Tag: Hishammuddin

KENAPA ZAHID HAMIDI MASIH BERDIAM DIRI?

Di sebalik dakwaan Setiausaha Agung UMNO, Annuar Musa bahawa wujud kekeliruan berhubung isu perletakan jawatan Apandi Ali selaku Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, beliau nampaknya tetap tegas dengan keputusan tersebut. Apandi berkata, beliau akan mengutus surat perletakan jawatannya sebaik pulang dari luar negara. “Memang benar bahawa ibu pejabat UMNO belum menerima surat peletakan jawatan saya tetapi […]

BAIK PENYOKONG PH ATAU UMNO, KERAJAAN PINTU BELAKANG MESTI DITOLAK

Isu utama yang membelenggu UMNO sekarang ini adalah keghairahan dan tidak sabarnya mereka untuk kembali berkuasa tanpa mahu menunggu PRU bagi mendapatkan mandat rakyat. Oleh kerana ia sudah berkuasa terlalu lama dan tidak pernah menjadi pembangkang, maka sekali ia tiada kuasa sejak PRU14 lalu, para pemimpin UMNO seolah-olah hilang punca untuk mengurus parti dan diri […]

ADAKAH ZAHID HAMIDI SUDAH BERSAMA DENGAN AGENDA HISHAMMUDDIN?

Berdasarkan pemahaman secara umum, tindakan Apandi Ali meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO secara mengejut adalah kerana tidak berpuas hati dengan adanya arahan agar menangguhkan perbicaraan disiplin terhadap bekas Naib Presiden UMNO, Hishammuddin Hussein. Sehubungan itu, Apandi menegaskan, beliau meletakkan jawatan kerana tidak sedia menjadi kuda tunggangan sesiapa. “Saya tidak sanggup jadi kuda tunggangan. […]

PENYATUAN UMMAH UMNO DAN PAS BELUM TENTU MAMPU TUMBANGKAN PH

Nampaknya suka benar UMNO dan Pas dengan penggabungan kedua-dua parti yang dijalin secara rasmi melalui Piagam Muafakat Nasional. Dengan ditandatangani oleh Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas, Hadi Awang, maka dengan ini sahlah sudah hubungan nikah dan kahwin kedua-dua parti itu. Suka dan gembiranya UMNO dan Pas dengan kerjasama itu bukan setakat ada […]

APA NASIB HISHAMMUDDIN BERSAMA UMNO?

Bekas Naib Presiden UMNO, Hishammuddin dilaporkan sedang disiasat oleh Lembaga Disiplin UMNO atas dakwaan salah laku. Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Apandi Ali yang mengesahkan perkara tersebut, bagaimanapun memberitahu, belum ada cadangan atau syor dibuat oleh badan itu kepada UMNO. “Setakat hari ini belum dibuat apa-apa syor. Selepas selesai siasatan baru kita akan buat syor, jika […]

HISHAMMUDDIN BAKAL KETUA PEMBANGKANG?

Lewat malam semalam, Najib Razak memuat naik di laman Twitternya gambar pertemuan beliau dengan Presiden UMNO tanpa kuasa, Zahid Hamidi;  Mohamad Hassan, Timbalan Presiden  UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden UMNO dan Hishammuddin Hussein, bekas Naib Presiden UMNO. Bersama gambar itu Najib turut menulis kata-kata  – Kami sepakat demi masa depan parti, ummah dan negara. Berdasarkan […]