Tag: Muhyiddin

SUARA HATI RAKYAT MALAYSIA – TOLAK DARURAT, WUJUD KERAJAAN BARU

Susulan kecelaruan politik sejak beberapa hari lalu berikutan hasrat Muhyiddin Yassin mahu mendapat perkenan Agong untuk menguatkuasakan darurat, badan penyelidik Institut Darul Ehsan atau IDE telah tampil melakukan tinjauan umum. Tinjauan yang diberi nama Rakyat Malaysia Bersuara/ Malaysians Speak” dibuat secara elektronik menerusi medium sebaran WhatsApp, Twitter, Facebook, Emel, laman sesawang dan Telegram yang dihubungkan […]

MUHYIDDIN JADI HILANG PUNCA BILA ‘PULANG KOSONG’ SELEPAS MENGADAP AGONG?

Sesuatu yang Muhyiddin Yassin langsung tidak jangka ialah beliau dan rombongannya terpaksa “pulang kosong” selepas mengadap Agong semalam. Diberitakan, jangkaan beliau ialah cadangannya berkenaan perisytiharan darurat itu akan dipersetujui Agong tanpa banyak soal kerana ia telah diperakui oleh kabinet. Lebih daripada itu, dalam majlis mengadap semalam juga, Muhyiddin turut membawa sama beberapa menteri dan pegawai […]

MUHYIDDIN SEBAIKNYA LETAK JAWATAN SEBELUM RAJA2 BERSIDANG, LANTIK PM BARU PILIHAN TERBAIK

Kekalutan dalam negara sekarang ini sehingga tercetusnya idea jahat mahu mengisytiharkan darurat semata-mata untuk mengekalkan kuasa harus dilihat daripada dua sudut yang berbeza. Sudut pertama, semua yang berlaku ini adalah rentetan perbuatan Tun Mahathir Mohamad yang bersikap khianat dan enggan akur kepada janji peralihan kuasa. Jika sejak awal beliau bersikap jujur, ikhlas, berpegang kepada janji […]

MUHYIDDIN KINI DI JALAN MATI, SELURUH NEGARA BERGEMA SUARA MAHUNYA SEGERA BERHENTI

Cubaan Muhyiddin Yassin untuk mendapat perkenan Agong bagi mengisytiharkan darurat yang telah dipersetujui kabinet nampaknya tidak kesampaian. Majlis mengadap Agong di Istana Abdulaziz Kuantan selama lebih dua jam petang semalam tidak berjalan seperti yang diharapkan. Agong sebagai ketua negara ternyata ada kebijaksanaan tersendiri yang pada gambaran umum lebih mementingkan kesejahteraan rakyat dan masa depan Malaysia […]

MUHYIDDIN JANGAN JADI DIKTATOR YANG PENDEK AKAL

Saya mengikuti rapat laporan-laporan yang mengandaikan bahawa kerajaan sedang mempertimbang untuk melaksanakan langkah darurat bagi menyekat proses Parlimen. Hari ini kita sedang menyaksikan babak sejarah yang tidak pernah berlaku sebelumnya yakni mempunyai sebuah kerajaan yang bergelut dengan persoalan keabsahan, dan sedang menggunakan wabak Covid-19 yang memungkin penyalahgunaan kuasa. Pengisytiharan darurat hanya dilakukan bilamana terdapat unsur […]

BATALNYA MESYUARAT MN DAN MT UMNO HANYA MELEGAKAN MUHYIDDIN BUAT SEKETIKA….

Dua mesyuarat melibatkan UMNO dibatalkan di saat-saat akhir atas nasihat Majlis Keselamatan Negara atau MKN. Semalam, mesyuarat Muafakat Nasional atau MN yang membabitkan UMNO dan Pas bagi membincangkan kemasukan Bersatu ke dalam gabungan itu telah dibatalkan, walaupun beberapa pemimpin kedua-dua parti telah sampai ke PWTC. Hari ini pula, mesyuarat MT UMNO yang dijadual diadakan di […]

MT UMNO ESOK WAJIB BUAT KEPUTUSAN JANGKA PANJANG, TIDAK SEMATA-MATA TENTANG JAWATAN

Esok Selasa, MT UMNO akan mengadakan mesyuaratnya di Pahang yang akan menentukan sama ada ia terus kekal bersama PN dan Muhyiddin Yassin atau memutuskan untuk keluar daripada kerajaan. Biro Politik UMNO Rabu lalu telah membuat keputusan untuk menimbang untuk terus berada dalam PN, sambil akan mengemukakan syarat-syarat baru kepada Muhyiddin. Sementara Muhyiddin meminta UMNO memperincikan […]

PERALIHAN KERAJAAN BERDASARKAN PERLEMBAGAAN SEBAIKNYA DIPERCEPATKAN

Tidak pasti sama ada ia sesuatu yang akan berlaku atau cuma khabar angin, tetapi ramai sekali bercakap mengenai rombakan kabinet sejak sehari dua ini. Dikatakan rombakan kabinet itu akan dilakukan hari ini iaitu sehari sebelum MT UMNO mengadakan mesyuaratnya di Pahang esok. Diperkatakan bahawa antara rombakan yang akan dilakukan ialah melantik pemimpin UMNO sebagai Timbalan […]

TIGA PILIHAN BUAT MUHYIDDIN YANG HAKIKATNYA SUDAH PUN HILANG SOKONGAN

Dalam suasana tekanan makin meningkat terhadapnya sekarang ini, hampir mustahil untuk Muhyiddin Yassin mampu bertahan lebih lama di kedudukannya sebagai Perdana Menteri. Berdegil untuk terus berpaut pada kuasa, sementara majoriti yang dimilikinya jelas makin menghilang, hanya akan menyebabkan ketidaktentuan, kecelaruan dan kebencian rakyat terhadapnya. Untuk itu, setidak-tidaknya buat waktu ini, ada tiga pilihan untuk Muhyiddin. […]

MUHYIDDIN, JADILAH LELAKI SEJATI YANG ADA MARUAH DAN HARGA DIRI….

Secara prinsip dan dari sudut moral, Muhyiddin Yassin ketika ini sudah pun hilang sokongan majoriti untuk terus duduk di kerusi empuk sebagai Perdana Menteri. Bukan saja makhluk di bumi tahu mengenainya, malah penghuni di langit pun menyedari hakikat itu. Dalam hal ini, Muhyiddin sepatutnya malu kepada dirinya sendiri kerana masih lagi selamba buat muka tahu. […]

NAMPAK MACAM DAH LEMBUT HATI, TAPI ITULAH TAKTIK MUHYIDDIN NAK MEMBULI UMNO LAGI

Dalam reaksinya kepada tuntutan syarat-syarat baru yang dininta UMNO bagi meneruskan kerjasama dalam kerajaan PN, Muhyiddin Yassin telah menulis surat kepada Zahid Hamidi agar perkara tersebut diperincikan. Dilaporkan, apa juga tuntutan UMNO itu perlu diperincikan dan dihantar kepada Muhyiddin dalam bentuk bertulis atau surat. Sekali imbas, ternampak Muhyiddin semacam sudah berlembut dan akur dengan kedudukannya […]

MUHYIDDIN PATUT MALU, PASANGAN DI BILIK TIDURNYA PUN KINI TAHU BELIAU SUDAH TIADA SOKONGAN LAGI

Setakat ini, sekurang-kurangnya tiga pemimpin UMNO dikenalpasti tidak lagi menyokong Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri. Mereka ialah Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, bekas Perdana Menteri, Najib Razak dan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah. Zahid Hamidi adalah Ahli Parlimen Bagan Datuk, Najib Ahli Parlimen Pekan dan Ku Li Ahli Parlimen Gua Musang. Zahid Hamidi […]

TIADA MASALAH UMNO SOKONG ANWAR KERANA MUHYIDDIN PENGKHIANAT ‘TERULUNG’

Oleh Alexiz Utara Ia bukan isu besar sekiranya terdapat kumpulan Ahli Parlimen UMNO yang menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri baharu kerana mereka sedar pengkhianat ‘terulung’ adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin yang perlu disingkirkan dengan segera. Mengapa Ahli Parlimen UMNO perlu berasa serba salah atau berdosa untuk menyingkirkan Muhyiddin kerana sosok tersebut sebenarnya […]

KALAU MUHYIDDIN RASA JANTUNGNYA TAK BOLEH TAHAN, ELOKLAH LEBIH AWAL LETAK JAWATAN

Tarikh 13 Oktober ini bukan saja mendebarkan bagi seluruh rakyat Malaysia, tetapi juga kepada Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin. Malah, menunggu tibanya tarikh tersebut, Muhyiddin tentunya turut tidak lena tidur, sentiasa cemas dan degup jantungnya menjadi lebih pantas. Dalam keadaannya yang pernah menjalani pembedahan kanser, keadaan ini tidak mustahil memungkinkan penyakit lama menyerang kembali. Stress atau […]

SORRY SYED SADDIQ, LEBIH BAIK MUHYIDDIN SAJA YANG DIGESA BERHENTI….

Susulan Covid-19 yang melanda semula negara, Pengasas Parti Muda atau Ikatan Demokratik Malaysia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman antara lain mencadangkan agar perebutan kuasa dihentikan segera. Kata Ahli Parlimen Muar itu, perebutan kuasa hanya akan menyebabkan rakyat terus menderita dan sengsara. Walaupun beliau turut mencadangkan dua perkara lain iaitu tiada PRU atau PRN dalam tempoh […]

PERUTUSAN KHAS PM BANYAK PEMBOHONGAN, DIKECAM DAN RAMAI INGIN BELIAU SEGERA DIHUMBAN

Walaupun Muhyiddin Yassin sedang dikuarantin di kediamannya selama 14 hari buat kali kedua ketika ini, perutusan khas secara langsung yang disampaikannya petang semalam tetap dikecam ramai, malah ditolak oleh majoriti rakyat. Rata-rata rakyat bersuara memperlekeh tindakan Muhyiddin yang asyik melakukan perutusan khas, sedangkan isi yang disampaikannya bukan perkara baru, sudah diketahui umum, tidak penting, mengarut, […]

MUHYIDDIN DUA KALI DIKUARANTIN, MENTERI POSITIF COVID-19, APAKAH INI ALAMAT TIDAK BAIK BUAT PN?

Bukan sesuatu yang biasa bila seseorang itu kena kuarantin sebanyak dua kali, apa lagi kalau ia melibatkan Perdana Menteri. Rasanya, sepanjang pandemik Covid-19 ini melanda dunia, baik di penjuru negara mana sekali pun, tidak ada sesiapa pernah dikuarantin sebanyak dua kali. Tetapi itulah yang ditakdirkan berlaku di negara kita dan ia pula terjadi kepada seorang […]

MORATORIUM – MUHYIDDIN PEDULI ATAU TULI?

Bulan ini semua peminjam bank dikehendaki mula membuat bayaran pinjaman mereka berikuran tempoh moratorium telah berakhir. Tetapi, berikutan ekonomi belum lagi pulih sepenuhnya, ramai yang hilang pekerjaan masih tidak mendapat pekerjaan, banyak perniagaan tidak beroperasi dan kes Covid-19 pula meningkat semula, kerajaan digesa menyambung lagi tempoh moratorium penuh dan bukan memperkenalkan moratorium bersasar seperti sekarang. […]

UMNO PATUT TARIK BALIK PENYERTAAN BERSATU KE DALAM MN

Sebelum ini, atas persetujuan bersama, UMNO dan Pas telah bersetuju menjemput Bersatu untuk menyertai Muafakat Nasional (MN). Surat jemputan kepada Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin bertarikh 13 Ogos itu ditandatangani oleh Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi bersama Presiden Pas, Hadi Awang. Berikutan itu, Bersatu melalui surat balasannya bertarikh 18 Ogos yang ditandatangani Muhyiddin telah menyatakan persetujuan […]