Tag: Jumlah

DUTA BERTARAF MENTERI SUATU PEMBAZIRAN, JAWATAN TIADA HASIL

Saya telah minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah kos termasuk saraan, elaun, pejabat dan staf bagi Duta-Duta Khas bertaraf Menteri iaitu Dato’ Seri Hj Hadi Awang (Marang), Dato’ Seri Tiong King Sing (Bintulu) dan Datuk Seri Richard Riot (Serian) dari tahun 2020 sehingga 2021. Berdasarkan jawapan yang dikemukakan dalam Parlimen, secara purata kerajaan membelanjakan lebih RM48,000 […]

SETELAH 30 HARI TANPA APA2 KEMAJUAN, SEDIAKAH KITA HARUNGI LEBIH 100 HARI DIPIMPIN ISMAIL SABRI?

Hari ini genap sebulan Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri sejak mengangkat sumpah jawatannya pada 21 Ogos lalu. Dengan 30 hari yang sudah berlalu ini bermakna hanya tinggal 70 hari lagi daripada tempoh 100 hari yang diberi beliau kepada barisan anggota kabinetnya untuk menunjukkan prestasi kepada rakyat. Apakah penilaian kita secara umum terhadap prestasi semua […]

AHMAD MASLAN YANG MALANG…..

Nasib yang menimpa Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan dalam soal pemilihannya yang tertunda sebagai Timbalan Speaker Parlimen adalah sesuatu yang cukup malang bagi dirinya. Ia bukan saja memperlihatkan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob gagal memperjuangkan nasibnya dan kepentingan UMNO, malah juga menunjukkan jawatan itu sudah tidak berharga lagi buat Ahmad Maslan. Sampai pindaan Perlembagaan terpaksa […]

MENJAWAB 10 KEKELIRUAN TENTANG PH SETELAH MOU DITANDATANGANI

Soalan No.1 : Adakah Pakatan Harapan (PH) telah menyerah kalah kepada kerajaan Ismail Sabri Yaakob apabila menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Kerajaan? Jawapan No.1 : Tidak. PH tidak menyerah kalah. PH tetap memainkan peranannya sebagai pembangkang yang bertanggungjawab di dalam Parlimen dan di luar Parlimen. Soalan No.2 : Benarkah PH tidak lagi memainkan peranan sebagai pemantau […]

MOU DENGAN PH BERI KELEBIHAN HAMZAH DILANTIK TPM….

Rasanya ramai yang tidak mengetahui bahawa di sebalik termetrainya MOU Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan dengan blok pembangkang PH pada petang Isnin lalu, orang penting di belakang tabir dalam menentukan kesuksesannya ialah Hamzah Zainuddin. Hamzah yang merupakan Menteri Dalam Negeri dan Setiausaha Agung Bersatu bukan saja merupakan perancang utama sejak awal lagi, bahkan telah […]

PARLIMEN BUBAR SELEPAS JULAI 2021 BERI RUANG ISMAIL SABRI AMBIL ALIH KEPIMPINAN UMNO LEBIH DULU SEBELUM PRU

Antara perkara yang dipersetujui dalam MOU yang dimetrai oleh kerajaan dengan PH ialah Parlimen tidak akan dibubar sebelum 31 Julai tahun depan. Ia bertujuan agar beberapa rang undang-undang yang dipersetujui bersama dalam MOU itu dapat dibentangkan di Parlimen dan seterusnya diluluskan tanpa banyak masalah. Antaranya ialah rang undang-undang anti lompat, undi 18 dan tempoh seseorang […]

SUSULAN MOU KERAJAAN KELUARGA 69 MALAYSIA DENGAN PH, PUTRA MAHU TAMPIL SEBAGAI KUASA KETIGA

1.Ada media bertanya pada saya sebagai Presiden PUTRA apa pandangan dan pendirian PUTRA mengenai kerjasama yang dimeterai sebagai “MOU PH DAN KERAJAAN KELUARGA 69 MALAYSIA”? Jawapan saya, PUTRA mengajak seluruh pimpinan PUTRA agar mempertingkatkan daya juang yang lebih kental, cekal dan berani menegur serta bersuara lantang bagi mengisi peranan semak dan imbang setelah Pakatan Harapan […]

NAJIB, ZAHID HAMIDI SETUJU ATAU TIDAK MOU DENGAN PH, MASIHKAH ADA MASA DEPAN BUAT MEREKA SELEPAS INI?

Sebagaimana sebahagian besar daripada kira menyedarinya, bekas Perdana Menteri Najib Razak adalah pemimpin yang paling aktif memberi komen di media sosialnya berkaitan apa saja isu yang berlaku dalam negara dalam tahun-tahun kebelakangan sejak UMNO kehilangan kuasanya. Kadang-kadang reaksinya mencakupi lebih daripada satu sudut yang berbeza dan dimuatkan pula untuk bacaan rakyat hanya seketika selepas reaksi […]

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN DEMI RAKYAT

Majlis Presiden Pakatan Harapan telah mengadakan mesyuarat pada hari ini untuk membincangkan sebuah memorandum persefahaman di antara Pakatan Harapan dan pihak Kerajaan, di mana Pakatan Harapan telah memberi pandangan dan cadangan tambahan kepada tujuh reformasi yang diumum Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob semalam. Memorandum persefahaman ini adalah susulan kepada pertemuan yang telah diadakan […]

DI SEBALIK 7 TAWARAN, USUL UNDI PERCAYA MASIH PERLU DILAKSANAKAN – ANWAR

Saya mengalukan kenyataan Perdana Menteri semalam terkait ikhtiar Kerajaan melaksana sejumlah penambahbaikan bagi Parlimen dan pentadbiran Kerajaan. Ini adalah satu permulaan yang baik susulan daripada pertemuan saya dan pimpinan Pakatan Harapan bersama Perdana Menteri pada 25 Ogos lalu. Walaupun begitu, proses perbincangan masih berjalan untuk mencari titik persamaan yang terbaik bagi menangani krisis pandemik COVID-19, […]

JIKA SOKONGAN 114 TIDAK PALSU, TIADA SEBAB ISMAIL SABRI PERLU TAKUT BERDEPAN UNDI PERCAYA

Sebagaimana kita semua sedia maklum, Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Perdana Menteri berdasarkan sokongan 114 Ahli Parlimen yang dimilikinya. Dikira daripada 220 Ahli Parlimen yang ada sekarang, jumlah 114 itu adalah lebih tiga undi daripada majoriti paling minimum sebanyak 111. Dengan sokongan 114 itu, jika benar ia asli dan diperolehi dengan cara betul, tidak ada […]

ISMAIL SABRI PERLEKEH MAHIADDIN…

Walaupun Mahiaddin Md Yasin nampaknya gembira dengan perlantikannya sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara atau MPN, tetapi sebahagian mereka dalam Bersatu tidak begitu perasaannya yang mereka alami. Beberapa pemimpin dalam Bersatu merasakan Mahiaddin telah diperlekeh dan direndah-rendahkan di sebalik diberikan jawatan Pengerusi MPN bertaraf menteri oleh Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob. Ini kerana, kata mereka, perlantikan […]

ISMAIL SABRI TERBUKTI TIDAK LEBIH BAIK DARIPADA MAHIADDIN, UMNO LEBIH MUDAH KENA ‘TAPAU’

Hari ini adalah hari yang ke-17 Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri sejak mengangkat sumpah jawatan di Istana Negara pada 21 Ogos lalu. Malangnya, sehingga hari ini tiada sebarang perkara baru yang berjaya ditampilkan dalam kerajaan pimpinannya, malah dengan barisan kabinet kitar semula daripada lantikan Perdana Menteri gagal sebelumnya, Mahiaddin Md Yasin, kerajaan yang ada […]

PEGUAM NEGARA TUNJUK JALAN YANG SALAH KEPADA PERDANA MENTERI?

Bagi yang peka dan bukan pekak, mereka tentu sedar bahawa asal usul tentang perlunya undi percaya dibentangkan di Parlimen untuk mengabsahkan Ahli Parlimen yang dilantik sebagai Perdana Menteri baru menggantikan Mahiaddin Md Yasin adalah datang daripada Yang Dipertuan Agong sendiri. Agong bertitah berkenaan perkara tersebut pada 18 Ogos lalu, dua hari setelah Mahiaddin mengutus surat […]

MELANTIK MAHIADDIN YANG GAGAL KETUAI MPN MENUNJUKKAN ISMAIL SABRI PM YANG 1000 KALI LEBIH GAGAL BERBANDING MAHIADDIN

Mahiaddin Md Yasin sepanjang 17 bulan berkuasa dan mengetuai kerajaan PN adalah Perdana Menteri yang gagal. Beliau gagal dalam hampir semua perkara – paling ketara dalam menangani Covid19 yang daripadanya menjalar kepada krisis kesihatan, ekonomi serta ketidaktentuan politik. Tidak saja dengan PKP yang bersambung-sambung dan menyusahkan rakyat, kadangkala pula ketat atau longgarnya PKP itu seperti […]

JIKA BEGINILAH PERANGAI PEMIMPINNYA, MEMANG WAJIB UMNO DITUMBANGKAN SEKALI LAGI

Belum pun sampai sebulan UMNO beroleh kembali kerusi Perdana Menteri yang gagal dipertahankan sejak 2018, lagak dan gaya lama pemimpinnya sudah mula menjadi bualan semula. Kalau dulu, bersama keangkuhan bahawa UMNO tidak mungkin kalah pilihanraya, lagak dan kesombongan mereka yang bergelar pemimpin bukanlah sesuatu yang luar biasa. Ia sudah menjadi tontonan yang merata di mana-mana, […]

SIAPA KATA HADI AWANG DUTA YANG HANYA MAKAN GAJI BUTA?

Selama ini ramai yang menganggap perlantikan Presiden Pas, Hadi Awang sebagai Duta Khas Perdana Menteri bertaraf menteri ke Timur Tengah sebagai sia-sia. Kerjanya yang tidak kelihatan, malah ketika Mahiaddin Md Yasin melawat Arab Saudi pun beliau tidak ikut serta, ditambah dengan PKP demi PKP yang bersambung-sambung, Hadi dilihat macam tiada kerja dan hanya makan gaji […]

JIKA TAK MAHU KEDUDUKANNYA DIPERTIKAI BERPANJANGAN, ISMAIL SABRI JANGAN IKUT PERANGAI MAHIADDIN

Di sebalik sidang Parlimen yang sepatutnya bermula 6 September telah ditangguhkan kepada 13 September berikutan Ismail Sabri Yaakob perlu menjalani kuarantin kendiri kerana menjadi kontak rapat dengan seseorang yang positif Covid19, kedudukan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri dalam sidang kali ini masih lagi tidak diketahui nasibnya. Tidak ada sesiapa setakat ini, baik daripada pejabat […]

PUSINGAN U ROS SUATU KEMENANGAN BUAT ZAHID HAMIDI, TAPI MENJADIKAN ISMAIL SABRI PM ‘LAME DUCK’

Orang yang paling gembira dengan keputusan pusingan U Jabatan Pendaftar Pertubuhan atau RoS membenarkan penangguhan pemilihan UMNO selama 18 bulan tentunya ialah Ahmad Zahid Hamidi. Kegembiran itu barangkali menyamai gembiranya kerana pulih dalam tempoh yang singkat daripada pembedahan baru-baru ini dan seterusnya dapat mempengerusikan mesyuarat MT UMNO sebaik saja keluar daripada hospital. Dengan keputusan terbaru […]

SELEPAS BERJASA BOLEHKAN ZIARAH PUSARA, LEBIH TERPUJI JIKA ISMAIL SABRI DAPAT BENARKAN RENTAS NEGERI DENGAN SEGERA

Satu-satunya jasa Ismail Sabri Yaakob yang ada yang dapat dirasai rakyat setakat seminggu memegang jawatan Perdana ini ialah mendedahkan bahawa menziarahi kubur bukan lagi perkara yang melanggar SOP. Selama ini tiada siapa tahu atau dimaklumkan bahawa menziarahi kubur bukan lagi suatu perkara larangan. Tetapi, berikutan Ismail Sabri dilantik sebagai Perdana Menteri dan semalam beliau pulang […]