Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

TRUMP DATANG MALAYSIA – PAS GESA UMNO, AMANAH NYATA PENDIRIAN

PAS menggesa Amanah dan Umno menyatakan pendirian berhubung kehadiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump ke negara ini sempena Sidang Kemuncak Asean ke-47, bulan depan.

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kedua-dua parti itu masih membisu ketika rakyat sedang menanti penjelasan kepimpinan mereka.

“Pada suatu ketika dahulu Amanah pernah mengakui bahawa mereka adalah parti yang berprinsip dan tegas, bukannya sekadar parti yang hanya menurut perintah (yes man).

“Malah, sejarah mencatatkan bahawa presiden Amanah (Mohammad Sabu) merupakan antara tokoh yang lantang menentang pencerobohan dan penindasan Israel serta mengecam sikap Amerika Syarikat di Timur Tengah.

“Di manakah pendirian tegas Amanah terhadap isu Palestin hari ini? Mengapa mereka terus membisu terhadap tindakan perdana menteri (Anwar Ibrahim) menjemput Trump ke Malaysia sebagai tetamu kehormat, sedangkan tangannya masih berlumuran darah rakyat Palestin?

“Kami juga mengharapkan suara ketegasan daripada Umno dalam isu ini,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Tegas Tuan Ibrahim, sikap membisu kedua-dua parti itu hanya akan dilihat sebagai tanda persetujuan terhadap kedatangan Trump ke negara ini.

“Ketika dunia sedang mengutuk kekejaman Israel dengan sokongan Amerika Syarikat, sikap membisu ini amat mengecewakan dan pasti melukakan hati umat Islam di negara ini yang bersolidariti bersama saudara mereka di Palestin.

“Nyatakanlah pendirian kita dengan jelas, agar kita tidak termasuk dalam golongan yang diancam. Apakah kita sanggup berdiam diri hanya kerana alasan ekonomi, sedangkan kita mempunyai pilihan lain?” Soalnya.

Terdahulu Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, kehadiran Trump pada sidang kemuncak yang akan berlangsung di ibu negara itu amat tepat pada masanya, khususnya ketika perspektif global sedang berubah dan semakin banyak negara menyatakan sokongan terhadap kebebasan Palestin daripada kekejaman rejim Israel.

Tambah jurucakap kerajaan itu, kehadiran Trump membolehkan negara Asean menegaskan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap Palestin serta mengkritik sikap hipokrit sesetengah negara dalam menangani isu tersebut.

Bagaimanapun Tuan Ibrahim menyifatkan langkah mengundang Trump ke persidangan Asean bukanlah suatu keutamaan.

“Ketika saudara-saudara kita di Palestin terus dizalimi tanpa belas ihsan oleh Israel yang disokong Amerika Syarikat, menjemput Donald Trump untuk hadir ke Persidangan Asean bukanlah suatu keutamaan.

“Ingatlah, saudara kita di Gaza terus dibunuh, dan tindakan kita akan memberi isyarat penting kepada seluruh dunia. Sikap kita menentukan maruah negara,” kata Tuan Ibrahim lagi.

Pada 18 Sept lalu, AS menggunakan kuasa vetonya buat kali keenam di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis, menolak resolusi yang menuntut gencatan senjata serta-merta dan pembebasan semua tebusan di Gaza.

Resolusi itu disokong oleh 14 daripada 15 anggota majlis dan ditaja oleh 10 negara anggota tidak tetap.

Teks tersebut turut menuntut Israel membuka sekatan bantuan kemanusiaan dan menghentikan serangan ketenteraan di Gaza City.

Setakat semalam angka korban rakyat Palestin meningkat kepada 65,926 orang dengan 167,784 lagi cedera akibat konflik Hamas-Israel sejak 7 Oktober 2023.

Sementara itu, lebih 750,000 penduduk Gaza telah dipaksa meninggalkan kediaman dan menuju ke selatan wilayah tersebut, susulan peningkatan serangan ketenteraan rejim zionis di kawasan berkenaan.

Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/756461

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini

One response to “TRUMP DATANG MALAYSIA – PAS GESA UMNO, AMANAH NYATA PENDIRIAN”

  1. Anonymous Avatar
    Anonymous

    SG4 paling ramai redeem SARA RM100 dan paling ramai yg pegi cek IC dekat JPN sbg persiapan BUDI95!

    Apa makna?

    Cakap tak serupo bikin, memang kebuluran bab org mengantuk sambar bantal dihulur!

    Memang jenih tak syukur nikmat. Padan lah SG4 malap, mundur dan bermasaalah.
    Cakap gebeng nak ambik alih Putrajaya, ada 3,4 lori level PMX.

    Masa 33 bulan jaga Putrajaya, hanya jadi pasu bunga berhias makang Gaji Buto dan bila dah kontrol SG4 tanpa Pembangkang, gaji MB paling mahal tetapi GDP makin tercorot dan mengecut!

    3,4 lori nak bagi mampuh Malaysia, adalah!

    SARA RM100: ‘Benci PMX’ Tapi Empat Negeri ‘SG4’ Paling Ramai Tebus Bantuan

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan tinjauan (outreach) program bantuan SARA di Pasaraya Ekonomi Rakyat di Baling pada 6 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
    LABUAN, 28 Sep – Di sebalik ‘kebencian’ kepada Kerajaan MADANI, rupanya ada mesej tersirat yang boleh kita selidiki dan dalami mengapa rakyat di negeri dikuasai pembangkang, tanpa rasa malu (atau bersalah) tetap menebus bantuan dan inisiatif yang disediakan.

    Empat negeri pembangkang atau terkenal dengan jolokan ‘State Government 4’ (SG4) rupanya merekodkan kadar penebusan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara ‘one-off’ sebanyak RM100 yang tertinggi di negara ini, mengatasi negeri-negeri seperti Selangor dan Johor.

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan tinjauan (outreach) program bantuan SARA di Pasaraya Ekonomi Rakyat di Baling pada 6 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
    Namun, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menganggap mereka dianak tirikan tetapi terus membantu mereka sekadar termampu bagi menangani cabaran kos sara hidup, termasuk pengenalan BUDI MADANI RON95.

    Lupakan apa yang Muhammad Sanusi ‘lakukan’ di Kedah atau Ahmad Samsuri yang terus menjerit ‘royalti’ di Terengganu, hakikatnya Anwar juga yang dapat membantu rakyat di empat negeri SG4 tadi meneruskan kelangsungan hidup.

    Pendedahan Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan bahawa kadar penebusan tinggi di empat negeri SG4 tadi menunjukkan bahawa meskipun mereka menyokong pembangkang, namun merekalah yang paling ramai merebut kesempatan daripada inisiatif Kerajaan MADANI.

    Amir Hamzah (kanan) beramah mesra dengan pengunjung Program Jualan Rahmah MADANI di Labuan, pada 28 September 2025. Foto Bernama
    “Ini terbukti dengan kadar penebusan di negeri-negeri seperti Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak adalah antara yang tertinggi di seluruh negara,” katanya kepada pemberita selepas melawat peruncit yang mengambil bahagian dalam SARA, di sini hari ini.

    Terdahulu, hampir 13 juta rakyat Malaysia yang layak telah menebus bantuan SARA mereka untuk membeli barangan keperluan, melibatkan perbelanjaan berjumlah RM1 bilion.

    Amir Hamzah berkata inisiatif itu sangat membantu kumpulan isi rumah B40 terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman, termasuk di empat negeri dikuasai pembangkang.

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan tinjauan (outreach) program bantuan SARA di Pasaraya Ekonomi Rakyat di Baling pada 6 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
    Manakala di Sabah, lebih 98 peratus daripada 1.2 juta penerima yang layak telah menggunakan SARA untuk pembelian barangan keperluan manakala di Labuan, 65 peratus daripada hampir 50,000 yang layak telah menebus RM100 mereka.

    Amir Hamzah turut menolak dakwaan bahawa penggunaan MyKad untuk menggunakan bantuan itu menyukarkan warga emas atau penduduk luar bandar.

    Beliau berkata, inisiatif itu juga telah memberikan manfaat kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang menikmati jualan lebih kukuh berikutan peningkatan kuasa beli penerima.

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan tinjauan (outreach) program bantuan SARA di Pasaraya Ekonomi Rakyat di Baling pada 6 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
    “Jumlah kedai runcit yang menyertai SARA telah meningkat daripada 7,300 pada awal tahun kepada lebih 8,100 (pada masa ini) di seluruh negara,” katanya.

    Ini juga sekali gus menolak dakyah pembangkang kononnya hanya kedai ‘bukan Melayu’ yang menerima manfaat sedangkan peruncit Melayu di empat negeri SG4 sahaja amat bergantung kepada bantuan SARA RM100 untuk meneruskan operasi.

    AMIR Wartawan Rasmi LR at Monday, September 29, 2025
    Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x