Tag: dan

COVID19 MENINGKAT KERANA KERAJAAN GAGAL

Malaysia telah mengatasi Singapura dengan mencatatkan lebih banyak kes terkumpul Covid-19, dua hari lebih awal daripada jangkaan saya. Dengan trajektori semasa, kini dijangka akan mengatasi kedudukan China sebelum persidangan parlimen berakhir pada pertengahan bulan Disember.  Negara kita kini berada di tempat ke-83 di seluruh dunia dengan 58,847 kes terkumpul Covid-19, manakala Singapura berada di tempat […]

MENTERI KEWANGAN HAMBAR DAN CUBA UGUT SUARA MAJORITI

Menteri Kewangan membayangkan sekiranya Belanjawan 2021 yang dibentang kerajaan Perikatan Nasional tidak diluluskan, maka ia tidak akan dapat membayar segala komitmen termasuk pembayaran gaji penjawat awam dan akan mengesankan para petugas barisan hadapan yang berjuang memerangi COVID-19. Saya fikir ini satu kenyataan yang bersifat hambar dan berbaur ugutan serta sebahagian dari rencana untuk mengenepikan suara […]

TOLAK BELANJAWAN TIDAK BERMAKNA INGKAR AGONG, TAPI UNTUK SELAMATKAN DERITA RAKYAT

Majoriti rakyat secara umumnya menolak tiga perkara berikut sebagaimana yang telah dibentangkan dalam Belanjawan 2021, Jumaat lalu. Pertama, rakyat menolak dan tidak gembira dengan keputusan kerajaan tidak membenarkan pencarum mengeluarkan wang daripada Akaun 1 KWSP dengan jumlah maksimum RM10 ribu. Kedua, rakyat juga menolak, kecewa dan tidak gembira kerana kerajaan enggan melanjutkan moratorium pinjaman bank […]

SETELAH DR. MASZLEE TINGGALKAN PEJUANG, DR. SHAHRUDDIN JUGA TAK WAJAR KEKAL LAGI DALAM PARTI ITU

Hari ini, secara tiba-tiba Dr Maszlee Malik, Ahli Parlimen Simpang Renggam mengumumkan menarik diri daripada Parti Pejuang yang mana sebelum ini beliau adalah salah seorang ahli jawatankuasa penajanya. Dengan pengumuman keluar itu, Pejuang kini hanya dianggotai empat Ahli Parlimen – Tun Mahathir Mohamad (Langkawi), Mukhriz Mahathir (Jerlun), Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu) dan Dr. Shahruddin Salleh […]

MEMBUANG SIAL LANGKAH SHERATON

1. Perkataan ‘SIAL’ memang keras kerana ia membawa erti kecelakaan, nasib malang dan mengundang musibah. Selain itu ia turut digunakan sebagai cacian nista terhadap seseorang yang ‘mendoakan’ kehancuran dalam hidup seseorang yang dibencinya. Saya memilih perkataan ‘SIAL’ bukan berniat memaki hamun sesiapa jauh sekali berkasar bahasa tetapi saya cuba membuat satu ilustrasi kepada pembaca bagaimana […]

RUNDINGAN YA, KOMPROMI TIDAK

1. Pakatan Harapan menang dalam PRU yang lalu atas prinsip yang diperjuangkan sejak sekian lama. Parti komponen dan kepimpinan masing-masing yang kekal setia dalam PH teruji kerana mempertahankan prinsip perjuangan. 2. Tidak dapat dinafikan, jalan panjang dan berliku DSAI diterima umum sebagai satu perjalanan politik yang sukar. Semua ini adalah kerana mempertahankan maruah dan prinsip. […]

TIDAK ADA ALASAN UNTUK KEFANATIKAN AGAMA

Saya bertegas menentang retorik fanatik agama atau kaum yang terus memecahbelahkan perpaduan rakyat Malaysia. Ahli Parlimen Pasir Puteh YB Nik Muhammad Zawawi Salleh yang memberi komen terkait kitab Injil baru-baru ini adalah sikap yang kurang bijak, tidak peka dan mencerminkan pemahaman Islam yang rendah etika tatkala berbahas dengan penganut-penganut agama lain, dalam konteks ini ia […]

MUHYIDDIN TETAP DAFTAR PN, APAKAH UMNO DAN PAS BENAR2 TAK SERTAINYA?

Sebaik saja Najib Razak dijatuhi hukuman bersalah dalam kes rasuah, pecah amanah dan penggubahan wang haram melibatkan dana SRC International 28 Julai lalu, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi kemudiannya mengumumkan parti itu tidak akan menyertai Perikatan Nasional atau PN secara rasmi. Sebaliknya, kata beliau, UMNO hanya akan bekerjasama dengan Pas dalam Muafakat Nasional (MN) untuk […]

JIKA MANDAT PH BERJAYA DIKEMBALIKAN SEMULA, TUN M ATAU ANWAR PATUT JADI PM?

Perlunya PH kembali menjadi kerajaan dalam waktu yang terdekat ini, asas paling pentingnya ialah untuk mengembalikan semula mandat yang telah diberikan rakyat. Oleh kerana yang menang pada PRU14 lalu adalah PH melalui penggunaan simbol PKR, tetapi kemenangan itu kemudian dirampas melalui pengkhianatan dan tebuk atap, maka PH ada tangungjawab moral untuk merampasnya semula. Tidak kira […]

PERTANYAAN RAKYAT BAWAHAN – PEMIMPIN MANA PULA DIBEBAS SELEPAS INI?

1. Pada 9/5/2018, rakyat Malaysia sanggup berdiri lama dan beratur panjang di pusat-pusat pengundian bagi membuat perubahan politik yang amat drastik tapi dengan secara aman dan demokratik. Tanpa dipaksa, mereka memilih PH dan menolak BN. 2. Dari segi perundangan, tiada siapa boleh menafikan banyak perubahan positif yang dilakukan oleh Kerajaan PH. Antaranya, pejabat Peguam Negara […]

CORETAN SEORANG BEKAS MENTERI MENJELANG KUASA KEMBALI KEPADA PEMILIKNYA YANG SEBENAR

Hampir sukar Kerajaan Perikatan Nasional (PN) YAB Tan Sri Mahyudin Yasin (TSMY) untuk mampu bertahan momentum kencang yang kini bertiup untuk mengembalikan hak dan mandat rakyat yang diberikan kepada Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam PRU ke-14 lalu. Dengan ‘Power Grab’ yang dilakukan sekumpulan ‘pembelot’ dari Kabinet PH dengan kerjasama kelompok Pas-Umno, nyata ‘takdir-tadbir’ AlLah SWT […]

BANTUAN RM4000 DIBERI MUHYIDDIN LANGGAR PERLEMBAGAAN BERSATU?

1. Pada 26.03.2020, sepucuk surat makluman yang ditandatangani oleh HAMZAH ZAINUDDIN, Setiausaha Agung Parti BERSATU, yang mana pelantikannya adalah dipertikaikan, telah tertular di media sosial, yang telah menimbulkan pelbagai persoalan berhubung kesahihan kandungan surat makluman itu dari sudut Perlembagaan Parti BERSATU. 2. Di dalam penulisan ini, saya tidak berhasrat untuk membincangkan isu kesahihan lantikan HAMZAH […]

KERAJAAN SUDAH BERTINDAK, HENTIKAN SEBAR VIRUS CORONA PALSU

Kerajaan telah mengambil tindakan segera menggantung sementara semua kemudahan imigresen iaitu eNTRY, Visa on Arrival, e-visa dan visa manual kepada rakyat negara China dari Bandar Wuhan dan Wilayah Hubei di kelilingnya berkuatkuasa serta merta. Keputusan ini diumumkan oleh Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan medianya petang ini. Tindakan ini bagi mencegah penularan virus Corona yang sehingga […]

KENAPA RAIS PERLU TAKUT DENGAN TRANSISI DAN REFORMASI?

1. Kenyataan Dr Rais Yatim yang amat negatif terhadap transisi kepimpinan negara agak mengejutkan walaupun bukan sesuatu yang luarbiasa. 2. Menjadi lumrah di mana2 didunia sebarang usaha perubahan dan reformasi akan mendapat tentangan kelompok elit lama yang sudah terlalu biasa dengan tatacara lama,perangai lama dan usang. 3. Dr Rais adalah bekas menteri kerajaan lama BN […]

PANDANGAN MUFTI WP TENTANG SUMPAH LAKNAT

Walaupun Najib Razak sudah beberapa hari melakukan sumpah laknat dan isu itu tidak banyak lagi diperkatakan sekarang ini, tetapi pandangan Mufti WP ini wajar sekali diberi perhatian oleh kita semua. Sekurang-kurangnya dengan membaca pandangan Mufti WP ini kita lebih faham berkenaan dengannya, tidak mudah terjebak dalam kekeliruan dan seterusnya dapat mengelakkan kita terlalu taksub untuk […]

ISU PERALIHAN KUASA TIDAK SELESAI KERANA SALAH MAHATHIR

Jika difahami betul-betul, memang betul sebenarnya bahawa isu pengganti Perdana Menteri ini sudah lama selesai. Tidak perlu sesiapa lagi membangkitkannya, sejak dulu dan juga sekarang ini. Ini kerana sudah termaktub dalam perjanjian yang dipersetujui oleh semua parti dalam PH sebelum PRU14 lagi telah menetapkan di mana selepas Tun Mahathir Mohamad, Perdana Menteri seterusnya adalah Anwar […]

SELEPAS NAJIB BERSUMPAH LAKNAT, KEPERLUAN KINI JADI LEBIH TINGGI UNTUK KES ALTANTUYA DIBUKA SEMULA

Semalam Najib Razak melakukan sumpah laknat Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur bagi menafikan tuduhan yang terkandung dalam Akaun Bersumpah atau SD Azilah Hadri yang mengaitkannya dengan pembunuhan Altantuya Sharibuu. Lafaz sumpah beliau adalah:- “Wallahi, wabillahi, watallahi. “Alhamdulillah, sejak saya memasuki usia taklif hingga saat ini, saya tidak pernah mengarahkan mana-mana individu untuk membunuh seorang […]