Tag: DAP

ANWAR TAK MUNGKIN KHIANATI PH DEMI KEJAR JAWATAN

Walaupun Presiden PKR, Anwar Ibrahim sudah menjelaskan intipati perbincangannya dalam pertemuan dengan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin baru-baru ini adalah berkaitan usaha menangani wabak Covid-19 serta perlunya sidang khas Parlimen diadakan bagi membincangkannya, nampaknya masih ramai yang tidak mempercayainya. Ramai yang membuat tuduhan, terutama mereka yang pro UMNO bahawa Anwar didakwa telah membincangkan soal penyertaan PKR […]

ANWAR DAN PH TIDAK PERNAH MENGKHIANATI MAHATHIR

Apabila PH semalam membuat keputusan menamakan Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri pilihannya, banyak pihak, terutama daripada Bersatu telah menuduh gabungan itu mengkhianati Tun Mahathir Mohamad. Sikap khianat itu dikaitkan berikutan ketiga-tiga pemimpin utama PH – Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu – dalam pertemuan dengan Tun Mahathir pada pagi Isnin lalu, sehari […]

HASRAT MAHATHIR BERKUASA LEBIH LAMA TIDAK DITERIMA?

Sehingga ini belum ada mana-mana pemimpin utama PH tampil bersuara menzahirkan sokongan terhadap pengumuman Tun Mahathir Mohamad mahu melewatkan lagi tarikh peralihan kuasa sehingga selesai Sidang APEC pada November 2020. Baik daripada kalangan PKR, DAP dan Amanah, semuanya masih senyap seribu bahasa. Lebih daripada itu, pemimpin-pemimpin daripada Bersatu sendiri, di mana Tun Mahathir adalah pengerusi […]

KEPUTUSAN TANJUNG PIAI MANIFESTASI PENGUNDI CINA TIDAK LAGI SUKA TUN M

Dalam bahasa yang paling mudah, kemenangan bergaya BN di Tanjung Piai adalah disebabkan “pengundi Melayu undi calon Cina dan pengundi Cina pun undi calon Cina”. Bermakna, pilihan pengundi kali ini terkeluar sama sekali daripada faktor kaum, walaupun dalam beberapa keadaan, isu perkauman cuba dimainkan. Dalam konteks sokongan pengundi Melayu kepada calon BN, Wee Jeck Seng, […]

AKHIRNYA TIADA APA2 TINDAKAN TERHADAP MB PERAK

Tiada apa-apa tindakan diambil oleh Bersatu terhadap Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu berhubung kenyataan kontroversinya yang menyebut “saya seorang diri terkontang-kanting berlawan dengan puak-puak DAP”. Ini berikutan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu petang tadi menerima dengan baik penjelasan Ahmad Faizal atau Peja yang tetap mengatakan kenyataannya itu telah diambil di luar konteks. Sehubungan itu, […]

APA NASIB MB PERAK HARI INI?

Sebagaimana yang dimaklumkan oleh Setiausaha Agung Bersatu, Marzuki Yahya, penjelasan Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu berhubung kenyataannya “terkontang-kanting seorang diri lawan DAP” akan diminta dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu, hari ini. “Ya, sudah semestinya kita akan bertanya sebab-sebab yang dimaksudkan MB Perak itu,” kata beliau. Bagaimanapun, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng […]

PEJA MESTI DILARANG DATANG LAGI KE TANJUNG PIAI

Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu atau Peja dilaporkan akan diminta memberi penjelasan berhubung kenyataannya berkaitan DAP yang tular dalam sebuah rakaman video baru-baru ini. Menurut Setiausaha Agung Bersatu, Marzuki Yahya, Peja akan diminta memberi penjelasan itu dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu yang akan diadakan esok. “Ya, sudah semestinya kita akan bertanya sebab-sebab yang […]

PEJA TERBUKTI MASIH TEBAL DNA UMNO, PERBUATANNYA UMPAMA MENGUTUK ISTERI SENDIRI DI DEPAN AWEK BARU

“Macam saya di Perak, saya seorang terkontang-kanting nak lawan dengan puak-puak DAP ini. “Saya nak pertahankan tanah orang Melayu. Saya nak perjuangkan agama kita. “Saya buat itu pelan-pelan tapi Alhamdulillah kawan-kawan UMNO kat sana tak adalah marah-marah saya macam ni”. Di atas adalah kata-kata yang diucapkan oleh Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu dalam sebuah […]

MUNGKINKAH SEJARAH TELUK INTAN AKAN BERULANG DI TANJUNG PIAI?

Walaupun BN hanya akan mengumumkan calon PRK Tanjung Piai pada malam ini, tetapi teka-teki mengenainya tidak lagi menimbulkan rasa suspen kepada sesiapa. Seperti yang dijangka, beserta desakan berterusan MCA agar kerusi Tanjung Piai dikekalkan milik mereka, BN akhirnya akur dengan kehendak itu. Dalam mesyuarat bersama UMNO, MCA dan MIC semalam, difahamkan sudah diputuskan secara muktamad […]

UNTUK UMAT ISLAM SEJAHTERA, DAP ATAU PAS YANG PATUT TIADA?

Pas baru-baru ini menggesa kerajaan agar mengharamkan DAP kerana menganggap parti itu merbahaya kepada negara. Beberapa persoalan segera bermain-main di kepala sebaik saja gesaan itu terpapar di dada-dada media. Pertama, Pas adalah parti pembangkang dan DAP merupakan parti yang membentuk serta menguasai kerajaan PH sekarang ini. Tidakkah pelik bila parti pembangkang menggesa kerajaan mengharamkan sebuah […]

RONNIE LIU ADALAH SUARA PENYELAMAT, PATUT ADA 100 LAGI SEPERTINYA DALAM PH

Jika diperhalusi, walaupun kenyataan AJK Pusat DAP, Ronnie Liu berkaitan Tun Mahathir Mohamad dan Bersatu baru-baru ini dilihat kasar dan tidak wajar, niat beliau tidak lain adalah untuk memastikan PH sentiasa berada di landangan perjuangannya yang sebenar. Lebih daripada itu, kenyataan beliau juga adalah sebagai tindak balas terhadap tindak-tanduk Tun Mahathir sendiri yang selama ini […]

TAK MASUK AKAL KAITKAN TANGKAPAN PEMIMPIN DAP DENGAN TANJUNG PIAI

Berhubung penahanan beberapa pemimpin DAP di bawah Sosma kerana dikaitkan mempunyai hubungan dengan Harimau Pembebasan Tamil Eelam atau LTTE, para pemimpin parti itu seharusnya belajar mengawal diri. Dalam keghairahan sebahagian pemimpinnya mengeluarkan kenyataan mempertikaikan tindakan polis melakukan penangkapan itu, mereka mesti sedar mereka kini adalah sebahagian daripada kerajaan yang memerintah negara jni. Sebagai parti kerajaan, […]

SUDAH SAMPAI MASANYA PAS DILARANG GUNA PERKATAAN ISLAM PADA NAMANYA

Sejak ia wujud, selain ada perkataan Islam pada namanya, Pas sentiasa mendendangkan perjuangannya ialah untuk menegakkan syiar Islam di negara ini. Dalam hal ini, sering ditanamkan kepada ahli-ahlinya bahawa kalah atau menang dalam pilihanraya bukanlah suatu keutamaan bagi Pas. Kalau tidak menang di dunia, dikatakan ganjaran syurga kerana istiqamah dalam perjuangan menegakkan hukum Islam, meskipun […]