Tag: Mn

TOK MAT SANGGAH HADI AWANG

Tanpa terkurang rasa hormat saya kepada Tan Sri Presiden PAS, saya menegaskan bahawa pandangan beliau bahawa UMNO telah memungkiri piagam MN adalah tersasar sebenarnya. UMNO tidak pernah mungkir pada piagam Muafakat Nasional. Kepada rakan-rakan dalam PAS, janganlah kita lupa bahawa MN tidak ditubuhkan dengan matlamat PPBM mesti menjadi sebahagian darinya. Malah salah satu sebab MN […]

JANGAN SEDIH, UMNO SEPATUTNYA BERTERIMA KASIH KEPADA PAS

Rasa kecewa UMNO berikutan pendirian Pas yang mengumumkan akan menggunakan lambang PN dalam PRN Melaka, sekaligus menolak bekerjasama dengan BN mungkin boleh difahami, tetapi adalah dinasihatkan mereka tidak mengecam atau mengutuk parti Islam itu secara berlebih-lebihan. Pendirian Pas itu bukan saja atas kedudukan mereka sebagai anggota rasmi PN, malah ia sebenarnya dapat menyelesaikan masalah UMNO […]

SABARLAH UMNO, PAS SEKARANG BUKAN LAGI PAS YANG DULU

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan berkata, mana-mana pihak tidak perlu meminta parti itu “memilih sama ada hendak bersama Muafakat Nasional (MN) atau tidak.” Ini kerana, katanya, PAS adalah antara watak utama yang merangka dan berusaha menubuhkan MN atas dasar penyatuan ummah di negara ini. “Justeru, PAS berpandangan MN bukanlah milik eksklusif sesuatu parti atau kelompok, […]

UMNO SUDAH BOLEH LUPAKAN PAS, HATINYA SAH TELAH MELEKAT PADA PN, BUKAN LAGI MN

Dua hari lalu, Muhyiddin Yassin memaklumkan mengenai mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang dipengerusikannya secara sidang video. Kehadiran pemimpin lain yang dimaklumkan beliau dalam mesyuarat tersebut adalah seperti berikut:- 1. Hadi Awang – Timbalan Pengerusi 2. Dr. Jeffrey Kitingan – Timbalan Pengerusi 3. Yong Teck Lee – Timbalan Pengerusi 4. Ahmad Faizal Azumu – Timbalan Pengerusi […]

MASA DEPAN BERSATU MAKIN KELAM?

Walaupun mesyuarat Muafakat Nasional antara UMNO dan Pas semalam yang bertujuan untuk mengesahkan kemasukan Bersatu ke dalam gabungan itu dibatalkan pada saat akhir atas nasihat Majlis Keselamatan Negara, tetapi MN tetap mengorak langkahnya untuk terus ke hadapan dalam mengejar kuasa. Langkah seterusnya MN yang diumumkan hari ini ialah bersetuju agar MN didaftarkan sebagai sebuah gabungan […]

PN GANTI BN, BERSATU AMBIL ALIH DOMINASI UMNO DALAM MN?

Semuanya nampak seperti sudah diatur dan bergerak mengikut jalan cerita yang telah dirancang. Dengan Presiden UMNO, Zahid Hamidi dan Presiden Pas, Hadi Awang sendiri telah menulis surat secara rasmi kepada Muhyiddin Yassin menjemput Bersatu menyertai Muafakat Nasional, kemasukan parti itu ke dalam MN sudah tentu tidak menjadi masalah lagi. Atas dasar adanya jemputan pula, Muhyiddin […]

MN PECAH ATAU PN TERPECAH?

Kerajaan yang memerintah sekarang adalah Perikatan Nasional atau PN, walaupun ia belum lagi didaftarkan sebagai sebuah gabungan yang sah. Meskipun UMNO dan BN adalah kelompok Ahli Parlimen terbesar dalam PN, tetapi ia sudah mengesahkan tidak akan menyertai PN selepas didaftarkan nanti. Setujunya UMNO dan BN berada dalam PN adalah semata-mata sehingga habis tempoh Parlimen PRU14, […]

MANA SATU YANG BETUL?

PAS yakin gandingan parti itu dengan UMNO dan Bersatu dalam Muafakat Nasional (MN) akan mewujudkan suatu gagasan besar “Melayu Raya”. Bukan itu sahaja, malah kata Setiausaha Agungnya, Takiyuddin Hassan, langkah itu dapat memperkasa struktur masyarakat Malaysia. Justeru tambah beliau, Pas menyokong penuh keputusan Bersatu untuk menyertai MN. Namun demikian, Setiausaha Agung BN, Annuar Musa berkata, […]

MUHYIDDIN TETAP DAFTAR PN, APAKAH UMNO DAN PAS BENAR2 TAK SERTAINYA?

Sebaik saja Najib Razak dijatuhi hukuman bersalah dalam kes rasuah, pecah amanah dan penggubahan wang haram melibatkan dana SRC International 28 Julai lalu, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi kemudiannya mengumumkan parti itu tidak akan menyertai Perikatan Nasional atau PN secara rasmi. Sebaliknya, kata beliau, UMNO hanya akan bekerjasama dengan Pas dalam Muafakat Nasional (MN) untuk […]

PESANAN UNTUK MUHYIDDIN – JANGAN BAWA BERSATU SERTAI MN, TAPI….

Walaupun mungkin betul Muafakat Nasional yang mempelawa Bersatu untuk menyertai gabungan tersebut, tetapi Muhyiddin Yassin tidak harus tergesa-gesa menerimanya. Ini kerana MN adalah gabungan yang mana UMNO adalah “abang besarnya” dan jika Bersatu menjadi anggota barunya, bermakna parti itu akan berada di bawah telunjuk UMMO. Dengan kedudukan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, keadaan tersebut hanya […]

JIKA MUHYIDDIN KEKAL PM LAGI, APA JADI KEPADA NAJIB DAN ZAHID SELEPAS INI?

Walaupun belum dibincangkan secara rasmi dalam parti, UMNO pada peringkat awal ini nampaknya telah bersetuju untuk terus mengekalkan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri selepas PRU15 akan datang. Ahli MT UMNO merangkap Setiausaha Agung BN, Annuar Musa berkata, secara prinsipnya Muafakat Nasional atau MN yang menggabungkan UMNO dan Pas bersetuju untuk menamakan atau menyokong Muhyiddin sebagai […]

PRK CHINI PERMULAAN BERSATU DIKETEPIKAN, HANYA MN DIUTAMAKAN?

Walaupun tarikh PRK Dun Chini belum lagi ditetapkan, tetapi UMNO telah mula menampakkan keinginan untuk meninggalkan Bersatu dalam kempen pilihanraya tersebut. Berdasarkan tweet Setiausaha Agung BN, Annuar Musa, beliau menyebut, BN hanya akan bersama Muafakat Nasional atau MN dalam usaha mengekalkan kemenangan di Dun Chini itu. MN adalah muafakat atau kerjasama politik antara UMNO dan […]

KALAU MUHYIDDIN MASUK UMNO, ADAKAH BELIAU AKAN DIBERI LALUAN MUDAH UNTUK JADI PRESIDEN?

Cerita tentang Muhyiddin Yassin diura-urakan kembali menyertai UMNO bukanlah perkara baru sebenarnya dan ia telah pun mula kedengaran sejak beliau memegang jawatan Perdana Menteri kira-kira dua bulan dulu lagi. Oleh itu, apa yang dinyatakan oleh Ahli MT UMNO, Tajuddin Abdul Rahman bahawa Muhyiddin patut menyertai UMNO untuk mengelakkan pertembungan sesama sendiri dengan Bersatu, bukanlah sesuatu […]