Tag: Abu Zahar

SEGERA LETAK JAWATAN, ABU ZAHAR TAK HARUS JADIKAN AGONG TALIAN HAYAT

Sekurang-kurangnya ada dua ketidakwajaran paling ketara telah ditunjukkan oleh Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) SPRM, Abu Zahar Ujang dalam sidang medianya pagi tadi. Pertama, menyalahkan media kononnya salah lapor terhadap kenyataannya pada 5 Januari lalu yang membersihkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki daripada sebarang salah laku dalam pemilikan berjuta-juta saham korporat yang dikaitkan dengannya. […]

SELAIN SAH MENIPU DAN BERBOHONG, ABU ZAHAR JUGA CEMARKAN NAMA AGONG

Termasuk Abu Zahar Ujang selaku pengerusi, Lembaga Penasihat Pencecahan Rasuah (LPPR) SPRM mempunyai tujuh orang anggota. Berikutan sidang media Abu Zahar atas nama LPPR pada 5 Januari lalu yang membersihkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki daripada sebarang salah laku berkaitan kontroversi pemilikan saham korporat yang dikaitkan dengannya, enam anggotanya hari ini tampil dengan kenyataan media […]

AZAM BAKI TAK PERNAH DIPANGGIL BERI PENJELASAN, ABU ZAHAR CUBA MENGELIRUKAN?

Dalam sidang media dua hari lalu, Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) SPRM, Abu Zahar Ujang memberitahu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki telah hadir dalam pertemuan dengan lembaga itu pada 24 Nov lalu untuk memberi penjelasan berkenaan kontroversi pemilikan berjuta-juta saham yang dikaitkan dengannya. Kata beliau, Azam memaklumkan kepada LPPR bahawa akaun miliknya telah digunakan […]