Tag: kerana

BAGUSLAH KALAU BERSATU NAK BERGABUNG DENGAN UMNO, TAPI PULANGKANLAH JAWATAN PM KEPADA PH….

Ahli MT UMNO, Lokman Adam mendakwa, terdapat usaha yang direstui oleh sebilangan pemimpin UMNO sendiri untuk menggabungkan parti itu dengan Bersatu. Katanya, antara sebilangan pemimpin yang setuju ke arah penggabungan itu ialah mereka yang sedang berdepan dengan pertuduhan jenayah di mahkamah. Selain itu, usaha penggabungan yang mahu direalisasikan menjelang Mei 2020 itu juga dipercayai bertujuan […]

AZMIN TAK PERNAH MASUK PENJARA KERANA REFORMASI…

Dalam ucapan berapi-apinya di Hotel Renaissance petang semalam, Azmin Ali berkata, beliau lebih dulu melalui pengalaman masuk penjara berbanding Presiden PKR. Anwar Ibrahim. Katanya, beliau masuk penjara pada 16 September 1998 iaitu sebelum Anwar ditangkap pada 20 September tahun yang sama. “Jangan padam sejarah, saya masuk penjara pada 16 September. “Saya ditelanjangkan, dibogelkan, ditanggalkan, dipijak, […]

TETAP TARIKH SERAH KUASA WAJAR DIUSULKAN DALAM KONGRES PKR DI MELAKA INI

PKR adalah parti terbesar dan mempunyai jumlah Ahli Parlimen teramai dalam gabungan PH yang membentuk kerajaan sekarang ini. Lebih daripada itu, berdasarkan rekod rasmi SPR, yang menang PRU14 adalah juga PKR kerana semua calon PH ketika itu bertanding menggunakan logo dan nama parti tersebut. Meskipun Dr. Wan Azizah Wan Ismail selaku Presiden PKR pada waktu […]

BAYANGKAN KALAULAH HARI INI AZMIN ADALAH PRESIDEN PKR….

Berlakunya pergeseran dalam kepimpinan PKR antara Azmin Ali dengan Anwar Ibrahim yang berterusan sehingga hari ini, salah satu faktornya barangkali adalah kerana tidak tercapainya hasrat Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu untuk menjadi Presiden parti itu. Sesuai kerana sudah dinamakan sebagai calon PM8, hasrat Anwar mengambil alih teraju kepimpinan PKR daripada Dr. Wan Azizah Wan Ismail […]

BERUBAH SEBELUM REBAH, SLOGAN BN DULU YANG KINI SESUAI UNTUK PH DAN TUN M

Walaupun sudah 18 bulan menjadi kerajaan, keyakinan rakyat terhadap PH nampaknya masih ditahap rendah dan membimbangkan. Sebuah kajian oleh Emir Research, kepunyaan Dr Rais Hussin, Pengerusi Biro Dasar dan Strategik Bersatu yang juga merupakan Ahli MPT Bersatu baru-baru ini antara lain mendapati:- ⁃ Hanya 24% rakyat Malaysia berpendapat kerajaan PH berdaya maju (viable), ⁃ 30% […]

JAWATAN PM BUKAN HARTA PERIBADI TUN M, BUANG MASA SAJA UNTUK SESIAPA – SELAIN ANWAR – BERANGAN-ANGAN NAK JADI PM8

Sebelum ini, saya sudah dua tiga kali menulis menyentuh tentang perbezaan antara BN dan PH berhubung perlantikan Perdana Menteri. Dalam BN, siapa yang menjadi Presiden UMNO, maka dialah yang akan menduduki kerusi Perdana Menteri. Presiden UMNO yang menjadi Perdana Menteri pula boleh mengatur dan menentukan siapa yang dikehendakinya untuk menjadi penggantinya. Pelbagai cara boleh dilakukan […]

WALAU TERKEJUT, TUN M JANGAN LUPA MUHASABAH DIRI

Tun Mahathir Mohamad dilaporkan terkejut dengan kemenangan BN dapat menewaskan PH di Tanjung Piai dengan majoriti lebih 15 ribu undi. Katanya, beliau memang menjangka PH akan tewas, tetapi tidaklah dengan majoriti yang sebesar itu. Sehubungan itu, tegasnya, satu post mortem yang terperinci, serius dan jujur di semua peringkat parti akan dilakukan bagi mengenalpasti punca sebenar […]

EHH..EHH…SABARLAH SIKIT MAIL…PH ADA MASA LAGI 3 TAHUN 4 BULAN, KENAPA PERLU BUBAR PARLIMEN SEKARANG?

Berikutan kekalahan PH di Tanjung Piai, Ketua Pembangkang, Ismail Sabri Yaakob menggesa agar Parlimen dibubarkan dengan segera. Kata beliau, kekalahan itu menunjukkan rakyat telah hilang keyakinan kepada kerajaan. “Penolakan rakyat terhadap PH di Tanjung Piai bukanlah yang pertama. Kerajaan telah ditolak berturut-turut sebanyak tiga kali sejak PRK Cameron Highlands, diikuti Semenyih dan Rantau. “Majoriti kekalahan […]

HABIS, TUN M PERCAYA KU LI KE?

Berkata Tengku Razaleigh Hamzah bahawa Tun Mahathir Mohamad tidak akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim. Kata beliau, Tun Mahathir tidak akan berbuat demikian kerana tidak percaya kepada Presiden PKR itu. “Saya fikir beliau tidak mahu berikan kepada sesiapa yang tidak boleh dipercayai sepenuhnya kerana orang yang menggantikannya akan mencari salahnya di kemudian hari,” […]

TINDAKAN TARIK OUTRIDER NAJIB TIDAK UNTUNGKAN PH

Saya tidak menyokong Najib Razak, bahkan menjadi antara penyumbang kepada kejatuhannya. Sejak 2011, selain menulis dan menerbitkan enam buah buku yang mengkritik dan membelasah Najib, saya juga telah menulis beribu-ribu artikel dalam blog ini bagi tujuan mempengaruhi pemikiran rakyat agar menjatuhkan beliau dan menumbangkan UMNO serta BN. Banyak tindakan dan keputusan Najib sebagai Perdana Menteri […]

PDRM, SPRM – MANA SIASATAN TERHADAP HISHAMMUDDIN, AZMIN?

1. Kenyataan PATRIOT oleh Presidennya Datuk Mohd Arshad Raji hari ini menggesa siasatan dilakukan segera terhadap Bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamudin Hussein berasas dan perlu dipandang serius. 2. Isu pembelian 6 helikopter McDonnell Douglas pada tahun 2016 berharga 300juta itu memperlihatkan beberapa ciri2 yang jelas berlaku penyelewengan, salahguna kuasa dan urustadbir yang amat buruk […]

PERTANYAAN KEPADA HISHAMMUDDIN, SYARIKAT SIAPA DIBERI KONTRAK BEKAL HELIKOPTER?

Berikutan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menyatakan kementeriannya sedang menimbang untuk membawa ke mahkamah berhubung pembelian enam helikopter bernilai lebih RM300 juta oleh pentadbiran terdahulu, namun masih belum diterima, perkara itu segera mengundang respon pantas daripada bekas Menteri Pertahanan, Hishammuddin Hussein. Beliau mempertikaikan kenyataan Mohamad Sabu itu dengan mendakwa ia sengaja dijadikan polemik serta isu. “Sebenarnya […]

UNTUK UMAT ISLAM SEJAHTERA, DAP ATAU PAS YANG PATUT TIADA?

Pas baru-baru ini menggesa kerajaan agar mengharamkan DAP kerana menganggap parti itu merbahaya kepada negara. Beberapa persoalan segera bermain-main di kepala sebaik saja gesaan itu terpapar di dada-dada media. Pertama, Pas adalah parti pembangkang dan DAP merupakan parti yang membentuk serta menguasai kerajaan PH sekarang ini. Tidakkah pelik bila parti pembangkang menggesa kerajaan mengharamkan sebuah […]

PERSOAL PERALIHAN KUASA, TERMASUK GESAAN MELANJUT TEMPOH TUN M HINGGA HABIS PENGGAL ADALAH KHIANAT KEPADA PH

Semua orang secara umumnya tahu mengenai adanya perjanjian penyerahan jawatan Perdana Menteri daripada Tun Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim. Apa lagi bagi para pemimpin utama PKR, DAP, Amanah dan Bersatu yang menganggotai PH, mereka tentu lebih maklum mengenai perjanjian itu kerana semua mereka hadir dalam Konvensyen PH di Shah Alam ketika mana perjanjian tersebut dimetrai […]

TIDAKKAH ADANYA PERJANJIAN SERAH KUASA BERERTI TUN M BUKAN PM HINGGA HABIS PENGGAL?

Tiada apa-apa yang pelik dan mengejutkan apabila Azmin Ali terus menyuarakan pandangan agar Tun Mahathir Mohamad kekal sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal, walaupun gesaannya itu jelas bercanggah dengan ketetapan PH sendiri. Dalam gesaan terbarunya, Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu berkata, Tun Mahathir harus dibiarkan kekal sebagai Perdana Menteri sehingga PRU15 akan datang. “Kalau ada […]

PENGAKUAN TENTANG MANIFESTO BUKTI KEGAGALAN MUTLAK MAHATHIR, HARUS LEBIH AWAL DIJAUHKAN DARIPADA PRU15

Pengakuan Tun Mahathir Mohamad berhubung alasan dan sebab-sebab PH gagal menunaikan janji manifesto secara mutlaknya menunjukkan kegagalan beliau sebagai peneraju negara yang pernah ada pengalaman selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri sebelum ini. Hakikatnya, sungguh memalukan dan seolah-olah satu penipuan kepada rakyat apabila beliau memberitahu, PH sengaja meletakkan perkara-perkara yang susah dalam manifesto kerana merasakan […]