Tag: hadi awang

MAT SABU DAKWA HADI AWANG BERBOHONG ISU ROHINGYA

Setiap kali saya menghadiri mesyuarat di antara Menteri-Menteri pertahanan Asean ataupun di antara Negara-Negara di dalam Asean, Isu penindasan Umat Islam Rohingya selalu saya utarakan. Isu rohingya ianya tanggungjawab dan masalah bersama untuk diselesaikan. Ketika pertemuan bersama Setiausaha Pertahanan Amerika, Menteri Pertahanan UK, Perancis, Jerman, Australia, New Zealand, Russia, dan Menteri Pertahanan China saya sebagai […]

TAK CUKUP SEKADAR MEMBERI PENJELASAN, ANWAR MESTI SERET HADI AWANG KE MUKA PENGADILAN

Berdasarkan jawapan atau penjelasan Anwar Ibrahim terhadap surat yang ditulis Hadi Awang kepada pemimpin-pemimpin Gerakan Islam seluruh dunia, jelas bahawa terdapat fakta fitnah yang nyata telah dilemparkan kepada Presiden PKR itu. Dalam surat Hadi Awang itu, beliau antara lain menuduh Anwar terlibat dengan Freemason dan mendapat sokongan badan Yahudi itu untuk menjadi Perdana Menteri. Sambil […]

HADI AWANG GAGAL TUGAS PERTAMA SEBAGAI DUTA KHAS BERTARAF MENTERI

Walaupun surat fitnah dan bohong Hadi Awang kepada pemimpin-pemimpin gerakan Islam dunia ditulis dan dihantarnya sebelum beliau dilantik sebagai Duta Khas ke Timur Tengah bertaraf menteri, tetapi ia hanya terdedah kepada umum selepas perlantikannya yang berkuatkuasa 1 April lalu. Ini bermakna, tidak dapat dielakkan ada hubungan kait antara surat yang ditulis Hadi Awang itu dengan […]

HADI AWANG SENDIRI WAJIB TAMPIL JELASKAN KANDUNGAN SURATNYA

Meskipun sudah beberapa hari isu surat Hadi Awang yang dihantarnya kepada pemimpin-pemimpin gerakan Islam yang kandungannya memburuk-burukkan PH serta mengandungi fakta tidak benar, malah terdapat juga fitnah terhadap Anwar Ibrahim telah menjadi perbualan ramai, tapi sehingga ini belum ada penjelasan khusus dibuat mengenainya. Baik oleh Pas, pemimpin kanan parti itu atau Hadi Awang sendiri, semua […]

INI BARU NAMANYA DAPAT JAWATAN IKUT TEBUK ATAP, TAPI TIADAKAH PEMIMPIN UMNO DILANTIK SAMA?

Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin petang tadi mengumumkan perlantikan Presiden Pas, Hadi Awang sebagai Duta Khas ke Timur Tengah bertaraf menteri. Ini bermakna, lantikan menteri dan timbalan menteri yang sebelum ini berjumlah 70 orang telah bertambah menjadi 71 orang ramainya. Dengan jawatan bertaraf menteri, Hadi Awang berhak mendapat segala segala gaji, elaun dan kemudahan sebagaimana menteri-menteri […]

MUNGKINKAH HADI AWANG PERLU RAWATAN MENTAL?

Kadang-kadang kita semakin tak faham dengan cara Presiden Pas, Hadi Awang berpolitik dan mengeluarkan kenyataan. Beliau adalah pembangkang dan sedang bekerjasama dengan UMNO yang juga pembangkang untuk membentuk Muafakat Nasional bagi menghadapi PRU15 akan datang. Tetapi, sementara rakannya UMNO, tetap konsisten melihat PH dan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sebagai musuh dalam politik, Pas sebaliknya […]

BETULKAH MCA PARTI SEDERHANA?

Berkata Presiden Pas, Hadi Awang bahawa pembangkang memerlukan parti bukan Islam seperti MCA yang dianggapnya bersifat sederhana. Atas sebab itu, selain akan turun berkempen berkempen di Tanjung Piai, Hadi juga dilaporkan telah memberi arahan kepada penyokong parti itu agar memberikan undi kepada calon MCA dalam pengundian pada 16 November nanti. Benarkah MCA sebuah parti yang […]

BAGAIMANA DENGAN ANWAR? DIJEMPUT ATAU TIDAK KE KONGRES MARUAH MELAYU?

Pas telah mengesahkan kehadiran Presidennya, Hadi Awang ke Kongres Maruah Melayu yang akan diadakan pada 6 Oktober ini di Stadium Malawati, Shah Alam. Dengan kehadiran itu bermakna Hadi akan bersama-sama dengan Tun Mahathir Mohamad yang akan menyampaikan amanat Melayunya di kongres tersebut. Dalam waktu yang sama, UMNO difahamkan masih belum menerima sebarang jemputan daripada penganjur […]

PENYATUAN UMMAH UMNO DAN PAS BELUM TENTU MAMPU TUMBANGKAN PH

Nampaknya suka benar UMNO dan Pas dengan penggabungan kedua-dua parti yang dijalin secara rasmi melalui Piagam Muafakat Nasional. Dengan ditandatangani oleh Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas, Hadi Awang, maka dengan ini sahlah sudah hubungan nikah dan kahwin kedua-dua parti itu. Suka dan gembiranya UMNO dan Pas dengan kerjasama itu bukan setakat ada […]

SELEPAS TUAN IBRAHIM, HADI AWANG DAN ZAHID HAMIDI PUN ‘JUAL’ NAMA ORANG SUDAH MENINGGAL DUNIA JUGA

Tidak cukup dengan Tuan Ibrahim Tuan Man yang “menjual” nama orang yang sudah meninggal dunia untuk mewajarkan kerjasama UMNO dan Pas, perkara yang sama rupa-rupanya berterusan lagi. Tuan Ibrahim semalam berkata, kerjasama UMNO dan Pas adalah selaras dengan kehendak bekas Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat. Entah di mana ia dikatakan selaras […]

KENAPA PAS MASIH ‘JUAL’ NAMA NIK AZIZ, MENGAPA TIDAK GUNA NAMA HADI AWANG SAJA?

Pas nampaknya masih tidak ada keyakinan bahawa tindakannya menjalin kerjasama dengan UMNO benar-benar mendapat sokongan ahli akar umbinya. Sebab itu Pas tidak ada pilihan selain terpaksa menggunakan nama Nik Aziz Nik Mat untuk menghalalkan tindakannya itu. Pas sedar nama Nik Aziz bukan saja masih kuat dalam pemikiran sebahagian besar ahli-ahlinya, maka nama beliau terus digunakan […]

SIAPA CALON PM, TPM PENYATUAN UMMAH?

Tujuan sebenar kerjasama UMNO dan Pas adalah untuk menumbangkan PH dan seterusnya menjadi kerajaan selepas PRU akan datang bukanlah sesuatu yang rahsia. Jika diteliti, sudah ramai pemimpin kedua-dua parti yang berkata dengan maksud sedemikian. Misalnya, Mohd Kharuddin Aman Razali, Ahli Parlimen Kuala Nerus pernah berkata, kerjasama UMNO dan Pas mampu memenangi sekurang-kurangnya 125 kerusi Parlimen […]

SIA-SIA HARAPKAN TUN M BUBAR PARLIMEN AWAL

Terdapat seolah-olah kecenderungan yang berterusan ketika ini daripada UMNO dan Pas untuk mendesak agar Tun Mahathir Mohamad segera membubarkan Parlimen. Dalam UMNO dan Pas kononnya menyokong Tun Mahathir agar menghabiskan khidmat sebagai Perdana Menteri sehingga ke akhir penggal, lidah bercabang kedua-dua parti ingin segera merebut kuasa nampaknya tidak dapat diselindungkan dalam waktu yang sama. Seolah-olah […]

BUKANKAH LEBIH BAIK HADI AWANG MENGAKU DAN BERTERUS-TERANG SAJA?

Apabila Clare Rewcastle Brown sendiri mengaku beliau telah dibayar sebanyak RM1.4 juta untuk penyelesaian luar mahkamah oleh Hadi Awang yang sebelum itu menyamannya, selain dalam waktu yang sama menunjukkan salinan cek dan dokumen lain berkaitan dengannya, isu ini sebenarnya sudah boleh dikira “tutup buku” dengan serta-merta. Tambahan lagi, peguam yang namanya tertera sebagai penerima cek […]

BERANIKAH PAS BERBOHONG LAGI SELEPAS INI?

Ketika Anwar Ibrahim mula-mula mendedahkan bahawa Pas telah membayar sejumlah wang kepada Sarawak Report sebagai sebahagian daripada syarat penyelesaian saman fitnahnya terhadap portal tersebut, beberapa pemimpin Pas tampil menafikan dakwaan itu. Mereka senada mengatakan tiada sebarang bayaran dibuat kepada editornya, Clare Rewcastle Brown Kemudian, apabila Anwar sekali lagi mendedahkan beliau mempunyai bukti bahawa bayaran RM1.4 […]

BERPADA-PADALAH KALAU MAHU TUN MAHATHIR BERKUASA LEBIH LAMA!!!

Satu hal yang nampak ketara dan makin berkembang dalam Bersatu, tidak kira ketika ada PRK atau sebaliknya, ialah kecenderungan pihak-pihak tertentu dalam parti itu yang mahukan Tun Mahathir Mohamad terus menjadi Perdana Menteri dalam tempoh yang lebih lama lagi. Malah, sesetengahnya mahukan kalau boleh biarlah Tun Mahathir meninggal dunia di atas kerusi Perdana Menteri itu […]

SEJAK BILA JIWA REFORMASI AZMIN SUDAH DIRESAPI BUDAYA BODEK?

Dua hari lalu, ketika sudah agak lewat malam, Azmin Ali menulis dua hantaran di laman Twitternya seperti berikut:“PM @chedetofficial berikrar akan berkhidmat hingga ke akhir hayat demi umat dan negara. Alhamdulillah teruskan khidmatmu Tun”. “Terima kasih rakyat Malaysia kerana meyakinkan saya bahawa Tun @chedetofficial adalah the best choice untuk memimpin negara”. Tulisan Timbalan Presiden PKR […]

SEDIAKAH PAS BERTOLERANSI KERUSI DENGAN UMNO DALAM PILIHANRAYA UMUM AKAN DATANG?

Dalam pilihanraya kecil Cameron Highlands dan Semenyih, Pas nampaknya amat berjiwa besar dengan awal-awal mengumumkan sedia memberi laluan dan sokongan kepada UMNO di kedua-dua kerusi tersebut. Pengundian bagi PRK Parlimen Cameron Highlands akan diadakan pada 26 Januari ini, manakala Semenyih ialah 2 Mac depan. Sebelum ini, di PRK Sungai Kandis juga Pas turut tidak meletakkan […]

TABUNG HAJI & SKANDAL KEWANGAN: JANGAN MUDAH BERPUAS HATI

Lebih kurang seminggu lalu, di London, Presiden PAS Dato’ Seri Hadi Awang mengulas mengenai skandal kewangan Tabung Haji di hadapan penyokong PAS dari kalangan penuntut Malaysia di London. Laporan mengenai ulasan beliau itu disiarkan oleh Harakahdaily, yang kemudiannya dipetik oleh Malaysiakini seperti laporan berikut: https://www.malaysiakini.com/news/457888 Antara lain, Dato’ Seri Hadi menyebut: “Mereka hentam Tabung Haji […]

INKUES HANYA MELENGAHKAN KEADILAN KEPADA KELUARGA ADIB – PEGUAM MUSLIM

Menteri Dalam Negeri YB Tan Sri Mukhyiddin Yassin hari ini dilaporkan sebagai berkata Peguam Negara telah membuat keputusan untuk mengadakan inkues bagi menentukan sebab kematian Muhammad Adib Mohd Kassim, seorang anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan Jabatan Bomba dan Penyelamat Subang Jaya yang terbunuh semasa rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman USJ25 Subang Jaya.  2. Inkues […]