Tag: dan PH

UNTUK MAKLUMAN KHALID SAMAD, BUSUK IKAN BERMULA DARIPADA KEPALA

Dalam cubaan untuk mempertahankan Tun Mahathir Mohamad yang dipersalahkan banyak pihak berikutan kekalahan PH di Tanjung Piai, Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad berkata, beban kekalahan itu adalah tanggungjawab bersama. Menurut beliau, Tun Mahathir tidak patut dipersalahkan kerana keputusan dalam PH bukan dibuat oleh Perdana Menteri seorang, tetapi secara bersama dengan pemimpin lain. “Ia tanggungjawab bersama. […]

TINDAKAN TARIK OUTRIDER NAJIB TIDAK UNTUNGKAN PH

Saya tidak menyokong Najib Razak, bahkan menjadi antara penyumbang kepada kejatuhannya. Sejak 2011, selain menulis dan menerbitkan enam buah buku yang mengkritik dan membelasah Najib, saya juga telah menulis beribu-ribu artikel dalam blog ini bagi tujuan mempengaruhi pemikiran rakyat agar menjatuhkan beliau dan menumbangkan UMNO serta BN. Banyak tindakan dan keputusan Najib sebagai Perdana Menteri […]

UNTUK KEFAHAMAN MUFTI PERLIS – PH TAK SAMA SEPERTI BN, TUN M TIADA KUASA TUKAR PENGGANTI

Ramai orang, termasuk Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin barangkali masih keliru dan tidak dapat membezakan antara sistem yang diamalkan oleh BN dan PH. Dalam BN, penentuan siapa menjadi Perdana adalah berdasarkan siapa yang menjadi Presiden UMNO. Presiden UMNO yang dipilih oleh perwakilan parti itu secara automatik adalah merupakan Perdana Menteri kerana UMNO merupakan parti […]