Tag: kongres

CETUS PERGADUHAN AGENDA BERTERUSAN MALUKAN ANWAR DAN LEMAHKAN PKR, TAK MUSTAHIL BERLAKU LAGI DI KONGRES ESOK

Ketegasan Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan keras, termasuk pecat keahlian, selain mahu polis bertindak sewajarnya terhadap mereka yang mencetuskan pergaduhan dalam Kongres AMK, ia adalah tindakan tepat dan harus diberikan pujian. Ini kerana, beliau kini tidak boleh bertolak ansur lagi terhadap mana-mana pihak yang cuba melemahkan parti serta cuba memalukannya. Setelah diperolehi bukti-bukti, pelaku dan […]

KONGRES PINTU BELAKANG TAJAAN AZMIN DI RENAISSANCE DAN SALOMA BISTRO, KL?

Kemungkinan kongres pintu belakang tajaan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menjadi kenyataan semakin sukar untuk dinafikan. Berdasarkan poster yang tersebar luas melalui media sosial sejak senalam, difahamkan kongres berasingan yang bertujuan menyaingi Kongres Keadilan Nasional di MITC, Melaka itu bakal diadakan di ibu negara, Kuala Lumpur. Ia dinamakan Rapat Keadilan Perjuangan dengan tema “Kembali Ke […]

BURUK PERANGAI GENG PINTU BELAKANG DALAM PKR TIDAK BOLEH DIBIARKAN BERTERUSAN

Dari sehari ke sehari, buruknya perangai kumpulan serpihan dalam PKR yang diketuai Azmin Ali semakin terdedah satu demi satu. Daripada semua perlakuan itu, ketaksuban kumpulan serpihan ini hanyalah semata-mata rakusnya mereka kepada kuasa dan jawatan. Demi kerana ingin mengejar kuasa dan tingginya jawatan itu, semua perkara mahu dilakukan melalui pintu belakang dengan tidak memperdulikan peraturan […]

KALAU DAH SELALU GHAIB DAN TIDAK HADIR MESYUARAT, TAK USAHLAH MENGADA-NGADA NAK RASMIKAN MESYUARAT!!!

Walaupun sedar dirinya telah tidak hadir mesyuarat selama setahun, Azmin Ali nampaknya masih tidak berpuas hati apabila namanya digugurkan daripada merasmikan Kongres AMK Keadilan pada 6 Disember depan. Lantaran itu, beliau menuduh wujudnya tangan ghaib di sebalik pengguguran namanya itu. Menurut Azmin, tanpa kewujudan tangan ghaib itu, tidak mungkin Ketua AMK, Akmal Nasir ada keberanian […]

BERPOLITIK 24 JAM – DR. PUAD HENTAM HISHAMMUDDIN

Apabila ada orang kata, jangan main politik dalam masjid, sebenarnya orang yang berkata itulah yang main politik. Maka apabila Hisham kata, cukup cukuplah berpolitik 24 jam, maka sebenarnya Hisham yang berpolitik 24 jam. Sebenarnya Hishamuddin mahu menpertahankan kesucian Kongres Maruah Melayu (KMM) yang padanya melangkaui batas kepartian dan kaum. Media minta komen saya. Ada baiknya […]

KONGRES YANG GAGAL

Saya hadir untuk mendengar sendiri amanat Tun Mahathir dalam Kongres Maruah Melayu yang diadakan di Stadium Tertutup Shah Alam pada hari ini. Bagi saya, kongres ini telah gagal menaikkan semangat dan maruah orang-orang Melayu tatkala pemimpin-pemimpin Melayu tidak kira ideologi dan kecenderungan bersusah payah hadir untuk mengharapkan sesuatu yang positif dari kongres ini. Malangnya, kami […]

“BERHENTILAH JADI MUNAFIK WAHAI TUN MAHATHIR”

1. Buat kesekian kalinya pemimpin Melayu menganjurkan Kongres lagi.(Walaupun mereka akan berdalih penganjur adalah IPT ,kita tahu siapa dibelakangnya) 2. Memalukan. Setelah lebih 50 tahun merdeka dan sepanjang masa itu PM dan pemimpin2 utama politik dan kerajaan adalah semuanya Melayu, hari ini Melayu berkongres untuk mempertahan maruah Melayu. 3. Allah swt beri kita kuasa untuk […]

BENARKAH PH JUGA NAK BUAT HIMPUNAN MELAYU?

Tersebar meluas di media sosial tentang suatu perhimpunan Melayu yang dikatakan bakal diadakan pada Oktober depan. Perhimpunan yang dinamakan Kongres Maruah Melayu itu diberitakan akan diadakan pada 6 Oktober 2019 di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Ia dikatakan anjuran sebuah NGO, tetapi penggerak di belakang tabirnya ialah beberapa bekas pemimpin UMNO yang telah melompat menyertai Bersatu. […]