Tag: Azam

KALAU DITANYA SEKARANG, ADAKAH AZAM BAKI MASIH MENGATAKAN AKAUNNYA DIGUNA ADIKNYA?

Sebagaimana kita semua sedia maklum, dalam pengakuan awalnya berhubung kontroversi pemilikan berjuta saham yang dikaitkan dengannya, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki dengan tegas menolak saham-saham itu merupakan miliknya. Sebaliknya, kata beliau, akaunnya telah digunakan oleh adiknya, Nasir Baki untuk tujuan itu. Azam turut memaklumkan, saham-saham atas namanya itu sudah pun dipindah-milik kepada adiknya. Namun demikian, […]

HANYA ADA SATU JAWAPAN JIKA KITA MAHU KES AZAM BAKI BENAR2 DIADILI

Pelbagai pihak terus bersuara dan meluahkan rasa tidak puas hati di sebalik keputusan siasatan Suruhanjaya Sekuriti atau SC yang tidak menemui sebarang pelanggaran undang-undang dalam kes Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki yang membenarkan akaunnya digunakan oleh adiknya untuk urusniaga saham. Rata-rata hairan bagaimana kesimpulan itu boleh diperolehi dalam siasatan SC, sedangkan larangan mengenainya amat jelas, […]

ABU ZAHAR UJANG, DI MANA ANDA SEKARANG?

Sejak isu pemilikan saham melibatkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki menjadi bualan hangat dalam negara, Abu Zahar Ujang atas kapasitinya selaku Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) SPRM adalah antara yang kerap menonjolkan dirinya. Beliau bukan saja terlibat dalam berbalas kenyataan media dengan Edmund Terence Gomez, bekas Ahli Panel Perundingan SPRM yang meletakkan jawatan kerana […]

AZAM BAKI TAK PERNAH DIPANGGIL BERI PENJELASAN, ABU ZAHAR CUBA MENGELIRUKAN?

Dalam sidang media dua hari lalu, Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) SPRM, Abu Zahar Ujang memberitahu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki telah hadir dalam pertemuan dengan lembaga itu pada 24 Nov lalu untuk memberi penjelasan berkenaan kontroversi pemilikan berjuta-juta saham yang dikaitkan dengannya. Kata beliau, Azam memaklumkan kepada LPPR bahawa akaun miliknya telah digunakan […]

AZAM BAKI KIAN TERBELIT DI SEMUA SUDUT, DEMI SPRM, LETAK JAWATAN LANGKAH TERPUJINYA

Hanya sehari selepas mengadakan sidang media bagi membebaskan dirinya yang sedang terperangkap dalam satu lubang, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki akhirnya terperangkap ke dalam lebih banyak lubang lagi. Bagi tujuan menepis dakwaan, sekaligus membersihkan diri kerana memiliki sejumlah besar saham dalam syarikat korporat dengan mengatakan akaun pembelian sahamnya telah digunakan oleh adiknya, beliau kini bakal […]

SIAPA ADIK AZAM BAKI, ADAKAH KEDUDUKANNYA LEBIH TINGGI DARIPADA ABANGNYA SENDIRI?

Tanpa melalui sebarang proses siasatan, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki nampaknya terus dibersihkan daripada sebarang salah laku atas dakwaan memiliki sejumlah saham yang besar dalam sebuah syarikat korporat. Beliau dibersihkan hanya dengan memberi penjelasan kepada Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) SPRM saja. Menurut Pengerusi LPPR, Abu Zahar Ujang, pihaknya berpuas hati dengan penjelasan Azam bahawa […]