Tag: Mukhriz

BUKAN SAYA CADANGKAN NAMA ANAK SAYA…BOLEHKAH KITA PERCAYA?

Tun Mahathir Mohamad berkata, cadangan menjadikan anaknya, Mukhriz sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam usaha PH Plus merampas semula kerajaan, bukan datang daripadanya. Tegas Tun Mahathir lagi, beliau juga tiada hak untuk menentang sebarang cadangan berkaitan anaknya semata-mata demi kepentingan dirinya. Berikut adalah kenyataan penuh Tun Mahathir berkaitan perkara tersebut:- •••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••• MUKHRIZ SEBAGAI DPM 1. Saya […]

APAKAH AKAN BERLAKU LANTIKAN FASA KEDUA GLC MELIBATKAN KETUA2 BAHAGIAN BERSATU?

Harus disedari, cabaran politik yang mesti dihadapi oleh Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dalam waktu yang terdekat ini adalah melibatkan dua perkara. Cabaran pertama, usul undi tidak percaya di Parlimen dalam sidang Dewan Rakyat yang bermula pada 18 Mei akan datang. Cabaran kedua, mempertahankan kedudukannya sebagai Presiden Bersatu yang akan dicabar oleh Menteri Besar Kedah, Mukhriz […]

KALAU MUHYIDDIN KALAH DALAM PEMILIHAN BERSATU, ADAKAH MAHATHIR BERPELUANG JADI PM SEMULA?

Ramai yang melihat hubungan Muhyiddin Yassin dengan Tun Mahathir Mohamad kini ibarat “sudah berpatah arang, berkerat rotan”. Hampir tidak ada yang yakin hubungan kedua-duanya dapat dipulihkan, meskipun mereka berada dalam parti yang sama. Baik penyokong Tun Mahathir atau penyokong Muhyiddin, semuanya tidak pasti sama ada hubungan kedua pemimpin itu dapat dipulihkan dalam waktu terdekat ini. […]

TEMA KEMPEN MAHATHIR #SelamatkanBERSATU, MUHYIDDIN DALAM BAHAYA?

Hanya beberapa ketika selepas diisytihatkan menang tanpa bertanding sebagai Pengerusi Bersatu, Tun Mahathir Mohamad sudah pun memulakan langkah kempennya. Melalui media sosial, beliau memperkenalkan tema kempennya ialah #SelamatkanBERSATU. Sambil memberitahu beliau merupakan pengasas dan mempunyai keahlian No 1 dalam Bersatu, bekas Perdana Menteri itu turut meletakkan gambarnya ketika mengisi borang keahlian parti itu pada tahun […]

KALAH ATAU MENANG SEBAGAI PRESIDEN BERSATU, MUHYIDDIN TETAP JADI BAHAN BELASAHAN MAHATHIR

Pertandingan paling menarik bagi pemilihan Bersatu Jun ini tentunya ialah perebutan jawatan Presiden antara Muhyiddin Yassin yang akan dicabar oleh Mukhriz Mahathir. Pertandingan itu lebih menarik lagi kerana kedudukan Tun Mahathir Mohamad selaku Pengerusi Bersatu tidak dicabar dan beliau telah pun diisytiharkan menang tanpa bertanding. Dengan kemenangan tanpa bertanding itu, sudah pastilah Tun Mahathir lebih […]