Tag: GLC

INI BARU BETUL ANAK JANTAN, TAPI APAKAH AHLI PARLIMEN LAIN RELA DIGELAR PONDAN?

Keputusan Ahli Parlimen Machang, Ahmad Jazlan Yaakob meletak jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia atau MPOB memang tindakan terpuji, berani dan benar-benar mempamerkan kejantanannya. Ini baru betul, setelah UMNO bahagian Machang dan dipimpinnya meluluskan usul menolak kerjasama dengan Bersatu, diikuti dengan 12 daripada 14 bahagian UMNO di Kelantan yang dipengerusikannya turut mengemukakan usul yang […]

APA PUNYA LEKEHLAH KERAJAAN PN INI, MAKAN PUN GUNA DUIT GLC?

Sehingga ini belum ada penjelasan berhubung dakwaan bahawa dana GLC diguna setiap hari untuk menaja jamuan VVIP di Parlimen. Dakwaan tersebut telah disiarkan di beberapa portal, malah tular di media sosial sejak semalam. Sebelum ini, sejak Muhyiddin Yassin membentuk kerajaan PN, beliau telah melantik Ahli-Ahli Parlimen untuk menerajui GLC-GLC bagi memastikan sokongan terhadapnya berkekalan, meskipun […]

JUMLAH UNDI HANYA 111 BUKTI KERAJAAN SANGAT RAPUH, MUHYIDDIN BOLEH JATUH BILA2 MASA

Berdasarkan undian 111-109 antara kerajaan dengan blok pembangkang dalam usul membuang Speaker Parlimen, Mohamad Ariff Md. Yusoff, adalah jelas kedudukan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri sangat rapuh dan tidak stabil. Angka 111 itu tidak pun melebihi 112, angka majoriti mudah yang diperlukan untuk membentuk kerajaan. Daripada jumlah 222 Ahli Parlimen yang ada, 111 bermakna kedudukan […]

MALAYSIA PERLU KEPIMPINAN BARU TANGANI KEMISKINAN

Tugas asasi sebuah kerajaan adalah menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Segala yang dilakukan oleh kerajaan – membina jalan, taman sekolah, hospital, memastikan keselamatan orang ramai terjaga, mengambil langkah drastik untuk menghentikan penularan penyakit – adalah untuk menghindarkan rakyat dari kemudaratan. Isu paling kritikal yang sedang negara kita hadapi adalah kegagalan untuk menangani jutaan rakyat kita […]

ANTARA ANWAR DAN TUN M, SIAPA PALING TERDESAK UNTUK MENJATUHKAN MUHYIDDIN?

Siapakah di antara Anwar Ibrahim dan Tun Mahathir Mohamad yang paling terdesak untuk kembali berkuasa dan ingin sekali menjatuhkan Muhyiddin Yassin? Mari kita memahaminya dalam bahasa dan erti kata yang paling mudah sekali. Bagi Anwar, keinginan mengambil semula kerajaan adalah semata-mata untuk mengembalikan mandat rakyat kepada PH, bukan kerana ada dendam peribadi terhadap sesiapa. Berikutan […]

RENUNGAN 100 HARI PN – LEGASI JENIS APAKAH MUHYIDDIN AKAN TINGGALKAN UNTUK GENERASI AKAN DATANG?

Hari ini genap 100 hari pentadbiran kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kita sedia maklum bagaimana kerajaan yang ada pada hari ini tercipta dan berdiri dengan perencanaan beberapa tokoh dan babak pengkhianatan kepada amanah dan mandat yang diberi rakyat. Namun, bukan ruang ini dan ketikanya untuk membincangkan perkara tersebut. Saya ingin mula dengan mengucapkan tahniah […]

MUHYIDDIN LEBIH BAHAYA DARIPADA NAJIB

Trend mengikat Ahli-Ahli Parlimen dengan menawarkan mereka jawatan lumayan menerajui GLC untuk menjamin sokongan dalam usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri di Parlimen sebagaimana dilakukan secara berleluasa sekarang oleh Muhyiddin Yassin adalah sesuatu yang merbahaya dan tidak beretika. Meskipun melantik Ahli-Ahli Parlimen menerajui GLC bukan sesuatu yang salah, tetapi melantik semua Ahli Parlimen penyokong […]

KE SANA KE SINI, LANTIK SANA LANTIK SINI, KENAPA MUHYIDDIN MASIH PENAKUT LAGI?

Sudah sah sekarang sidang Parlimen pada 18 Mei depan hanya akan dilangsungkan selama sehari saja, tidak sekurang-kurangnya dua hari sebagaimana yang diminta oleh PH. Dalam surat yang dihantar oleh Setiausaha Dewan Rakyat kepada Ahli-Ahli Parlimen bertarikh 17 April 2020, diberitahu bahawa sidang selama sehari itu akan merangkumi:- ⁃ Istiadat Perasmian Parlimen oleh Seri Paduka Baginda […]

AHLI PARLIMEN TERAJUI GLC HANYA FIKIR ‘NEXT ELECTION, BUKAN NEXT GENERATION’

Apakah peranan ahli-ahli parlimen seramai 222 orang di seluruh Malaysia? Ini satu persoalan yang perlu dijawab dalam keadaan sekarang ramai ahli parlimen kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang tidak jadi menteri telah dilantik menjadi pengerusi GLC (Governments-Link Companies). Mengapa ahli parlimen Malaysia 222 orang? Soalan ini ada jawapannya dalam Perkara 46(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa […]

SEMUA PIHAK PERLU BANTAH ‘NEW NORMAL’ MUHYIDDIN WAJIBKAN AHLI PARLIMEN KERAJAAN TERAJUI GLC

Apabila Presiden PKR, Anwar Ibrahim menyifatkan keputusan Muhyiddin Yassin untuk melantik semua Ahli Parlimen penyokong PN yang tiada jawatan dalam kerajaan sebagai pengerusi GLC sebagai suatu perbuatan “jenayah”, ia adalah isyarat paling jelas agar semua kelompok rakyat mesti bangun membuat bantahan. Lantikan yang dibuat ketika rakyat sedang kesusahan dan bergelut untuk mendapat makanan dan tiada […]

APAKAH AKAN BERLAKU LANTIKAN FASA KEDUA GLC MELIBATKAN KETUA2 BAHAGIAN BERSATU?

Harus disedari, cabaran politik yang mesti dihadapi oleh Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dalam waktu yang terdekat ini adalah melibatkan dua perkara. Cabaran pertama, usul undi tidak percaya di Parlimen dalam sidang Dewan Rakyat yang bermula pada 18 Mei akan datang. Cabaran kedua, mempertahankan kedudukannya sebagai Presiden Bersatu yang akan dicabar oleh Menteri Besar Kedah, Mukhriz […]

ZAHID HAMIDI, NAJIB BAKAL DAPAT GLC MANA?

Susulan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan yang memberi jaminan semua Ahli Parlimen penyokong kerajaan yang tidak dilantik menteri dan timbalan menteri akan diberikan jawatan pengerusi GLC, ramai yang tertanya-tanya tentang kedudukan Ahli Parlimen UMNO yang masih ada kes mahkamah. Ahli Parlimen UMNO yang berdepan perbicaraan di mahkamah ialah Presiden UMNO, Zahid Hamidi; […]

‘CASH IS KING’ MUHYIDDIN LEBIH PARAH DARIPADA NAJIB, NEGARA MENUJU KEHANCURAN

Pengakuan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan bahawa semua Ahli Parlimen penyokong kerajaan yang tidak memegang jawatan menteri dan timbalan menteri akan dilantik mempengerusikan GLC, dengan sendirinya mengesahkan bahawa Muhyiddin Yassin sedang mengamalkan budaya “cash is king” untuk mengekalkan kuasanya. Ia juga menunjukkan Muhyiddin tidak mempunyai keyakinan memiliki sokongan majoriti yang pasti menjelang Sidang […]

MUHYIDDIN TAK AKAN PEDULI COVID-19 ATAU TIDAK, KEINGINANNYA HANYA PASTIKAN SEKURANG2NYA 112 AHLI PARLIMEN DAPAT JAWATAN SEBELUM 18 MEI

Di musim PKP akibat wabak Covid-19 ini, selain setiap hari kita mendapat maklumat berkenaan jumlah pesakit dan kematian akibat daripadanya, kita juga saban hari dihidangkan dengan berita penyingkiran serta perlantikan baru peneraju dalam syarikat-syarikat berkaitan kerajaan atau GLC. Setiap hari ada saja berita tentang orang-orang tertentu ditamatkan perkhidmatannya dan perlantikan baru pula dibuat sebagai menggantikannya. […]