Tag: blogger

KERETAKAN BN BERI KELEBIHAN KEPADA PH DI RANTAU

Kemenangan BN di Semenyih dan semakin eratnya hubungan antara UMNO dan Pas kebelakangan ini nampaknya tidak mendatangkan kegembiraan buat MCA dan MIC. Kedua-dua parti mewakili kaum Cina dan India itu semalam mengeluarkan kenyataan bersama secara mengejut yang membayangkan kemungkinan untuk mereka meninggalkan BN dan mencari gabungan baru untuk disertai. Berikutan BN telah ditolak pada rakyat […]

PERINGATAN UNTUK PH: ORANG MELAYU BELUM SEDIA KETUANAN MEREKA DIUSIK

Terlebih dahulu ingin ditegaskan bahawa ini bukanlah tulisan berbentuk perkauman atau bertujuan merangsang sentimen tersebut. Tulisan ini hanyalah berupa perolehan maklumat di peringkat bawahan yang terlalu biasa didengar di mana-mana sejak akhir-akhir ini untuk disampaikan dan didengari oleh pimpinan kerajaan di peringkat atasan. Selepas sembilan bulan PH berkuasa, orang Melayu yang merupakan penduduk majoriti atau […]

TUN, LUPAKANLAH SAJA USAHA MAHU KEJAR MAJORITI DUA PERTIGA!!

Ketika berkempen di Semenyih pada 28 Februari lalu, Tun Mahathir Mohamad menegaskan, PH memerlukan majoriti dua pertiga untuk menunaikan sebahagian janji-janjinya kepada rakyat. Katanya, apabila majoriti dua pertiga sudah diperolehi, ia akan memudahkan kerajaan meminda beberapa fasal dalam perlembagaan negara. “Tetapi pindaan itu bukanlah untuk membuang Raja-Raja. Yang itu akan kekal,” jelas beliau. Menurut Tun […]

KEKALAHAN PH DI SEMENYIH TAMPARAN BUAT TUN M DAN BERSATU

Sebagaimana yang dijangka dan tidak keterlaluan kalau dikatakan turut menjadi keinginan majoriti penyokong PH sendiri, calon Bersatu yang mewakili gabungan parti pemerintah, Aiman Zainali tewas kepada calon BN, Zakaria Hanafi dalam PRK Semenyih, semalam. Keputusannya memperlihatkan Zakaria memperolehi 19,780 undi berhanding Aiman yang mendapat 17,866 undi. Dua lagi calon, Nik Aziz Afiq Abdul daripada PSM […]

BUKANKAH LEBIH BAIK HADI AWANG MENGAKU DAN BERTERUS-TERANG SAJA?

Apabila Clare Rewcastle Brown sendiri mengaku beliau telah dibayar sebanyak RM1.4 juta untuk penyelesaian luar mahkamah oleh Hadi Awang yang sebelum itu menyamannya, selain dalam waktu yang sama menunjukkan salinan cek dan dokumen lain berkaitan dengannya, isu ini sebenarnya sudah boleh dikira “tutup buku” dengan serta-merta. Tambahan lagi, peguam yang namanya tertera sebagai penerima cek […]

PH BERGELUT REBUT UNDI MELAYU, ILHAM CENTRE RAMAL BN MAMPU BUAT KEJUTAN

Pendahuluan Tinjauan akhir ILHAM Centre dalam Pilihan Raya Kecil N24 Semenyih menyaksikan Barisan Nasional mampu melakukan kejutan dengan menafikan status quo kemenangan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 sebelum ini. Demografi Semenyih menunjukkan pengundi Melayu adalah majoriti dengan 68 peratus dan mempunyai 17 pusat daerah mengundi majoriti pengundi Melayu daripada 21 keseluruhan pusat daerah […]

BERANIKAH PAS BERBOHONG LAGI SELEPAS INI?

Ketika Anwar Ibrahim mula-mula mendedahkan bahawa Pas telah membayar sejumlah wang kepada Sarawak Report sebagai sebahagian daripada syarat penyelesaian saman fitnahnya terhadap portal tersebut, beberapa pemimpin Pas tampil menafikan dakwaan itu. Mereka senada mengatakan tiada sebarang bayaran dibuat kepada editornya, Clare Rewcastle Brown Kemudian, apabila Anwar sekali lagi mendedahkan beliau mempunyai bukti bahawa bayaran RM1.4 […]

HENTI KEMPEN PERSENDA AGAMA

Kenyataan Media Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kepada kenyataan Ketua Umno Bahagian Puchong Mohamed Satim Diman yang mengaitkan kematian wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) di Selangor sebagai amaran daripada Allah kepada Pakatan Harapan. ABIM beranggapan kenyataan sedemikian adalah satu kenyataan yang bersifat mempersenda dan mempermainkan agama bagi memuaskan kepentingan politik. Kenyataan tersebut juga dilihat […]

BERPADA-PADALAH KALAU MAHU TUN MAHATHIR BERKUASA LEBIH LAMA!!!

Satu hal yang nampak ketara dan makin berkembang dalam Bersatu, tidak kira ketika ada PRK atau sebaliknya, ialah kecenderungan pihak-pihak tertentu dalam parti itu yang mahukan Tun Mahathir Mohamad terus menjadi Perdana Menteri dalam tempoh yang lebih lama lagi. Malah, sesetengahnya mahukan kalau boleh biarlah Tun Mahathir meninggal dunia di atas kerusi Perdana Menteri itu […]

SEMUA BERI SOKONGAN, HARAP TUN M LEBIH LAMA JADI PM DAN DOAKAN PANJANG USIA, TAPI SEBENARNYA…..

Satu demi satu kelompok dalam pembangkang tampil kebelakangan ini dengan kenyataan mahu Tun Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri lebih lama daripada yang sepatutnya. Sebelum ini Pas hadir dengan surat sokongan untuk mempertahankan Tun Mahathir jika ada sebarang usul undi tidak percaya hendak dikemukakan terhadapnya. Dalam waktu yang sama, Pas secara terbuka berharap Tun Mahathir akan […]

TUN MAHATHIR TAK PERCAYA PAS, SIA-SIA SAJA HADI BERI SOKONGAN

Hadi Awang nampaknya hanya melakukan kerja sia-sia apabila menyatakan sokongan parti itu terhadap Tun Mahathir Mohamad. Ia bukan saja kerana usul undi tidak percaya yang diharapkan Hadi akan berlaku kepada Tun Mahathir itu sebenarnya tidak lebih sebagai ilusi kosongnya semata-mata, bahkan yang cukup memalukan lagi ialah Perdana Menteri sendiri langsung tidak mempercayai sokongan yang diberikannya […]

BILA PM TAK PUAS HATI DENGAN SPRM…..

Nampaknya ada rasa tidak puas hati yang ketara dalam diri Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad terhadap SPRM berhubung kenyataan Ketua Pesuruhjaya agensi tersebut, Shukri Abdull yang baru semalam mengesahkan tiada kemasukan dana RM90 juta daripada UMNO ke dalam akaun rasmi Pas. Kata Tun Mahathir, SPRM mungkin belum mendapat maklumat secukupnya berhubung siasatan perkara tersebut, selain […]

DUA PANCINGAN UNDI YANG TIDAK MENJADI…..

Setakat ini dalam usaha untuk memenangi PRK Semenyih, dua usaha telah dilakukan oleh kerajaan untuk membeli hati dan jiwa pengundi. Pertama, mengumumkan bantuan sara hidup untuk orang bujang berjumlah RM100 dan kedua, memaklumkan cadangan mahu memperkenalkan mekanisme baru berkaitan kutipan tol. Kedua-dua langkah yang diambil kerajaan itu dengan sendirinya memperlihatkan bahawa PH, khususnya Bersatu sedang […]

SELEPAS DUA TAHUN TIDAKLAH PULA BERMAKNA SEHINGGA KE TARIKH PRU15…..

KENYATAAN MEDIA KEADILAN Menyokong Kerajaan Pakatan Harapan Di Bawah Kepimpinan Tun Dr Mahathir Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN telah mengadakan mesyuarat bulanan hari ini. KEADILAN menegaskan perpaduan dan kesepakatan Pakatan Harapan harus dipertahan, dan menolak keras segala tohmahan yang cuba  melaga-lagakan pimpinan dan melemahkan kerjasama erat di kalangan Pakatan Harapan. KEADILAN berpegang teguh kepada persetujuan yang […]

SETELAH USUL TAK PERCAYA TIDAK MENJADI, APA LAGI HELAH PAS UNTUK MENYELAMATKAN DIRI SELEPAS INI?

Segala-galanya kini sudah terang lagi bersuluh bahawa tidak ada sesiapa daripada PH mahu mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad. Penafian Anwar Ibrahim, pemimpin yang disebut-sebut mahu melakukan usul tersebut bahawa tiada rancangan sama sekali daripada dalam PH untuk berbuat demikian, dengan sendirinya menjadikan isu ini berakhir begitu saja. Kata Anwar, […]

TOL PERCUMA HANYA ANTARA 11 MALAM HINGGA 5 PAGI, KAKI DISKO DAN GRO SAJA YANG UNTUNG!!!

Sebagaimana yang dijanjikan oleh Muhyiddin Yassin sebelum ini, kerajaan akhirnya mengumumkan langkah pertama berhubung janji penghapusan tol bagi tujuan mengurangkan kos sara hidup rakyat. Dalam pengumuman yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri, kerajaan mengumumkan telah memulakan rundingan dengan Gamuda Berhad untuk mengambil alih empat lehuhraya bertol yang dimiliki syarikat tersebut. Lebuhraya berkenaan ialah Lebuhraya Damansara Puchong […]

NASIB BAIK ADA PRK, INGAT JUGA PH JANJI-JANJI YANG BELUM DITUNAIKAN LAGI…..

Menurut kata Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, kerajaan akan membuat pengumuman penting berkaitan tol dalam masa terdekat ini. “Kita baru berbincang dalam kabinet….mungkin dalam sehari dua ada kenyataan berkaitan tol yang akan diumumkan oleh menteri berkaitan,” jelas beliau. Muhyiddin berkata  demikian dalam  program kempen di Semenyih semalam. Isu berkaitan penghapusan tol, meskipun bukan merupakan salah satu […]

MENYOKONG TUN MAHATHIR, ADAKAH BERERTI PAS MENERIMA DAP ATAU INI SATU LAGI PEMBOHONGAN?

Barangkali Pas adalah satu-satunya parti politik yang pelik, celaru dan memeningkan kepala yang masih wujud di dunia ini. Sementara semua perjuangan parti politik adalah berasaskan kebenaran, Pas sebaliknya menjadi pelik, celaru dan memeningkan kepala kerana ia kini membenarkan pembohongan, walaupun Islam adalah perjuangannya. Ada pemimpinnya berkata, dia berbohong setelah mendapat kebenaran dan izin daripada Tuan […]

KALAU TUN M BERHENTI SEKARANG, KEMELUT POLITIK PH AKAN TAMAT DENGAN SENDIRINYA

Kenapa PH sentiasa bergolak? Mengapa topik utama yang timbul dalam PH sejak awal lagi lebih banyak berkisar mengenai persoalan politik berbanding isu-isu lain? Ini adalah persoalan umum yang biasa kedengaran di mana-mana, termasuk daripada kalangan pengundi PH sendiri yang mula berasa muak serta kecewa dengan apa yang berlaku dalam negara pasca tumbangnya BN ini. Sejujurnya […]