Jawatankuasa Fatwa Perlis mengisyitiharkan kepercayaan dalam Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) sebagai sesat yang memesongkan akidah umat Islam dan meneruskan kesinambungan ajaran al-Arqam.
Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin berkata keputusan itu diambil berdasarkan beberapa bukti iaitu secara berlebihan mengagungkan pemimpinnya sehingga setaraf nabi, selain mendakwa mempunyai mempunyai keajaiban atau mengetahui perkara ghaib seperti tuhan.
Menurutnya, keadaan itu mewujudkan perasaan taasub sehingga bercanggah al-Quran dan sunnah, membuta tuli mematuhi arahan pemimpin, mengambil keberkatan secara melampau dari sisa tubuh badan pemimpin dan percaya pemimpin telah meninggal dunia boleh memberi panduan.
Asri berkata jawatankuasa juga telah meneliti operasi ekonomi GISBH dan memutuskannya bercanggah dengan model ekonomi Islam yang sebenar.
βBahkan ia bercanggah dengan prinsip ekonomi Islam kerana ada unsur unsur penindasan dan perhambaan terhadap mereka yang terlibat serta eksploitasi ke atas ahli, kanak-kanak, wanita dan keluarga demi kepentingan pihak yang dikultuskan.
βDengan itu segala ajaran, aktiviti dan apa sahaja yang boleh membantu GISBH adalah dilarang,β katanya dalam kenyataan.
Asri berkata jawatankuasa juga mencadangkan masyarakat Islam membantu pemulihan ahli organisasi terbabit yang ingin keluar dari kesesatan itu.
βPeruntukan zakat juba boleh digunakan untuk membantu pemulihan mereka seperti pembiayaan pendidikan yang betul, pemulihan semula kehidupan, perlindungan keselamatan, bantuan guaman yang mempunyai kaitan untuk pembebasan diri daripada GISBH,β katanya.
Pada 10 Sep lalu, polis menyerbu 18 rumah amal di Selangor serta Negeri Sembilan dikaitkan dengan GISBH dan berjaya menyelamatkan 402 kanak-kanak berusia setahun hingga 17 tahun dipercayai mangsa eksploitasi.
Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata rumah amal terbabit menggunakan sentimen agama dan kanak-kanak untuk menagih simpati serta sumbangan orang ramai.
Menurutnya, siasatan juga mendapati ada mangsa dikatakan diajar meliwat, diliwat penjaga dan dipaksa meliwat penghuni kanak-kanak lain.
Polis telah menahan beberapa individu termasuk pimpinan tertinggi GISBH.
Peruntukan zakat juga boleh digunakan untuk membantu pemulihan mereka seperti pembiayaan pendidikan yang betul, pembinaan semula kehidupan, perlindungan keselamatan, bantuan guaman yang mempunyai kaitan untuk pembebasan diri dari GISBH,
Peruntukan zakat juga boleh digunakan untuk membantu pemulihan mereka seperti pembiayaan pendidikan yang betul, pembinaan semula kehidupan, perlindungan keselamatan, bantuan guaman yang mempunyai kaitan untuk pembebasan diri dari GISBH,
Leave a Reply