Tag: Menteri Besar

NYAHWARTA HUTAN WALAU DUN TOLAK, MB SELANGOR DIPANGGIL PKR BERI PENJELASAN

Saya meneliti laporan dan aduan berkenaan tindakan Kerajaan Selangor yang telah melakukan penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) pada bulan Mei yang lalu. Saya juga turut mengambil maklum bahawa Dewan Undangan Negeri Selangor telah menolak cadangan tersebut. Ingin ditegaskan keputusan yang dibuat ini masih belum dimaklumkan kepada pimpinan parti. Malah pimpinan KEADILAN sejak tahun […]

BOLEHKAH UNDI TAK PERCAYA TERHADAP PM DIBUAT DI LUAR PARLIMEN?

Yang di-Pertuan Agong ada kuasa di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk melantik Perdana Menteri Malaysia (Fasal (2)(a) Perkara 43). Tetapi Yang di-Pertuan Agong tidak ada kuasa untuk singkir Perdana Menteri. Ini adalah di antara ciri penting dalam sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan di Malaysia. Perdana Menteri Malaysia boleh disingkir di dalam Dewan Rakyat samada melalui […]

NEGARA KINI DALAM BAHAYA, RAKYAT MESTI BANGUN BERSUARA

Satu undang-undang yang membenarkan Perdana Menteri, Ketua Menteri dan Menteri Besar meluluskan perbelanjaan tambahan atau menggunakan Kumpulan Wang Disatukan tanpa melalui legislatif sepanjang penguatkuasaan darurat, telah diluluskan. Ini bermakna, Perbendaharaan Malaysia, Menteri Besar dan Ketua Menteri boleh menambah perbelanjaan atau menggunakan Kumpulan Wang Disatukan masing-masing tanpa kelulusan wakil rakyat atau melalui Parlimen. Perkara ini digariskan […]

BERSATU AKAN JADI BAHAN KETAWA DUNIA JIKA SANGGUP TERIMA MB UMNO

Walaupun UMNO dilihat berjaya menjatuhkan Ahmad Faizal Azumu atau Peja melalui tipu daya usul undi percaya, tetapi laluan untuk parti itu menduduki kerusi Menteri Besar Perak tidaklah semudah yang diimpikan. Benarlah kata orang tua-tua – meroboh lebih mudah daripada membina sebuah bangunan. Di sebalik UMNO merasakan dengan jatuhnya Peja, mereka dengan mudah dapat merampas kerusi […]

UNTUK KESTABILAN PERAK, LEBIH MUNASABAH UMNO KETEPIKAN BERSATU DAN PILIH PH BENTUK KERAJAAN

Sementara siapa pemimpin UMNO yang akan mengisi jawatan Menteri Besar Perak belum dapat dipastikan lagi, apa bentuk kerajaan baru yang bakal terbentuk di negeri itu juga masih merupakan teka-teki. Bagi jawatan Menteri Besar, difahamkan tiga nama sedang bersaing – Sharani Mohamad, Zambry Abdul Kadir dan Shahrul Zaman Yahya. Tetapi, berdasarkan kedudukannya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan […]

SEMUA INI SALAH MUHYIDDIN…..

Selepas hilang jawatan Menteri Besar di Johor, Bersatu kini terus dirundung malang di negeri Melaka dan Selangor. Di Melaka, berikutan ketamakan menagih jawatan ketua kerajaan negeri, dua Adun Bersatu akhirnya diketepikan daripada Perikatan Nasional atau PN yang mana Ketua Menteri baru dijangka akan mengangkat sumpah esok. Dengan itu, wakil Bersatu yang sebelum ini berada dalam […]