Tag: kerjasama

UNTUK MAKLUMAN KHALID SAMAD, BUSUK IKAN BERMULA DARIPADA KEPALA

Dalam cubaan untuk mempertahankan Tun Mahathir Mohamad yang dipersalahkan banyak pihak berikutan kekalahan PH di Tanjung Piai, Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad berkata, beban kekalahan itu adalah tanggungjawab bersama. Menurut beliau, Tun Mahathir tidak patut dipersalahkan kerana keputusan dalam PH bukan dibuat oleh Perdana Menteri seorang, tetapi secara bersama dengan pemimpin lain. “Ia tanggungjawab bersama. […]

KERAJAAN PINTU BELAKANG SUATU PENGKHIANATAN, PEMIMPIN PH TERLIBAT HARUS DIAMBIL TINDAKAN

Kerajaan yang mentadbir negara sekarang ialah PH yang dianggotai oleh PKR, DAP, Amanah, Bersatu serta merangkumi keanggotaan daripada Warisan daripada Sabah. Kemenangan PH dalam dalam PRU14 lalu adalah berasaskan sokongan rakyat yang mahukan perubahan dengan menyingkirkan BN yang telah berkuasa sejak lebih 60 tahun lamanya. Dengan kedudukan PH sebagai kerajaan yang telah diiberi mandat oleh […]

PAS ENGGAN BERKONGSI?

Ketika sidang akhbar selepas memetrai Piagam Muafakat Nasional antara UMNO dan Pas minggu, Hadi Awang berkata, pihaknya mempunyai rancangan untuk memasukkan UMNO dalam pentadbiran kerajaan di negeri Terengganu dan juga Kelantan. Katanya, UMNO kini adalah keluarga Pas. “Itu tunggu bila tiba masa… akan lihat kepada perkembangan selanjutnya. “Memang ada rancangan, itu dalam keluarga kami,” katanya […]

PENYATUAN UMMAH UMNO DAN PAS BELUM TENTU MAMPU TUMBANGKAN PH

Nampaknya suka benar UMNO dan Pas dengan penggabungan kedua-dua parti yang dijalin secara rasmi melalui Piagam Muafakat Nasional. Dengan ditandatangani oleh Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas, Hadi Awang, maka dengan ini sahlah sudah hubungan nikah dan kahwin kedua-dua parti itu. Suka dan gembiranya UMNO dan Pas dengan kerjasama itu bukan setakat ada […]

SELEPAS TUAN IBRAHIM, HADI AWANG DAN ZAHID HAMIDI PUN ‘JUAL’ NAMA ORANG SUDAH MENINGGAL DUNIA JUGA

Tidak cukup dengan Tuan Ibrahim Tuan Man yang “menjual” nama orang yang sudah meninggal dunia untuk mewajarkan kerjasama UMNO dan Pas, perkara yang sama rupa-rupanya berterusan lagi. Tuan Ibrahim semalam berkata, kerjasama UMNO dan Pas adalah selaras dengan kehendak bekas Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat. Entah di mana ia dikatakan selaras […]

KENAPA PAS MASIH ‘JUAL’ NAMA NIK AZIZ, MENGAPA TIDAK GUNA NAMA HADI AWANG SAJA?

Pas nampaknya masih tidak ada keyakinan bahawa tindakannya menjalin kerjasama dengan UMNO benar-benar mendapat sokongan ahli akar umbinya. Sebab itu Pas tidak ada pilihan selain terpaksa menggunakan nama Nik Aziz Nik Mat untuk menghalalkan tindakannya itu. Pas sedar nama Nik Aziz bukan saja masih kuat dalam pemikiran sebahagian besar ahli-ahlinya, maka nama beliau terus digunakan […]

SETELAH BENDERA BULAN BERKIBAR DI PWTC, KENAPA TIDAK DIKIBARKAN SAMA BENDERA UMNO DI IBU PEJABAT PAS?

Pas nampaknya begitu gembira apabila bendera parti mereka akhirnya berkibar di PWTC, tempat di mana terletaknya ibu pejabat UMNO. Setelah bertahun-tahun menjalin kerjasama, sebelum ini secara sembunyi-sembunyi dan dalam gelap sebagai kuasa ketiga untuk memecahkan undi serta untuk memberi kelebihan kepada BN, tetapi kini hubungan mereka akan diikat dalam piagam yang akan menjadikan “ikatan perkahwinan” […]

SIAPA CALON PM, TPM PENYATUAN UMMAH?

Tujuan sebenar kerjasama UMNO dan Pas adalah untuk menumbangkan PH dan seterusnya menjadi kerajaan selepas PRU akan datang bukanlah sesuatu yang rahsia. Jika diteliti, sudah ramai pemimpin kedua-dua parti yang berkata dengan maksud sedemikian. Misalnya, Mohd Kharuddin Aman Razali, Ahli Parlimen Kuala Nerus pernah berkata, kerjasama UMNO dan Pas mampu memenangi sekurang-kurangnya 125 kerusi Parlimen […]

SEBELUM PENYATUAN UMMAH JADI ANCAMAN, PERALIHAN KUASA TIDAK BOLEH LAGI DILENGAHKAN

Kerjasama UMNO dan Pas dengan tema penyatuan ummah akan dimetrai secara rasmi pada 14 September ini di PWTC, Kuala Lumpur. Sehingga ini masih belum pasti sama ada tema penyatuan ummah akan dikekalkan atau ditukar kepada penyatuan nasional yang dikatakan bertujuan menampakkan ia lebih inklusif. Tetapi, apa pun temanya, kerjasama dua parti Melayu terbesar itu dijangka […]

KALAU PENYATUAN NASIONAL, KENAPA HANYA ADA LOGO PAS DAN UMNO?

Projek kerjasama UMNO dan Pas yang sebelum ini bertemakan penyatuan ummah dilaporkan akan ditukar kepada penyatuan nasional. Menurut sumber, dengan penggunaan kalimah “ummah” ada pihak dalam parti terbabit bimbang ia disalahertikan kepada agenda khusus untuk orang Islam semata-mata. “Penyatuan nasional mungkin menjadi tema baru bagi piagam kerjasama Umno dan PAS yang akan dimeterai pada 14 […]

SIA-SIA HARAPKAN TUN M BUBAR PARLIMEN AWAL

Terdapat seolah-olah kecenderungan yang berterusan ketika ini daripada UMNO dan Pas untuk mendesak agar Tun Mahathir Mohamad segera membubarkan Parlimen. Dalam UMNO dan Pas kononnya menyokong Tun Mahathir agar menghabiskan khidmat sebagai Perdana Menteri sehingga ke akhir penggal, lidah bercabang kedua-dua parti ingin segera merebut kuasa nampaknya tidak dapat diselindungkan dalam waktu yang sama. Seolah-olah […]

PH TIDAK PERLU PANIK DENGAN KERJASAMA UMNO – PAS

Melihat kepada reaksi kebanyakan pemimpin PH berhubung kerjasama rasmi yang termetrai antara UMNO dan Pas, dapat dirasa seperti ada nada panik daripada mereka. Pengerusi PH, Tun Mahathir Mohamad mempersoalkan hubungan itu dengan mengatakan apakah Pas sudah menganggap UMNO sudah Islam berikutan pernah mengkafirkan parti Melayu itu sebelum ini? Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng melihat […]

DI SEBALIK KERJASAMA UMNO – PAS, KESELESAAN HIDUP RAKYAT HARUS DIUTAMA

Perkembangan politik mutakhir terkait kerjasama UMNO-PAS atau kenyataan perkauman melampau mampu dilawan dan ditangani bijak melalui penerangan yang agresif dan program kepedulian rakyat yang mengesankan oleh Kerajaan Persekutuan. Reaksi kekalahan di Semenyih dibuat secara gopoh, walhal kenyataannya dukungan rakyat termasuk Melayu tidak banyak berubah. Diulangi bahawa yang diperlukan adalah Pakatan Harapan yang utuh dan bersatu, […]