Tag: melayu

TANJUNG PIAI – SUKAR BUAT PH, TAPI TAK MUDAH UNTUK BN

Walaupun SPR hanya akan bermesyuarat pada 1 Oktober depan untuk menentukan tarikh pilihanraya kecil Tanjung Piai, keghairahan orangramai memperkatakannya telah bermula sebaik saja berita kematian Dr. Md Farid Md Rafik mula tersebar pada pagi Sabtu lalu. Hanya beberapa jam setelah beliau diberitakan meninggal dunia kerana serangan jantung, sebermula itulah juga ramai yang serentak memberi reaksi, […]

BERITA SEDIH

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Tanjung Piai, Dr Farid Md Rafik meninggal dunia awal pagi ini kerana serangan jantung. Beliau yang berusia 43 tahun meninggal dunia di Hospital Pontian, Johor. Takziah diucapkan kepada keluarganya atas kepulangan ke rahmatullah beliau secara mengejut ini. Bagaimanapun, sebagaimana peruntukan perlembagaan apabila ada kematian wakil rakyat, […]

BENARKAH PH JUGA NAK BUAT HIMPUNAN MELAYU?

Tersebar meluas di media sosial tentang suatu perhimpunan Melayu yang dikatakan bakal diadakan pada Oktober depan. Perhimpunan yang dinamakan Kongres Maruah Melayu itu diberitakan akan diadakan pada 6 Oktober 2019 di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Ia dikatakan anjuran sebuah NGO, tetapi penggerak di belakang tabirnya ialah beberapa bekas pemimpin UMNO yang telah melompat menyertai Bersatu. […]

PENYATUAN UMMAH UMNO DAN PAS BELUM TENTU MAMPU TUMBANGKAN PH

Nampaknya suka benar UMNO dan Pas dengan penggabungan kedua-dua parti yang dijalin secara rasmi melalui Piagam Muafakat Nasional. Dengan ditandatangani oleh Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas, Hadi Awang, maka dengan ini sahlah sudah hubungan nikah dan kahwin kedua-dua parti itu. Suka dan gembiranya UMNO dan Pas dengan kerjasama itu bukan setakat ada […]

UMNO HASUT ISU PERKAUMAN, NAJIB SERAH SEMUA KEPADA JHO LOW

Kebelakangan ini UMNO semakin galak meniupkan api perkauman. UMNO dan PAS sangat yakin mereka boleh merampas tampuk pemerintahan negara dengan helah membuatkan orang Melayu membenci kaum lain terutamanya Cina. UMNO tidak perlu menjawab mengenai kerosakan berpuluh tahun yang mereka tinggalkan. PAS tidak perlu menjawab 60 tahun mereka menuduh UMNO tidak Islam, malah satu ketika menuduh […]

SEBELUM PENYATUAN UMMAH JADI ANCAMAN, PERALIHAN KUASA TIDAK BOLEH LAGI DILENGAHKAN

Kerjasama UMNO dan Pas dengan tema penyatuan ummah akan dimetrai secara rasmi pada 14 September ini di PWTC, Kuala Lumpur. Sehingga ini masih belum pasti sama ada tema penyatuan ummah akan dikekalkan atau ditukar kepada penyatuan nasional yang dikatakan bertujuan menampakkan ia lebih inklusif. Tetapi, apa pun temanya, kerjasama dua parti Melayu terbesar itu dijangka […]

BANTAHAN PENGGABUNGAN UMT-UNISZA AKAN DIBAWA SEHINGGA KEPADA PM

Cadangan penggabungan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) oleh Kementerian Pendidikan dijangka akan terus mendapat bantahan. Antara yang akan dilakukan ialah menghantar surat bantahan kepada Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad agar membatalkan rancangan tersebut. Difahamkan, ada pihak-pihak tertentu yang terkait secara langsung dengan UMT dan UNISZA akan mengemukakan surat bantahan tersebut. […]

KALAU PENYATUAN NASIONAL, KENAPA HANYA ADA LOGO PAS DAN UMNO?

Projek kerjasama UMNO dan Pas yang sebelum ini bertemakan penyatuan ummah dilaporkan akan ditukar kepada penyatuan nasional. Menurut sumber, dengan penggunaan kalimah “ummah” ada pihak dalam parti terbabit bimbang ia disalahertikan kepada agenda khusus untuk orang Islam semata-mata. “Penyatuan nasional mungkin menjadi tema baru bagi piagam kerjasama Umno dan PAS yang akan dimeterai pada 14 […]

SEBELUM MAHU HAPUSKAN PENCEN PENJAWAT AWAM, HAPUSKAN PENCEN MENTERI LEBIH DULU

Kerajaan dilaporkan dalam perancangan untuk menghapuskan skim pencen dengan lantikan baru penjawat awam di masa akan datang hanya akan dilakukan secara kontrak. Lantikan kontrak itu adalah bagi menggantikan skim tetap dan berpencen yang menjadi amalan selama ini. Dilaporkan bahawa perubahan ini dapat menjimatkan wang kerajaan sebanyak RM5 bilion setahun di mana sekarang ini bayaran pencen […]

JAWAPAN KEPADA POLITIK KAUM DAN AGAMA YANG MELAMPAU

Politik perkauman dan agama yang selama ini menjadi mainan UMNO dan Pas barangkali tidak relevan lagi selepas ini. Ini berikutan persempadanan baru SPR yang akan menambah kawasan pengundi campuran sedang dilaksanakan dan mungkin menjadi kenyataan dalam PRU15 akan datang. Sekarang ini, daripada 222 kawasan Parlimen di seluruh negara, kawasan yang benar-benar boleh dikategorikan sebagai campuran […]

SIA-SIA HARAPKAN TUN M BUBAR PARLIMEN AWAL

Terdapat seolah-olah kecenderungan yang berterusan ketika ini daripada UMNO dan Pas untuk mendesak agar Tun Mahathir Mohamad segera membubarkan Parlimen. Dalam UMNO dan Pas kononnya menyokong Tun Mahathir agar menghabiskan khidmat sebagai Perdana Menteri sehingga ke akhir penggal, lidah bercabang kedua-dua parti ingin segera merebut kuasa nampaknya tidak dapat diselindungkan dalam waktu yang sama. Seolah-olah […]

MEMBANTU MELAYU BUKAN AMALAN PERKAUMAN

Di mana salahnya apabila Azmin Ali menggesa agar kerajaan tidak lagi apologetik dalam melaksanakan janji yang melibatkan orang Melayu dan Bumiputera? Dalam gesaan seterusnya susulan kekalahan PH di Semenyih, Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu berkata, “kerajaan harus berani dan tidak perlu gundah gulana untuk menunaikan janji kepada masyarakat Melayu dan Bumiputera yang merupakan sebahagian daripada […]