Tag: Ismail Sabri

MOU BOLEH TERBATAL JIKA…..

Satu persoalan yang kerap ditanya dalam mesyuarat zoom DAP di seluruh negara adalah sama ada memorandum persefahaman keyakinan-perbekalan-reformasi (CSR) di antara Perdana Menteri Ismail Sabri dan Pakatan Harapan boleh gagal. Ya, memorandum CSR ini mungkin akan gagal, kerana kerajaan Ismail Sabri ini bukanlah sebuah kerajaan Pakatan Harapan, tetapi sebarang kegagalan ini tidak boleh disebabkan oleh […]

SETELAH 30 HARI TANPA APA2 KEMAJUAN, SEDIAKAH KITA HARUNGI LEBIH 100 HARI DIPIMPIN ISMAIL SABRI?

Hari ini genap sebulan Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri sejak mengangkat sumpah jawatannya pada 21 Ogos lalu. Dengan 30 hari yang sudah berlalu ini bermakna hanya tinggal 70 hari lagi daripada tempoh 100 hari yang diberi beliau kepada barisan anggota kabinetnya untuk menunjukkan prestasi kepada rakyat. Apakah penilaian kita secara umum terhadap prestasi semua […]

MOU DENGAN PH BERI KELEBIHAN HAMZAH DILANTIK TPM….

Rasanya ramai yang tidak mengetahui bahawa di sebalik termetrainya MOU Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan dengan blok pembangkang PH pada petang Isnin lalu, orang penting di belakang tabir dalam menentukan kesuksesannya ialah Hamzah Zainuddin. Hamzah yang merupakan Menteri Dalam Negeri dan Setiausaha Agung Bersatu bukan saja merupakan perancang utama sejak awal lagi, bahkan telah […]

PARLIMEN BUBAR SELEPAS JULAI 2021 BERI RUANG ISMAIL SABRI AMBIL ALIH KEPIMPINAN UMNO LEBIH DULU SEBELUM PRU

Antara perkara yang dipersetujui dalam MOU yang dimetrai oleh kerajaan dengan PH ialah Parlimen tidak akan dibubar sebelum 31 Julai tahun depan. Ia bertujuan agar beberapa rang undang-undang yang dipersetujui bersama dalam MOU itu dapat dibentangkan di Parlimen dan seterusnya diluluskan tanpa banyak masalah. Antaranya ialah rang undang-undang anti lompat, undi 18 dan tempoh seseorang […]

NAJIB, ZAHID HAMIDI SETUJU ATAU TIDAK MOU DENGAN PH, MASIHKAH ADA MASA DEPAN BUAT MEREKA SELEPAS INI?

Sebagaimana sebahagian besar daripada kira menyedarinya, bekas Perdana Menteri Najib Razak adalah pemimpin yang paling aktif memberi komen di media sosialnya berkaitan apa saja isu yang berlaku dalam negara dalam tahun-tahun kebelakangan sejak UMNO kehilangan kuasanya. Kadang-kadang reaksinya mencakupi lebih daripada satu sudut yang berbeza dan dimuatkan pula untuk bacaan rakyat hanya seketika selepas reaksi […]

DARIPADA NO ANWAR NO DAP, SUDAHNYA ANWAR DAN DAP DIJADIKAN PENYELAMAT TENGKUK KERAJAAN SERTA PENENTU DASAR NEGARA

PH dan kerajaan Keluarga Malaysia pimpinan Ismail Sabri Yaakob akan menandatangani Memorandum Persefahaman atau MOU jam 5.00 petang ini yang menandakan bermulanya kerjasama kedua-dua pihak demi kepentingan rakyat. Meski butiran MOU hanya akan diumumkan selepas ia ditandatangani antara Ismail Sabri dengan ketua-ketua parti PH yang diketuai Anwar Ibrahim petang nanti, adalah dijangka ia tidak lari […]

JANGAN SAMAKAN NAJIB DENGAN PEJA, JAWATAN PENASIHAT EKONOMI UNTUKNYA MESTI BERTARAF MENTERI KANAN

Bekas Perdana Menteri, Najib Razak dilaporkan akan dilantik sebagai Penasihat Ekonomi kepada Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob dalam waktu terdekat ini. Selain beberapa portal hangat melaporkan berita berkenaan, perkhabaran di dalam UMNO juga mengesahkan perlantikan itu hampir pasti menjadi kenyataan. Rata-rata dalam UMNO mengatakan perlantikan itu adalah pilihan yang tepat serta tidak dapat dielakkan dalam […]

AHMAD MASLAN DICALON TIMBALAN SPEAKER PARLIMEN, TIDAKKAH INI MELANGGAR SOKONGAN BERSYARAT PN?

Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan dilaporkan akan dicalonkan sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat dalam sidang Parlimen yang bermula Isnin depan. Pencalonan beliau adalah bagi mengisi kekosongan jawatan itu yang sebelum ini dipegang oleh Azalina Othman Said. Berikutan pertukaran Perdana Menteri daripada Mahiaddin Md Yasin kepada Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini, Azalina yang juga Ahli Parlimen […]

JIKA SOKONGAN 114 TIDAK PALSU, TIADA SEBAB ISMAIL SABRI PERLU TAKUT BERDEPAN UNDI PERCAYA

Sebagaimana kita semua sedia maklum, Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Perdana Menteri berdasarkan sokongan 114 Ahli Parlimen yang dimilikinya. Dikira daripada 220 Ahli Parlimen yang ada sekarang, jumlah 114 itu adalah lebih tiga undi daripada majoriti paling minimum sebanyak 111. Dengan sokongan 114 itu, jika benar ia asli dan diperolehi dengan cara betul, tidak ada […]

SELAGI TIADA TITAH BARU YANG RASMI, TITAH TERDAHULU MASIH DIKIRA SAH DAN ENGGAN AKUR TETAP DIANGGAP DERHAKA

Setakat ini belum dapat dipastikan sama ada benar atau tidak Yang Dipertuan Agong telah memperkenankan bahawa tiada keperluan membentangkan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri pada sidang Parlimen akan datang. Kenyataan bahawa baginda bertitah demikian hanya dimaklumkan melalui kata-kata dalam sidang media oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Wan Junaidi Wan Tunku Jaafar, bukan melalui […]

ISMAIL SABRI TERBUKTI TIDAK LEBIH BAIK DARIPADA MAHIADDIN, UMNO LEBIH MUDAH KENA ‘TAPAU’

Hari ini adalah hari yang ke-17 Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri sejak mengangkat sumpah jawatan di Istana Negara pada 21 Ogos lalu. Malangnya, sehingga hari ini tiada sebarang perkara baru yang berjaya ditampilkan dalam kerajaan pimpinannya, malah dengan barisan kabinet kitar semula daripada lantikan Perdana Menteri gagal sebelumnya, Mahiaddin Md Yasin, kerajaan yang ada […]

PEGUAM NEGARA TUNJUK JALAN YANG SALAH KEPADA PERDANA MENTERI?

Bagi yang peka dan bukan pekak, mereka tentu sedar bahawa asal usul tentang perlunya undi percaya dibentangkan di Parlimen untuk mengabsahkan Ahli Parlimen yang dilantik sebagai Perdana Menteri baru menggantikan Mahiaddin Md Yasin adalah datang daripada Yang Dipertuan Agong sendiri. Agong bertitah berkenaan perkara tersebut pada 18 Ogos lalu, dua hari setelah Mahiaddin mengutus surat […]

MELANTIK MAHIADDIN YANG GAGAL KETUAI MPN MENUNJUKKAN ISMAIL SABRI PM YANG 1000 KALI LEBIH GAGAL BERBANDING MAHIADDIN

Mahiaddin Md Yasin sepanjang 17 bulan berkuasa dan mengetuai kerajaan PN adalah Perdana Menteri yang gagal. Beliau gagal dalam hampir semua perkara – paling ketara dalam menangani Covid19 yang daripadanya menjalar kepada krisis kesihatan, ekonomi serta ketidaktentuan politik. Tidak saja dengan PKP yang bersambung-sambung dan menyusahkan rakyat, kadangkala pula ketat atau longgarnya PKP itu seperti […]

PM DARIPADA UMNO, MAKA UMNO MESTI KUASAI KERUSI SPEAKER PARLIMEN

Sepatutnya apabila Perdana Menteri bertukar, antara jawatan yang harus turut sama diganti pengisinya ialah Speaker Parlimen. Apatah lagi bila dalam keadaan seseorang Perdana Menteri itu mempunyai majoriti yang tipis, adanya Speaker Parlimen yang memihak kepadanya yang boleh menolak usul tidak percaya atau mempertahankan kerusi Perdana Menteri dengan pelbagai cara, peranannya adalah seperti penyelamat nyawa. Bertukar […]

JIKA TAK MAHU KEDUDUKANNYA DIPERTIKAI BERPANJANGAN, ISMAIL SABRI JANGAN IKUT PERANGAI MAHIADDIN

Di sebalik sidang Parlimen yang sepatutnya bermula 6 September telah ditangguhkan kepada 13 September berikutan Ismail Sabri Yaakob perlu menjalani kuarantin kendiri kerana menjadi kontak rapat dengan seseorang yang positif Covid19, kedudukan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri dalam sidang kali ini masih lagi tidak diketahui nasibnya. Tidak ada sesiapa setakat ini, baik daripada pejabat […]

PUSINGAN U ROS SUATU KEMENANGAN BUAT ZAHID HAMIDI, TAPI MENJADIKAN ISMAIL SABRI PM ‘LAME DUCK’

Orang yang paling gembira dengan keputusan pusingan U Jabatan Pendaftar Pertubuhan atau RoS membenarkan penangguhan pemilihan UMNO selama 18 bulan tentunya ialah Ahmad Zahid Hamidi. Kegembiran itu barangkali menyamai gembiranya kerana pulih dalam tempoh yang singkat daripada pembedahan baru-baru ini dan seterusnya dapat mempengerusikan mesyuarat MT UMNO sebaik saja keluar daripada hospital. Dengan keputusan terbaru […]

100 HARI ISMAIL SABRI SENGAJA ‘BUNUH DIRI’?

Sebelum mengumumkan senarai kabinetnya pada Jumaat lalu, Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mahu setiap menterinya membuktikan pencapaian awal mereka dalam tempoh 100 hari pertama menjalankan tugas. Untuk itu, katanya, setiap kementerian perlu membuat perancangan jangka pendek dan jangka panjang untuk mencapai sasaran yang ditetapkan. Meski menekankan budaya kerja berprestasi tinggi, Ismail Sabri seterusnya berharap susunan […]

ISMAIL SABRI NAMPAK TIDAK BERHATI BUDI, UMNO RASA TAK PUAS HATI

Meski UMNO sudah berjaya mendakap kerusi Perdana Menteri, masih lagi kedengaran suara-suara tidak puas hati dalam parti itu terhadap Ismail Sabri Yaakob. Paling kuat terdengar suara tidak tidak puas hati ialah berikutan tindakan Ismail Sabri mengenepikan Kumpulan 15 Ahli Parlimen UMNO yang telah berjasa besar menjatuhkan Mahiaddin Md Yasin dalam lantikan kabinet yang dibuatnya Jumaat […]

SELEPAS BERJASA BOLEHKAN ZIARAH PUSARA, LEBIH TERPUJI JIKA ISMAIL SABRI DAPAT BENARKAN RENTAS NEGERI DENGAN SEGERA

Satu-satunya jasa Ismail Sabri Yaakob yang ada yang dapat dirasai rakyat setakat seminggu memegang jawatan Perdana ini ialah mendedahkan bahawa menziarahi kubur bukan lagi perkara yang melanggar SOP. Selama ini tiada siapa tahu atau dimaklumkan bahawa menziarahi kubur bukan lagi suatu perkara larangan. Tetapi, berikutan Ismail Sabri dilantik sebagai Perdana Menteri dan semalam beliau pulang […]

KONSEP KELUARGA MALAYSIA TIRU PERJUANGAN ANWAR

Dalam perutusan sulungnya sebagai Perdana Menteri Ahad lalu, Ismail Sabri Yaakob memperkenalkan frasa Keluarga Malaysia sebagai pendekatan baru untuk kerajaan yang dipimpinnya. Beliau berkata, konsep Keluarga Malaysia diambil kerana baginya, keutuhan negara terikat dengan nilai didikan sempurna dalam sesebuah keluarga. “Saya menggunakan pendekatan Keluarga Malaysia kerana frasa ini sifatnya lebih inklusif. “Ia merentasi sempadan agama, […]