Tag: di

KENAPA BEGITU BERSUNGGUH? ADAKAH PENUDUH KES ANWAR GAGAL UJIAN POLIGRAF?

Berbeza dengan kes Azmin Ali yang sudah berlarutan lebih enam bulan tanpa sebarang keputusan, pihak polis nampaknya begitu bersungguh dan bertindak agak pantas dalam kes Anwar Ibrahim. Setelah penuduh, Mohamad Yusoff Rawther diambil keterangan dan kemudian dibawa menjalani ujian poligraf, pihak polis kini mahu melebarkan lagi siasatan untuk mengenal pasti di mana Anwar berada pada […]

KONGRES PINTU BELAKANG TAJAAN AZMIN DI RENAISSANCE DAN SALOMA BISTRO, KL?

Kemungkinan kongres pintu belakang tajaan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menjadi kenyataan semakin sukar untuk dinafikan. Berdasarkan poster yang tersebar luas melalui media sosial sejak senalam, difahamkan kongres berasingan yang bertujuan menyaingi Kongres Keadilan Nasional di MITC, Melaka itu bakal diadakan di ibu negara, Kuala Lumpur. Ia dinamakan Rapat Keadilan Perjuangan dengan tema “Kembali Ke […]

MB JOHOR DIGESA TANGGUH PEMBERIAN TUNAI KEPADA NELAYAN, BANTERAS RASUAH MESTI BERMULA DENGAN BASMI RASUAH POLITIK

Saya minta Menteri Besar Johor tangguh dulu bantuan RM1,000 kepada nelayan-nelayan di Tanjung Piai sehingga selesai Pilihanraya Kecil Tanjung Piai. Kenapa? Sebab Menteri Besar patut tunjuk contoh hormati undang-undang pilihanraya. Kita dulu anjurkan siri demonstrasi jalanraya Bersih 1, Bersih 2 Bersih3, Bersih4 dan Bersih5 untuk tuntut pilhanraya yang bersih dan adil. Kini kita sudah jadi […]

AHLI PARLIMEN PH MEMALUKAN….

Walaupun semalam Tun Mahathir Mohamad berkata, Ahli-Ahli Parlimen sudah diberi amaran agar menghadiri sidang Dewan Rakyat, keadaannya pada hari ini masih tidak berubah. Mereka bukan saja didapati tidak berada di Parlimen, malah tidak kelihatan ketika Tun Mahathir sendiri menjawab soalan. Keadaan ini sungguh-sungguh memalukan dan seolah-olah mereka tidak hormat kepada Perdana Menteri. Apa sudah jadi […]

TUN, JANGANLAH CUBA PERBODOHKAN RAKYAT?

Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad mempertahankan tindakan beberapa menteri mengumumkan peruntukan pembangunan menjelang pilihanraya kecil di Tanjung Piai. Katanya, pengumuman itu tidak ada kena mengena dengan cubaan mendapatkan undi dan cuma kebetulan dengan adanya pilihanraya kecil di kawasan itu. “Memang menjadi amalan kerajaan, pengumuman mengenai sesuai projek atau peruntukan dibuat dari semasa ke semasa. “Kerajaan […]