Tag: Dari

TITAH AGONG BERI TAHANAN RUMAH KEPADA NAJIB, INI PENDAPAT PEGUAM

Peguam melahirkan kebimbangan terhadap dakwaan Najib Razak mengenai titah tambahan diraja supaya dia menghabiskan baki hukuman penjara dengan menjalani tahanan rumah. Bercakap kepada Malaysiakini, pengamal undang-undang mempersoalkan apakah pengampunan diraja boleh meliputi “peruntukan tahanan rumah”. Peguam Goh Cia Yee berpendapat kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk memberikan pengampunan harus dihadkan kepada perundangan sedia ada untuk menjatuhkan hukuman. […]

JIKA SUDAH SAHIH TITAH ADENDUM MEMANG ADA, KELUARKAN SAJALAH NAJIB DARIPADA PENJARA – HABIS CERITA!!

Berdasarkan afidavit yang dikemukakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi bagi menyokong permohonan Najib Razak untuk mengesahkan kewujudan titah adendum Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang membenarkan bekas Perdana Menteri itu menjalani tahanan rumah bagi baki hukuman penjaranya, bolehlah disimpulkan bahawa titah tersebut adalah 99% wujud. Tidak mungkin Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul […]

TERBUKTI AKHIRNYA SEBAGAIMANA SAYA TULIS SEBELUM INI, SAKSI MISTERI KES SEMAKAN KEHAKIMAN NAJIB ADALAH MENTERI KABINET KERAJAAN MADANI

Sebelum ini, dalam artikel yang saya tulis pada 5 April lalu, saya telah menyebut kemungkinan saksi misteri dalam permohonan Najib Razak untuk memulakan semakan kehakiman bagi mencabar wujudnya satu dekri tambahan yang dikatakan telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 supaya bekas Perdana Menteri itu menjalani baki enam tahun penjara di bawah tahanan rumah adalah […]

PALING PENTING, LETAK CALON MELAYU DI KKB BOLEH ELAK ISU KAUM/AGAMA JADI MAINAN KEMPEN

Terdapat kecenderugan yang ketara kebelakangan ini, baik oleh PH mahu pun PN, untuk masing-masing meletakkan calon Melayu dalam PRK Kuala Kubu Baharu (KKB) pada 11 Mei depan. DAP yang mewakili PH dan selama ini memenangi kerusi Dun KKB dilaporkan berkemungkinan besar meletakkan calon Melayu di kerusi tersebut. Ahli Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Saripah Bakar kini […]

AGONG YANG WAJIB DISANJUNG, TITAH JANJI BAGINDA MULA DIKOTA

Pada 19 Mac lalu, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah, tempoh “bulan madu” baginda akan tamat tidak lama lagi dan selepas ini, baginda akan memulakan cara pemerintahan yang sebenar. Baginda bertitah, kurang dari dua minggu lagi, akan genap dua bulan baginda memegang tampuk pemerintahan negara. Menurut Sultan Ibrahim, baginda memikul amanah Raja-Raja Melayu untuk menjaga […]

PMX SUKAR KEKALKAN KUASA, SEBAB UTAMANYA UMNO DIJANGKA KALAH LEBIH BANYAK KERUSI

Ketika pulang ke kampung sempena Hari Raya baru-baru ini dan sempat beraya di tiga negeri – Perak, Selangor dan Negeri Sembilan – antara pertanyaan yang kerap disuakan kepada saya oleh kawan-kawan dan saudara-mara ketika berbual-bual sambil menikmati pelbagai juadah raya ialah mampukah PMX bertahan lagi selepas PRU16 akan datang? Soalan susulan berikutnya yang kerap menyusul […]

SUBSIDI BERSASAR BELUM TENTU DAPAT PIKAT HATI PENGUNDI – ILHAM CENTRE

LANGKAH menjadikan Pangkalan Data Utama (Padu) sebagai komponen untuk menyampaikan subsidi bersasar belum tentu akan meningkatkan sokongan pengundi terhadap parti-parti dalam kerajaan perpaduan, kata penganalisis politik. Penganalisis percaya pengundi yang tergolong dalam kategori miskin, terutamanya dari negeri-negeri majoriti Melayu, akan terus setia kepada parti mereka walaupun kerajaan menyalurkan lebih banyak bantuan kewangan. Pengarah Eksekutif Ilham Centre […]

KENAPA SETIAP KALI MUSIM PERAYAAN BANYAK BERLAKU KEMALANGAN?

Setiap kali musim perayaan tiba, terutama perayaan besar seperti Hari Raya Aidil Fitri, pasti banyak berlaku kemalangan jalan raya. Sejak beberapa hari lalu lagi, sudah banyak dilaporkan kemalangan jalan raya yang berlaku di sana sini, termasuk juga yang melibatkan kematian. Di media sosial, oleh kerana banyak kenderaan sekarang sudah ada kamera di depan dan belakang, […]

TITAH AGONG ADA, TAPI TIADA PERBINCANGAN DALAM LEMBAGA PENGAMPUNAN – CNA

MESYUARAT Lembaga Pengampunan pada 29 Januari lalu tidak bincang sebarang rancangan untuk membenarkan Najib Razak menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun sebagai tahanan di rumah, lapor Channel News Asia (CNA). Memetik pegawai kerajaan yang tidak dinamakan, laporan itu menyebut perkara itu tidak dibincangkan enam anggota Lembaga Pengampunan ketika membuat keputusan berkait permohonan pengampunan diraja bekas perdana menteri keenam […]

ADAKAH SAKSI PENTING KES SEMAKAN NAJIB IALAH SALAH SEORANG MENTERI KABINET?

Semalam, peguam Shafee Abdullah memberitahu mahkamah, seorang saksi penting dijangka akan memfailkan afidavit bagi menyokong permohonan kebenaran Najib Razak untuk memulakan semakan kehakiman bagi mencabar wujudnya satu dekri tambahan yang dikatakan telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 supaya bekas Perdana Menteri itu menjalani baki enam tahun penjara di bawah tahanan rumah. Semasa perbicaraan permohonan […]

BENARKAH NAJIB DITITAH UNTUK DIBERI TAHANAN RUMAH MELALUI LEMBAGA PENGAMPUNAN?

Benarkah Najib Razak diberi tahanan rumah oleh Lembaga Pengampunan dalam keputusannya pada 29 Januari lalu? Sejak semalam ramai yang membangkitkan persoalan ini berikutan Najib, melalui peguamnya kini memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap titah adendum atau tambahan oleh Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Mahkamah Tinggi. Semakan kehakiman difailkan pada 1 April […]

“PENCARIAN ERAN HAYA BELUM TEMUI PETUNJUK POSITIF”

Identiti individu bernama Eran Haya didakwa dicari lelaki warga Israel yang ditahan di sebuah hotel di ibu negara pada 27 Mac lalu, belum dapat dikenal pasti. Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, ini kerana siasatan di peringkat kini belum mempunyai petunjuk positif terhadap lelaki yang didakwa suspek. “Berdasarkan pengakuan suspek memberitahu mencari seorang lelaki warga […]

MP ‘ENAM JAHANAM’ KENA AKUR BALA YANG BAKAL TIBA, SPEAKER SUDAH TERIKAT DENGAN AKTA ANTI LOMPAT PARTI

Keputusan paling tepat – itulah kesimpulan yang dapat digambarkan berikutan pindaan perlembaan Bersatu yang diluluskan dalam mesyuarat agung luar biasa parti itu pada 2 Mac lalu kini telah pun mendapat kelulusan daripada Jabatan Pendaftar Pertubuhan atau RoS. Surat kelulusan berkenaan pindaan perlembagaan bagi memberi hak kepada parti melucutkan keahlian mana-mana wakil rakyatnya yang menyokong parti […]

LELAKI ISRAEL, PASANGAN SUAMI ISTERI BERDEPAN HUKUMAN MATI

Lelaki Israel dikenali sebagai Shalom Avitan dan pasangan suami isteri warga tempatan yang disyaki membekalkan senjata kepadanya, bakal berdepan hukuman mati jika disabitkan kesalahan. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata ia berikutan kertas siasatan terhadap mereka dibuka mengikut Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. “Sebelum ini ketika Shalom ditangkap pada […]

POLIS MASIH SIASAT, JANGAN TERPEDAYA LAPORAN MEDIA ISRAEL – KPN

Dakwaan laporan media Israel berhubung seorang lelaki warga negara itu yang ditahan di sebuah hotel di Jalan Ampang, Rabu lalu adalah untuk membunuh ketua keluarga kumpulan penjenayah seteru, bukanlah satu-satunya fakta yang boleh diterima pakai dalam konteks siasatan polis. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, dakwaan itu bukanlah fakta yang boleh diterima pakai […]

PENGESAHAN MUKHRIZ TAK MENGEJUTKAN, SEPATUTNYA SEMUA ANAK-ANAK TUN MAHATHIR PERLU DISIASAT SAMA

Mukhriz Mahathir, salah seorang anak Tun Mahathir Mohamad, selain Marina yang masih belum disentuh oleh SPRM, hari ini tampil mengesahkan bapanya memang merupakan subjek sebenar siasatan badan penguatkuasa anti rasuah itu. Katanya, beliau melihat sendiri notis berkaitan hal itu yang ditujukan kepada dua abangnya, Mirzan dan Mokhzani. “Saya melihat sendiri notis yang ditandatangani oleh Azam […]

BERBAKI SEHARI SEBELUM TARIKH TUTUP, 10.6 JUTA SUDAH MENDAFTAR DENGAN PADU

Jumlah individu yang mengemas kini maklumat dalam Pangkalan Data Utama (PADU) meningkat kepada 10.6 juta, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.  Justeru itu, beliau berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang sudah mengemaskini dan membuat pengesahan dalam sistem berkenaan dan menyeru agar mereka yang belum berbuat demikian melaksanakannya pada hari ini. “Terima kasih dari saya (secara […]

TAK MASUK AKAL NAK BUNUH RAKAN SENEGARA DARI ISRAEL KERANA MASALAH KELUARGA, TAPI GUNA ENAM PISTOL DAN 200 PELURU

Pertama sekali diucapkan syabas dan tahniah kepada PDRM kerana berjaya menahan seorang lelaki warga Israel bersama enam pucuk pistol dan 200 peluru di sebuah hotel di Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada Rabu lepas. Menurut Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, suspek berusia 36 tahun itu masuk ke Malaysia dengan menggunakan pasport Perancis. Katanya, siasatan awal mendapati […]

DAHSYAT BETUL, 34 PENGUATKUASA KASTAM DI KLIA LINDUNGI PENYELUDUPAN SEHINGGA NEGARA KERUGIAN RM2 BILION DITAHAN SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan jumlah ketirisan akibat kegiatan sindiket penyeludupan membabitkan beberapa anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang mencecah RM2 bilion bagi tempoh tiga tahun lepas. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki berkata setakat ini, seramai 34 anggota penguat kuasa dan 27 individu serta pemilik syarikat […]