Tag: APEC

ISU PERALIHAN KUASA TIDAK SELESAI KERANA SALAH MAHATHIR

Jika difahami betul-betul, memang betul sebenarnya bahawa isu pengganti Perdana Menteri ini sudah lama selesai. Tidak perlu sesiapa lagi membangkitkannya, sejak dulu dan juga sekarang ini. Ini kerana sudah termaktub dalam perjanjian yang dipersetujui oleh semua parti dalam PH sebelum PRU14 lagi telah menetapkan di mana selepas Tun Mahathir Mohamad, Perdana Menteri seterusnya adalah Anwar […]

MENGAPA MAHATHIR SUKA CAKAP BERBELIT-BELIT?

Semakin hampir ketibaan tempoh matang dua tahun peralihan kuasa, kata-kata atau kenyataan Tun Mahathir Mohamad nampaknya makin berbelit-belit dan kian sukar difahami. Apakah ia disebabkan faktor usia yang menyebabkan beliau semakin lupa dan tidak ingat lagi kepada janji lama? Walaupun masih mengatakan nama Anwar Ibrahim sebagai penggantinya untuk mengisi kerusi PM8, ekor kata-kata sering menimbulkan […]

HASRAT MAHATHIR BERKUASA LEBIH LAMA TIDAK DITERIMA?

Sehingga ini belum ada mana-mana pemimpin utama PH tampil bersuara menzahirkan sokongan terhadap pengumuman Tun Mahathir Mohamad mahu melewatkan lagi tarikh peralihan kuasa sehingga selesai Sidang APEC pada November 2020. Baik daripada kalangan PKR, DAP dan Amanah, semuanya masih senyap seribu bahasa. Lebih daripada itu, pemimpin-pemimpin daripada Bersatu sendiri, di mana Tun Mahathir adalah pengerusi […]

MAHATHIR TAK HORMAT MAJLIS PRESIDEN PH, MASIHKAH BADAN ITU BERFUNGSI?

Tindakan Tun Mahathir Mohamad mengumumkan melalui media antarabangsa tentang keputusannya mahu kekal sebagai Perdana Menteri sehingga selesai Sidang APEC pada November 2020 adalah perbuatan yang jelas tidak menghormati Majlis Presiden PH. Harus disedari bahawa kedudukan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri adalah berdasarkan keputusan serta konsensus badan tersebut. Walaupun tidak disebut secara spesifik bila tarikh peralihan […]

SELEPAS KALAH TERUK DI TG PIAI, TUN M TIDAK SEPATUTNYA MELEWATKAN LAGI PERALIHAN KUASA

Apabila Tun Mahathir Mohamad mengumumkan untuk melewatkan tarikh penyerahan kuasa sehingga selepas Sidang APEC pada November 2020, tidak banyak yang gembira dengan perkhabaran itu. Sebaliknya, lebih ramai yang kecewa serta rasa berduka atas pengumuman itu. Kalangan orang Cina yang merupakan peniaga dan penggerak ekonomi negara, mereka merasakan pengumuman Tun Mahathir itu bermakna mereka perlu menahan […]

MENJELANG SIDANG APEC NOVEMBER 2020, APAKAH KETIKA ITU ANWAR SUDAH DIPENJARA?

Dalam interbiu dengan Reuters, meskipun Tun Mahathir Mohamad seperti menunjukkan keikhlasannya akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim selepas Sidang APEC pada November 2020, beliau bagaimanapun agak berbelit di hujung kata-katanya. Sementara menegaskan akan menunai dan mengotakan janjinya itu, beliau kemudian berkata, ia terpulang kepada keadaan pada waktu itu. “Setakat yang saya tahu, saya […]

PERALIHAN KUASA SELEPAS NOVEMBER 2020 SUKAR DITERIMA, DIBIMBANGI SELESAI SIDANG APEC, ALASAN LAIN PULA DICIPTA

Kebimbangan banyak pihak selama ini bahawa peralihan kuasa tidak akan berlaku dalam tempoh dua tahun sebagaimana yang pernah dijanjikan sendiri oleh Tun Mahathir Mohamad, nampaknya hampir pasti menjadi kenyataan. Sebaliknya, kebimbangan banyak pihak bahawa Perdana Menteri tertua itu akan terus berdolak dalik dan mencipta pelbagai alasan untuk melewat-lewatkan peralihan kuasa, sudah pun sekarang ini menjadi […]