Tag: Dewan Rakyat

SURAT TERBUKA KEPADA 220 AHLI PARLIMEN

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA… 1. Negara telah memilih Demokrasi sebagai acuan dan panduan bernegara. Amalan pengasingan kuasa melalui 3 cabang pemerintahan (Parlimen, Kabinet dan Kehakiman) adalah doktrin demokrasi terpenting dalam urusan pemerintahan negara kita. 2. Konsep Bernegara kita merujuk kepada kuasa dalam perlembagaan melalui Institusi Raja Berperlembagaan, Demokrasi Berparlimen, Pilihanraya Bebas, Hak Kebebasan Individu dan […]

BEBERAPA KEMUNGKINAN JIKA BELANJAWAN 2021 DITOLAK

Belanjawan Negara Malaysia bagi tahun 2021 yang dibentang pada 6 November 2020 oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abd Aziz masih dibahaskan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat di peringkat dasar. Pengundian di peringkat dasar dijangka akan berlaku pada 25hb November. 2. Belanjawan 2021 ini membawa dilema, tidak sahaja kepada Kerajaan Perikataan Nasional (PN) pimpinan […]

EMPAT HUJAH SHAHRIR MELETAKKAN MUHYIDDIN PM PALING LEMAH

Saya ditanya mengapa perlu saya hujahkan bahawa TS Muhyiddin Yasin adalah PM yang paling lemah dalam sejarah negara. Kepimpinan lemah tidak membawa kebaikan bagi rakyat dan negara ketika rakyat berhadapan dengan kesan mencabar terhadap kehidupan mereka. Dari segi kesihatan awam, rakyat bertuah kerana sistem kesihatan awam negara telah terbina kukuh bertahun lamanya sehingga mampu mengatasi […]

TIDAK ADA PM INTERIM DALAM PERLEMBAGAAN

Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad, Bekas Ketua Hakim Negara Terdapat cakap-cakap bahawa, untuk meredakan kemelut politik negara sekarang, DYMM SPB Yang di-Pertuan Agong (YDPA) mungkin akan menubuh sebuah kerajaan campuran baru  yang diwakili oleh semua parti politik dengan  Tengku Razali Hamzah sebagai Perdana Menteri. Ia adalah kerana tidak ada seorang pun Ahli Parlimen yang mendapat sokongan […]

HISAP VAPE KETIKA SESI PARLIMEN BERLANGSUNG SUATU KESALAHAN SERIUS, H2O WAJIB LEPAS JAWATAN MENTERI

Walaupun Menteri Luar Negeri, Hishammuddin Hussein sudah mengakui kesalahannya serta memohon maaf atas perbuatannya menghisap vape secara curi-curi ketika sesi Parlimen sedang berjalan, ia tetap suatu kesalahan serius dan amat memalukan. Laporan terbaru menyebut beliau sudah pun dikenakan denda dan akan membayarnya. Ada beberapa sebab mengapa perbuatannya itu adalah kesalahan yang serius dan memalukan:- Pertama, […]

ARAHAN MENTERI KOMUNIKASI TAK MUNASABAH, LANGKAH KE BELAKANG

Saya ambil maklum kenyataan terkini Menteri Komunikasi & Multimedia di Dewan Rakyat mengenai rencana kerajaan terkait penerbitan video dan filem. Rakyat tertanya mengapa langkah ini diambil, sehinggakan arahan yang dimaklum Menteri itu terlalu umum sehingga ia akan mengesankan mereka yang menggunakan media sosial, termasuk pelantar YouTube, TikTok, Instagram, dan lain-lain. Perkembangan ini membimbangkan, tatkala serangan […]

MAHATHIR DAN SETIAKAWAN

1. Tun Mahathir di dalam coretan blognya Chedet pada 17 Julai 2020 menyatakan bahawa apabila Bersatu meninggalkan PH kesemua ahli Jemaah Menteri hilang kedudukan Menteri masing-masing termasuk beliau sendiri sebagai Perdana Menteri.  Perletakan jawatannya hanyalah satu formaliti katanya. 2. Perkara yang sama diulangi oleh Tun Mahathir  di dalam ucapannya di Program Jelajah Bersatu Blackout di […]

APAKAH PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI DIUMUM MUHYIDDIN SAH DIBELANJAKAN?

Persoalan di atas penting dijawab. Pada 27 Mac 2020, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membentangkan Pakej Rangsangan Ekonomi berjumlah RM250 bilion di mana RM25 bilion diperuntukkan sebagai bantuan one-off untuk meringankan beban kewangan rakyat golongan berpendapatan rendah. Pada 6 April 2020, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin membentangkan kali kedua Pakej Rangsangan Ekonomi berjumlah RM10 […]

AHLI PARLIMEN TERAJUI GLC HANYA FIKIR ‘NEXT ELECTION, BUKAN NEXT GENERATION’

Apakah peranan ahli-ahli parlimen seramai 222 orang di seluruh Malaysia? Ini satu persoalan yang perlu dijawab dalam keadaan sekarang ramai ahli parlimen kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang tidak jadi menteri telah dilantik menjadi pengerusi GLC (Governments-Link Companies). Mengapa ahli parlimen Malaysia 222 orang? Soalan ini ada jawapannya dalam Perkara 46(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa […]

MUHYIDDIN CALON PM MEWAKILI PENYAMUN?

1. Kenyataan ringkas Bersatu mengatakan ahli Dewan Rakyat parti itu bersama feksyen Azmin Ali telah menamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri. 2. Sebagai penjelasan, ini bukan keputusan Bersatu. Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu tidak dibawa berunding atau dimaklumkan mengenai hal ini. 3. Pendirian terakhir MPT yang dibuat dalam mesyuarat malam Isnin lalu ialah […]

PEJUANG RAKYAT APA NAMANYA KALAU BEGITU MUDAH ALAH KEPADA KELETIHAN DAN KESEJUKAN?

Untuk kesekian kalinya, isu ketidakhadiran Ahli-Ahli Parlimen kerajaan ketika persidangan Dewan Rakyat terus berlaku lagi. Ketika sesi kali ini saja sudah beberapa kali loceng terpaksa dibunyikan berikutan kehadiran tidak cukup kourum sehingga Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad turut memberi teguran mengenainya, baru-baru ini. Apabila ia terus berlaku lagi, meskipun selepas teguran dibuat, bermakna teguran Perdana […]

AHLI PARLIMEN PH MEMALUKAN….

Walaupun semalam Tun Mahathir Mohamad berkata, Ahli-Ahli Parlimen sudah diberi amaran agar menghadiri sidang Dewan Rakyat, keadaannya pada hari ini masih tidak berubah. Mereka bukan saja didapati tidak berada di Parlimen, malah tidak kelihatan ketika Tun Mahathir sendiri menjawab soalan. Keadaan ini sungguh-sungguh memalukan dan seolah-olah mereka tidak hormat kepada Perdana Menteri. Apa sudah jadi […]