Tag: BN

MAHATHIR LANGGAR MANIFESTO SEKALI LAGI?

Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad akhirnya dilantik untuk memangku jawatan Menteri Pendidikan yang dikosongkan oleh Dr. Mazlee Malik. Disebut dalam kenyataan media hari ini bahawa keputusan itu dibuat oleh Jemaah Menteri pada mesyuarat kabinet pada Rabu, 8 Januari lalu. Tugas Tun Mahathir memangku jawatan tersebut adalah berkuatkuasa 3 Januari lalu iaitu hari bermulanya perletakan jawatan […]

NEGARA TETAP PERLUKAN RAFIZI, WALAUPUN KERAJAAN SEMASA TIDAK PEDULIKANNYA

Hari ini barangkali merupakan hari yang benar-benar menggembirakan buat Rafizi Ramli. Ini berikutan beliau kini bebas sepenuhnya daripada beban perundangan setelah Pejabat Peguam Negara menarik balik rayuan pembebasannya di bawah Akta Perbankan dan Institusi-Institusi Kewangan atau BAFIA. “Pagi ini Peguam Negara melalui Timbalan Perdakwa Raya (DPP) telah menarik balik notis rayuan yang difailkan sebelum ini. […]

AHLI PARLIMEN UMNO JUMPA AZMIN DAPAT KONTRAK RM53 JUTA?

Kumpulan 17 Ahli Parlimen UMNO yang dijemput mengadakan perjumpaan sulit pada waktu malam dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali di rumahnya baru-baru ini dikhabarkan sudah pun mula menerima habuan masing-masing. Habuan yang diterima dikatakan adalah dalam bentuk kontrak pembangunan infrastuktur bagi kawasan Parlimen masing-masing. Difahamkan salah seorang Ahli Parlimen UMNO itu telah diberikan kontrak […]

BERUBAH SEBELUM REBAH, SLOGAN BN DULU YANG KINI SESUAI UNTUK PH DAN TUN M

Walaupun sudah 18 bulan menjadi kerajaan, keyakinan rakyat terhadap PH nampaknya masih ditahap rendah dan membimbangkan. Sebuah kajian oleh Emir Research, kepunyaan Dr Rais Hussin, Pengerusi Biro Dasar dan Strategik Bersatu yang juga merupakan Ahli MPT Bersatu baru-baru ini antara lain mendapati:- ⁃ Hanya 24% rakyat Malaysia berpendapat kerajaan PH berdaya maju (viable), ⁃ 30% […]

BOLEHKAH PENGAKUAN TAK MASUK CAMPUR TUN DAIM INI DIPERCAYAI?

Tun Daim Zainuddin berkata, beliau tidak akan masuk campur dalam soal peralihan kuasa daripada Tun Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim. “Saya tak ingin masuk campur dalam hal itu, biar mereka selesaikannya. “Kami tak mahu masuk campur,” katanya lagi. Bolehkah sesiapa percaya pengakuan Tun Daim ini? Atau pengakuan ini merupakan isyarat terbalik daripadanya iaitu beliau memang […]

BOHONG AZMIN MEMALUKAN TUN M, LOGIKNYA BUAT APA MP UMNO BERJUMPA BELIAU JIKA MEREKA MAHU KELUAR PARTI?

Setelah semalam tujuh Ahli Parlimen BN tampil menafikan kenyataan Tun Mahathir Mohamad bahawa mereka pernah menyuarakan rasa hilang keyakinan kepada UMNO dan berhasrat keluar parti, hari ini menyusul lagi lapan orang berbuat demikian. Lapan Ahli Parlimen berkenaan, termasuk Hishamuddin Hussein (Sembrong) yang mengeluarkan kenyataan bersama itu ialah Shahidan Kassim (Arau), Abdul Rahman Mohamad (Lipis), Hasbullah […]

WALAU TERKEJUT, TUN M JANGAN LUPA MUHASABAH DIRI

Tun Mahathir Mohamad dilaporkan terkejut dengan kemenangan BN dapat menewaskan PH di Tanjung Piai dengan majoriti lebih 15 ribu undi. Katanya, beliau memang menjangka PH akan tewas, tetapi tidaklah dengan majoriti yang sebesar itu. Sehubungan itu, tegasnya, satu post mortem yang terperinci, serius dan jujur di semua peringkat parti akan dilakukan bagi mengenalpasti punca sebenar […]

UNTUK MAKLUMAN KHALID SAMAD, BUSUK IKAN BERMULA DARIPADA KEPALA

Dalam cubaan untuk mempertahankan Tun Mahathir Mohamad yang dipersalahkan banyak pihak berikutan kekalahan PH di Tanjung Piai, Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad berkata, beban kekalahan itu adalah tanggungjawab bersama. Menurut beliau, Tun Mahathir tidak patut dipersalahkan kerana keputusan dalam PH bukan dibuat oleh Perdana Menteri seorang, tetapi secara bersama dengan pemimpin lain. “Ia tanggungjawab bersama. […]

DOA UNTUK RAFIZI

Hari ini, 15 November adalah hari penentuan buat Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli sama ada akan dibebaskan atau dipenjarakan. Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi ini akan membuat keputusan terhadap rayuannya atas sabitan hukuman penjara 30 bulan yang diterimanya mengikut Akta Bank dan Institusi Kewangan atau Bafia sebelum ini. Turut disabitkan kesalahan bersama Rafizi ialah seorang […]

APAKAH PH DI TANJUNG PIAI DISABOTAJ SPR?

Apabila SPR tiba-tiba mengeluarkan ingatan agar semua parti dan calon yang bertanding dalam PRK Tanjung Piai supaya memohon permit polis bagi kempen rumah ke rumah yang dijalankan,!persoalan utama ialah apakah tujuan peraturan itu dikeluarkan? Ia bukan saja kerana ini pertama kali peraturan seperti itu dikeluarkan, tetapi yang lebih memusykilkan ialah sebab kempen PRK Tanjung Piai […]

MB JOHOR DIGESA TANGGUH PEMBERIAN TUNAI KEPADA NELAYAN, BANTERAS RASUAH MESTI BERMULA DENGAN BASMI RASUAH POLITIK

Saya minta Menteri Besar Johor tangguh dulu bantuan RM1,000 kepada nelayan-nelayan di Tanjung Piai sehingga selesai Pilihanraya Kecil Tanjung Piai. Kenapa? Sebab Menteri Besar patut tunjuk contoh hormati undang-undang pilihanraya. Kita dulu anjurkan siri demonstrasi jalanraya Bersih 1, Bersih 2 Bersih3, Bersih4 dan Bersih5 untuk tuntut pilhanraya yang bersih dan adil. Kini kita sudah jadi […]

BURUK BENAR JADINYA BILA PERANGAI PH AKHIRNYA TAK UBAH MACAM UMNO DAN BN

Dalam kehangatan kempen PRK Tanjung Piai yang sedang berjalan sekarang, tidak seperti beberapa pilihanraya sebelum ini, PH yang sudah menjadi kerajaan kali ini nampaknya turut ghairah memberi sumbangan wang tunai kepada pengundi. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub baru-baru ini mengumumkan peruntukan RM5,000 kepada SRJK (C) Pei Chio, Kukup Laut, Tanjung Piai. “Tak […]

DALAM PH, BUKAN KUASA PERDANA MENTERI MENENTUKAN PENGGANTINYA

Walaupun selalu menyebut akan menunaikan janji peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim sebagaimana perkara itu merupakan konsensus bersama Majlis Presiden PH, tetapi Tun Mahathir Mohamad nampaknya terus mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan berkenaan dengannya. Jika sebelum ini beliau kerap berbeza-beza pendirian berhubung tempohnya memegang jawatan Perdana Menteri, kini perrkara lain pula disentuhnya. Dalam interbiu terbaru dengan Financial […]

AMBOIII….BERLAGAKNYA MENTERI INI!!

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub berkata, tiada undang-undang khusus di Malaysia menghadkan pemberian sumbangan oleh seorang menteri kepada sekolah pada waktu pilihanraya. “Tak ada undang-undang di negara kita menyatakan sama ada boleh atau tidak memberi wang semasa pilihanraya. “Saya menteri, saya boleh (memberi sumbangan) bila-bila masa,” katanya lagi. Salahuddin berkata demikian sebagai […]

PESANAN BUAT IGP – SELESAIKAN KES VIDEO HAZIQ LEBIH DULU BERBANDING JHO LOW

Walaupun sebelum ini Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador pernah berhasrat untuk membawa pulang Jho Low sebelum akhir tahun, tetapi perkembangan terbaru seolah-olah menunjukkan hasrat itu sukar untuk menjadi kenyataan. Ini berikutan pengakuan Abdul Hamid semalam bahawa negara di mana Jho Low berselindung ketika ini enggan memberi sebarang kerjasama kepada polis Malaysia. “Antara alasan diberikan […]

MUNGKINKAH SEJARAH TELUK INTAN AKAN BERULANG DI TANJUNG PIAI?

Walaupun BN hanya akan mengumumkan calon PRK Tanjung Piai pada malam ini, tetapi teka-teki mengenainya tidak lagi menimbulkan rasa suspen kepada sesiapa. Seperti yang dijangka, beserta desakan berterusan MCA agar kerusi Tanjung Piai dikekalkan milik mereka, BN akhirnya akur dengan kehendak itu. Dalam mesyuarat bersama UMNO, MCA dan MIC semalam, difahamkan sudah diputuskan secara muktamad […]

LESEN UNTUK HENTAM KERAJAAN….

Kepada yang masih berkira-kira sama ada mahu menghentam PH atau tidak atas pelbagai kelemahan dan tidak terkecuali kebodohan seetengah menteri, kini mereka tentunya sudah mula rasa lapang di dada. Mereka mulai sekarang sudah boleh menghentam kerajaan tanpa rasa berdosa apa-apa. Ini berikutan Penasihat Media dan Komunikasi Perdana Menteri, A Kadir Jasin sendiri memberi laluan ke […]

AKHIRNYA TERBUKTI PERANGAI PH DAN BN SAMA SAJA…..

Dulu, sebelum jadi kerajaan, para pemimpin PH paling bising apabila kerajaan BN ketika itu mengumumkan pelbagai peruntukan pembangunan setiap kali bila ada pilihanraya kecil diadakan. Kata mereka, perbuatan itu adalah satu bentuk rasuah kepada pengundi serta menyalahgunakan wang kerajaan untuk kepentingan parti politik yang bertanding. Kecaman demi kecaman terhadap perbuatan BN itu sedikit demi sedikit […]