Tag: Bersatu

SEDIA HADAPI PRK, UMNO DISARAN SEGERA BUKA ‘WAR ROOM’ DI PARLIMEN ‘ENAM JAHANAM’

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Ahmad Maslan mencadangkan Umno membuka “war room” di enam Parlimen milik Bersatu sebagai “persediaan awal”. Beliau yang juga ketua sekretariat war room Umno pusat berkata demikian susulan pindaan perlembagaan Bersatu mewajibkan wakil rakyatnya mengosongkan kerusi jika menyokong parti lawan yang diluluskan sebulat suara dalam perhimpunan agung khas, semalam. Ahmad merujuk kepada […]

DARIPADA ENAM KERUSI LOMPAT, SATU DARIPADANYA SANGAT BERPOTENSI DIRAMPAS SEMULA, MAKA BIARKAN SAJA ADA PRK

Melalui perhimpunan agung khas yang diadakan petang tadi, pindaan perlembagaan Bersatu untuk menghalang Ahli-Ahli Parlimennya mengalih sokongan secara individu kepada pihak lain berjaya diluluskan secara sebulat suara. Pindaan itu mewajibkan wakil rakyatnya mengosongkan kerusi jika menyokong parti lawan di mana melalui perbuatan mengalihkan sokongan itu, keahlian mereka dikira terbatal secara automatik. Usul pindaan yang dikemukakan […]

TERLANJUR DR. KHAIRUDDIN SUDAH DILANTIK KETUAI J-KOM, APA PULA CERITA KES GANGGUAN SEKSUAL DR. AGUS?

Semalam telah diumumkan secara rasmi Dr. Khairuddin Othman dilantik sebagai Ketua Pengarah J-Kom yang baru bagi menggantikan tempat Dr Mohd Agus Yusof yang sebelum ini meletakkan jawatan berikutan kontroversi “video Wahab”. Khairuddin ialah bekas Adun Paya Jaras dan sekarang merupakan Setiausaha PKR Selangor. Sebelum menyertai PKR, beliau adalah ahli Pas yang memenangi kerusi Dun Paya […]

ELOKLAH DIADAKAN PRK DI ENAM KAWASAN LOMPAT SOKONGAN ITU…

Setakat ini tiga daripada enam Ahli Parlimen Bersatu yang melompatkan sokongan mereka kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, bersedia untuk mengosongkan kerusi masing-masing jika pindaan perlembaan parti itu pada 2 Mac ini membuatkan mereka tiada pilihan lain. Mereka ialah Ahli Parlimen Bukit Gantang, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi […]

PENGERUSI BERSIH BEKAS PRESIDEN ABIM, SEBAB ITUKAH DEMO HANYA 100 PESERTA PUN DAPAT PERHATIAN SEGERA DARIPADA PM?

Berikutan tindakan Bersih mengadakan demonstrasi ke Parlimen Selasa lalu yang cuma dihadiri 100 peserta, banyak pihak, terutama yang pro Anwar Ibrahim, tampil mengecam dan memperlekeh gabungan pemantau pilihan raya itu. Bersih mengadakan demonstrasi berkenaan untuk menuntut kerajaan melaksanakan semua agenda reformasi dengan sesegera mungkin melalui tema #reformasi100peratus. Disebabkan hanya 100 peserta saja yang hadir, rata-rata […]

KENAPA TITAH AGONG TIDAK DIHORMATI?

Ketika merasmikan pembukaan Parlimen semalam, antara intipati titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar ialah peringatan baginda kepada Ahli-Ahli Parlimen bahawa baginda tidak akan melayan sebarang percubaan untuk menjatuhkan kerajaan. Baginda bertitah, semua orang harus menghormati kerajaan perpaduan yang telah dibentuk dan baginda tidak akan melayan sebarang permintaan daripada mana-mana pihak yang cuba mengganggu-gugat […]

ANWAR YANG DIKEJAR JANJI

Semalam, Anwar Ibrahim berkata, adalah tidak adil untuk menyerangnya sekarang berhubung kenyataan mahu menurunkan harga minyak yang pernah dibuatnya 20 tahun lalu. Ini kerana kata beliau, kenyataan ketika itu dibuat dalam keadaan yang tidak sama dengan sekarang. “Masa saya umum dulu ‘hari ini jadi Perdana Menteri, esok harga minyak turun’, harga minyak di Arab Saudi […]

INGATAN KEPADA SALLEH SAID KERUAK, JANGAN JADIKAN ANWAR MANGSA KEDUA SELEPAS NAJIB

Walaupun Anwar Ibrahim sendiri akhinya tampil menjelaskan tentang isu kejatuhan nilai ringgit yang ketika ini berada pada kadar paling rendah sejak lebih 26 tahun lalu, tetapi saya agak rimas dengan hujah yang dikemukakan oleh bekas menteri dari Sabah, Salleh Tun Said Keruak. Saya yakin, ramai yang lain turut sama rimas dengan hujah beliau kali ini. […]

MANA SEGALA MACAM JENTERA KOMUNIKASI KERAJAAN, HANG NI RETI JAGA PMX ATAU TIDAK?

Berikutan tindakan Anwar Ibrahim yang enggan menjawab pertanyaan media mengenai kejatuhan nilai ringgit yang paling rendah dalam tempoh 26 tahun, tetapi kemudian didapati dengan senang hati menerima pelawaan untuk menyanyikan lagu Azizah di sebuah acara di Melaka, akibatnya berdentam-dentum bak gegak gempita mercun datang hentaman yang menimpanya. Sejak dua tiga hari lalu, terutama di TikTok, […]

RASANYA TIBA MASA UNTUK ANWAR PERLU DIMUNCULKAN MELALUI SLOT KHAS TV PERJELAS KEJATUHAN RINGGIT

Isu kejatuhan ringgit terus hangat diperkatakan di merata-rata dan nampaknya makin ramai yang berminat untuk turut membicarakannya. Sama ada yang faham, yang separuh faham, yang buat-buat faham, yang tidak berapa faham atau yang tak faham langsung, masing-masing cuba tampil dengan hujah masing-masing. Tetapi, dapatan di media sosial secara keseluruhannya, boleh dikatakan ebih 90 peratus netizen […]

JANGAN BERI ALASAN, KUMPULAN MASYARAKAT SIVIL MAHU ANWAR SEGERAKAN REFORMASI

Rangkaian individu yang aktif dalam masyarakat sivil, pemikir, ilmuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menuntut kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menunaikan janjinya sewaktu menerajui blok pembangkang sebelum ini.  Kumpulan pendesak itu dianggotai Projek SAMA, Institusi Pembaharuan Politik dan Demokrasi (REFORM), Engaga, IDEAS, Maha Balakrishnan, Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH), […]

APA CERITA PENGUMPULAN SEJUTA TANDATANGAN UMNO UNTUK BEBASKAN NAJIB?

Mesyuarat MT UMNO pada 4 Februari lalu memutuskan untuk mengumpul sejuta tandatangan daripada ahli parti itu di seluruh negara untuk dipersembahkan kepada Yang Dipertuan Agong dalam kadar sesegera mungkin bagi tujuan pembebasan Najib Razak. Tujuan pengumpulan sejuta tandatangan itu adalah untuk merayu kepada Agong agar Lembaga Pengampunan dapat memberi pengampunan penuh, berbanding hanya pengurangan hukuman […]

APA KATA PERHIMPUNAN AGUNG KHAS BERSATU 2 MAC INI PINDA SEKALI SYARAT KELAYAKAN CABAR PRESIDEN?

Sudah sah Bersatu akan mengadakan Perhimpunan Agung Khas pada 2 Mac ini bagi meminda perlembagaannya. Perlembagaan yang bakal dipinda itu ialah untuk mengetatkan lagi peraturan bagi menghalang ahli parti itu memberi sokongan kepada parti lawan sebagaimana dilakukan enam Ahli Parlimennya sebelum ini. Dalam akta lompat parti, kedudukan seseorang sebagai Ahli Parlimen hanya akan tergugur jika […]

PEMUDA UMNO MAHU PM TOLAK BERAS MADANI, SESI LIBAT URUS KEMENTERIAN PERTANIAN GAGAL CAPAI KATA SEPAKAT

Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak membenarkan cadangan beras putih Malaysia Madani dilaksanakan kerana ia akan menghapuskan terus beras putih tempatan yang lebih murah di pasaran. Katanya, beras Madani dicadangkan Ahli Parlimen Bukit Gantang Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal seperti menyokong perbuatan kartel yang mencampurkan beras tempatan […]

ISU BERAS MADANI SERLAH KECELARUAN KERAJAAN

Kewujudan kampit beras baru yang dinamakan Beras Putih Malaysia Madani secara tiba telah mencetuskan kecelaruan yang membuatkan ramai orang jadi rimas dengannya. Kecelaruan itu sudah tentu dikaitkan dengan kerajaan berjenama madani yang sedang berkuasa ketika ini. Kenapa kecelaruan berlaku? Pertama, kerana harga beras baru itu disebut sebanyak RM30 bagi kampit 10 kilogram, iaitu lebih tinggi […]

KE HADAPAN ANWAR YANG SUDAH ADA KUASA, SEELOKNYA BERHENTILAH MENGULANG-ULANG CERITA RASUAH GOLONGAN KAYA

Anwar Ibrahim sekarang ini sudah memegang jawatan Perdana Menteri sekitar 15 bulan lamanya dan dalam tempoh berkenaan, rasa-rasanya tidak kurang 30 kali beliau mengulang-ulang cerita tentang rasuah golongan kaya yang sedang dlgiat mahu diperanginya. Ertinya, dalam sebulan, sekurang-kutangnya dua kali beliau bercakap mengenainya. Ketika PRN enam negeri lalu dan PRK di beberapa kawasan sebelum ini, […]

LIHATLAH RAKYAT MALAYSIA – INILAH SKANDAL PALING TERKUTUK, DERMA UNTUK PALESTIN PUN TERGAMAK DISAKAU

Pendakwaan kes pecah amanah, tipu dan ubah wang haram berjumlah RM39.5 juta yang dikaitkan dengan Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) mencuri tumpuan susulan keseluruhan 164 pertuduhan yang dihadapi tiga tertuduh. Difahamkan, dua jam masa diambil untuk membaca semua pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di hadapan Hakim Datuk Anita Harun. Selain Pengerusi Aman Palestin, Abdullah […]

WAHAI PM YANG BAIK HATI, LANTIKLAH SYED ABU HUSSIN JADI MENTERI!!

Daripada enam Ahli Parlimen Bersatu yang tidak setia kepada parti, lalu mengalihkan sokongan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Syed Abu Hussin Syed Abdul Fasal adalah yang paling menonjol sekali berbanding habg lain-lain. Walhal, beliau bukanlah yang pertama sekali daripada segi keberanian untuk mengalih sokongan meninggalkan kubang lama kepada kubang baru kerajaan […]

CEPAT, CEPAT, CEPAT…KALAU NAK LOMPAT, LOMPATLAH SEBELUM 2 MAC!!

Parti Bersatu dijangka akan mengadakan perhimpunan agung khas pada 2 Mac ini. Perhimpunan agung khas itu diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan susulun tindakan enam Ahli Parlimennya setakat ini yang memberi sokongan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. Enam Ahli Parlimen Bersatu yang tampil menyokong Anwar tetapi masih ingin bersama parti itu ialah Zulkafperi Hanapi (Tanjung Karang), […]