Tag: Mahiaddin

KESETIAAN DALAM UMNO SUDAH HANCUR, TINDAKAN KELUAR KERAJAAN TAK BOLEH DILENGAHKAN LAGI

Nampaknya satu demi satu rakaman audio mesyuarat MT UMNO pada 7 Julai lalu dibocorkan kepada umum. Setelah sebelum ini audio Zahid Hamidi dan Abdul Rahman Dahlan dalam mesyuarat tersebut dibocorkan, semalam audio Tajuddin Abdul Rahman pula didedahkan. Dengan berturut-turut audio itu didedahkan, sepertinya ada pihak tertentu sedang memiliki rakaman penuh keseluruhan mesyuarat MT itu. Sehari […]

BERAPA LAMA LAGI RAKYAT MAMPU BERTAHAN DALAM KESENGSARAAN DI BAWAH KERAJAAN GAGAL MAHIADDIN INI?

Sejak UMNO mengumumkan menarik sokongan terhadap Mahiaddin Md Yasin Rabu lalu, soalan paling kerap ditanyakan kepada saya ialah bila Perdana Menteri mahu letak jawatan? Kawan-kawan, kaum keluarga dan dengan sesiapa yang saya sempat bertemu dan berbual-bual, apabila perbualan berkisar tentang Covid19, susulannya mereka pasti akan bertanya tentang kedudukan Mahiaddin sebagai Perdana Menteri. Ternampak dalam hal […]

KETETAPAN MT UNTUK JATUHKAN PM TAK BERMAKNA APA2, SEKADAR KEPUTUSAN KUPANG TEMBAGA

Ketika mula-mula diumumkan tentang keputusan MT UMNO menarik sokongan secara serta-merta terhadap Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yasin dua hari lalu, ramai yang kelihatan gembira dan cerita dengan berita itu. Keputusan itu dilihat menunjukkan keberanian UMNO dalam membuat keputusan, sekaligus juga keberanian Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO merempuh segala rintangan dalam memuktamadkan ketetapan tersebut. Dalam […]

KEPUTUSAN MT UMNO SEMALAM LEMAH, KERIS UNTUK MENIKAM MUSUH SEPERTINYA SEDANG TERTUSUK DIRI SENDIRI

Sebagaimana dijangka dan ditulis dalam artikel pagi tadi, Mahiaddin Md Yasin akhirnya terus memperlihatkan sikap tiada maruah, tiada harga diri dan tiada perasaan malu berhubung kedudukannya sebagai Perdana Menteri. Dengan UMNO sudah menarik sokongan terhadapnya dan dari segi moral sudah tidak lagi layak menjadi Perdana Menteri, beliau kini berselindung di sebalik tafsiran undang-undang bersifat melindunginya […]

PERLANTIKAN TIDAK IKHLAS, MAHIADDIN SAH SEDANG TERSEPIT DAN ISMAIL SABRI PUN BAKAL TERSEPIT

Perlantikan Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri yang pengumumannya hanya beberapa jam sebelum mesyuarat MT UMNO malam ini adalah jelas merupakan langkah terdesak Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yasin untuk mempertahankan jawatannya. Ini kerana mesyuarat MT secara dalam talian malam ini dijangka akan memuktamadkan ketetapan untuk UMNO keluar dan meninggalkan kerajaan PN dalam tempoh yang […]

BUKAN SAJA MAHIADDIN, SELURUH KABINET PUN RASA-RASANYA BAKAL KENA CIRIT-BIRIT JUGA SELEPAS INI….

Sejak subuh tadi telah heboh dengan perkhabaran melalui aplikasi Whatsapp tentang Mahiaddin Md Yasin yang dikatakan telah dimasukkan ke wad di sebuah hospital di ibukota. Laporan itu menyebut Perdana Menteri diserang sakit secara tiba-tiba dan dimasukkan ke wad untuk menerima rawatan mulai petang semalam. Begitu pun, tidak disebut masalah kesihatan apa yang sedang dihadapi Mahiaddin […]

HARAMKAN TANGAN KITA DARIPADA TERUS MENGUNDI MAHIADDIN DAN MENTERI2 PN!!

Tidak pernah lagi dalam sejarah negara ini ada sebuah kerajaan dan Perdana Menteri yang lebih teruk dan tak guna daripada PN dan Mahiaddin Md Yasin. Bagi tujuan mempertahankan kedudukannya yang tiada keabsahan, titah Yang Dipertuan Agong berhubung pembukaan Parlimen, walau sudah tiga kali dititahkan, tetap dilengah serta dipermain-mainkan. Dalam waktu yang sama, nasib rakyat pula […]

PELAN PEMULIHAN SIAP DALAM DUA HARI DAN TIBA2 SETUJU BUKA PARLIMEN PADA OKTOBER TANDA MAHIADDIN SEDANG ‘TERDESAK GILER’

Dalam langkah terdesak gilernya menjelang Majlis Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara petang esok, Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yasin petang ini menjanjikan untuk membenarkan Parlimen bersidang pada September atau Oktober depan. Dalam pengumuman secara langsung melalui TV ke seluruh negara, Mahiaddin berkata, Malaysia dijangka memasuki fasa ketiga Pelan Pemulihan Negara pada bulan September atau […]

BERHENTI BUAT KERJA SIA-SIA, JANGAN MIMPI MAHIADDIN MAHU BUKA PARLIMEN SEMULA

Sejak darurat dikuatkuasakan pada Januari lalu yang dengannya Parlimen turut digantung sama, sentiasa saja kedengaran di sana sini desakan demi desakan daripada pelbagai pihak agar Dewan Rakyat dibuka untuk persidangan. Suatu ketika, desakan itu tambah menjadi bualan apabila Yang Dipertuan Agong sendiri bertitah bahawa Parlimen boleh bersidang ketika tempoh darurat dikuatkuasakan. Selain PH dan UMNO […]

JIKA TIDAK KELUAR SEKARANG, LEBIH BANYAK KEGAGALAN KERAJAAN PN AKAN DITANGGUNG UMNO

Berikutan pemecatan Tajuddin Abdul Rahman daripada jawatannya sebagai Pengerusi Prasarana Bhd semalam, banyak pihak merasakan inilah masa yang paling sesuai untuk UMNO secara en bloc segera menarik diri daripada terus berada dalam kerajaan PN. Pemecatan yang dianggap menghina dan memalukan UMNO itu memberi makna tiada guna lagi UMNO dan BN terus memberi sokongan kepada PN […]

SIFAT TERTUTUP MAHIADDIN LEBIH MUDAH MEMBAWA JATUHNYA KERAJAAN PN

Sepertimana pernah saya tulis sebelum ini, terdapat pemimpin Bersatu sendiri mengakui kerajaan PN pimpinan Mahiaddin Md Yasin sekarang memang sedang terumbang-ambing dan tidak mustahil akan terbalik jika PRU diadakan dalam waktu terdekat ini. Antara punca keadaan itu ialah kegagalan Mahiaddin sendiri tampil dengan segera dan pantas menjawab sebarang isu yang timbul dan yang menjadi pertikaian […]

MAHIADDIN KINI SERBA TAK KENA, TANDA KEBENCIAN RAKYAT KEPADANYA TIADA LAGI UBATNYA, KECUALI…

Di mata rakyat, khususnya netizen, tidak ada yang kena atau sesuai lagi dilakukan oleh Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yasin ketika ini. Asyik dengan perutusan khas tak kena, cuba tunjuk berani mengadakan bual bicara khas dengan media pun akhirnya sama tidak kena juga. Selain program itu dipertikaikan kerana ia merupakan rakaman, sedangkan beberapa saluran TV mempromosikannya […]

RAKYAT KIAN TUNJUK MARAH PADA MAHIADDIN, #KERAJAANGAGAL KINI SUDAH NAIK TARAF JADI #KERAJAANBODOH

Semakin tinggi angka kes Covid19 yang dilaporkan, dalam waktu yang sama, semakin meningkat juga Mahiaddin Md Yasin diserbu dengan tanggapan tentang kegagalannya sebagai Perdana Menteri. Ditambah dengan pengenalan SOP baru PKP yang diperketatkan sebagaimana diumumkan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob semalam, kerajaan PN dan Mahiaddin kini lebih dihenyak dari segi kemampuannya dalam mentadbir […]

MAHIADDIN DITERTAWAKAN, CUMA MAMPU HANTAR PELITUP MUKA KETIKA PERTEMPURAN MELETUS DI PALESTIN

Seorang pengguna media sosial wanita telah membuat satu video pendek mentertawakan Perdana Menteri, Mahiadddin Md. Yassin kerana menyumbangkan 1 juta pelitup muka kepada Palestin. Pada mulanya beliau menyangka laporan itu adalah berita palsu memandangkan di Palestin ketika ini sedang berlaku pertempuran antara rakyat Palestin dengan zionis Yahudi. Tetapi, setelah memeriksanya dan mendapati ia berita yang […]

PN MENUJU KEJATUHAN, PEMIMPIN BERSATU PUN YAKIN DEMIKIAN

Melihat kemarahan netizen terhadap kerajaan dan Mahiaddin Md Yasin sekarang sepertinya kerajaan PN ini sedang menuju kejatuhan dan bakal tumbang dalam PRU akan datang. Meskipun Najib Razak juga pernah dibenci sebelum PRU14 lalu, tetapi apa yang berlaku kepada Mahiaddin ternampak lebih parah daripada itu. Di media sosial, di mana lebih separuh daripada jumlah rakyat negara […]

AKHIRNYA TERBUKTI PKP SENJATA SEBENAR MELAWAN COVID19, DARURAT HANYA UNTUK MELINDUNGI KERUSI PERDANA MENTERI

Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP buat kali ketiga kini sah dikuatkuasakan ke seluruh negara bermula 12 Mei hingga 7 Jun depan. Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yasin dalam satu kenyataan media petang tadi selepas mempengerusikan mesyuarat MKN di Putrajaya. Untuk pertama kali, pengumuman PKP hanya dilakukan melalui kenyataan media saja, tidak lagi melalui […]

MAHIADDIN KINI UMPAMA JHO LOW, UNDURLAH DAN BIAR PARLIMEN PILIH PERDANA MENTERI BAHARU

Hampir seluruh rakyat, kecuali pengampu, pembodek dan pendedak, ketika ini memang sedang marah kepada kerajaan dan Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yasin. Kerajaan dilihat telah gagal dalam semua perkara dan Mahiaddin dianggap paling tak berguna berbanding semua Perdana Menteri yang ada sebelum ini. Jangankan merangsang ekonomi atau memberi iklim perniagaan yang lebih baik dan membuat rakyat […]

DUDUK DALAM KERAJAAN TAPI KUTUK KERAJAAN, JANGAN SAMPAI RAKYAT JADI BOSAN

Esok MT UMNO akan bermesyuarat, mesyuarat pertama sebaik berakhirnya PAU2020 pada 28 Mac lalu yang telah memuktamadkan ketetapan putus hubungan dengan Bersatu. Sejak itu, perbalahan dalam UMNO ternampak kian ketara, terutama serangan daripada kluster menteri yang nampaknya tidak senang hati dengan keputusan tersebut. Lantaran itu, beberapa pemimpin kluster menteri menggesa agar pemilihan UMNO disegerakan, suatu […]

MAHIADDIN KINI LEBIH BAHAYA DARIPADA NAJIB, MENJATUHKANNYA SUDAH JADI SUATU KEWAJIPAN

Pada 31 Mac lalu, kerajaan telah mengemukakan pindaan Ordinan Darurat yang memberikan kuasa kepada Kerajaan Persekutuan dan Negeri untuk menambah perbelanjaan tanpa melalui kelulusan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Pindaan itu memberi kuasa sepenuhnya kepada kerajaan untuk berbelanja tanpa had dan tanpa dibentang, dibahas dan dipantau oleh Dewan Rakyat yang diwakili oleh Ahli-Ahli Parlimen yang […]

SEMBUNYI NAMA SEBENAR MAHIADDIN – TERTIPUKAH KITA SELAMA INI?

Tidak pernah surut dengan deretan pertikaian yang bertali arus berkaitan dirinya sejak bergelar Perdana Menteri setahun yang lalu, Mahiaddin Md Yasin sekali lagi menyerlahkan dirinya kepada perlakuan yang cukup memalukan. Kali ini, disebabkan menggunakan nama glamour Muhyiddin Yassin, perintah tahanan yang ditandatanganinya ketika memegang jawatan Menteri Dalam Negeri telah diputuskan tidak sah oleh Mahkamah Tinggi […]