Tag: Bersatu

GENG AZMIN DAN HAMZAH TIADA KERUSI UNTUK DITANDINGI?

Dalam gambar perjumpaan antara Muhyiddin Yassin dengan ketua-ketua parti dalam kerajaan PN dua hari lalu, turut terselit dalam pertemuan itu adalah Azmin Ali dan Hamzah Zainuddin. Dalam makluman yang dibuat oleh Muhyiddin, beliau menyebut kehadiran Azmin adalah atas kapasitinya sebagai Ketua Whip PN, manakala Hamzah atas kedudukannya selaku Setiausaha Agung Bersatu. Ramai yang berasa hairan […]

DARIPADA RAIS DAN RADZI YANG SUDAH TUA, KENAPA TIDAK DILANTIK AHLI MPT BERSATU YANG MUDA SEBAGAI SENATOR?

Lima lagi diumumkan dilantik sebagai senator dalam majlis angkat sumpah yang bakal diadakan pada Selasa, 12 Jun ini. Mereka ialah Dr. Rais Yatim, Radzi Sheikh Ahmad, Idris Ahmad, Zahid Md Arip dan Balasubramaniam A/L Nachiapan. Dr. Rais dan Radzi adalah bekas menteri UMNO, tetapi kedua-duanya telah melompat menyertai Bersatu sebaik saja UMNO hilang kuasa pada […]

‘MENYEPAK’ BERSATU, SATU2NYA PILIHAN UMNO UNTUK KEMBALI MENDUDUKI KERUSI PERDANA MENTERI

Pas melalui Setiausaha Agungnya, Takiyuddin Hassan semalam cuba meyakinkan bahawa kerjasama semua parti dalam Perikatan Nasional (PN) adalah mantap dan sentiasa dalam keadaan bersiap sedia menghadapi PRU15. Tambah beliau, segala spekulasi mengenai kerapuhan PN adalah bersifat khabar angin semata-mata. “PAS yakin parti-parti yang membentuk PN telah bersedia untuk memacu tenaga dan jentera bagi melengkapkan persiapan […]

“UMNO TIDAK PERLUKAN BERSATU, HANYA BERSATU YANG PERLUKAN UMNO”

Semalam, 5 Jun 2020, YB Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, ahli Majlis Tertinggi UMNO telah mengeluarkan kenyataan yang pedas dan jelas. UMNO menolak pendaftaran Perikatan Nasional (PN) sebagai badan formal. Kata beliau, Bersatu sahaja yang sedang berusaha untuk ‘formalise’ penubuhan PN kerana ianya merupakan satu-satunya jalan survival Bersatu. Ini bukan kali pertama pimpinan UMNO menyatakan […]

PENOLAKAN KEPADA PN SEKARANG MIRIP PENOLAKAN TERHADAP BN SEBELUM PRU14 LALU

Apakah kerajaan Perikatan Nasional atau PN benar-benar akan tumbang dalam masa terdekat ini atau ia sekadar perang psikologi yang dimainkan oleh Pakatan Harapan (PH)? Inilah antara persoalan yang sedang bermain dalam kepala majoriti rakyat ketika ini. Sesetengah rakyat percaya PN akan tumbang dalam masa terdekat, manakala yang lain pula yakin ia mampu bertahan sehingga PRU15 […]

MUHYIDDIN AKAN HAPUS JAWATAN PENGERUSI BERSATU?

Setelah berjaya menjadi Pemangku Pengerusi Bersatu dengan bantuan RoS, kemudian dijangka memecat Tun Mahathir Mohamad dan selepas itu menjalankan proses pemilihan parti, apa seterusnya yang akan dilakukan oleh Muhyiddin Yassin? Dalam keadaan semua dalam kawalannya, mungkin juga diikuti dengan pemberian jawatan-jawatan dalam GLC kepada pimpinan Bersatu di peringkat pusat, negeri dan bahagian, kalau pun Mukhriz […]

BAGAIMANA JIKA MUHYIDDIN DIPECAT DARIPADA BERSATU?

Berdasarkan rakaman audio mesyuarat MPT Bersatu yang dibocorkan serta perkembangan semasa, adalah jelas Muhyiddin Yassin selaku Presiden parti telah melakukan dua kesalahan disiplin yang serius. Kesalahan pertama, membawa Bersatu keluar daripada PH tanpa kebenaran serta izin parti secara sah. Ini berdasarkan keputusan sama ada Bersatu perlu keluar PH atau tidak adalah bergantung persetujuan akhir Tun […]

KALAU ASYIK BERCAKARAN BEGINI, BUAT APA DUDUK SERUMAH LAGI?

Hubungan Bersatu dengan UMNO di Johor kini bolehlah diibaratkan seperti suami isteri atau rakan kongsi perniagaan yang asyik bergaduh saja kerjanya setiap hari. Setiap hari, kedua-dua mereka sibuk berbalas-balas kenyataan menyalahkan satu sama lain. Mereka pula bukannya bergaduh di dalam rumah atau di bilik mesyuarat, tetapi secara terbuka sehingga suara bertengkar didengari oleh semua jiran […]

KEMELUT BERSATU/UMNO DI JOHOR DAN PERAK SEDANG ANCAM KEDUDUKAN MUHYIDDIN?

Dua negeri yang mengikut arus perkongsian kuasa di peringkat Pusat antara Bersatu pro Muhyiddin Yassin dengan UMNO kini sedang dilanda badai yang menunjukkan ia boleh runtuh pada bila-bila masa. Di Johor di mana perkongsian kuasa itu menyebabkan Menteri Besar bertukar daripada Dr. Shahrudin Jamal daripada Bersatu kepada Hasni Mohamed yang mewakili UMNO, adalah negeri yang […]

PENDIRIAN UMNO TIDAK MAHU BERSAMA BERSATU UMPAMA SOKONGAN TERBUKA KEPADA KEM MAHATHIR

Kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan yang mengesahkan parti itu akan meninggalkan Perikatan Nasional sebaik Parlimen dibubarkan dan hanya akan bersama Pas dalam Muafakat Nasional untuk menghadapi PRU15 akan datang, tidak ubah umpama sokongan terbuka kepada kem Tun Mahathir Mohamad dalam pemilihan Bersatu akan datang. Seperti yang kita sedia maklum, Bersatu kini terpecah dua dengan […]

PN KERAJAAN HARAM? BERAPA LAMA IA MAMPU BERTAHAN?

Menerusi kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan semalam, beliau berkata, PN yang menjadi kerajaan sekarang bukanlah sebuah entiti politik yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan. “UMNO tidak pernah menyertai Perikatan Nasional kerana Perikatan Nasional bukan entiti politik yang berdaftar seperti BN. “Hubungan UMNO dengan PN ialah hanya satu persefahaman untuk menyelamatkan Malaysia kerana kemelut politik yang […]

PANDANGAN IKHLAS ANWAR TIDAK HARUS DIKETEPIKAN, TOK PA BUKAN PEMIMPIN SETIA

Apabila Anwar Ibrahim memberi pandangan tidak berapa setujunya jika bekas Ahli Parlimen UMNO yang melompat menyertai Bersatu ingin dilantik sebagai Menteri Pendidikan menggantikan Dr. Mazlee Malik yang meletakkan jawatan, itu tandanya beliau benar-benar ikhlas terhadap Tun Mahathir Mohamad. Meskipun kuasa melantik itu hak Tun Mahathir selaku Perdana Menteri, pandangan Anwar lebih bertujuan agar pemimpin yang […]

JADIKAN TOK PA MENTERI KHIANATI PENGUNDI PH?

Berikutan perletakan jawatan Dr. Mazlee Malik, selain khabar mengatakan ia bertujuan membuka laluan kepada Mukhriz Mahathir untuk dijadikan menteri kabinet, perkhabaran lain ialah Mustapa Mohamad turut disebut-sebut sebagai penggantinya. Mustapa yang merupakan bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan dan kini Ahli Parlimen Jeli, tetapi melompat menyertai Bersatu sebaik BN hilang kuasa dikatakan paling layak menggantikan […]

BAGUSLAH KALAU BERSATU NAK BERGABUNG DENGAN UMNO, TAPI PULANGKANLAH JAWATAN PM KEPADA PH….

Ahli MT UMNO, Lokman Adam mendakwa, terdapat usaha yang direstui oleh sebilangan pemimpin UMNO sendiri untuk menggabungkan parti itu dengan Bersatu. Katanya, antara sebilangan pemimpin yang setuju ke arah penggabungan itu ialah mereka yang sedang berdepan dengan pertuduhan jenayah di mahkamah. Selain itu, usaha penggabungan yang mahu direalisasikan menjelang Mei 2020 itu juga dipercayai bertujuan […]

HASRAT MAHATHIR BERKUASA LEBIH LAMA TIDAK DITERIMA?

Sehingga ini belum ada mana-mana pemimpin utama PH tampil bersuara menzahirkan sokongan terhadap pengumuman Tun Mahathir Mohamad mahu melewatkan lagi tarikh peralihan kuasa sehingga selesai Sidang APEC pada November 2020. Baik daripada kalangan PKR, DAP dan Amanah, semuanya masih senyap seribu bahasa. Lebih daripada itu, pemimpin-pemimpin daripada Bersatu sendiri, di mana Tun Mahathir adalah pengerusi […]