Tag: depan

NEGARA TETAP PERLUKAN RAFIZI, WALAUPUN KERAJAAN SEMASA TIDAK PEDULIKANNYA

Hari ini barangkali merupakan hari yang benar-benar menggembirakan buat Rafizi Ramli. Ini berikutan beliau kini bebas sepenuhnya daripada beban perundangan setelah Pejabat Peguam Negara menarik balik rayuan pembebasannya di bawah Akta Perbankan dan Institusi-Institusi Kewangan atau BAFIA. “Pagi ini Peguam Negara melalui Timbalan Perdakwa Raya (DPP) telah menarik balik notis rayuan yang difailkan sebelum ini. […]

BURUK PERANGAI GENG PINTU BELAKANG DALAM PKR TIDAK BOLEH DIBIARKAN BERTERUSAN

Dari sehari ke sehari, buruknya perangai kumpulan serpihan dalam PKR yang diketuai Azmin Ali semakin terdedah satu demi satu. Daripada semua perlakuan itu, ketaksuban kumpulan serpihan ini hanyalah semata-mata rakusnya mereka kepada kuasa dan jawatan. Demi kerana ingin mengejar kuasa dan tingginya jawatan itu, semua perkara mahu dilakukan melalui pintu belakang dengan tidak memperdulikan peraturan […]

TETAPKAN SEGERA TARIKH SERAH KUASA, KRISIS PKR AKAN TAMAT DENGAN SENDIRINYA

Sama ada memang dirancang atau hanya kebetulan, semakin hari krisis yang berlaku dalam PRK ternampak lebih mempunyai satu tujuan – menggagalkan Anwar Ibrahim daripada menjadi Perdana Menteri menggantikan Tun Mahathir Mohamad. Tetapi, jika diimbas detik awal sejak PH menang PRU14 lalu di mana Azmin Ali terus dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi, suatu jawatan kanan […]

BERUBAH SEBELUM REBAH, SLOGAN BN DULU YANG KINI SESUAI UNTUK PH DAN TUN M

Walaupun sudah 18 bulan menjadi kerajaan, keyakinan rakyat terhadap PH nampaknya masih ditahap rendah dan membimbangkan. Sebuah kajian oleh Emir Research, kepunyaan Dr Rais Hussin, Pengerusi Biro Dasar dan Strategik Bersatu yang juga merupakan Ahli MPT Bersatu baru-baru ini antara lain mendapati:- ⁃ Hanya 24% rakyat Malaysia berpendapat kerajaan PH berdaya maju (viable), ⁃ 30% […]

GENG AZMIN MAKIN MELAMPAU, ANWAR MESTI SEGERA BERTINDAK TEGAS

Pemulauan dan sabotaj Geng Azmin terhadap kepimpinan Anwar Ibrahim selaku Presiden PKR nampaknya semakin parah serta melampau. Bermula dengan memulaukan mesyuarat MPP dan Biro Politik sejak setahun yang lalu dan ia masih berterusan sampai sekarang, perkembangan akhir-akhir ini memperlihatkan tindakan mereka semakin tidak boleh diterima. Selain memulaukan mesyuarat, Azmin bersama penyokongnya turut mengeluarkan kenyataan berterusan […]

BILA TUN M DAN ANWAR SALING MEMAHAMI, PENCARI PINTU BELAKANG TIDAK RELEVAN LAGi

Tindakan Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Tun Mahathir Mohamad semalam, sekurang-kurangnya telah berjaya mengutarangkan panasnya suhu beberapa isu dalam negara. Ia termasuk berkenaan peralihan kuasa, desakan agar Perdana Menteri berundur dan berkaitan pertemuan 17 Ahli Parlimen UMNO dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi di kediamannya, baru-baru ini. Sehari sebelum itu, Tun Mahathir dilihat agar keras dan […]

HISHAMMUDDIN PARASIT UMNO, AZMIN PEROSAK PH – KEDUA-DUANYA MESTI DIAMBIL TINDAKAN DISIPLIN

Dalam suatu tindakan cepat dan pantas, Lembaga Disiplin UMNO dilaporkan akan menyiasat perbuatan sekumpulan Ahli Parlimen UMNO yang mengadakan perjumpaan sulit dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, malam tadi. Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Apandi Ali berkata, siasatan itu dilakukan berikutan pihaknya menerima aduan berhubung pertemuan yang menjadi perbualan ramai itu. Selepas siasatan, tambah beliau, tindakan […]

WALAU TERKEJUT, TUN M JANGAN LUPA MUHASABAH DIRI

Tun Mahathir Mohamad dilaporkan terkejut dengan kemenangan BN dapat menewaskan PH di Tanjung Piai dengan majoriti lebih 15 ribu undi. Katanya, beliau memang menjangka PH akan tewas, tetapi tidaklah dengan majoriti yang sebesar itu. Sehubungan itu, tegasnya, satu post mortem yang terperinci, serius dan jujur di semua peringkat parti akan dilakukan bagi mengenalpasti punca sebenar […]

MAHATHIR TELAH HILANG AURA, MASA BERUNDUR KINI TIBA!!

Berdasarkan keputusan rasmi PRK Tanjung Piai di mana BN menang dengan majoriti bergaya sebanyak 15,086 undi, isyarat rakyat kepada PH sememangnya tidak boleh dinafikan lagi. Calon BN, Wee Jeck Seng memperolehi 25,466 undi meninggalkan jauh calon PH daripada Bersatu, Karmaine Sardini yang mendapat cuma 10,380 undi. Calon-calon lain iaitu Wendy Subramanian daripada Gerakan mendapat 1,707 […]

KALAU DAH SELALU GHAIB DAN TIDAK HADIR MESYUARAT, TAK USAHLAH MENGADA-NGADA NAK RASMIKAN MESYUARAT!!!

Walaupun sedar dirinya telah tidak hadir mesyuarat selama setahun, Azmin Ali nampaknya masih tidak berpuas hati apabila namanya digugurkan daripada merasmikan Kongres AMK Keadilan pada 6 Disember depan. Lantaran itu, beliau menuduh wujudnya tangan ghaib di sebalik pengguguran namanya itu. Menurut Azmin, tanpa kewujudan tangan ghaib itu, tidak mungkin Ketua AMK, Akmal Nasir ada keberanian […]

DOA UNTUK RAFIZI

Hari ini, 15 November adalah hari penentuan buat Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli sama ada akan dibebaskan atau dipenjarakan. Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi ini akan membuat keputusan terhadap rayuannya atas sabitan hukuman penjara 30 bulan yang diterimanya mengikut Akta Bank dan Institusi Kewangan atau Bafia sebelum ini. Turut disabitkan kesalahan bersama Rafizi ialah seorang […]

ELOKLAH DIGUGURKAN, KALAU DIJEMPUT PUN MUNGKIN AZMIN TAK DATANG

Kongres Pemuda PKR pada 6 Disember depan sah tidak menjemput Timbalan Presiden, Azmin Ali untuk merasmikannya. Sebaliknya, perasmian kongres itu akan dilakukan oleh Penasihat PKR yang juga Timbalan Perdana Menteri, Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Walaupun secara tradisinya Timbalan Presiden PKR biasanya akan merasmikan Kongres Pemuda atau AMK, tetapi keputusan berbeza kali ini dipercayai kerana […]

UNTUK UMAT ISLAM SEJAHTERA, DAP ATAU PAS YANG PATUT TIADA?

Pas baru-baru ini menggesa kerajaan agar mengharamkan DAP kerana menganggap parti itu merbahaya kepada negara. Beberapa persoalan segera bermain-main di kepala sebaik saja gesaan itu terpapar di dada-dada media. Pertama, Pas adalah parti pembangkang dan DAP merupakan parti yang membentuk serta menguasai kerajaan PH sekarang ini. Tidakkah pelik bila parti pembangkang menggesa kerajaan mengharamkan sebuah […]

MUNGKINKAH MUHYIDDIN AKAN SEKALI LAGI MENGGEGAR MINTA DICEPATKAN JANJI?

Muhyiddin Yassin merupakan satu-satunya pemimpin Bersatu yang sentiasa konsisten dan tidak pernah berubah pendirian berhubung isu peralihan kuasa. Presiden Bersatu dan Menteri Dalam Negeri itu sentiasa berpegang kepada janji dan persetujuan Anwar Ibrahim adalah pengganti tunggal yang dinamakan sebagai pengganti kepada Tun Mahathir Mohamad yang kini menginjak usia 95 pada tahun depan. “Perkara ini sesuatu […]

TUBUH PARTI BARU, PILIHAN PALING MUNASABAH BUAT AZMIN

Walaupun dinafikan oleh Zuraidah Kamaruddin, dakwaan Dr Syed Husin Ali bahawa Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sedang merancang menubuhkan sebuah parti baru bagi meneruskan perjuangan politiknya adalah sesuatu yang logik dan banyak kemunasabahannya. Dilihat daripada pelbagai sudut, itulah satu-satunya pilihan yang ada untuk beliau dan penyokongnya kalau mahu terus hidup dalam politik negara ini. Memilih […]

YAKIN NAJIB DAN ZAHID HAMIDI AKAN KE PENJARA, HISHAM MAHU KEJAR KERUSI PM SEMULA?

Kenapa tiba-tiba saja Hishammuddin Hussein mahu dijadikan Setiausaha Agung BN? Dan mengapa perlu ada desakan untuk tujuan itu? Bukankah kuasa melantik Setiausaha Agung BN terletak pada Pengerusi BN? Di atas ini adalah antara beberapa persoalan yang menjadi pertanyaan ramai sejak semalam apabila Badan Perhubungan UMNO Johor tampil menyatakan sokongan agar bekas Naib Presiden UMNO itu […]

TUN M DIJANGKA AKAN MENANGIS DI PENTAS HIMPUNAN MARUAH MELAYU

Kongres Maruah Melayu yang selama ini banyak dispekulasikan di media sosial akhirnya sah akan dilangsungkan pada 6 Oktober depan di Stadium Melawati, Shah Alam. Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad juga sudah disahkan akan hadir dan bakal menyampaikan amanat Melayunya pada kongres tersebut. Dijangkakan sekurang-kurangnya seramai 15 ribu umat Melayu akan hadir dalam kongres itu nanti. […]

ANWAR PM – JANGANLAH CEPAT NAK STRESS…

Nampaknya ramai yang stress, malah sesetengahnya kelihatan seperti mula seram sejuk macam nak demam bila semalam Tun Mahathir Mohamad berkata, beliau akan menetapkan tarikh penyerahan jawatannya kepada Anwar Ibrahim. Kenyataan Tun Mahathir itu adalah susulan interbiu Bloomberg dengan Anwar Ibrahim di mana beliau menzahirkan keyakinan akan mengambil alih teraju pentadbiran negara pada tahun 2020 iaitu […]