Tag: ini

APAKAH HALANGAN SEBENAR UNTUK PN GUBAL AKTA ANTI LOMPAT PARTI?

1. Adakah Akta Antilompat Parti bercanggah dengan Fasal (1)(c) Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan? Fasal (1)(c) Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan menyatakaan bahawa semua warganegara adalah berhak menubuhkan persatuan (all citizens have the right to form associations). Ini ditafsirkan apabila si polan Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN yang menang dalam pilihanraya atas tiket Parti […]

SEORANG LAGI PEMIMPIN UMNO INGKAR PKP?

Melalui laman sosialnya, Naib Presiden UMNO, Khaled Nordin hari ini mengumumkan tentang kunjungan hormatnya terhadap Menteri Pengajian Tinggi, Dr. Noraini Ahmad di Putrajaya. Katanya, selain bertukar-tukar pandangan, khususnya impak pandemik Covid-19 kepada sektor pengajian tinggi dengan Dr. Noraini, kunjungannya ke Kementerian Pengajian Tinggu itu juga sebagai nostalgia menjejakkan kaki ke pejabat lamanya. Tujuh tahun sebelum […]

WALAU TAK DISEBUT NAMANYA, SYED SADDIQ WAJIB TAMPIL JAWAB DAKWAAN

Kira-kira tiga hari lalu muncul sebuah rakaman video yang kemudian bertebaran di media sosial berkenaan seorang wanita muda jelita meluahkan perasaan kecewa terhadap hubungannya dengan seseorang yang ternama. Walaupun wanita itu tidak menyebut siapa lelaki yang dimaksudkannya, tetapi oleh kerana sebelum ini gambarnya berpelukan dengan bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman […]

MENTERI TIK TOK, SEORANG LAGI PELAWAK MUNCUL DALAM KERAJAAN TEBUK ATAP

Nampaknya dalam kerajaan tebuk atap ini, menteri-menterinya bukan berlumba-lumba untuk buat kerja yang benar-benar mendatangkan manfaat, tetapi lebih ghairah untuk menampilkan sisi lawak jenaka mereka buat tatapan rakyat jelata. Jika sebelum ini, kita sudah dihidangkan dengan penampilan Menteri Air Air Suam, Menteri Pembentungan, Menteri Letak nama Menteri Atas Dahi, Menteri Mewa dan Menteri Doraemon, kini […]

UMNO LEBIH MUDAH MENANG JIKA PRU DIADAKAN SEKARANG BERBANDING 2023

Bagi UMNO, untuk menyelesaikan masalah ketidakpuasan hati mereka terhadap Muhyiddin Yassin, jawapannya hanyalah pembubaran Parlimen supaya pilihanraya baru dapat diadakan. Ini sekaligus bermakna, UMNO sendiri tidak yakin Muhyiddin sedia mendengar bantahan dan rungutan mereka, seterusnya melakukan pembetulan berhubung apa yang dibantah itu. Tetapi, dalam hal ini pun, UMNO nampaknya masih berbeza pendapat mengenai perkara itu. […]

PN ADALAH KERAJAAN TANPA IDENTITI, TANPA MANIFESTO DAN TANPA PERJUANGAN

Perikatan Nasional – itulah khabarnya nama gabungan yang memerintah kerajaan sekarang ini. Nama baru ini merupakan perubahan daripada Pakatan Nasional, nama yang digunakan sebelum ini. Pakatan Nasional atau PN adalah nama ciplakan hasil cantuman Pakatan Harapan dan Muafakat Nasional. Oleh kerana nama Pakatan Nasional itu terlalu “direct” hasil cantuman Pakatan Harapan dengan Muafakat Nasional, maka […]

INI BUKAN MEMBENTUK KERAJAAN BARU, TAPI MEMBAWA LARI KERAJAAN SEDIA ADA UNTUK NAFSU PM LAMA

Mahu tidak mahu, harus diakui bahawa pembentukan kerajaan baru Pakatan Nasional yang hangat diperbualkan sekarang mesti didalangi atau setidak-tidaknya direstui oleh Tun Mahathir Mohamad sendiri. Jika tanpa restu dan keinginan beliau, tentulah tidak mungkin ia mampu membuatkan Presiden UMNO, Zahid Hamidi yang ada 87 kes mahkamah jadi tertarik dengannya. Perkiraan Zahid Hamidi untuk setuju dengan […]

PANDANGAN MUFTI WP TENTANG SUMPAH LAKNAT

Walaupun Najib Razak sudah beberapa hari melakukan sumpah laknat dan isu itu tidak banyak lagi diperkatakan sekarang ini, tetapi pandangan Mufti WP ini wajar sekali diberi perhatian oleh kita semua. Sekurang-kurangnya dengan membaca pandangan Mufti WP ini kita lebih faham berkenaan dengannya, tidak mudah terjebak dalam kekeliruan dan seterusnya dapat mengelakkan kita terlalu taksub untuk […]

KL SUMMIT 2019 GAGAL?

Sejak awal lagi ramai yang tidak faham dengan langkah Malaysia menganjurkan persidangan negara-negara Islam atau KL Summit 2019 yang bermula hari ini. Beberapa faktor melingkari ketidakfahaman ramai mengenai penganjuran sidang itu:- Pertama, mengapakah sidang itu mengecualikan Arab Saudi yang dikenali sebagai tunjang belakang OIC atau Pertubuhan Negara-Negara Islam dengan keanggotaan 57 negara di seluruh dunia? […]

MAZLEE SEPERTI TAHU BAKAL DIGUGURKAN?

Baru-baru ini, Tun Mahathir Mohamad berkata, semua parti dalam PH telah bersetuju agar beliau melakukan rombakan kabinet dalam waktu yang sesuai. Ia berikutan kritikan serta rungutan pelbagai pihak tentang prestasi sesetengah menteri yang dianggap lemah, tidak memuaskan dan kadangkala sengaja memperlihatkan kebodohan sendiri. Mengatasi semua menteri yang tidak dikehendaki dan wajib ditukar itu, Mazlee Malik […]

JOM RAMAI2 HARI INI KE KONVENSYEN REFORMIS DI IDCC, SHAH ALAM

Hari ini 24 November, Konvenseyen Reformis kali kedua akan diadakan di IDCC, Shah Alam. Konvensyen ini akan berlangsung selama sehari bermula jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Jika kovensyen kali pertama pada 2017 dulu memfokuskan kepada tuntutan serta desakan untuk membebaskan Anwar Ibrahim daripada penjara, program kali kedua ini lebih terarah kepada peralihan kuasa dan […]

DOA UNTUK RAFIZI

Hari ini, 15 November adalah hari penentuan buat Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli sama ada akan dibebaskan atau dipenjarakan. Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi ini akan membuat keputusan terhadap rayuannya atas sabitan hukuman penjara 30 bulan yang diterimanya mengikut Akta Bank dan Institusi Kewangan atau Bafia sebelum ini. Turut disabitkan kesalahan bersama Rafizi ialah seorang […]

“TUN M KUTUK LAWAN POLITIKNYA, TAPI DALAM MASA SAMA BERTINDAK SEPERTI MEREKA”

1. Saya merujuk sidang media PM sempena Mesyuarat Jawatankuasa Nasional Janji Kerajaan semalam. 2. Dalam sidang media itu PM mempertahankan dasar dan perlaksanan pentadbiran beliau dan membidas kritikan terhadapnya khususnya daripada UMNO dan pemimpinnya. 3. Satu petanda yang tidak baik dan malang bagi sebuah negara apabila PM menjuruskan sidang medianya membalas kritikan terhadapnya malah mengutuk […]

BURUK BENAR JADINYA BILA PERANGAI PH AKHIRNYA TAK UBAH MACAM UMNO DAN BN

Dalam kehangatan kempen PRK Tanjung Piai yang sedang berjalan sekarang, tidak seperti beberapa pilihanraya sebelum ini, PH yang sudah menjadi kerajaan kali ini nampaknya turut ghairah memberi sumbangan wang tunai kepada pengundi. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub baru-baru ini mengumumkan peruntukan RM5,000 kepada SRJK (C) Pei Chio, Kukup Laut, Tanjung Piai. “Tak […]

NGOK NGEK PERGILAH MAIN JAUH-JAUH…TUN M TETAP MAHU ANWAR, BUKANNYA AZMIN!!

Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sekali lagi mengulangi janjinya untuk menyerahkan jawatan yang disandangnya sekarang kepada Anwar Ibrahim. Dalam waktu yang sama, beliau juga menegaskan tentang komitmennya untuk berhenti sebelum PRU15 akan datang. Kata-kata Tun Mahathir ini tidaklah ada apa-apa yang pelik sebenarnya kerana ia sudah pun kerap diulang-ulangnya sebelum ini. Cuma, kali ini beliau […]

BELANJAWAN YANG SEPI….

Petang ini, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng akan membentangkan Belanjawan 2020 di Parlimen. Tetapi, tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, baik ketika era BN atau ketika Guan Eng buat pertama kali membentangkan belanjawan PH tahun lalu, tahun ini semuanya nampak sepi sesepi-sepinya. Baik di pihak kerajaan, swasta, pegawai kerajaan, orang awam dan masyarakat umum, hampir tidak ada […]

KONGRES YANG GAGAL

Saya hadir untuk mendengar sendiri amanat Tun Mahathir dalam Kongres Maruah Melayu yang diadakan di Stadium Tertutup Shah Alam pada hari ini. Bagi saya, kongres ini telah gagal menaikkan semangat dan maruah orang-orang Melayu tatkala pemimpin-pemimpin Melayu tidak kira ideologi dan kecenderungan bersusah payah hadir untuk mengharapkan sesuatu yang positif dari kongres ini. Malangnya, kami […]

“BERHENTILAH JADI MUNAFIK WAHAI TUN MAHATHIR”

1. Buat kesekian kalinya pemimpin Melayu menganjurkan Kongres lagi.(Walaupun mereka akan berdalih penganjur adalah IPT ,kita tahu siapa dibelakangnya) 2. Memalukan. Setelah lebih 50 tahun merdeka dan sepanjang masa itu PM dan pemimpin2 utama politik dan kerajaan adalah semuanya Melayu, hari ini Melayu berkongres untuk mempertahan maruah Melayu. 3. Allah swt beri kita kuasa untuk […]