Tag: itu

MAKMAL AS SAHKAN AZMIN DALAM VIDEO HAZIQ?

Semalam, selain merupakan hari terakhir bagi tahun 2019, ia juga merupakan hari yang mengecewakan bagi rakyat Malaysia. Ini kerana harapan mereka untuk mengetahui dengan sahih dan rasmi berhubung siapa seorang lagi lelaki yang dikatakan mirip Azmin Ali dalam video Haziq, tidak menjadi kenyataan akhirnya. PDRM melalui Pengarah Jabatan Siasatan Jenayahnya, Huzir Mohamad pada 20 November […]

BAGUSLAH KALAU BERSATU NAK BERGABUNG DENGAN UMNO, TAPI PULANGKANLAH JAWATAN PM KEPADA PH….

Ahli MT UMNO, Lokman Adam mendakwa, terdapat usaha yang direstui oleh sebilangan pemimpin UMNO sendiri untuk menggabungkan parti itu dengan Bersatu. Katanya, antara sebilangan pemimpin yang setuju ke arah penggabungan itu ialah mereka yang sedang berdepan dengan pertuduhan jenayah di mahkamah. Selain itu, usaha penggabungan yang mahu direalisasikan menjelang Mei 2020 itu juga dipercayai bertujuan […]

ADAKAH ZAHID HAMIDI SUDAH BERSAMA DENGAN AGENDA HISHAMMUDDIN?

Berdasarkan pemahaman secara umum, tindakan Apandi Ali meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO secara mengejut adalah kerana tidak berpuas hati dengan adanya arahan agar menangguhkan perbicaraan disiplin terhadap bekas Naib Presiden UMNO, Hishammuddin Hussein. Sehubungan itu, Apandi menegaskan, beliau meletakkan jawatan kerana tidak sedia menjadi kuda tunggangan sesiapa. “Saya tidak sanggup jadi kuda tunggangan. […]

KEPRIHATINAN ANWAR MULA MENAMPAKKAN HASIL

Berikutan isu Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal atau BIPK dalam perkhidmatan awam yang diumum akan ditamatkan bermula tahun depan telah menimbulkan keresahan ramai, Anwar Ibrahim tampil menyarankan jemaah menteri agar membincangkan semula perkara itu. Katanya, perkara itu wajar dibincangkan semula selepas ada rungutan dan bantahan daripada pelbagai pihak. Presiden PKR itu menyatakan demikian dalam kenyataan media […]

KENAPA BEGITU BERSUNGGUH? ADAKAH PENUDUH KES ANWAR GAGAL UJIAN POLIGRAF?

Berbeza dengan kes Azmin Ali yang sudah berlarutan lebih enam bulan tanpa sebarang keputusan, pihak polis nampaknya begitu bersungguh dan bertindak agak pantas dalam kes Anwar Ibrahim. Setelah penuduh, Mohamad Yusoff Rawther diambil keterangan dan kemudian dibawa menjalani ujian poligraf, pihak polis kini mahu melebarkan lagi siasatan untuk mengenal pasti di mana Anwar berada pada […]

KENAPA TIADA YANG MENDESAK AZMIN BUAT UJIAN POLIGRAF?

Susulan tampilnya pihak tertentu, khususnya pengampu Perdana Menteri yang menggesa agar Anwar Ibrahim juga perlu menjalani ujian poligraf berikutan penuduhnya yang mendakwa diganggu secara seksual, Mohamad Yusoff Rawther telah berbuat demikian, mereka seolah-olah lupa dengan kes yang lebih penting daripada itu. Ia tidak lain adalah kes “video Haziq” yang dikaitkan dengan Azmin Ali yang kini […]

MENYASARKAN NAJIB SEMATA-MATA TIDAK MENJAMIN KEADILAN DAPAT DITEGAKKAN

Berikutan akuan bersumpah atau SD oleh Azilah Hadri, salah seorang pesalah dalam kes pembunuhan Altantuya Sharibuu yang mendakwa beliau diarahkan oleh Najib Razak untuk melakukan pembunuhan itu, semalam seluruh negara gempar jadinya dengan hampir semua orang bercakap dan mengulas perkara itu. Rata-rata menuding jari kepada bekas Perdana Menteri itu, lebih-lebih lagi SD yang dibuat oleh […]

BILA PULA LEMBAGA DISIPLIN PKR NAK KELUARKAN SURAT KEPADA AZMIN, ZURAIDA?

Bekas Naib Presiden UMNO, Hishammuddin Hussein sah sudah diberikan surat tunjuk sebab berhubung pertemuannya bersama sekumpulan Ahli Parlimen UMNO dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali. Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Apandi Ali mengesahkan perkara tersebut. Beliau dikehendaki menjawab surat tunjuk sebab itu sebelum 26 Disember ini. Bekas Menteri Pertahanan itu didakwa melakukan kesalahan berkaitan “tidak […]

MENGAPA MAHATHIR SUKA CAKAP BERBELIT-BELIT?

Semakin hampir ketibaan tempoh matang dua tahun peralihan kuasa, kata-kata atau kenyataan Tun Mahathir Mohamad nampaknya makin berbelit-belit dan kian sukar difahami. Apakah ia disebabkan faktor usia yang menyebabkan beliau semakin lupa dan tidak ingat lagi kepada janji lama? Walaupun masih mengatakan nama Anwar Ibrahim sebagai penggantinya untuk mengisi kerusi PM8, ekor kata-kata sering menimbulkan […]

MENJELANG SIDANG APEC NOVEMBER 2020, APAKAH KETIKA ITU ANWAR SUDAH DIPENJARA?

Dalam interbiu dengan Reuters, meskipun Tun Mahathir Mohamad seperti menunjukkan keikhlasannya akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim selepas Sidang APEC pada November 2020, beliau bagaimanapun agak berbelit di hujung kata-katanya. Sementara menegaskan akan menunai dan mengotakan janjinya itu, beliau kemudian berkata, ia terpulang kepada keadaan pada waktu itu. “Setakat yang saya tahu, saya […]

PERALIHAN KUASA SELEPAS NOVEMBER 2020 SUKAR DITERIMA, DIBIMBANGI SELESAI SIDANG APEC, ALASAN LAIN PULA DICIPTA

Kebimbangan banyak pihak selama ini bahawa peralihan kuasa tidak akan berlaku dalam tempoh dua tahun sebagaimana yang pernah dijanjikan sendiri oleh Tun Mahathir Mohamad, nampaknya hampir pasti menjadi kenyataan. Sebaliknya, kebimbangan banyak pihak bahawa Perdana Menteri tertua itu akan terus berdolak dalik dan mencipta pelbagai alasan untuk melewat-lewatkan peralihan kuasa, sudah pun sekarang ini menjadi […]

AZMIN TAK PERNAH MASUK PENJARA KERANA REFORMASI…

Dalam ucapan berapi-apinya di Hotel Renaissance petang semalam, Azmin Ali berkata, beliau lebih dulu melalui pengalaman masuk penjara berbanding Presiden PKR. Anwar Ibrahim. Katanya, beliau masuk penjara pada 16 September 1998 iaitu sebelum Anwar ditangkap pada 20 September tahun yang sama. “Jangan padam sejarah, saya masuk penjara pada 16 September. “Saya ditelanjangkan, dibogelkan, ditanggalkan, dipijak, […]

AZMIN MAHU BERDAMAI DENGAN ANWAR?

Tidak sampai sejam sebelum Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan penggulungan di Kongres Nasional Keadilan tengahari tadi, Azmin Ali yang tidak hadir di kongres tersebut tiba-tiba menulis di laman sosialnya mengiktiraf kepimpinan Presiden PKR itu. Beliau menyebut “Dia masih presiden saya. Itulah sebabnya saya perlu berunding dan bercakap dengan dia, yang saya lakukan dan saya akan terus […]

AZMIN TERLALU MANJA DAN MENGADA-NGADA….

Kalau dalam Kongres AMK semalam, kumpulan pro Azmin Ali yang diketuai oleh Hilman Idham telah meninggalkan dewan pada sebelah petang kononnya kerana faktor keselamatan, hari ini Timbalan Presiden PKR itu sendiri mengetuai penyokongnya keluar dewan pada sebelah petang Kongres Nasional Keadilan atas alasan tidak tahan disindir dan dihentam. Beliau bersama penyokong meninggalkan dewan kongres kira-kira […]

TETAP TARIKH SERAH KUASA WAJAR DIUSULKAN DALAM KONGRES PKR DI MELAKA INI

PKR adalah parti terbesar dan mempunyai jumlah Ahli Parlimen teramai dalam gabungan PH yang membentuk kerajaan sekarang ini. Lebih daripada itu, berdasarkan rekod rasmi SPR, yang menang PRU14 adalah juga PKR kerana semua calon PH ketika itu bertanding menggunakan logo dan nama parti tersebut. Meskipun Dr. Wan Azizah Wan Ismail selaku Presiden PKR pada waktu […]

BERDAMAI MENANG – MENANG DENGAN AZMIN, LALUAN ANWAR MENUJU PM8 TIADA LAGI GANGGUAN

Sehari sebelum berlangsungnya kongres AMK dan Wanita PKR esok, satu berita gembira muncul hari ini iaitu berlakunya perdamaian antara Anwar Ibrahim dengan Azmin Ali. Buat pertama kalinya sejak lebih setahun lalu, Azmin petang tadi hadir mesyuarat Biro Politik PKR yang dipengerusikan Anwar di mana sebelum itu mereka berdua telah mengadakan perbincangan ke arah mengukuhkan parti […]

BUKAN TIDAK SABARNYA PENYOKONG ANWAR JADI MASALAH, TUN M YANG BERDOLAK-DALIK PUNCA SEGALA MASALAH

Dalam tulisan di blognya semalam, Penasihat Media dan Komunikasi Perdana Menteri, A Kadir Jasin berkata, adalah lebih baik soal peralihan kuasa daripada Tun Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim diselesaikan oleh kedua-dua pemimpin itu saja. Tambah beliau, campurtangan pihak lain boleh menjejaskan peralihan yang sudah dipersetujui itu. Mengimbas kembali episod 1998 di mana Anwar dipecat oleh […]

AHLI PARLIMEN UMNO JUMPA AZMIN, TERMASUK HISHAMMUDDIN, DIGUGUR CALON PRU15?

Tanpa menyebut nama secara khusus, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi membayangkan pemimpin parti itu yang cuba berpaling tadah tidak lagi akan dicalonkan dalam PRU akan datang. Mereka itu, berdasarkan perkembangan semasa, pastilah antaranya adalah 17 Ahli Parlimen UMNO yang berjumpa secara sulit dan tanpa pengetahuan parti dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali, baru-baru ini. […]

BUAT APA NADIR BUMI DIKENAL PASTI KALAU BUKAN BERTUJUAN MELOMBONGNYA?

Bagi meredakan kebimbangan pelbagai pihak berhubung usaha penerokaan nadir bumi di Perak, Menteri Besarnya, Ahmad Faizal Azumu berkata, ia hanya bertujuan mengenal pasti saja. Beliau berkata, pemeteraian Memorandum Persefahaman (MOU) di antara Perbadanan Menteri Besar (MB Inc) dengan sebuah syarikat dari China iaitu Chinalco GXNF Rare Earth Development baru-baru ini hanya untuk mengenal pasti nadir […]

BUAT APA NADIR BUMI DIKENAL PASTI KALAU BUKAN BERTUJUAN MELOMBONGNYA?

Bagi meredakan kebimbangan pelbagai pihak berhubung usaha penerokaan nadir bumi di Perak, Menteri Besarnya, Ahmad Faizal Azumu berkata, ia hanya bertujuan mengenal pasti saja. Beliau berkata, pemeteraian Memorandum Persefahaman (MOU) di antara Perbadanan Menteri Besar (MB Inc) dengan sebuah syarikat dari China iaitu Chinalco GXNF Rare Earth Development baru-baru ini hanya untuk mengenal pasti nadir […]