Tag: malaysia

MB KEDAH MERAPU?

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia ada simpan data kewujudan di perut bumi Malaysia segala mineral dan galian berharga. Lengkap info peta lokasi, negeri, daerah, anggaran, nilai dll. Semalam sy menonton video hebahan oleh mb kedah Sanusi Mohd Nor yg menyebut nilai Rare Earth Element (REE)di Sik bernilai RM43trillion!( kemudian dibetulkan mjadi RM62bilion). Komen saya 1. […]

WALAUPUN AZMIN PENGKHIANAT, TAPI KATA2NYA MENGENAI ASAL-USUL PN 100% BOLEH DIPERCAYAI

Semua kita mengakui Azmin Ali adalah pengkhianat sebenar yang bukan saja berperanan menjatuhkan kerajaan PH, malah paling ke depan menghalang Tun Mahathir Mohamad menunaikan janji peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim. Lantaran itu, hakikat bahawa beliau semakin dijauhi dan dibenci rakyat Malaysia tentu saja sesuatu yang wajar lagi munasabah. Dalam sebuah kajian tidak lama sebelum ini […]

TIDAK MENOLAK BAJET BUKAN BERERTI MENYOKONG PN YANG TIADA KEABSAHAN

1. Tak ada sesiapa yang terima bajet 2021 dari blok PH ++ bulat-bulat. Penerimaan awal Bajet peringkat dasar bukan bermakna noktah berakhir. Peringkat jawatankuasa adalah tindakan susulan untuk meneliti setiap perincian kerana asal bajet telah dibuat berbagai perubahan dalam penggulungan Menteri Kewangan. 2. Adapun keputusan untuk ‘stand down’ undi (tak jadi mengundi tolak bajet) dari […]

PELUANG NYATA PENDIRIAN MASIH TERBUKA – ANWAR

Semalam Parlimen menyaksikan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 lulus di peringkat dasar, dan seterusnya akan memasuki perbahasan peringkat jawatankuasa bermula Isnin, 30 November ini sehingga undian terakhir pada 15 Disember kelak. Semestinya rakyat Malaysia terutama dari kalangan yang cukup terkesan akibat kehilangan kerja atau pendapatan menerima baik pengumuman Menteri Kewangan tersebut beserta peruntukan tambahan bagi Sabah, […]

DARURATKAH MALAYSIA PETANG INI?

Jika tiada sebarang halangan, pengundian peringkat dasar Belanjawan 2021 akan diadakan petang ini. Ia dijadualkan selepas Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menyampaikan penggulungan pada jam 2.00 petang. Dua kemungkinan akan berlaku dalam pengundian petang ini – Belanjawan 2021 diluluskan atau ditolak. Sama ada ditolak atau diluluskan, ia banyak bergantung kepada intipati penggulungan oleh […]

SURAT TERBUKA KEPADA 220 AHLI PARLIMEN

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA… 1. Negara telah memilih Demokrasi sebagai acuan dan panduan bernegara. Amalan pengasingan kuasa melalui 3 cabang pemerintahan (Parlimen, Kabinet dan Kehakiman) adalah doktrin demokrasi terpenting dalam urusan pemerintahan negara kita. 2. Konsep Bernegara kita merujuk kepada kuasa dalam perlembagaan melalui Institusi Raja Berperlembagaan, Demokrasi Berparlimen, Pilihanraya Bebas, Hak Kebebasan Individu dan […]

COVID19 MENINGKAT KERANA KERAJAAN GAGAL

Malaysia telah mengatasi Singapura dengan mencatatkan lebih banyak kes terkumpul Covid-19, dua hari lebih awal daripada jangkaan saya. Dengan trajektori semasa, kini dijangka akan mengatasi kedudukan China sebelum persidangan parlimen berakhir pada pertengahan bulan Disember.  Negara kita kini berada di tempat ke-83 di seluruh dunia dengan 58,847 kes terkumpul Covid-19, manakala Singapura berada di tempat […]

POLITIK UGUT MENJELANG PENGUNDIAN BAJET 2021

1. Langkah awal yang sumbang akan menatijahkan segalanya sumbang. Begitulah halnya Langkah Sheraton adalah lambang pembelotan mandat yang telah menelurkan bajet sumbang untuk kekalkan budaya politik pembelotan. 2. TSMY gagal membuat satu perkara mudah dalam demokrasi berparlimen iaitu membuktikan dia ada majoriti, kerana hanya dengan bukti itu sahaja, barulah beliau layak keluarkan bajet dari kantong […]

BELANJAWAN 2021 WAJIB DITOLAK, MUHYIDDIN TERANG-TERANG CAKAP TAK SERUPA BIKIN

Jika kita mengingati semula ucapan-ucapan dalam perutusan khas Muhyiddin Yassin sepanjang pandemik Covid19 melanda negara, semuanya nampak indah-indah belaka. Rata-rata ucapannya mengandungi janji untuk berbuat yang terbaik, memahami susah derita rakyat, tidak ada sesiapa terpinggir, tidak berpolitik dan sentiasa mengutamakan keperluan mereka. Pendek kata, segala-galanya janji syurga belaka. Tetapi, apakah itu yang dilakukannya? Walaupun di […]

INGATAN UNTUK ANNUAR MUSA – JANGAN JADI KETUA PENERANGAN PARTI LAIN!!

Saya mendengar temubual Annuar yang terbaru 2-3 kali. Ada perkara yang pelu diulas. Ini bukan soal pergeseran sesama sendiri. Jangan apologatik. Annuar menjadikan UMNO terlalu defensif. UMNO macam “Bad Boy”. Kenapa perlu jadi juru cakap parti lain? Menurut Annuar tanpa PPBM PAS tidak akan bersama UMNO. Tetapi saya mahu fokus kepada kenyataan ini. Kata Annuar, […]

BEBERAPA KEMUNGKINAN JIKA BELANJAWAN 2021 DITOLAK

Belanjawan Negara Malaysia bagi tahun 2021 yang dibentang pada 6 November 2020 oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abd Aziz masih dibahaskan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat di peringkat dasar. Pengundian di peringkat dasar dijangka akan berlaku pada 25hb November. 2. Belanjawan 2021 ini membawa dilema, tidak sahaja kepada Kerajaan Perikataan Nasional (PN) pimpinan […]

PERBUATAN AHLI PARLIMEN BINTULU MESTI DIKUTUK, MANA SUARA MELAYU/ISLAM MEMBELA KP KESIHATAN?

Perbuatan Ahli Parlimen Bintulu, Tiong King Sing menghina Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah di tengah-tengah usaha dan kerja keras beliau menangani wabak Covid19 dengan gambaran takut mati dan hanya mahu publisiti adalah tindakan yang seharusnya dikecam dan dikutuk. Tiong ternyata telah membuat dakwaan tidak berasas dengan menuduh Dr. Noor Hisham tidak pernah turun […]

BAJET 2021 – SELAMATKAN NYAWA ATAU SELAMATKAN DEMOKRASI?

1. Seluruh negara tertumpu Jumaat lalu (6hb Nov) untuk mendengar Bajet 2021. Ini pertama kali Bajet Negara tahunan dibuat semasa era norma baharu dan dalam keadaan kerajaan yang tidak bermandat. Isu demokrasi dan keabsahan perundangan kerajaan PN telah membawa kepada krisis politik tidak bersudahan. 2. Era pendemik sebenarnya adalah peluang untuk menangani krisis politik. Sedari […]

PKPB DI SELURUH NEGARA MEMBEBANKAN RAKYAT – GERAK98

1. GERAK98 mengutuk sekeras-kerasnya keputusan kerajaan laksana PKPB di hampir semua negeri di Malaysia mulai esok. 2. Ianya jelas satu keputusan tidak bertanggungjawab.Tidak langsung ambil kira kesan buruk langkah ini kepada ekonomi rakyat. 3. Tidak munasabah sama sekali rakyat dibebankan sekali lagi dengan kepayahan perintah berkurung dalam negeri-negeri dan kawasan yang gejala masih boleh dikawal […]