Tag: Mereka

KABINET BESI BURUK, ISMAIL SABRI GAGAL FAHAMI KEBENCIAN RAKYAT

Melihat senarai menteri dan timbalan menteri yang diumumkan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob pagi tadi, kesimpulan paling jelas ia langsung tidak menampakkan sebarang perubahan dan pembaharuan. Seolah-olah kabinet yang dibentuknya ini tidak lebih merupakan kesinambungan daripada kerajaan gagal pimpinan Mahiaddin Md Yasin sebelum ini. Kalau dulu ia dinamakan kerajaan PN, susunan kabinet Ismail Sabri ini […]

SEWAKTU DARURAT, AGONG BUKAN SAJA BOLEH PANGGIL PARLIMEN BERSIDANG, MALAH BOLEH JUGA PECAT PM – ZAID IBRAHIM

Kerajaan PN bernasib baik kerana mereka masih lagi memerintah kerajaan, walaupun tidak menentu hala tuju. Mereka bernasib baik kerana Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah lembut dan sabar orangnya. Dalam masa darurat (dan di mana Parlimen tidak bersidang) Ordinan Darurat yang ada sekarang memberi kuasa penuh kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA). Baginda boleh panggil Parlimen […]

ADAKAH RAKYAT MULA MENENTANG #KERAJAANGAGAL PN SECARA TERBUKA?

Beberapa simptom telah kelihatan. Rakyat menyatakan rasa tidak puas hati di sana sini. Kebanyakannya dicetuskan oleh golongan muda, lelaki dan perempuan. Simptom pertama, jelas kelihatan apabila anak-anak muda melakukan protes di jalan menuju ke Parlimen. Mereka menuntut perlaksanaan Undi 18 tahun.Ini berlaku di ibukota, di hadapan mercu tanda demokrasi di Malaysia, iaitu bangunan Parlimen yang […]

USAHA MENJATUHKAN MUHYIDDIN ADALAH GERAKAN YANG WAJIB DISOKONG

Ternampak ramai yang masih berbelah bagi tentang usaha untuk mengembalikan PH sebagai kerajaan, tidak kira sama ada melalui usul undi tidak percaya atau penyerahan Akuan Bersumpah atau SD kepada Yang Dipertuan Agong. Bagi penyokong Perikatan Nasional atau PN, khususnya daripada UMNO dan Pas yang tidak diundi untuk menjadi kerajaan dalam PRU14 lalu, mereka nampaknya cukup […]

KALAU ASYIK BERCAKARAN BEGINI, BUAT APA DUDUK SERUMAH LAGI?

Hubungan Bersatu dengan UMNO di Johor kini bolehlah diibaratkan seperti suami isteri atau rakan kongsi perniagaan yang asyik bergaduh saja kerjanya setiap hari. Setiap hari, kedua-dua mereka sibuk berbalas-balas kenyataan menyalahkan satu sama lain. Mereka pula bukannya bergaduh di dalam rumah atau di bilik mesyuarat, tetapi secara terbuka sehingga suara bertengkar didengari oleh semua jiran […]

SELEPAS KALAH TERUK DI TG PIAI, TUN M TIDAK SEPATUTNYA MELEWATKAN LAGI PERALIHAN KUASA

Apabila Tun Mahathir Mohamad mengumumkan untuk melewatkan tarikh penyerahan kuasa sehingga selepas Sidang APEC pada November 2020, tidak banyak yang gembira dengan perkhabaran itu. Sebaliknya, lebih ramai yang kecewa serta rasa berduka atas pengumuman itu. Kalangan orang Cina yang merupakan peniaga dan penggerak ekonomi negara, mereka merasakan pengumuman Tun Mahathir itu bermakna mereka perlu menahan […]

SIAPA NGOK, SIAPA NGEK DALAM PKR? APA NASIB MEREKA BILA ANWAR JADI PM?

Presiden PKR dan bakal Perdana Menteri ke-8, Anwar Ibrahim mahu anggota parti mengabaikan satu dua orang dalam parti itu yang disifatkannya sudah tidak relevan lagi. Sebaliknya, tegas beliau, mereka hendaklah lebih mengutamakan kepada agenda rakyat. “Tumpu kepada agenda rakyat, satu dua orang ngok-ngek ngok-ngek ini biarlah, not relevant. “Mana boleh dapat sokongan 100 percent, you […]

AHLI PARLIMEN PH MEMALUKAN….

Walaupun semalam Tun Mahathir Mohamad berkata, Ahli-Ahli Parlimen sudah diberi amaran agar menghadiri sidang Dewan Rakyat, keadaannya pada hari ini masih tidak berubah. Mereka bukan saja didapati tidak berada di Parlimen, malah tidak kelihatan ketika Tun Mahathir sendiri menjawab soalan. Keadaan ini sungguh-sungguh memalukan dan seolah-olah mereka tidak hormat kepada Perdana Menteri. Apa sudah jadi […]

AKHIRNYA TERBUKTI PERANGAI PH DAN BN SAMA SAJA…..

Dulu, sebelum jadi kerajaan, para pemimpin PH paling bising apabila kerajaan BN ketika itu mengumumkan pelbagai peruntukan pembangunan setiap kali bila ada pilihanraya kecil diadakan. Kata mereka, perbuatan itu adalah satu bentuk rasuah kepada pengundi serta menyalahgunakan wang kerajaan untuk kepentingan parti politik yang bertanding. Kecaman demi kecaman terhadap perbuatan BN itu sedikit demi sedikit […]