Tag: maka

“TOLAK PEMIMPIN UMNO YANG BERSUBAHAT DENGAN KERAJAAN DERHAKA TITAH RAJA”

UMNO ditubuh pada tahun 1946 untuk lawan Malayan Union dan mempertahankan Raja-Raja Melayu serta kebebasan bangsa Melayu dan tanah air. Antara dua daripada enam tunjang dan tujuan utama UMNO seperti termaktub dalam Fasal 3 perlembagaan UMNO ialah: Fasal 3.2: Mendukung dan mempertahankan Raja Perlembagaan. Fasal 3.4: Mempertahankan sistem demokrasi berparlimen. Inilah asas dan tujuan UMNO […]

PESANAN UNTUK MUHYIDDIN – JANGAN BIARKAN NASIB PEJA TERHOYONG-HAYANG TANPA DIBELA

Setelah berakhir krisis politik di Perak, yang menjadi penantian kini ialah apakah pembelaan yang akan dilakukan oleh Muhyiddin Yassin kepada Ahmad Faizal Azumu atau Peja? Apakah dengan Bersatu dan Pas akhirnya sedia menyokong Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar sebagaimana yang dikehendaki oleh UMNO, tetapi melakukannya dengan cara memalukan Peja, nasib bekas Menteri Besar Perak itu […]

MEMAHAMI YANG TERSURAT DAN TERSIRAT BERKENAAN PERALIHAN KUASA

Dari masa ke semasa, topik peralihan kuasa daripada Tun Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim, terus menjadi bualan dan kadangkala hangat diperkatakan. Tidak saja kepada orang awam dan wartawan yang suka bertanyakan perkara itu, di Dewan Rakyat sendiri pun topik itu kerap menjadi soalan celahan Ahli-Ahli Parlimen yang mahukan kepastian. Semalam, ketika Anwar membahaskan Belanjawan 2020, […]

TANJUNG PIAI – SUKAR BUAT PH, TAPI TAK MUDAH UNTUK BN

Walaupun SPR hanya akan bermesyuarat pada 1 Oktober depan untuk menentukan tarikh pilihanraya kecil Tanjung Piai, keghairahan orangramai memperkatakannya telah bermula sebaik saja berita kematian Dr. Md Farid Md Rafik mula tersebar pada pagi Sabtu lalu. Hanya beberapa jam setelah beliau diberitakan meninggal dunia kerana serangan jantung, sebermula itulah juga ramai yang serentak memberi reaksi, […]

BERITA SEDIH

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Tanjung Piai, Dr Farid Md Rafik meninggal dunia awal pagi ini kerana serangan jantung. Beliau yang berusia 43 tahun meninggal dunia di Hospital Pontian, Johor. Takziah diucapkan kepada keluarganya atas kepulangan ke rahmatullah beliau secara mengejut ini. Bagaimanapun, sebagaimana peruntukan perlembagaan apabila ada kematian wakil rakyat, […]