Azilah Hadri, salah seorang pesalah dalam kes pembunuhan Altantuya Sharibuu yang mendakwa beliau diarahkan oleh Najib Razak untuk melakukan pembunuhan itu, semalam seluruh negara gempar jadinya dengan hampir semua orang bercakap dan mengulas perkara itu. Rata-rata menuding jari kepada bekas Perdana Menteri itu, lebih-lebih lagi SD yang dibuat oleh […]