Tag: Apakah

BILA LAGI MAHIADDIN MAHU BERHENTI, APAKAH MENUNGGU RAKYAT MENGHAMBATNYA?

Adalah sesuatu yang sangat malang apabila negara sedang dalam keadaan krisis dan rakyat pula bertempiaran tanpa haluan untuk meneruskan kehidupan, tetapi wajah dan suara Perdana Menteri selaku ketua kerajaan langsung tidak kelihatan. Di mana sebenarnya Mahiaddin Md Yasin ketika ini? Bersembunyi di rumah kerana tengah bingung memikirkan masa depan? Terlantar tidak sihat lantaran penyakit lama […]

MUHYIDDIN SEMAKIN TIDAK DIKEHENDAKI, 46% MAHU BELIAU LETAK JAWATAN

Polemik politik sentiasa berlaku terhadap kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) selaku Perdana Menteri sejak mengambil alih kepimpinan negara pada 1 Mac 2020 membentuk Kerajaan Perikatan Nasional. Kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri mengalami pasang surut berkaitan jumlah sokongan ahli Parlimen terhadapnya untuk memegang amanah jawatan nombor satu negara. Apakah ‘mood rakyat’ dalam menilai polemik ini? […]

APAKAH VAKSIN COVID19 HERO NEGARA?

Menurut laporan berita semalam, pesawat penumpang Airbus A330-300 milik Malaysia Airlines yang dihiasi Jalur Gemilang bakal menempa sejarah apabila ditugaskan untuk menerbangkan vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech untuk keperluan Malaysia pada Ahad ini. Pesawat berkenaan akan membawa 312,390 dos vaksin Pfizer-BioNTech untuk penghantaran pertama ke Malaysia menjelang Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan secara berfasa bermula 26 Februari […]

MASIH PERLUKAH MUHYIDDIN SIMPAN LAGI RINA HARUN DALAM KABINETNYA?

Kalaulah Rina Harun bukan seorang menteri, misalnya beliau adalah wanita yang bekerjaya sendiri, pasti tiada siapa pun ambil peduli dengan perubahan dan penampilan dirinya sekarang ini. Kalau beliau seorang artis atau model yang kaya atau anak tokoh korporat yang berjaya, perubahan penampilan dirinya sekarang sudah tentu mendapat puji dan puja yang melimpah-limpah lagi. Akan ada […]

KERAJAAN SEMAKIN HILANG WIBAWA DI KETIKA RAKYAT SEDANG DERITA – ANWAR

Rakyat sedang menderita. Perkara yang paling menyayat hati adalah untuk mendengar kenyataan kerajaan bahawa mereka tidak mampu berbuat apa-apa mengenainya. Inilah yang cuba disampaikan oleh kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini melalui langkah dan rencana yang cukup terdesak. Sekatan baharu yang diumumkan adalah sangat mengelirukan, dan masing-masing kita akan menderita dengan cara yang […]

AGAKNYA ISU SEBENAR BAGI PAS HANYALAH SOKONG SAJA APA YANG PM SUKA…

Kalau memperjuangkan lanjutan moratorium lanjutan selama enam bulan lagi dan membenarkan pengeluaran sebanyak RM10 ribu daripada Akaun 1 KWSP bukan isu sebenar, apa dia isu yang sebenarnya di ketika pandemik Covid19 melanda ini? Dalam isu moratotium dan KWSP, sedarkah Pas bahawa ia sama sekali tidak melibatkan sebarang pertambahan dana daripada kerajaan, sebaliknya hanya kebenaran atau […]

ZAHID HAMIDI JANGAN SEKADAR BERANI ACAH-ACAH SAJA!!

Semalam, sebaik Najib Razak diputuskan bersalah oleh mahkamah, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu akan membuat suatu keputusan politik yang besar berikutan hukuman tersebut. Antara lain beliau berkata, “ini bukan penghujung dunia, proses masih berjalan, namun tentunya kita akan mengambil satu keputusan politik hasil keputusan hari ini”. Hari ini pula, melalui laman FBnya, […]