Tag: Muhyiddin

TUN M DAN ANWAR SUDAH ADA CUKUP NOMBOR UNTUK JATUHKAN MUHYIDDIN

Sebagaimana yang sedia dimaklumi, Muhyiddin Yassin hanya mempunyai sokongan sebanyak 113 daripada 222 Ahli Parlimen pada pembukaan Sidang Parlimen 18 Mei lalu. Bermakna, kelebihan yang ada pada Muhyiddin hanya dua undi saja. Ini adalah kedudukan majoriti paling kecil dan paling lekeh pernah dikecap oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum ini. Lebih daripada itu, kelebihan hanya dua […]

MUHYIDDIN MENUTUP PENGKHIANATAN DENGAN PENGKHIANATAN

Ketika ini jika kita berbual-bual dengan penyokong dan pengampu Muhyiddin Yassin dalam Bersatu, sama ada mereka Ahli MPT, pimpinan negeri atau bahagian, rata-rata bernada suara yang sama iaitu perlunya Tun Mahathir Mohamad dipecat segera daripada parti itu. Dengan sentimen yang sedemikian rupa, tidak mustahil dalam pemikiran Muhyiddin juga terpahat kecenderungan yang sama. Tun Mahathir, setelah […]

TIDAK BOLEHKAH NAJIB DILANTIK KETUA SIBER KERAJAAN BERTARAF MENTERI ATAU BELIAU MAHU JADI PM SEKALI LAGI?

Harus diakui ketika ini Najib Razak cukup terkehadapan dari segi menggunakan media sosialnya berbanding lain-lain pemimpin dalam gabungan tidak berdaftar PN untuk membela dan mempertahankan kerajaan. Beliau jauh mendahului Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Presiden UMNO Zahid Hamidi, Presiden Pas, Hadi Awang, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah dan semua pemimpin yang ada dalam PN. Tidak […]

SELEPAS MUHYIDDIN DIKUARANTIN, SIAPA PANGKU TUGAS PM DAN SIAPA SAMPAIKAN PERUTUSAN HARI RAYA MALAM ESOK?

Lewat petang tadi, Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan media yang memaklumkan Muhyiddin Yassin kini dikuarantin selama 14 hari berikutan mesyuarat pasca kabinet yang dipengerusikannya semalam turut dihadiri oleh seorang pegawai yang disahkan positif Covid-18. Namun demikian, Muhyiddin yang telah menjalani saringan kemudiannya disahkan negatif Covid-19. Tempoh kuarantin di rumah selama 14 hari bermula petang ini […]

KERAJAAN PIMPINAN MUHYIDDIN KERAJAAN BERMORAL RENDAH?

Selain rapuhnya kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin kerana hanya ada majoriti dua undi di Parlimen, adanya “enam jahaman” dalam kumpulan mereka yang menyokongnya turut menjadi persoalan besar di kalangan masyarakat ketika ini. Dengan melambakkan jawatan menteri, timbalan menteri, pengerusi GLC dan duta bertaraf menteri kepada penyokong-penyokongnya, kemampuan hanya memperolehi sokongan 113/222 jumlah Ahli Parlimen juga adalah […]

MUHYIDDIN AKAN HAPUS JAWATAN PENGERUSI BERSATU?

Setelah berjaya menjadi Pemangku Pengerusi Bersatu dengan bantuan RoS, kemudian dijangka memecat Tun Mahathir Mohamad dan selepas itu menjalankan proses pemilihan parti, apa seterusnya yang akan dilakukan oleh Muhyiddin Yassin? Dalam keadaan semua dalam kawalannya, mungkin juga diikuti dengan pemberian jawatan-jawatan dalam GLC kepada pimpinan Bersatu di peringkat pusat, negeri dan bahagian, kalau pun Mukhriz […]

PENYINGKIRAN TUN M DARIPADA BERSATU TIDAK BERI KEUNTUNGAN KEPADA MUHYIDDIN

Walaupun penyingkiran Tun Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Bersatu melalui keputusan yang dibuat oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan atau RoS masih boleh dipertikaikan, tetapi itulah sebenarnya satu-satunya pilihan yang ada di tangan Muhyiddin Yassin untuk menguasai parti itu. Memang benar Tun Mahathir ada meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Bersatu pada 24 Februari lalu tetapi mesyuarat tergempar MPT Bersatu […]

KERAJAAN ‘PASIR DUA BUTIR’ MUHYIDDIN TAK MUNGKIN DAPAT BERFUNGSI BAIK, WAJAR BERUNDUR SEGERA

Jika pada sebelah pagi di Dewan Rakyat semalam, sokongan Ahli-Ahli Parlimen terhadap Muhyiddin Yassin didapati berjumlah 114 berdasarkan jumlah yang duduk di barisan kerajaan, hanya beberapa jam kemudian ia telah berkurangan menjadi 113. Ia berikutan Ahli Parlimen Sri Aman Sarawak, Masir Kujat berkata, tempat duduknya yang diletakkan di barisan kerajaan bukan berdasarkan pilihannya. ”Tempat duduk […]

BAGAIMANA JIKA MUHYIDDIN DIPECAT DARIPADA BERSATU?

Berdasarkan rakaman audio mesyuarat MPT Bersatu yang dibocorkan serta perkembangan semasa, adalah jelas Muhyiddin Yassin selaku Presiden parti telah melakukan dua kesalahan disiplin yang serius. Kesalahan pertama, membawa Bersatu keluar daripada PH tanpa kebenaran serta izin parti secara sah. Ini berdasarkan keputusan sama ada Bersatu perlu keluar PH atau tidak adalah bergantung persetujuan akhir Tun […]

114 AHLI PARLIMEN BERSAMA KERAJAAN, MUHYIDDIN MASIH BELUM SELAMAT PADA JULAI NANTI

Dalam Sidang Parlimen yang hanya ada acara titah perasmian Yang Dipertuan Agong hari ini, dilaporkan seramai 114 Ahli Parlimen duduk di barisan kerajaan. Seramai 108 Ahli Parlimen lagi adalah bersama barisan pembangkang. Berdasarkan jumlah Ahli Parlimen adalah seramai 222 orang dan majoriti paling minima ialah 112, ertinya Muhyiddin Yassin hanya ada lebih dua daripada jumlah […]

MOU TUBUH PN PETANDA MUHYIDDIN SENTIASA DIHANTUI KETAKUTAN

Tanpa angin, tanpa mesyuarat, tanpa perjumpaan, tanpa berbuka puasa bersama dan secara tiba-tiba saja keluar kenyataan bersama enam parti menyokong penubuhan Perikatan Nasional atau PN melalui kerjasama gabungan parti-parti politik. Kenyataan bersama itu ditandatangani oleh Muhyiddin Yassin, Presiden Bersatu; Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi BN; Hadi Awang, Presiden Pas; Abang Johari Haji Openg, Pengerusi GPS; Maximus […]

MUHYIDDIN PM KERAJAAN MINORITI, BUKAN MAJORITI

1. Esok, Isnin 18 haribulan Mei 2020 adalah satu tarikh yang penting. Majlis Istiadat Perasmian Pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Parlimen Keempat Belas akan dilakukan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. 2. Parlimen adalah simbol demokrasi berfungsi di Malaysia, sebuah negara demokratik, bebas, berdaulat yang menjunjung kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan. 3. Menjelang sidang […]

MENUNDA SIDANG PARLIMEN MENJADIKAN RAKYAT TIDAK LAGI DIUTAMA, HANYA AHLI2 PARLIMEN KAUT LABA

Jika sidang Parlimen pada 18 Mei ini tidak dihadkan hanya untuk titah perasmian oleh Yang Dipertuan Agong saja, barangkali soal keabsahan Perdana Perdana akan dapat diputuskan pada hari tersebut. Dengan yang demikian, sama Muhyiddin Yassin dapat kekal lagi sebagai Perdana Menteri atau akan dijatuhkan, tiada lagi pertikaian mengenai sahih atau tidaknya kedudukan siapa juga yang […]

MUHYIDDIN SEBAIKNYA TINGGALKAN BERSATU DAN KEMBALI SEMULA KEPADA UMNO

Meneliti dua pendedahan rakaman audio setakat ini yang melibatkan usaha membawa Bersatu keluar meninggalkan PH, jelas bahawa Muhyiddin Yassin tidak bercakap benar, melakukan pembohongan dan bersikap curang demi kepentingan peribadinya. Hakikatnya adalah jelas bahawa Bersatu tidak pernah dipersetujui oleh Tun Mahathir Mohamad selaku Pengerusi parti untuk keluar daripada PH. Walaupun melalui percaturan dan pembohongannya itu […]

KELOMPOK MANA DALAM PN YANG SOKONGAN MEREKA MASIH DIRAGUI MUHYIDDIN?

Apabila Muhyiddin Yassin terus mengelak untuk berdepan dengan usul undi tidak percaya di Parlimen, adalah jelas ia disebabkan beliau tidak yakin dengan sokongan majoriti yang dimilikinya. Tidak ada sebab lain mengapa beliau terus mengelak daripada mengadakan Sidang Parlimen, melainkan bimbang dengan kehilangan jawatan. Daripada jadual adal 9 Mac, Parlimen ditangguhkan kepada 18 Mei, kemudian sidang […]

MUHYIDDIN TERBUKTI PENAKUT, SUDAH TIGA KALI MENGELAK DAN MENGUBAH-UBAH SIDANG PARLIMEN

Hanya kira-kira dua bulan lebih sikit memegang jawatan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin telah tiga kali mengubah peraturan Sidang Parlimen semata-mata kerana takut hilang jawatannya. Pertama, sebaik mengangkat sumpah pada 1 Mac lalu, beliau telah menangguhkan tarikh asal Sidang Parlimen yang telah ditetapkan pada 9 Mac kepada 18 Mei. Ketika itu, jika Sidang Parlimen tidak diubah […]

MUHYIDDIN TAKUT, SAH TIADA SOKONGAN MAJORITI?

Speaker Parlimen, Mohamad Ariff Md Yusof memaklumkan Sidang Parlimen pada 18 Mei ini hanya untuk istiadat pembukaan dan Titah Diraja oleh Yang Dipertuan Agong saja. Tiada sama sekali sidang Parlimen selepas Titah Diraja selesai dilangsungkan. Sebelum ini, selepas Titah Diraja, Parlimen dijadualkan akan bersidang selama sehari yang antara lain untuk pembentangan rang undang-undang dan menyelesaikan […]

MUHYIDDIN LEBIH BAHAYA DARIPADA NAJIB

Trend mengikat Ahli-Ahli Parlimen dengan menawarkan mereka jawatan lumayan menerajui GLC untuk menjamin sokongan dalam usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri di Parlimen sebagaimana dilakukan secara berleluasa sekarang oleh Muhyiddin Yassin adalah sesuatu yang merbahaya dan tidak beretika. Meskipun melantik Ahli-Ahli Parlimen menerajui GLC bukan sesuatu yang salah, tetapi melantik semua Ahli Parlimen penyokong […]

SELEPAS LEBIH 30 LANTIKAN GLC, TAKKAN MUHYIDDIN MASIH TAKUT LAGI DENGAN USUL MAHATHIR?

Meneliti kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan berhubung sidang Parlimen pada 18 Mei nanti, ternampak semacam kerajaan enggan memberi ruang kepada pembentangan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin. Menurut beliau, hanya usul kerajaan akan dibentangkan pada sidang sehari tersebut. Katanya lagi, antara usul kerajaan yang akan dibentangkan ialah perlantikan Ketua […]

HABIS MUHYIDDIN KALI INI…..

Apa nasib Muhyiddin Yassin dalam usul undi tak percaya 18 Mei nanti? Bolehkah beliau menang dan kekal lagi sebagai Perdana Menteri? Atau mungkinkah Muhyiddin bakal menjadi seorang lagi Perdana Menteri, selepas Tun Abdullah Badawi dan Najib Razak yang berjaya dijatuhkan oleh Tun Mahathir Mohamad? Jika usul itu berjaya, adakah Tun Mahathir sekali lagi akan jadi […]