Tag: melayu

TUN DAIM SANGGAH TUN MAHATHIR?

Sebagaimana kita sedia maklum, Tun Mahathir Mohamad telah beberapa kali melabel orang Melayu sebagai pemalas dalam ucapan terbukanya. Pada Kongres Maruah Melayu baru-baru ini pun beliau mengulangi lagi perkara yang sama. Ketika ditanya kemudiannya, Perdana Menteri mempertahankannya dakwaannya itu. “Saya ingin cakap kebenaran. Kalau saya dapati ada orang tak nak bekerja, bermakna dia tak ada […]

KEPUTUSAN TANJUNG PIAI MANIFESTASI PENGUNDI CINA TIDAK LAGI SUKA TUN M

Dalam bahasa yang paling mudah, kemenangan bergaya BN di Tanjung Piai adalah disebabkan “pengundi Melayu undi calon Cina dan pengundi Cina pun undi calon Cina”. Bermakna, pilihan pengundi kali ini terkeluar sama sekali daripada faktor kaum, walaupun dalam beberapa keadaan, isu perkauman cuba dimainkan. Dalam konteks sokongan pengundi Melayu kepada calon BN, Wee Jeck Seng, […]

PEJA MESTI DILARANG DATANG LAGI KE TANJUNG PIAI

Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu atau Peja dilaporkan akan diminta memberi penjelasan berhubung kenyataannya berkaitan DAP yang tular dalam sebuah rakaman video baru-baru ini. Menurut Setiausaha Agung Bersatu, Marzuki Yahya, Peja akan diminta memberi penjelasan itu dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu yang akan diadakan esok. “Ya, sudah semestinya kita akan bertanya sebab-sebab yang […]

PEJA TERBUKTI MASIH TEBAL DNA UMNO, PERBUATANNYA UMPAMA MENGUTUK ISTERI SENDIRI DI DEPAN AWEK BARU

“Macam saya di Perak, saya seorang terkontang-kanting nak lawan dengan puak-puak DAP ini. “Saya nak pertahankan tanah orang Melayu. Saya nak perjuangkan agama kita. “Saya buat itu pelan-pelan tapi Alhamdulillah kawan-kawan UMNO kat sana tak adalah marah-marah saya macam ni”. Di atas adalah kata-kata yang diucapkan oleh Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu dalam sebuah […]

PAS OH PAS….LEBIH BAIKLAH TAK PAYAH DATANG BERKEMPEN KE TANJUNG PIAI!!!

Ketika PRK Cameron Highlands di mana calon BN adalah daripada UMNO yang beragama Islam, manakala calon PH adalah DAP yang bukan Islam, Pas telah mengeluarkan fatwa wajib menyokong calon yang ada sifat keagamaan. Justeru, Presiden Pas, Hadi Awang meminta pengundi Islam termasuk mereka yang bukan Islam agar tidak memilih calon dari DAP itu. “Kita minta […]

BIAR SAJA MCA LAWAN BERSATU DI TANJUNG PIAI….

Sementara PH telah mengumumkan Ketua Bahagian Bersatu, Karmaine Sardini sebagai calonnya bagi PRK Tanjung Piai, BN masih lagi dalam kebuntuan berhubung siapa yang hendak diletakkan sebagai calon. Dalam majlis pelancaran jentera pilihanraya BN semalam yang sepatutnya disekalikan dengan pengumuman calon, Presiden UMNO, Zahid Hamidi berkata, beliau telah “diarah” untuk tidak tidak berbuat demikian. Sehubungan itu, […]

“KALAU MAHU BERCAKAP SOAL MARUAH, CAKAPLAH TENTANG MARUAH SEMUA WARGANEGARA”

Dua minggu telah berlalu sejak Kongres Maruah Melayu diadakan pada 6 Oktober 2019 lalu di Shah Alam Selangor. Kongres itu adalah satu perhimpunan aman yang telah berlangsung dengan aman. Hak berhimpun secara aman itu dijamin dan dilindungi oleh undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 10. Walaupun Kongres itu satu perhimpunan aman, tetapi bagaimana dengan […]

UTUSAN TUTUP KEDAI?

Di bawah ini adalah berita yang dipetik daripada laporan Harian Metro online hari ini. Jika benar seperti yang dilaporkan, siapa yang melakukan Utusan sampai jadi begini, ini maruah Melayu atau barua Melayu? ————————————- NASIB 800 kakitangan Kumpulan Utusan Melayu (M) Bhd kini sekali lagi menjadi tanda tanya apabila operasi syarikat akhbar itu dikatakan akan ditamatkan […]

MAHATHIR PENYUMBANG TERBESAR PERPECAHAN MELAYU

Antara perkara yang disentuh Tun Mahathir Mohamad dalam amanatnya di Kongres Maruah Melayu semalam adalah tentang perpecahan orang Melayu dalam politik. Katanya, oleh sebab politik Melayu sekarang ini berpecah kepada enam kumpulan, tiada mana-mana parti mampu mendapat sokongan melebihi 50 peratus. Akibatnya, tambah beliau, mereka terpaksa bergantung kepada kaum lain untuk mendapatkan kemenangan. “Kita sendiri […]

“YANG SALAH PEMIMPIN MELAYU DAN MAHATHIR PERLU BERHENTI SEGERA”

1. Kongres Maruah Melayu telah berakhir dan natijahnya pada saya jelas yakni menutup kegagalan pemimpin hari ini dengan menyalahkan orang Melayu. 2. Saya ulangi keyakinan saya sebelum kongres bahawa kongres ini hanyalah manifestasi kegagalan Mahathir dan pemimpin2 Melayu. 3. Negara pernah melahir dan menyaksikan pemimpin2 Melayu yang berjaya. Pemimpin2 itu adalah mereka yang selamatkan negara […]

KONGRES YANG GAGAL

Saya hadir untuk mendengar sendiri amanat Tun Mahathir dalam Kongres Maruah Melayu yang diadakan di Stadium Tertutup Shah Alam pada hari ini. Bagi saya, kongres ini telah gagal menaikkan semangat dan maruah orang-orang Melayu tatkala pemimpin-pemimpin Melayu tidak kira ideologi dan kecenderungan bersusah payah hadir untuk mengharapkan sesuatu yang positif dari kongres ini. Malangnya, kami […]

MASIH ADAKAH MARUAH KONGRES MARUAH MELAYU ESOK?

Esok akan berlangsung Kongres Maruah Melayu di Shah Alam yang akan dihadiri oleh Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sebagai pemberi amanatnya. Walaupun kongres tersebut dianjurkan oleh empat universiti, tetapi dalang di belakang tabirnya ialah beberapa bekas pemimpin UMNO yang telah melompat parti menyertai Bersatu. Menurut sumber, mesyuarat awal berkaitan kongres itu mula-mula dipengerusikan oleh Mustapha […]

MAHATHIR MELAYU MUDAH LUPA?

Di bawah ini adalah petikan berita yang pernah disiarkan oleh Berita Harian pada 30 Disember 2018 yang lalu. —————————————————- PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad membayangkan cadangan beberapa perwakilan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang mahu dirinya kekal sebagai Perdana Menteri selama sepenggal, tidak boleh dilaksanakan. Pengerusi BERSATU itu berkata, perjanjian supaya beliau menjadi Perdana Menteri […]

“BERHENTILAH JADI MUNAFIK WAHAI TUN MAHATHIR”

1. Buat kesekian kalinya pemimpin Melayu menganjurkan Kongres lagi.(Walaupun mereka akan berdalih penganjur adalah IPT ,kita tahu siapa dibelakangnya) 2. Memalukan. Setelah lebih 50 tahun merdeka dan sepanjang masa itu PM dan pemimpin2 utama politik dan kerajaan adalah semuanya Melayu, hari ini Melayu berkongres untuk mempertahan maruah Melayu. 3. Allah swt beri kita kuasa untuk […]

TANJUNG PIAI – SUKAR BUAT PH, TAPI TAK MUDAH UNTUK BN

Walaupun SPR hanya akan bermesyuarat pada 1 Oktober depan untuk menentukan tarikh pilihanraya kecil Tanjung Piai, keghairahan orangramai memperkatakannya telah bermula sebaik saja berita kematian Dr. Md Farid Md Rafik mula tersebar pada pagi Sabtu lalu. Hanya beberapa jam setelah beliau diberitakan meninggal dunia kerana serangan jantung, sebermula itulah juga ramai yang serentak memberi reaksi, […]

BERITA SEDIH

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Tanjung Piai, Dr Farid Md Rafik meninggal dunia awal pagi ini kerana serangan jantung. Beliau yang berusia 43 tahun meninggal dunia di Hospital Pontian, Johor. Takziah diucapkan kepada keluarganya atas kepulangan ke rahmatullah beliau secara mengejut ini. Bagaimanapun, sebagaimana peruntukan perlembagaan apabila ada kematian wakil rakyat, […]

BENARKAH PH JUGA NAK BUAT HIMPUNAN MELAYU?

Tersebar meluas di media sosial tentang suatu perhimpunan Melayu yang dikatakan bakal diadakan pada Oktober depan. Perhimpunan yang dinamakan Kongres Maruah Melayu itu diberitakan akan diadakan pada 6 Oktober 2019 di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Ia dikatakan anjuran sebuah NGO, tetapi penggerak di belakang tabirnya ialah beberapa bekas pemimpin UMNO yang telah melompat menyertai Bersatu. […]

PENYATUAN UMMAH UMNO DAN PAS BELUM TENTU MAMPU TUMBANGKAN PH

Nampaknya suka benar UMNO dan Pas dengan penggabungan kedua-dua parti yang dijalin secara rasmi melalui Piagam Muafakat Nasional. Dengan ditandatangani oleh Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas, Hadi Awang, maka dengan ini sahlah sudah hubungan nikah dan kahwin kedua-dua parti itu. Suka dan gembiranya UMNO dan Pas dengan kerjasama itu bukan setakat ada […]

UMNO HASUT ISU PERKAUMAN, NAJIB SERAH SEMUA KEPADA JHO LOW

Kebelakangan ini UMNO semakin galak meniupkan api perkauman. UMNO dan PAS sangat yakin mereka boleh merampas tampuk pemerintahan negara dengan helah membuatkan orang Melayu membenci kaum lain terutamanya Cina. UMNO tidak perlu menjawab mengenai kerosakan berpuluh tahun yang mereka tinggalkan. PAS tidak perlu menjawab 60 tahun mereka menuduh UMNO tidak Islam, malah satu ketika menuduh […]

SEBELUM PENYATUAN UMMAH JADI ANCAMAN, PERALIHAN KUASA TIDAK BOLEH LAGI DILENGAHKAN

Kerjasama UMNO dan Pas dengan tema penyatuan ummah akan dimetrai secara rasmi pada 14 September ini di PWTC, Kuala Lumpur. Sehingga ini masih belum pasti sama ada tema penyatuan ummah akan dikekalkan atau ditukar kepada penyatuan nasional yang dikatakan bertujuan menampakkan ia lebih inklusif. Tetapi, apa pun temanya, kerjasama dua parti Melayu terbesar itu dijangka […]