Tag: mahathir

SEBELUM PENYATUAN UMMAH JADI ANCAMAN, PERALIHAN KUASA TIDAK BOLEH LAGI DILENGAHKAN

Kerjasama UMNO dan Pas dengan tema penyatuan ummah akan dimetrai secara rasmi pada 14 September ini di PWTC, Kuala Lumpur. Sehingga ini masih belum pasti sama ada tema penyatuan ummah akan dikekalkan atau ditukar kepada penyatuan nasional yang dikatakan bertujuan menampakkan ia lebih inklusif. Tetapi, apa pun temanya, kerjasama dua parti Melayu terbesar itu dijangka […]

BANTAHAN PENGGABUNGAN UMT-UNISZA AKAN DIBAWA SEHINGGA KEPADA PM

Cadangan penggabungan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) oleh Kementerian Pendidikan dijangka akan terus mendapat bantahan. Antara yang akan dilakukan ialah menghantar surat bantahan kepada Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad agar membatalkan rancangan tersebut. Difahamkan, ada pihak-pihak tertentu yang terkait secara langsung dengan UMT dan UNISZA akan mengemukakan surat bantahan tersebut. […]

AZMIN SUDAH JADI BEBAN, RAMAI MAHU BELIAU DIGUGURKAN DARIPADA KABINET

Rombakan kabinet adalah perkara yang ditunggu-tunggu rakyat Malaysia ketika ini setelah ramai semakin sakit hati melihat gelagat beberapa menteri sejak 15 bulan yang lalu. Adalah dipercayai sekembalinya Tun Mahathir Mohamad dari lawatan rasmi ke Osaka, Jepun beberapa hari lagi, perkara itu pasti akan menjadi keutamaannya. Ada juga cakap-cakap yang mengatakan, di ketika melawat Kemboja, kemudian […]

ADA MENTERI HANYA FIKIR UNTUK DAPAT PENCEN SEBELUM MATI

Malam tadi saya menikmati makan malam bersama beberapa kenalan yang antaranya adalah mereka yang diketahui mempunyai hubungan rapat dengan Anwar Ibrahim sejak zaman ABIM lagi. Dalam berbual-bual mengenai pelbagai isu dalam negara, termasuk politik semasa, tiba-tiba terkeluar cerita berkenaan perlakuan seorang menteri yang dirasa cukup memalukan perbuataannya. Menteri berkenaan dikatakan datang menemui Anwar dan meminta […]

APA NASIB HISHAMMUDDIN BERSAMA UMNO?

Bekas Naib Presiden UMNO, Hishammuddin dilaporkan sedang disiasat oleh Lembaga Disiplin UMNO atas dakwaan salah laku. Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Apandi Ali yang mengesahkan perkara tersebut, bagaimanapun memberitahu, belum ada cadangan atau syor dibuat oleh badan itu kepada UMNO. “Setakat hari ini belum dibuat apa-apa syor. Selepas selesai siasatan baru kita akan buat syor, jika […]

SIA-SIA HARAPKAN TUN M BUBAR PARLIMEN AWAL

Terdapat seolah-olah kecenderungan yang berterusan ketika ini daripada UMNO dan Pas untuk mendesak agar Tun Mahathir Mohamad segera membubarkan Parlimen. Dalam UMNO dan Pas kononnya menyokong Tun Mahathir agar menghabiskan khidmat sebagai Perdana Menteri sehingga ke akhir penggal, lidah bercabang kedua-dua parti ingin segera merebut kuasa nampaknya tidak dapat diselindungkan dalam waktu yang sama. Seolah-olah […]

TUN, LUPAKANLAH SAJA USAHA MAHU KEJAR MAJORITI DUA PERTIGA!!

Ketika berkempen di Semenyih pada 28 Februari lalu, Tun Mahathir Mohamad menegaskan, PH memerlukan majoriti dua pertiga untuk menunaikan sebahagian janji-janjinya kepada rakyat. Katanya, apabila majoriti dua pertiga sudah diperolehi, ia akan memudahkan kerajaan meminda beberapa fasal dalam perlembagaan negara. “Tetapi pindaan itu bukanlah untuk membuang Raja-Raja. Yang itu akan kekal,” jelas beliau. Menurut Tun […]