Tag: anwar

KENAPA TIADA YANG MENDESAK AZMIN BUAT UJIAN POLIGRAF?

Susulan tampilnya pihak tertentu, khususnya pengampu Perdana Menteri yang menggesa agar Anwar Ibrahim juga perlu menjalani ujian poligraf berikutan penuduhnya yang mendakwa diganggu secara seksual, Mohamad Yusoff Rawther telah berbuat demikian, mereka seolah-olah lupa dengan kes yang lebih penting daripada itu. Ia tidak lain adalah kes “video Haziq” yang dikaitkan dengan Azmin Ali yang kini […]

UJIAN POLIGRAF LEBIH PENTING UNTUK PENUDUH, BUKAN KEPADA ANWAR

Setelah Mohamad Yusoff Rawther menjalani ujian poligraf semalam di Bukit Aman, ramai yang mendesak agar Anwar Ibrahim juga menjalani ujian yang sama. Kata mereka, jika Yusoff berani menjalani ujian itu, tidak ada sebab Presiden PKR itu takut melakukannya. Menyedapkan lagi rencah penceritaan, mereka menambah, sebagai bakal PM8 adalah penting untuk Anwar memperlihatkan keberanian dan kredibilitinya […]

MELEWATKAN PERALIHAN KUASA HANYA AKAN MEMUDAHKAN BN KEMBALI BERKUASA

Sebelum PRU14, semua orang yang menyokong PH sedar bahawa jika menang PRU14, Tun Mahathir Mohamad hanya akan memegang jawatan Perdana Menteri selama dua tahun saja. Ketika mengundi logo PKR yang mewakili PH dalam PRU14, pengundi juga sedar bahawa Tun Mahathir hanyalah Perdana Menteri interim sebelum beliau harus menyerahkan jawatan itu kepada Anwar Ibrahim. Sebelum PRU14 […]

KALAU ANAKNYA PUN TIDAK BERJAYA DIBENTUK JADI PEMIMPIN TERBAIK, APAKAH TUGAS MAHATHIR MENILAI KEDUDUKAN ANWAR?

Kenyataan Tun Mahathir Mohamad di Qatar semalam bahawa beliau tidak dapat menjamin penggantinya, Anwar Ibrahim mampu menjadi Perdana Menteri yang terbaik untuk masa akan datang, bukan saja mengelirukan, malah seperti bercampur sedikit niat jahat. “Saya tidak dapat menjamin apa yang akan jadi, (atau) siapa orang terbaik untuk mengambil alih, kerana saya pernah mempunyai pengalaman buruk. […]

MENGAPA MAHATHIR SUKA CAKAP BERBELIT-BELIT?

Semakin hampir ketibaan tempoh matang dua tahun peralihan kuasa, kata-kata atau kenyataan Tun Mahathir Mohamad nampaknya makin berbelit-belit dan kian sukar difahami. Apakah ia disebabkan faktor usia yang menyebabkan beliau semakin lupa dan tidak ingat lagi kepada janji lama? Walaupun masih mengatakan nama Anwar Ibrahim sebagai penggantinya untuk mengisi kerusi PM8, ekor kata-kata sering menimbulkan […]

MENJELANG SIDANG APEC NOVEMBER 2020, APAKAH KETIKA ITU ANWAR SUDAH DIPENJARA?

Dalam interbiu dengan Reuters, meskipun Tun Mahathir Mohamad seperti menunjukkan keikhlasannya akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim selepas Sidang APEC pada November 2020, beliau bagaimanapun agak berbelit di hujung kata-katanya. Sementara menegaskan akan menunai dan mengotakan janjinya itu, beliau kemudian berkata, ia terpulang kepada keadaan pada waktu itu. “Setakat yang saya tahu, saya […]

AZMIN TAK PERNAH MASUK PENJARA KERANA REFORMASI…

Dalam ucapan berapi-apinya di Hotel Renaissance petang semalam, Azmin Ali berkata, beliau lebih dulu melalui pengalaman masuk penjara berbanding Presiden PKR. Anwar Ibrahim. Katanya, beliau masuk penjara pada 16 September 1998 iaitu sebelum Anwar ditangkap pada 20 September tahun yang sama. “Jangan padam sejarah, saya masuk penjara pada 16 September. “Saya ditelanjangkan, dibogelkan, ditanggalkan, dipijak, […]

MASA SUDAH TIBA ANWAR MENGENEPIKAN ‘SABAR TAHAP DEWA’ DALAM DIRINYA

Setelah Azmin Ali dan penyokongnya memboikot sekitar 80 peratus perjalanan Kongres Nasional Keadilan di Melaka dan kemudian menganjurkan himpunan besar-besaran di Kuala Lumpur petang semalam, Anwar Ibrahim selaku Presiden PKR kini nampaknya tidak banyak pilihan lagi di tangannya. Sudah sampai masanya untuk beliau bertindak tegas dan mengenepikan “sabar tahap dewa” yang selama ini ada dalam […]

AZMIN MAHU BERDAMAI DENGAN ANWAR?

Tidak sampai sejam sebelum Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan penggulungan di Kongres Nasional Keadilan tengahari tadi, Azmin Ali yang tidak hadir di kongres tersebut tiba-tiba menulis di laman sosialnya mengiktiraf kepimpinan Presiden PKR itu. Beliau menyebut “Dia masih presiden saya. Itulah sebabnya saya perlu berunding dan bercakap dengan dia, yang saya lakukan dan saya akan terus […]

PROVOKASI PENAMPILAN AZMIN SENDIRI LEBIH JADI PUNCA PERWAKILAN KONGRES MELUAT DENGANNYA

Dalam sidang medianya selepas keluar dewan kongres semalam dan kemudian diikuti ratusan penyokongnya yang turut berbuat demikian, Azmin Ali menuduh Anwar Ibrahim mungkir janji berhubung ucapan-ucapan perwakilan. Beliau mengungkit mengenai beberapa persetujuan yang didakwa dicapai dalam pertemuan dengan Anwar minggu lalu yang antaranya, • Perbahasan hanya akan tumpu kepada isu-isu dasar serta pengukuhan PKR. • […]

AZMIN TERLALU MANJA DAN MENGADA-NGADA….

Kalau dalam Kongres AMK semalam, kumpulan pro Azmin Ali yang diketuai oleh Hilman Idham telah meninggalkan dewan pada sebelah petang kononnya kerana faktor keselamatan, hari ini Timbalan Presiden PKR itu sendiri mengetuai penyokongnya keluar dewan pada sebelah petang Kongres Nasional Keadilan atas alasan tidak tahan disindir dan dihentam. Beliau bersama penyokong meninggalkan dewan kongres kira-kira […]

SUDAH SAMPAI MASANYA PKR MESTI ADA BANGUNAN SENDIRI SEPERTI PWTC

Menghadiri dan menyaksikan meriahnya Kongres Nasional Keadilan di MITC, Melaka hari ini mengingatkan kepada Perhimpunan Agung UMNO ketika parti itu berkuasa dahulu. Dalam erti kata lain, betapa meriah dan ramainya pengunjung membanjiri Perhimpunan Agung UMNO dahulu, begitulah meriah dan ramai mereka di sekitar MITC, Melaka hari ini. Bagaimanapun, tidak diketahui bagaimana suasana Perhimpunan Agung UMNO […]

CETUS PERGADUHAN AGENDA BERTERUSAN MALUKAN ANWAR DAN LEMAHKAN PKR, TAK MUSTAHIL BERLAKU LAGI DI KONGRES ESOK

Ketegasan Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan keras, termasuk pecat keahlian, selain mahu polis bertindak sewajarnya terhadap mereka yang mencetuskan pergaduhan dalam Kongres AMK, ia adalah tindakan tepat dan harus diberikan pujian. Ini kerana, beliau kini tidak boleh bertolak ansur lagi terhadap mana-mana pihak yang cuba melemahkan parti serta cuba memalukannya. Setelah diperolehi bukti-bukti, pelaku dan […]

TETAP TARIKH SERAH KUASA WAJAR DIUSULKAN DALAM KONGRES PKR DI MELAKA INI

PKR adalah parti terbesar dan mempunyai jumlah Ahli Parlimen teramai dalam gabungan PH yang membentuk kerajaan sekarang ini. Lebih daripada itu, berdasarkan rekod rasmi SPR, yang menang PRU14 adalah juga PKR kerana semua calon PH ketika itu bertanding menggunakan logo dan nama parti tersebut. Meskipun Dr. Wan Azizah Wan Ismail selaku Presiden PKR pada waktu […]

HARAP2 AZMIN TIDAK PONTENG MESYUARAT LAGI SELEPAS INI!!

Walaupun kesediaan Anwar Ibrahim berdamai dengan Azmin Ali adalah sesuatu yang baik untuk PKR, tapi masih ramai penyokong beliau tidak dapat menerima sepenuhnya perkara itu. Lebih-lebih lagi perdamaian itu berlaku setelah Anwar di Konvensyen Perak Selasa lalu memberi amaran “jangan uji kesabaran saya?” kepada kelompok yang dilihat cuba melemah dan menggambarkan PKR seolah-olah berpecah. Berdasarkan […]

BERDAMAI MENANG – MENANG DENGAN AZMIN, LALUAN ANWAR MENUJU PM8 TIADA LAGI GANGGUAN

Sehari sebelum berlangsungnya kongres AMK dan Wanita PKR esok, satu berita gembira muncul hari ini iaitu berlakunya perdamaian antara Anwar Ibrahim dengan Azmin Ali. Buat pertama kalinya sejak lebih setahun lalu, Azmin petang tadi hadir mesyuarat Biro Politik PKR yang dipengerusikan Anwar di mana sebelum itu mereka berdua telah mengadakan perbincangan ke arah mengukuhkan parti […]

APA MAKSUD AMARAN ANWAR “JANGAN UJI SAYA”?

Di Konvensyen PKR Perak semalam yang dihadiri lebih 3,000 orang dan di ketika parti itu sedang berdepan kemungkinan ada dua kongres berasingan hujung minggu ini, Anwar Ibrahim melontarkan amaran agar jangan ada sesiapa cuba menguji kesabarannya. Presiden PKR itu berkata, selagi bergelar presiden, beliau bertanggungjawab untuk membina kekuatan parti dan dalam masa yang sama menghormati […]

BUKAN TIDAK SABARNYA PENYOKONG ANWAR JADI MASALAH, TUN M YANG BERDOLAK-DALIK PUNCA SEGALA MASALAH

Dalam tulisan di blognya semalam, Penasihat Media dan Komunikasi Perdana Menteri, A Kadir Jasin berkata, adalah lebih baik soal peralihan kuasa daripada Tun Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim diselesaikan oleh kedua-dua pemimpin itu saja. Tambah beliau, campurtangan pihak lain boleh menjejaskan peralihan yang sudah dipersetujui itu. Mengimbas kembali episod 1998 di mana Anwar dipecat oleh […]

BURUK PERANGAI GENG PINTU BELAKANG DALAM PKR TIDAK BOLEH DIBIARKAN BERTERUSAN

Dari sehari ke sehari, buruknya perangai kumpulan serpihan dalam PKR yang diketuai Azmin Ali semakin terdedah satu demi satu. Daripada semua perlakuan itu, ketaksuban kumpulan serpihan ini hanyalah semata-mata rakusnya mereka kepada kuasa dan jawatan. Demi kerana ingin mengejar kuasa dan tingginya jawatan itu, semua perkara mahu dilakukan melalui pintu belakang dengan tidak memperdulikan peraturan […]

TETAPKAN SEGERA TARIKH SERAH KUASA, KRISIS PKR AKAN TAMAT DENGAN SENDIRINYA

Sama ada memang dirancang atau hanya kebetulan, semakin hari krisis yang berlaku dalam PRK ternampak lebih mempunyai satu tujuan – menggagalkan Anwar Ibrahim daripada menjadi Perdana Menteri menggantikan Tun Mahathir Mohamad. Tetapi, jika diimbas detik awal sejak PH menang PRU14 lalu di mana Azmin Ali terus dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi, suatu jawatan kanan […]