Tag: Mahiaddin

BERSATU USAH BERHARAP LAGI KEPADA KERJASAMA UMNO, LEBIH BERMARUAH JIKA HUBUNGAN DIPUTUSKAN TERUS

Bersatu melalui kenyataan Mahiaddin Md Yasin baru-baru ini menyatakan parti itu sedia “melanggar” UMNO pada PRU15 akan datang. Katanya, Bersatu hanya akan bekerjasama dengan parti yang sealiran dengan mereka saja. “Walaupun kerjasama dalam membentuk kerajaan hari ini masih ada bersama UMNO, namun kita kurang jelas hala tuju parti itu pada masa akan datang. “Jika tiada […]

MAHU COMEBACK, ADAKAH MAHIADDIN SEDAR SIAPA DIRINYA?

Dua hari lalu Mahiaddin Md Yasin melontarkan keyakinan Perikatan Nasional atau PN mampu melakukan comeback atau kemunculan semula dalam PRU akan datang. Untuk itu, tegasnya lagi, beliau akan terus mengetuai PN dalam PRU15 nanti. “Pada masa itu, PN dan saya sebagai pengerusinya akan mengambil bahagian dalam pilihan raya. “Insya-Allah, dengan izin Allah dan sokongan rakyat, […]

ISMAIL SABRI PERLEKEH MAHIADDIN…

Walaupun Mahiaddin Md Yasin nampaknya gembira dengan perlantikannya sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara atau MPN, tetapi sebahagian mereka dalam Bersatu tidak begitu perasaannya yang mereka alami. Beberapa pemimpin dalam Bersatu merasakan Mahiaddin telah diperlekeh dan direndah-rendahkan di sebalik diberikan jawatan Pengerusi MPN bertaraf menteri oleh Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob. Ini kerana, kata mereka, perlantikan […]

MELANTIK MAHIADDIN YANG GAGAL KETUAI MPN MENUNJUKKAN ISMAIL SABRI PM YANG 1000 KALI LEBIH GAGAL BERBANDING MAHIADDIN

Mahiaddin Md Yasin sepanjang 17 bulan berkuasa dan mengetuai kerajaan PN adalah Perdana Menteri yang gagal. Beliau gagal dalam hampir semua perkara – paling ketara dalam menangani Covid19 yang daripadanya menjalar kepada krisis kesihatan, ekonomi serta ketidaktentuan politik. Tidak saja dengan PKP yang bersambung-sambung dan menyusahkan rakyat, kadangkala pula ketat atau longgarnya PKP itu seperti […]

JENAMA PN MESTI DIKEKALKAN SEBAGAI KERAJAAN, BERTUKAR PEMANDU TIDAK MENUKAR TOYOTA MENJADI MERCEDES

Hanya beberapa jam setelah Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah dan belum pun beliau masuk ke pejabat Perdana Menteri, perbalahan antara UMNO dan Bersatu sudah pun lebih dulu mengambil tempatnya. Ia bermula dengan kunjungan Ismail Sabri ke kediaman bekas bossnya, Mahiaddin Md Yasin petang semalam dan kemudian bekas Perdana Menteri itu memuatnaik di laman sosialnya berkenaan […]

CUBA MENAIKKAN PEWARIS KERAJAAN GAGAL PN SEBAGAI PM SETERUSNYA ADALAH KEGILAAN PALING GILA

Di mata rakyat, Perikatan Nasional atau PN adalah sebuah kerajaan yang gagal. Sejak 17 bulan lalu boleh dikata tidak ada sektor yang berkembang dengan baik di bawah kerajaan PN, kecuali kes Covid19 dan jumlah kematian akibat daripada wabak tersebut yang sentiasa menunjukkan geraf menaik. Kegagalan itu sudah tentu disebabkan kerajaan PN dipimpin oleh Mahiaddin Md […]

MAHIADDIN LETAK JAWATAN BUKAN SEBAB UMNO TARIK SOKONGAN, TAPI KERANA DIKECEWAKAN DAP

Mahiaddin Md Yasin kini sudah sah akan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Pengumuman rasmi mengenai perkara itu akan dilakukan tengahari ini selepas beliau menghadap Yang Dipertuan Agong bagi menyerahkan surat perletakan jawatannya. Tetapi, kenapa tiba-tiba saja Mahiaddin mengambil keputusan meletakkan jawatan? Apakah yang menyebabkannya berbuat demikian? Adakah ia disebabkan UMNO menarik sokongan terhadapnya yang disertai […]

AGAR KEKAL JADI MENTERI LAGI, BERSATU MAHU TONJOLKAN ISMAIL SABRI CALON PERDANA MENTERI

Selepas Mahiaddin Md Yasin meletak jawatan esok, persoalan yang akan menghangatkan lagi atmosfera politik negara dalam fasa berikutnya ialah siapa Perdana Menteri baru untuk menggantikan Presiden Bersatu itu? Meskipun kuasa sebenar terletak di atas budi bicara dan kebijaksanaan Yang Dipertuan Agong dalam membuat pilihan berdasarkan siapa Ahli Parlimen yang pada hemat baginda mempunyai sokongan majoriti, […]

SAH MAHIADDIN LETAK JAWATAN, PENGUMUMAN RASMI ISNIN

Sah – Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yasin secara rasmi menawarkan diri untuk berundur daripada jawatannya. Pemakluman tentang hasrat tersebut disampaikan oleh Mahiaddin dalam perjumpaan beliau dengan ketua-ketua parti dalam kerajaan PN, menteri dan timbalan menteri di Putrajaya, petang tadi. Namun demikian, pengumuman rasmi dijangka hanya dibuat pada Isnin, 16 Ogos selepas Mahiaddin menghadap Yang Dipertuan […]

JANGAN PERCAYA JANJI TERDESAK MAHIADDIN, BLOK PENENTANG KERAJAAN MESTI ELAK DARIPADA DILABEL PENGKHIANAT

Tiada kesimpulan lain dapat dirumuskan daripada perutusan khas luar biasa Mahiaddin Md Yasin petang tadi yang pertama kali dihiasai 9 pak pacak menteri berdiri di belakangnya, melainkan ia suatu pengakuan bahawa beliau memang sudah hilang sokongan majoriti. Lantaran menyedari tiada lagi sokongan majoriti di belakangnya dan bimbang dikalahkan dalam undi percaya di Parlimen nanti, beliau […]

MENGAPA SEPTEMBER?

Tamrin Tun Ghafar Ahad – 08/08/2021 (  1 –  29  ) 1.   JIKA Agong memilih Mahiaddin  berdasarkan kepercayaan bahawa ketika itu beliau sudah mempunyai sokongan majoriti Ahli – Ahli Dewan Rakyat maka mengapa  Agong TIDAK MENGARAHKAN UNDI PERCAYA DI  LAKUKAN serta merta terhadapnya? 2.  HANYA 12 hari selepas  dipilih oleh MKT , Hussein Onn ( Tun – Alfatihah )  memanggil Sidang Parlimen  Khas […]

TIADA JUSTIFIKASI, MAHIADDIN HANYA BAZIR WANG NEGARA LANTIK PEJA PENASIHAT KHASNYA – ZAHID HAMIDI

Rakyat tertanya-tanya apakah justifikasi Perdana Menteri melantik Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebagai Penasihat Khas beliau yang bertaraf Menteri? Dalam keadaan rakyat sedang sengsara lagi menderita manakala ekonomi merundum, beliau beri jawatan Menteri kepada Timbalan Presiden parti politiknya pula. Bukan sedikit wang negara perlu digunakan untuk membayarnya. Lebih menghairankan pelantikan Penasihat Khas bertaraf […]

SETELAH SAH TIADA KEABSAHAN, AGONG KINI DIPOHON BERI TITAH BARU KEPADA MAHIADDIN

Kedudukan Mahiaddin Md Yasin sebagai Perdana Menteri yang tiada sokongan majoriti kini bukanlah suatu rahsia lagi. Sidang media tanpa peduli SOP oleh Ismail Sabri Yaakob yang baru tidak sampai sebulan dibuai keseronokan diberi jawatan Timbalan Perdana Menteri di DBKL semalam dengan sendirinya memberi malu dan mengesahkan di mata dunia bahawa Mahiaddin adalah Perdana Menteri tanpa […]

JANGAN BERTANGGUH JATUHKAN MAHIADDIN, APA JAMINAN PARLIMEN SEPT NANTI TIDAK DIMANDULKAN SEKALI LAGI?

Sama ada 8, 11, 12 atau 14 Ahli Parlimen UMNO yang telah menarik sokongan terhadap kerajaan PN, ia tetap menyebabkan Mahiaddin Md Yasin hilang sokongan majoriti. Tidak musasabah sama sekali bila beliau memaklumkan kepada Agong adanya akuan sokongan yang mencukupi terhadapnya di sebalik 8 orant Ahli Parlimen UMNO di fasa pertama yang menarik sokongan terhadapnya. […]

KALAU SELEPAS MAHIADDIN NYATA DERHAKA INI PUN TAK KELUAR JUGA DARIPADA KERAJAAN, ELOKLAH UMNO DIBUBARKAN SAJA

Berikutan kemelut dan ketidaktentuan yang berpanjangan dalam kerajaan gagal pimpinan Mahiaddin Md Yasin, terbaru dengan Yang Dipertuan Agong sendiri menunjukkan kemurkaan baginda, UMNO akan mengadakan mesyuarat MT khasnya, petang ini. Mesyuarat berkenaan akan berlangsung pada jam 4.00 petang secara dalam talian. Menurut Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan, mesyuarat khas tergempar berkenaan bertujuan membincangkan isu politik […]

TERUS PERTAHAN KERAJAAN PN, APA LAGI PERTAHANKAN MAHIADDIN, KEDUA2NYA ADALAH TINDAKAN DERHAKA

Jika kita perhatikan sejak awal lagi, penderhakaan terhadap titah Yang Dipertuan Agong ini bukan saja dilakukan oleh Mahiaddin Md Yasin, tetapi juga melibatkan seluruh anggota kabinet kerajaan PN. Dengan yang demikian, Mahiaddin, anggota kabinet, kerajaan PN dan parti-parti yang mendokongnya adalah sama derhaka kepada Agong. Titah Agong sebelum ini adalah jelas mahukan Parlimen dibuka dengan […]

SANGGUP DIPERGUNA MAHIADDIN, KLUSTER MENTERI SUDAH JADI MUSUH PARTI SENDIRI

Semalam terdedah satu lagi rakaman audio mesyuarat MT UMNO yang diadakan pada 7 Julai lalu, dengan kali ini melibatkan suara Ismail Sabri Yaakob yang baru dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. Dalam audio itu, beliau antaranya bercakap mengenai perlantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri, tentang masa yang sesuai untuk UMNO keluar daripada kerajaan dan kedudukan kerajaan PN […]