Tag: Ahli Parlimen

BISINGLAH, JERITLAH…ASALKAN UNTUK KEPENTINGAN RAKYAT

Parlimenlah tempatnya untuk berbahas segala isu terkait kepentingan negara. Parlimenlah tempatnya untuk berpolitik. Parlimenlah tempat untuk berbincang dan berbahas bagi menghasilkan solusi terhadap segala permasalahan pentadbiran negara. Parlimenlah tempatnya untuk kita mendapatkan segala jawapan bagi pengurusan negara. Parlimen bukan sekadar mendengar taklimat Menteri. Itu boleh dibuat dengan menghantar emel. Atau edarkan sahaja fotokopi segala maklumat […]

JIKA KEHADIRAN CUMA 80 – SEKALI LAGI – BOIKOT SAJA SIDANG PARLIMEN 26 JULAI INI

Pada 16 Julai lalu, saya menulis satu artikel di blog ini menggesa agar blok pembangkang memboikot sepenuhnya sidang khas Parlimen selama lima hari bermula 26 Julai depan. Ia berikutan sidang khas itu hanya dipenuhi dengan taklimat menteri semata-mata. Tidak pernah di dunia ini sidang Parlimen hanya dipenuhi dengan taklimat menteri saja kerana sebagai tunjang semak […]

TITAH AGONG DIDERHAKAI LAGI, SIDANG KHAS PARLIMEN BERUPA TAKLIMAT MENTERI 26 JULAI INI WAJAR DIBOIKOT

Sidang Parlimen yang sebenar akhirnya ditetapkan selama 15 hari bermula 2 September 2021. Meskipun titah Yang Dipertuan Agong dan Majlis Raja-Raja adalah sangat jelas tentang keperluan Sidang Parlimen diadakan dengan segera dan secepat mungkin, Mahiaddin Md Yasin selaku Ketua Majlis Parlimen nampaknya tetap dengan kedegilan kepada rancangan asalnya sebelum ini bahawa Parlimen hanya boleh dibuka […]

UNTUK ELAK DICOP ORANG JAHAT, NAZRI KINI PERLU DEDAH SIAPA 25 AHLI PARLIMEN ITU…

Walaupun berdiam diri, Hishammuddin Hussein setakat ini tidak menafikan kewujudan 25 Ahli Parlimen UMNO yang didakwa menyokongnya dan dalam masa yang sama telah hilang kepercayaan terhadap Presiden parti, Ahmad Zahid Hamidi. Beliau hanya menafikan mengenai surat yang didakwa ditulisnya kepada Yang Dipertuan Agong untuk membentuk kerajaan baharu. Seorang pegawai beliau juga telah membuat laporan polis […]

JIKA BEGITU, APA KATA MULAI SEKARANG KITA SEMUA BOIKOT SAJA PENGAMBILAN VAKSIN?

Ternampak begitu jelas kini Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yasin terus cuba berdolak-dalik berhubung pembukaan sidang Parlimen. Desakan rakyat dan suara berterusan pembangkang serta Ahli-Ahli Parlimen pelbagai parti berkaitan perkara itu sejak sekian lama langsung tidak dipedulikannya. Malah, setelah ada titah Agong pun Mahiaddin masih mahu berdalih-dalih lagi. Kali ini, katanya, beliau mahu mendapat pandangan sebuah […]

BOLEHKAH PERUBAHAN NADA TAKIYUDDIN DIPERCAYAI SEDANGKAN ORANG KANAN MAHIADDIN SENDIRI BERKERAS TIDAK MAHU PARLIMEN BERSIDANG?

Sebelum ini iaitu pada 3 Mac lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan secara tegas berkata, kerajaan telah memutuskan menolak sidang Parlimen daripada diadakan ketika tempoh darurat. Kata beliau, ada alasan perundangan dan ada alasan dari segi sains dan data untuk menangguhkan dahulu persidangan Parlimen. Takiyuddin menambah, antara alasan bagi menangguhkan persidangan Parlimen dari […]

JANGAN SAMPAI TIMBUL GELARAN ‘KLUSTER PELAHAP JAWATAN’….

Untuk kesekian kalinya, Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah terus membuat saranan agar Ahli-Ahli Parlimen parti itu yang memegang jawatan dalam kerajaan harus segera meletakkan jawatan. Katanya, selepas putus hubungan dengan Bersatu dimuktamadkan dalam PAU kali ini, mereka tiada pilihan lain lagi selain perlu mengundurkan diri. “Presiden UMNO menegaskan sekali lagi dalam ucapannya apa […]

PN KERAJAAN YANG HANYA TAHU BERPOLITIK, BUKAN KERAJAAN MENJAGA RAKYAT

Dikatakan tujuan perlaksanaan Ordinan Darurat Kuasa-Kuasa Perlu (No 2) adalah bagi mengekang berita palsu berkenaan Covid19 dan proklamasi darurat. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah berkata, kerajaan hanya mahu fokus kepada dua perkara tersebut saja. “Hasrat kami hanyalah untuk mengawal penyebaran berita palsu berhubung dua perkara secara khusus iaitu Covid-19 dan proklamasi darurat,” tegasnya. Ordinan […]

MP PKR BELOT KERANA DITEKAN MENTERI KANAN

1. Keputusan yang diumum YB Datuk Dr Xavier Jayakumar pagi ini terjadi dengan latarbelakang kenyataan saya beberapa minggu lepas bahawa ujudnya usaha tersusun oleh kerajaan minoriti untuk menarik sokongan ahli-ahli parlimen pembangkang dengan cara umpan dan ugutan menggunakan PDRM, LHDN dan SPRM. 2. Dr Xavier baru-baru ini telah bertemu pimpinan KEADILAN memaklumkan bahawa pihak Suruhanjaya […]

MUHYIDDIN YANG BISU, KAKU TERBUKTI TIADA KEMAMPUAN SEBAGAI PERDANA MENTERI

Kenapa ramai yang menyerang dan menghentam Muhyiddin Yassin? Adakah semata-mata kerana pengkhianatannya terhadap PH dan caranya membentuk kerajaan PN melalui pintu belakang? Jika diperhati, selain pengkhianatan itu adalah salah satu sebabnya, punca terbesar ialah kerana rakyat akhirnya sedar bahawa Muhyiddin bukan seorang pemimpin yang layak dan mampu untuk memikul tugas sebagai Perdana Menteri. Berbeza dengan […]

WALAU AHLI PARLIMEN PH ‘DIBELI’ TAPI YANG MUHYIDDIN INGIN ‘MATI’ ADALAH UMNO

Secara kasar, yang dilihat cuba dilemah dan digagalkan dengan tindakan melompat dua Ahli Parlimen semalam ialah PH, PKR dan Anwar Ibrahim. Melompat kataknya Ahli Parlimen Julau, Larry Sng serta Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong dari PH untuk menyokong PN dan Muhyiddin Yassin serta-merta dilihat memberi kelebihan kepada kedudukan kerajaan yang sekian lama dipertikai keabsahannya. Sekaligus, […]

TUBUH KERAJAAN CARA KHIANAT, KEKALKAN KERAJAAN PUN CARA KHIANAT…TIDAKKAH INI SEBURUK-BURUK PERANGAI PEMIMPIN?

Secara tiba-tiba saja sekarang ini timbul semula isu beberapa Ahli Parlimen PH/PKR didesas-desuskan akan melompat parti untuk menyokong kerajaan pintu belakang PN pimpinan Muhyiddin Yassin. Lebih menarik, isu ini timbul hanya beberapa hari setelah Yang Dipertuan Agong menitahkan bahawa Parlimen dibenar bersidang dalam tempoh darurat dikuatkuasakan. Seolah-olah disebalik tiada mana-mana menteri kabinet, temasuk Muhyiddin sendiri […]

ZAHID HAMIDI, SEKARANG BUKAN MASA UNTUK SEMBANG KARI!!

Demokrasi di Malaysia sudah dikafankan – begitu gambaran oleh Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi apabila Ahli-Ahli Parlimen tidak lagi boleh bersidang bagi menyampaikan keluhan dan isu yang dibangkitkan rakyat. Sedangkan, katanya, akibat wabak Covid19, rakyat kini dihimpit pelbagai kemelut ekonomi dan mereka bukan hanya mahu melihat wabak itu ditangani, tetapi juga memerlukan pendapatan bagi menyediakan […]

BUKAN LIMA, TAPI ENAM MP UMNO DISEKAT PERUNTUKAN, JADI BERAPA TINGGAL MAJORITI MUHYIDDIN SEKARANG?

Dalam wawancara dengan sebuah saluran tv internet malam semalam, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan, lima Ahli Parlimen UMNO telah dikurangkan peruntukan pembangunan untuk kawasan masing-masing oleh kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin bagi tahun 2021. Katanya, berbanding Ahli Parlimen kerajaan lain yang diberi peruntukan sebanyak RM3.7 juta, lima Ahli Parlimen UMNO berkenaan hanya diperuntukkan sebanyak […]

RAKYAT TIDAK GEMBIRA DENGAN KERAJAAN, IHSAN AGONG BENAR2 DIHARAPKAN

Dalam program Bicara Negarawan bersama Majlis Profesor Negara semalam, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata, seramai 114 atau 115 Ahli Parlimen telah mengutus surat kepada Yang Dipertuan Agong menyatakan bantahan terhadap darurat yang dilaksanakan kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin. Berdasarkan jumlah tersebut yang disifatkan sudah lebih daripada cukup itu, Anwar memohon Agong untuk mempertimbangkan perkara tersebut […]

ANWAR KINI SAH ADA MAJORITI….

Semalam, Presiden PKR, Anwar Ibrahim berkata, majoriti Ahli Parlimen sudah mengutus warkah kepada Yang Dipertuan Agong bagi memohon perkenan baginda agar mengugurkan pengisytiharan darurat. Menurut Anwar yang juga Ketua Pembangkang , warkah tersebut bukan untuk membantah kuasa Agong sebaliknya untuk merayu ihsan serta kebijaksanaan baginda bagi mengkaji semula alasan dikemukakan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin […]

SELEPAS ZAHIRKAN TAK SETUJU DENGAN DARURAT, UMNO MAHU TUNGGU APA LAGI DALAM KERAJAAN?

Baik secara langsung atau tidak langsung, tindakan Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan mengutus surat kepada semua Ahli Parlimen parti itu untuk meminta persetujuan mereka bagi menggesa Yang Dipertuan Agong memanggil sidang khas Parlimen adalah tanda penolakan UMNO terhadap perisytiharan darurat. Oleh kerana Ahmad Maslan adalah Setiausaha Agung yang tertakluk kepada arahan Presiden UMNO dalam bidang […]

WALAU BUKAN MP, KHALED NORDIN JUGA MESTI LETAK JAWATAN PENGERUSI BOUSTEAD

Bersama tegangnya hubungan dengan Bersatu ketika ini, tuntutan paling banyak kedengaran ialah agar Ahli-Ahli Parlimen UMNO segera melepaskan semua jawatan masing-masing dalam kerajaan. Menteri, Timbalan Menteri dan Pengerusi GLC diminta tidak berlengah lagi melepaskan jawatan masing-masing, sesuai dengan usul majoriti UMNO bahagian-bahagian yang tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu serta menolak kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin. […]