Tag: dan

PEGUAMBELA ENGGAN BERHUJAH, APAKAH NASIB NAJIB AKAN DIKETAHUI SEAWAL 26 OGOS?

Sekiranya peguam Najib Razak, Hisyam Teh Poh Teik kekal dengan pendiriannya, ini bermakna pihak pembela tidak akan membuat hujah pembelaan pada Selasa depan. Sebagaimana dilaporkan Malaysiakini, selepas pihak pendakwa menamatkan hujahnya petang tadi, Hisyam mengulangi bahawa beliau tidak akan membuat sebarang penghujahan. Ketika ini, Hisyam berdiri dan berkata: “Saya tidak akan membuat sebarang penghujahan.” Hakim […]

RAJA MEDIA SOSIAL, PERDANA MENTERI FB KINI SEAKAN SUDAH HILANG GAGAH BERANINYA

Ketika menyeru ahli-ahli UMNO agar memberikan solidariti kepada Najib Razak yang kini berada di saat-saat genting, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan bekas Perdana Menteri itu sebagai “Raja Media Sosial”. Memang tidak dinafikan, sejak hilang jawatan Perdana Menteri pada 2018, Najib adalah “Raja Media Sosial” di negara ini dan banyak pihak lain pula melabelnya sebagai […]

UMNO PATUT LUPAKAN NAJIB, LEBIH BAIK KUKUHKAN SOLIDARITI DENGAN ‘POSTER BOY’ BN

Semalam, sebaik Mahkamah Persekutuan memberikan tamparan berganda terhadap Najib Razak dengan menolak dua permohonannya dalam proses rayuan akhir kes rasuah SRC International, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi lantas mahu seluruh anggota parti agar bersolidariti dengan bekas Perdana Menteri itu. Beliau yang sedang berdepan 87 kes mahkamah dan kini turut dikaitkan dengan skandal kapal perang LCS […]

TRAK RAFIZI MULA JELAJAH SELURUH NEGARA SABTU INI

Insya Allah saya, Nurul Izzah Anwar dan rakan-rakan yang lain akan mula berkempen setiap minggu menjelajah ke seluruh negara. Kami akan mula panaskan enjin trak dan suhu kempen dengan ceramah #trakAyuhMalaysia yang pertama bagi kerusi parlimen Setiawangsa/Wangsa Maju dan kawasan sekitar (termasuk Batu, Gombak, Ampang, Titiwangsa dan Selayang). Selain dari menyentuh isu-isu panas seperti skandal […]

LAPORAN NYAHRAHSIA LCS SANGGAH PENAFIAN ZAHID HAMIDI

Laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) mengenai projek pembinaan kapal tempur pesisir pantai (LCS) bagi perolehan Tenteran Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang diklasifikasikan “sulit” sudah diubah status menjadi “terbuka.” Bagaimanapun, dokumen dinyahklasifikasi (declassified) itu menyanggah penafian Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dalam isu perolehan kapal TLDM itu. Seterusnya, bukti yang dimuatkan […]

BERTABAHLAH NAJIB…

Semalam di Mahkamah Persekutuan, hanya dalam tempoh beberapa jam, dua permohonan Najib Razak ditolak oleh lima hakim yang bersidang. Pertama, berkenaan usul untuk membawa bukti baru yang cuba mengaitkan hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali dengan konflik kepentingan dan kedua, permohonan untuk menangguhkan pendengaran rayuan selama tiga atau empat bulan lagi. Kedua-dua permohonan tersebut ditolak sebulat […]

SUBKON BARU TUBUH 45 HARI, TERUS BUAT TUNTUTAN RM178 JUTA

Kebelakangan ini kerajaan PAS-UMNO-BERSATU cuba mengalih perhatian dari isu sebenar yang menimbulkan kemarahan rakyat. Mesin propaganda PAS-UMNO-BERSATU yang diketuai Dato’ Seri Najib Razak cuba meyakinkan rakyat bahawa tiada penyelewengan berlaku, hanyalah kelewatan projek. Sehingga kini, Najib sendiri belum menjawab soalan-soalan pokok yang saya utarakan sejak saya mendedahkan butiran projek LCS yang mengesahkan ada penyelewengan: 1. […]

“BUKTI BARU NAJIB HANYA KHABAR ANGIN”

Timbalan Pendakwa Raya V Sithambaram hari ini berhujah di Mahkamah Persekutuan bahawa permohonan penyerahan bukti baru Najib Razak dalam kes SRC International bernilai RM42 juta hanya berdasarkan kenyataan individu tertentu kepada SPRM. Sithambaram berhujah bahawa Mahkamah Persekutuan harus menolak bukti itu kerana afidavit sokongan Najib berdasarkan keterangan khabar angin atau ‘hearsay’. Di bawah undang-undang, ‘hearsay’ […]

JIKA BN KALAH, AMBILLAH JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN INI – TOK MAT NAMPAKNYA BUKAN PEJUANG SEJATI

Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan yang kini merupakan “kepala perang” BN dalam menghadapi PRU15 rupa-rupanya bukanlah pejuang parti yang sejati. Beliau ternampak berjuang hanya untuk mengejar kuasa serta kedudukan, tetapi akan meninggalkan medan perjuangan jika ditimpa kekalahan. Ini berikutan kenyataan terbarunya semalam yang ingin melepaskan jawatan Timbalan Presiden UMNO jika BN kalah dalam PRU15 akan […]

PENGERUSI PAC SANGGAH CEO BNS, ANGKA 15 PERATUS PERALATAN USANG DISEBUT SENDIRI OLEH BELIAU

Saya telah membaca laporan bahawa CEO BNS Ir Azhar telah menyangkal Laporan PAC yang menyatakan dianggarkan 15% daripada barangan bernilai RM1.7 bilion telah pun usang. Pendirian “BNS-Ogos 2022” boleh disangkal dengan keterangan “BNS-Disember 2021”. Saya memetik keterangan Ir Azhar dalam Prosiding PAC pada 11.12.2021 m/s 40: 𝘛𝘶𝘢𝘯 𝘗𝘦𝘯𝘨𝘦𝘳𝘶𝘴𝘪: 𝘚𝘦𝘣𝘢𝘩𝘢𝘨𝘪𝘢𝘯. 𝘚𝘢𝘵𝘶 𝘴𝘰𝘢𝘭𝘢𝘯 𝘶𝘮𝘶𝘮 𝘢𝘵𝘢𝘶𝘱𝘶𝘯 𝘨𝘦𝘯𝘦𝘳𝘢𝘭 𝘲𝘶𝘦𝘴𝘵𝘪𝘰𝘯. […]

BAWA MELAWAT KAPAL TAK SIAP IBARAT BNS TERJERLUS KE LUBANG SENDIRI…

Dua hari lalu, sekumpulan wartawan telah dibawa oleh BNS melawat tapak pembinaan kapal perang LCS di Lumut, Perak. Lawatan itu adalah susulan kontroversi berterusan berkaitan pembinaan kapal perang LCS yang didakwa masih tidak siap, walaupun RM6 bilion sudah dibayar dan tempoh masa sepatutnya siap juga sudah lama berlalu. Dalam lawatan itu, pihak media dibawa melihat […]

KEGAGALAN LCS ADALAH SUATU KISAH NGERI – PENGERUSI PAC

Sejurus selepas laporan PAC mengenai Kapal Tempur Pesisir (LCS) dibentangkan, seorang rakan wartawan telah menghantar mesej kepada saya, bertanya “Apakah perasaan anda?” Saya jawab: “𝐌𝐞𝐧𝐲𝐞𝐝𝐢𝐡𝐤𝐚𝐧”. Kami telah mengadakan 10 prosiding, dengan satu lawatan tapak ke limbungan kapal BNS di Lumut, dan memanggil 21 orang saksi. Akhirnya, sebuah Laporan dengan 247 muka surat, berserta dengan dengan […]

SIAPA JERUNG DI SEBALIK LCS – CAD & CED MILIK MAJORITI BOUSTEAD, TAPI DIKAWAL WARGA ASING?

Saya telah mendedahkan bagaimana projek kapal perang LCS menggunakan dua lapis subkontraktor (iaitu CAD dan CED) sehingga menyebabkan kos naik tiga kali ganda (kos sebenar dari DCNS hanya RM397 juta tetapi yang dituntut dari kerajaan oleh subkontraktor adalah RM1.2 bilion). Seperti yang diduga, Dato’ Seri Najib Razak dengan cepat menjawab bahawa subkontraktor Contraves Advanced Devices […]

UBAH REKA BENTUK KAPAL LCS DAN 10 SURAT PANGLIMA TLDM TAK DILAYAN – KENAPA NAJIB TIDAK PERNAH MENGULAS DUA ISU INI?

Kalau kita lihat ulasan-ulasan Najib Razak di laman FB beliau sejak isu kapal perang LCS yang tidak siap ini meletus menjadi isu besar dalam negara, hampir semua aspek digebangnya. Tujuannya tidak lain ialah untuk menunjukkan beliau sebagai Perdana Menteri serta Menteri Kewangan ketika itu dan Zahid Hamidi yang kini Presiden UMNO selaku Menteri Pertahanan di […]

BEKAS TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN SANGGAH CEO LTAT – BINA KAPAL PERANG BUKAN MACAM MAIN LEGO

Saya amat terkejut membaca kenyataan Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Datuk Ahmad Nazim Abdul Rahman. Sekiranya ingin berpolitik semacam Datuk Seri Najib Razak, lebih baik Nazim Rahman undur dari tugas menjaga LTAT dan masuk arena politik. 𝟭. 𝗛𝘂𝗹𝗹 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗱𝗶𝗻𝗮𝗺𝗽𝗮𝗸 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗷𝗮𝘂𝗵 Nazim Rahman kata, “Saya boleh sahkan pembinaan fizikal kapal memang sedang […]

KENAPA NAJIB SEBAGAI MENTERI KEWANGAN SETUJU DENGAN KONTRAK LCS YANG BERAT SEBELAH?

Najib Razak digesa untuk menjelaskan mengapa dia, sebagai menteri kewangan sewaktu pentadbiran BN memberi layanan “berat sebelah” kepada kontraktor utama projek kapal tempur pesisir (LCS), Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS).  Dalam kenyataan hari ini, Setiausaha Publisiti DAP Teo Nie Ching berkata caj penghantaran lewat bagi setiap LCS dihadkan kepada RM180 juta. Teo berkata, Jawatankuasa […]

PENGERUSI PAC SANGGAH ZAHID HAMIDI, LAPORAN DISEDIAKAN BERDASARKAN DOKUMEN DAN KETERANGAN

1. Saya membaca ulasan Datuk Seri Zahid Hamidi mengenai laporan PAC berhubung Perolehan Littoral Combatant Ship (LCS) yang “menyeru agar PAC seharusnya lebih sensitif dalam mengendalikan keseluruhan proses siasatan, khususnya isu keselamatan negara kerana ia masih di peringkat siasatan.” 2. Saya tidak pasti apa dimaksudkan beliau yang didapati tidak sensitif apabila PAC yang bi-partisan sekadar […]

SKANDAL LCS MAKIN PANAS, PM PERLU TANGGUH DULU HASRAT NAK BUBAR PARLIMEN

Berikutan usul pindaan perlembagaan UMNO yang menetapkan pemilihan parti hendaklah diadakan selepas PRU15 dilangsungkan telah mendapat kelulusan RoS, banyak pihak menjangkakan Perdana Menteri akan membubarkan Parlimen pada tahun ini juga. Ada beberapa tarikh yang diramalkan sebagai pilihan untuk Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen, antaranya selepas 21 Ogos iaitu setelah genap setahun beliau memegang jawatan Perdana […]

PUNCA UTAMA KAPAL PERANG LCS TAK SIAP – MINDEF, MENTERI PERTAHANAN ABAIKAN 10 SURAT TEGURAN DAN BANTAHAN PANGLIMA TLDM

Pandangan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) selaku pengguna akhir tidak diendahkan oleh Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Boustead Naval Shipyard (BNS) dalam pelaksanaan projek Kapal Tempur Pesisir (LCS). Menurut laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengenai perolehan LCS, mendedahkan pada asalnya reka bentuk kapal jenis SIGMA pilihan TLDM dipersetujui oleh Menteri Pertahanan, namun keputusan itu diubah kepada reka […]