Tag: itu

BUAT APA NADIR BUMI DIKENAL PASTI KALAU BUKAN BERTUJUAN MELOMBONGNYA?

Bagi meredakan kebimbangan pelbagai pihak berhubung usaha penerokaan nadir bumi di Perak, Menteri Besarnya, Ahmad Faizal Azumu berkata, ia hanya bertujuan mengenal pasti saja. Beliau berkata, pemeteraian Memorandum Persefahaman (MOU) di antara Perbadanan Menteri Besar (MB Inc) dengan sebuah syarikat dari China iaitu Chinalco GXNF Rare Earth Development baru-baru ini hanya untuk mengenal pasti nadir […]

MENTERI YANG WAJIB “DITERBANGKAN” JAWATAN KABINETNYA

Hasil laporan PAC mengenai Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Redzuan Md Yusof dan projek kereta terbangnya nampaknya sungguh mengejutkan. Pertama, berkaitan pengunaan dana awam sebanyak RM20 juta yang dilaburkan dalam projek itu, walhal sebelum itu diumumkan ia adalah inisiatif swasta. Kedua, pengumuman projek kereta terbang itu juga dibuat tanpa pengetahuan atau dimaklumkan kepada kabinet. Apa sudah […]

BOLEHKAH PENGAKUAN TAK MASUK CAMPUR TUN DAIM INI DIPERCAYAI?

Tun Daim Zainuddin berkata, beliau tidak akan masuk campur dalam soal peralihan kuasa daripada Tun Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim. “Saya tak ingin masuk campur dalam hal itu, biar mereka selesaikannya. “Kami tak mahu masuk campur,” katanya lagi. Bolehkah sesiapa percaya pengakuan Tun Daim ini? Atau pengakuan ini merupakan isyarat terbalik daripadanya iaitu beliau memang […]

AZMIN NASIHAT MP UMNO JANGAN LOMPAT PARTI, ADAKAH INI BERMAKNA BELIAU MAHU TUBUH PARTI BARU?

Sebelum ini, Tun Mahathir Mohamad memberitahu, sebagaimana yang dimaklumkan oleh Azmin Ali kepadanya, Ahli-Ahli Parlimen BN yang berjumpa dengannya mengadu tentang UMNO yang sudah hilang arah tuju dan mereka tidak tahu sama ada mahu kekal atau melompat parti. Kemudian, 15 Ahli-Ahli Parlimen BN tampil menafikan mereka ada meluahkan hasrat mahu keluar UMNO kepada Azmin, manakala […]

KALAU PKR TAK PILIH BULU, ZURAIDAH PUN PATUT DIPECAT JUGA?

Walaupun tidak menghadiri mesyuarat MPP PKR semalam, Zuraidah Kamaruddin terus membebel melalui media berhubung keputusan yang dibuat oleh parti itu. Semalam PKR membuat keputusan memecat dua ahlinya, temasuk seorang Ahli MPP, Zakaria Abdul Hamid dan seorang lain yang bernama Ismail Dulhadi. Pemecatan itu berikutan cadangan yang diusulkan oleh SPRM berkaitan kes rasuah yang dihadapi oleh […]

17 MP PERLU SEGERA BUAT PILIHAN – KEKAL DALAM UMNO ATAU LOMPAT PARTI?

Tujuan pertemuan 17 Ahli Parlimen UMNO yang diketuai Hishammuddin Hussein dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali akhirnya didedahkan oleh Tun Mahathir Mohamad. Perdana Menteri menjelaskan, beliau diberitahu oleh Azmin bahawa 17 Ahli Parlimen UMNO berkenaan mengadu tentang UMNO yang ketika ini sudah hilang arah tuju. “Saya tanya Azmin apa dia bincang, dia kata orang […]

TUN, JANGANLAH BERDALIH LAGI TENTANG BILA NAK SERAH KUASA

Pagi tadi, Tun Mahathir Mohamad dilaporkan mengalami pendarahan hidung sehingga sidang medianya terpaksa disingkatkan dan kemudian dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan. Walaupun beliau dilaporkan stabil dan tiada apa-apa perlu dibimbangi mengenai kedudukan kesihatannya, tetapi dalam usia menjangkau 95 tahun, jangankan berdarah hidung, luka di jari kelingking pun tetap membimbangkan. Apa lagi bagi mereka yang […]

HISHAMMUDDIN PARASIT UMNO, AZMIN PEROSAK PH – KEDUA-DUANYA MESTI DIAMBIL TINDAKAN DISIPLIN

Dalam suatu tindakan cepat dan pantas, Lembaga Disiplin UMNO dilaporkan akan menyiasat perbuatan sekumpulan Ahli Parlimen UMNO yang mengadakan perjumpaan sulit dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, malam tadi. Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Apandi Ali berkata, siasatan itu dilakukan berikutan pihaknya menerima aduan berhubung pertemuan yang menjadi perbualan ramai itu. Selepas siasatan, tambah beliau, tindakan […]

AHLI PARLIMEN UMNO KHIANATI PRESIDEN DAN MUAFAKAT NASIONAL?

Sekumpulan Ahli Parlimen UMNO yang dipercayai diketuai bekas Menteri Pertahanan, Hishammuddin Hussein dikesan mengadakan perjumpaan sulit malam tadi di kediaman Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali. Pertemuan itu dikatakan bukan saja untuk menyatakan sokongan kepada Tun Mahathir Mohamad untuk terus berkhidmat dengan lebih lama, malah bertujuan memintas peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim, seterusnya menjadikan Azmin sebagai […]

KALAU DAH SELALU GHAIB DAN TIDAK HADIR MESYUARAT, TAK USAHLAH MENGADA-NGADA NAK RASMIKAN MESYUARAT!!!

Walaupun sedar dirinya telah tidak hadir mesyuarat selama setahun, Azmin Ali nampaknya masih tidak berpuas hati apabila namanya digugurkan daripada merasmikan Kongres AMK Keadilan pada 6 Disember depan. Lantaran itu, beliau menuduh wujudnya tangan ghaib di sebalik pengguguran namanya itu. Menurut Azmin, tanpa kewujudan tangan ghaib itu, tidak mungkin Ketua AMK, Akmal Nasir ada keberanian […]

APAKAH PH DI TANJUNG PIAI DISABOTAJ SPR?

Apabila SPR tiba-tiba mengeluarkan ingatan agar semua parti dan calon yang bertanding dalam PRK Tanjung Piai supaya memohon permit polis bagi kempen rumah ke rumah yang dijalankan,!persoalan utama ialah apakah tujuan peraturan itu dikeluarkan? Ia bukan saja kerana ini pertama kali peraturan seperti itu dikeluarkan, tetapi yang lebih memusykilkan ialah sebab kempen PRK Tanjung Piai […]

AKHIRNYA TIADA APA2 TINDAKAN TERHADAP MB PERAK

Tiada apa-apa tindakan diambil oleh Bersatu terhadap Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu berhubung kenyataan kontroversinya yang menyebut “saya seorang diri terkontang-kanting berlawan dengan puak-puak DAP”. Ini berikutan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu petang tadi menerima dengan baik penjelasan Ahmad Faizal atau Peja yang tetap mengatakan kenyataannya itu telah diambil di luar konteks. Sehubungan itu, […]

PAS OH PAS….LEBIH BAIKLAH TAK PAYAH DATANG BERKEMPEN KE TANJUNG PIAI!!!

Ketika PRK Cameron Highlands di mana calon BN adalah daripada UMNO yang beragama Islam, manakala calon PH adalah DAP yang bukan Islam, Pas telah mengeluarkan fatwa wajib menyokong calon yang ada sifat keagamaan. Justeru, Presiden Pas, Hadi Awang meminta pengundi Islam termasuk mereka yang bukan Islam agar tidak memilih calon dari DAP itu. “Kita minta […]

ZURAIDAH CAKAP TAK SERUPA BIKIN, MAHU ANWAR ‘MOVE ON’ TAPI DIA SENDIRI TAK PERNAH ‘MOVE ON’

Ketua Wanita PH, Zuraida Kamaruddin berkata, gabungan itu tidak perlu lagi menyentuh atau membincangkan mengenai isu peralihan kuasa Perdana Menteri ke-8. Menurut Zuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, ini kerana sudah tiba masanya pemimpin PH mula bekerja dan memberi perkhidmatan kepada rakyat. “Kita dah tak nak sentuh isu ini. Tiada lagi isu Perdana […]

INI PULA DITUJUKAN KEPADA PAS DAN ‘ENAM JAHANAM’ UMNO

Semalam Anwar Ibrahim telah mengulas tentang mereka yang bercita-cita mahu memintas kedudukannya sebagai Perdana Menteri ke-8 menggantikan Tun Mahathir Mohamad. Jawapan beliau itu boleh diimbas kembali di sini – https://shahbudindotcom.net/2019/10/25/harap-harap-mereka-mudah-faham.html Hari ini beliau menjawab pula mengenai pendirian Pas dan enam Ahli Parlimen UMNO yang memberi sokongan kepada Tun Mahathir agar terus menggalas tanggungjawab sehingga tamat […]

MUNGKINKAH MUHYIDDIN AKAN SEKALI LAGI MENGGEGAR MINTA DICEPATKAN JANJI?

Muhyiddin Yassin merupakan satu-satunya pemimpin Bersatu yang sentiasa konsisten dan tidak pernah berubah pendirian berhubung isu peralihan kuasa. Presiden Bersatu dan Menteri Dalam Negeri itu sentiasa berpegang kepada janji dan persetujuan Anwar Ibrahim adalah pengganti tunggal yang dinamakan sebagai pengganti kepada Tun Mahathir Mohamad yang kini menginjak usia 95 pada tahun depan. “Perkara ini sesuatu […]

HARAP-HARAP MEREKA MUDAH FAHAM…..

Ini jawapan Anwar Ibrahim terhadap mereka yang berhajat memintas kedudukannya sebagai Perdana Menteri ke-8 yang terus menjadi bualan di mana-mana:- “Bukan kesalahan kalau sesiapa berhajat nak jadi Perdana Menteri, tapi dia kenalah dapat sokongan majoriti. “Saya rasa buat masa sekarang, setakat mesyuarat minggu lalu di kalangan pemimpin parti, tak timbul nama lain (sebagai pengganti PM). […]

PERSOAL PERALIHAN KUASA, TERMASUK GESAAN MELANJUT TEMPOH TUN M HINGGA HABIS PENGGAL ADALAH KHIANAT KEPADA PH

Semua orang secara umumnya tahu mengenai adanya perjanjian penyerahan jawatan Perdana Menteri daripada Tun Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim. Apa lagi bagi para pemimpin utama PKR, DAP, Amanah dan Bersatu yang menganggotai PH, mereka tentu lebih maklum mengenai perjanjian itu kerana semua mereka hadir dalam Konvensyen PH di Shah Alam ketika mana perjanjian tersebut dimetrai […]

MEMAHAMI YANG TERSURAT DAN TERSIRAT BERKENAAN PERALIHAN KUASA

Dari masa ke semasa, topik peralihan kuasa daripada Tun Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim, terus menjadi bualan dan kadangkala hangat diperkatakan. Tidak saja kepada orang awam dan wartawan yang suka bertanyakan perkara itu, di Dewan Rakyat sendiri pun topik itu kerap menjadi soalan celahan Ahli-Ahli Parlimen yang mahukan kepastian. Semalam, ketika Anwar membahaskan Belanjawan 2020, […]