Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

BILA KONVENSYEN PEMUDA DIRESTUI PRESIDEN UMNO SENDIRI…

Apa yang menarik tentang konvensyen khas anjuran Pemuda UMNO semalam ialah ia diadakan dengan restu Presiden UMNO sendiri.

Sebagaimana dijelaskan oleh Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh, walaupun konvensyen itu untuk menentukan hala tuju UMNO sama perlu kekal atau keluar daripada kerajaan, tetapi Dr Ahmad Zahid Hamiidi begitu berjiwa besar membenarkan ia diadakan.

“Presiden merestui konvensyen, bila kita bagitahu presiden nak adakan konvensyen supaya kita nak dengar suara akar umbi, maka presiden bersetuju.

“Inilah jiwa besar walaupun presiden tahu akar umbi akan marah dan sebagainya, tetapi presiden berjiwa besar dan sedia mendengar segalanya,” katanya pada sidang media selepas konvensyen yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur petang semalam.

Dr Akmal seterusnya berkata, Ahmad Zahid juga menyatakan kesediaan berdepan sebarang risiko jika beliau menuruti kehendak akar umbi parti.

Jelas beliau, Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri itu sedia berdepan kemungkinan didakwa semula di mahkamah jika meninggalkan kerajaan perpaduan atas kehendak akar umbi UMNO.

“(Kata Zahid) ‘Akmal, kalau itu permintaan akar umbi, demi agama, bangsa, saya sanggup lawan habis-habisan’,” jelas Akmal lagi.

Apakah maksud semua ini tuan-tuan dan puan-puan sekalian?

Ia memberi maksud, selain memperlihatkan Zahid Hamidi seorang pemimpin yang berjiwa besar, ia juga menunjukkan beliau sedar tentang keresahan ahli di peringkat bawah sejak keberadaan UMNO di dalam kerajaan.

Lantaran itu, beliau memilih untuk membiarkan suara akar umbi itu diperdengarkan melalui konvensyen tersebut.

Jika Zahid Hamidi seorang yang tertutup fikirannya dan hanya memikirkan untuk semata-mata kekal dalam kerajaan demi  kepentingan kerusi dan gaji, beliau boleh saja tidak membenarkan Dr Akmal mengadakan konvensyen itu.

Apabila suara akar umbi telah jelas menyarankan agar UMNO keluar daripada kerajaan dan kemudian bekerjasama dengan PAS bagi membina kekuatan baru, Ahmad Zahid  sebenarnya tidak ada pilihan lain melainkan menerimanya.

Dengan itu, pilihan yang terbaik buat Zahid Hamidi selepas  ini ialah melaksanakan cadangan konvensyen Pemuda UMNO itu dengan kadar seberapa segera yang boleh.

Tidak rugi dan tak usah takut untuk keluar kerajaan dan bergelar pembangkang kerana melalui kekuatan baru yang terjalin bersama PAS, ia diyakini akan terbina dengan jauh lebih kuat lagi.

Ertinya, potensi UMNO kembali menjadi kerajaan bersama PAS adalah cerah.

Sebaliknya, kerajaan madani ini, jika tanpa UMNO bersamanya,  harapan untuk terus kekal boleh dikata amat tipis sekali.

Paling penting, dengan Zahid Hamidi sedia menerima dan bersetuju melaksanakan cadangan Pemuda UMNO agar parti itu meninggalkan kerajaan, namanya secara aitomatik akan diisanjung dan seterusnya mengharum sebagai pemimpin Melayu tulen yang meletakkan penyatuan bangsa sebagai agenda utama dalam perjuangannya.

Zahid Hamidi tak harus lepaskan peluang yang sedang terbuka ini dan terlanjur beliau sudah merestui konvensyen diadakan, ia tidak lengkap kalau tak disertai keberanian untuk melaksanakan apa yang dicadangkan itu. – ShahbudinHusin 04Disembet2026.

5 1 vote
Article Rating
Kongsikan artikel ini

8 responses to “BILA KONVENSYEN PEMUDA DIRESTUI PRESIDEN UMNO SENDIRI…”

  1. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Budin….
    Hang cakap senang la…bermodalkan air liur saja. Sebagai batu api hang tak rugi apa-apa. Jika berjaya mencetuskan kebakaran, pihak lain yang akan menanggung akibat sedangkan hang cuma ketawakan mereka dari jauh saja….

    Dalam suasana ini, mudah la bagi hang nak suruh Zahid keluar dari kerajaan PH kerana yang sedang memikul bebanan 47 kes adalah Presiden UMNO itu, bukannya si Batu Api yang tidak bertanggung jawab. Sama juga dengan Si budak BODO Akmal tu. Jika usahanya berjaya mempengaruhi Zahid menarik dari dari kerajaan, yang mungkin masuk ke dalam adalah Zahid. yang hilang jawatan Presiden UMNO adalah Zahid. Sementara yang dapat menangguk di air yang keruh adalah Pemuda UMNO separuh tiang. Boleh la dia muncul sebagai hero di kalangan penyokong-penyokong terencat akal di sekelilingnya. Jika UMNO dipimpin oleh orang-orang seperti Akmal, maka lebih cepatlah parti itu menemui DOOMSDAY. Selamat sejahteralah negara ini dengan ketiadaan parti itu……kAH KAH KAH

    Cepat-cepatlah berambus dari PH wahai UMNO. Batu api dan juga diriku tak sabar-sabar menunggu untuk mentertawakan kau orang!!!

  2. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Boleh lah terima analisa Tajuddin Rasdi untuk bagi saiko dan tergolek dog Hadi dan Mejoh Minyak Masak!

    Tetapi Tajuddin tak abih cite lagi, kerana Muhyuddin terpaksa berhadapan dua cabaran lagi: sengatan Atok Saka Kerala, Bapak Pencuri dgn aset USD4 bilion ex-PM terkaya dunia yang tuduh Muhyuddin mencuri duit BERSATU dan sengatan Mahkamah Tinggi kerana kes-kes Sakaw bertimbun Muhyuddin sendiri tunggu bicara!

    Sekali Muhyiddin jentik, Hadi dan Hamzah tunggang terbalik.

    2 HOURS AGO
    Tajuddin Rasdi
    Share
    Apa yang dibuat Muhyiddin Yassin menggelapkan semua segala kuasa politik sebelum ini.

    tajuddin rasdi
    Jarang sekali saya melihat suatu kuasa politik yang hebat dengan suatu pergerakan yang ‘sedikit sangat’ tetapi menggelupur musuh-musuh politik. Saya biasa melihat kekuasaan ‘mafia’ Dr Mahathir Mohamad dalam menghumban Anwar Ibrahim dalam penjara.

    Ia memerlukan kerjasama ramai orang, yang di akhirat nanti tersusun panjang nak minta maaf pada Anwar. ‘Sorrylah’, dah terlambat masa tu. Kalau nak minta maaf, ketika orang yang dianiaya itu masih hidup.

    Jangan harap nabi nak tolong. Kuasa Dr M itu tak berapa menghairankan di mana Dr M ketika itu raja segala raja dan berpegang kuasa mutlak. Kemudian, saya dapat lihat kuasa politik Anwar yang berjaya menjatuhkan BN.

    Tetapi kuasa ini juga memerlukan ramai orang dan mengambil masa 20 tahun. Tetapi apa yang dibuat Muhyiddin Yassin menggelapkan semua segala kuasa politik sebelum ini. Hanya dengan coretan pena dan satu WhatsApp, musuh-musuh beliau menggelupur di atas tanah.

    Kalau benarlah silat Melayu ada kuasa ‘pukul angin’ atau silat batin, inilah agaknya yang ditunjukkan oleh Muhyiddin. Walaupun beliau dikepung kiri oleh PAS dan dari kanan oleh geng Hamzah Zainudin, Muhyiddin dengan senyum sinis hantar satu WhatsApp, Saya letak jawatan sebagai pengerusi Perikatan Nasional dan ‘all hell broke lose’, kata orang putih.

    Bagaimanakah Muhyiddin memerangkap kedua-dua Hadi Awang dan Hamzah dengan hanya coretan pena dan tulisan WhatsApp? Pertamanya, Muhyiddin telah menelanjangkan keangkuhan Hadi dan geng PAS semua.

    Advertisement

    Advertisement
    PAS acap kali mengatakan yang mereka akan meneraju PN tetapi sampai hari ini pun tak nampak bayang-bayang si calon pengerusi mereka. Nak kata Hadi, Hadi tak larat. Sakitlah kita tahu. Nak suruh Sanusi Nor, beliau tolak terus terang tak ada tunggu-tunggu.

    Sanusi ini orang pintar walau dulu saya anggap ‘a buffoon’. Saya kira orang yang paling cerdik politik dalam PAS adalah kawan kita Sanusi. Kalau suruh Dr Sam kita tahu dia pemimpin ala ‘office boy’, cuma orang suruhan Hadi. Kalau bagi kepada Tuan Ibrahim Tuan Man, ‘kut- kutlah’ orang antarabangsa gelakkan kita Malaysia tak tahulah. ‘So who is it Hadi?’ Nanti kami bincang katanya.

    Bagaimana pula jentikan Muhyiddin boleh menewaskan Hamzah, seorang yang cukup kemaruk nak jadi PM? Kita tahu geng Hamzah seperti ‘2Wan + Saifudin’ tak penat-penat menobatkan Hamzah yang senyum sambil memberi isyarat kesetiaan kepada Muhyiddin.

    ‘Come on lah’. Kesetiaan politik hanya kepada kuasa, bukan wanita, bukan wang dan bukan nama. Pertama, PAS dah kata dia nak meneraju PN, dan sesiapa yang meneraju PN kemungkinan besar dialah ‘poster boy’ perdana menteri ‘in-waiting’.

    So, tak ada ‘chancelah’ Hamzah kalau PAS pilih orang Hadi. Kedua, kalau PAS ‘reverse tactic’ dan menamakan Hamzah sebagai pengerusi PN, semua orang kampung akan tahu dia proksi Hadi, macam ‘office boy’ jugalah.

    Senang Muhyiddin nak bisik pada orang Bersatu yang Hamzah ‘office boy’ Hadi. ‘Muhyiddin is nobody’s office boy’. Muhyiddin bijak dan licik sehingga menubuhkan Ikatan Prihatin Rakyat nak ‘rival’ Pakatan Harapan (PH) yang ‘multi-racial’. Hamzah tak fikir pun. Hadi lagilah tak reti.

    Ramasamy, orang kuat penyokong sesiapa yang tak sokong PH dan Umno sudah memberi amaran kepada PAS bahawa kalau kepimpinan PN diberi kepada PAS, maka tidak ada orang bukan Melayu yang akan menyokong PN.

    Ramasamy kecut dia tak dapat jadi menteri di bawah PN sebab dia dah suka nak kerjasama dengan Muhyiddin dalam IPR. Waythamoorthy senyap seribu bahasa. Saya tunggu juga suara beliau yang lantang dan keras tetapi cuit pun tak bunyi.

    Nak jadi hal pula, di Perlis, orang PAS sendiri nak saman orang PAS mereka, speaker Dewan. Ketiga-tiga Adun PAS kini menjadi ‘rebel besar’ kepada PAS yang dulu nampak semua melutut pada Hadi sebagai ulama dan pemimpin ulung suci bersih.

    Dalam Islam, kita tak sembah manusia, saya nak bagi tahu. Bila nabi wafat Umar macam tak terima kenyataan nabi dah tiada tetapi Abu Bakar kata kalau siapa sembah nabi, nabi dah tiada tetapi siapa menyembah Allah, Allah segar selamanya mahfum cerita.

    Saya tidak pernah menyembah sesiapa setelah saya faham Islam. Saya tidak menyembah atau baiah parti, individu atau NGO berteras Islam. Saya juga tak akan ceraikan isteri saya yang seorang ini kalau saya lompat parti. Bodoh punya fahaman agama. Berbalik kepada Perlis, ramai anggap bahawa menteri besar baru tak akan bertahan lama tetapi dengan saman Adun ini, saya kira dah ‘checkmate’ PAS.

    Inilah contoh kuasa politik seseorang yang veteran, pintar dan tidak bising macam kambing mengembek asyik suruh keluar daripada kerajaan perpaduan.

    Dia hanya jentik dari beribu-ribu kilometer jauhnya tetapi kesan kepada musuh dan lawan dalam selimut adalah lebih daripada ledakan Gunung Pinatubo di Filipina. Satu dunia abuk gunung berapi itu bertebaran. Sama juga dengan PAS, PN dan Bersatu serta juga Umno yang akan kena tempias jentikan ‘ala batin’ perwira politik sebenar, Muhyiddin Yassin.

    Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

  3. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Terbongkar rahsia Akmal jadi Jurucakap dan Trojan PN!

    Igauan PN! Gabungan undi BN-UMNO dan PH- PKR/AMANAH/DAP diPRU15 mengatasi undi PN disemua kerusi yang dimenang PN!

    Akmal tinggal syok sendiri jadi Trojan PN!

    Last-last Presiden dan MKT UMNO potong sayor sahaja impian percuma Gang PN H2O dalam UMNO nak ulangi SD10 BN sokong PN dulu.

    Cepat2 le, Akmal, H2O dan Geng PN dalam UMNO masuk PN sebelum kena cantas terus.

    Kemenangan 5 PRK baru2 ini adalah saksi2 hidup, UMNO bertemu formula menang dan rejuvenasi melalui strategi bergabung dibawah Kerajaan Perpaduan terutama PH dan DAP.

    Formula ini mudah kombinasi undi PRU15 BN-UMNO dan PH- PKR/ANANAH/DAP mengatasi berganda2 undi PN disemua kerusi yang dimenangi PN dulu!

    Ini terbukti dalam 5 PRK tersebut dan Inilah igauan PN menghadapi PRU16!

    Akmal hanya Jurucakap PN dalam UMNO nak sekat strategi ini!

    Umno tetap 2 syarat untuk Akmal anjur konvensyen, kata sumber

    2 HOURS AGO
    Alfian Tahir
    Share
    Syarat itu adalah: tak bincang keluar kerajaan perpaduan dan tidak kritik perdana menteri.

    Anggota Pemuda Umno yang menghadiri konvensyen khas sayap itu di Kuala Lumpur pada Sabtu. (Gambar Facebook Umno Online)

    PETALING JAYA: Umno menetapkan dua syarat ketika Dr Akmal Saleh diberi kebenaran untuk menganjurkan konvensyen khas Pemuda Umno Sabtu lalu, kata seorang pemimpin Umno.
    Pemimpin itu, yang enggan dinamakan, berkata satu syarat ialah tidak membincangkan penarikan diri daripada kerajaan perpaduan. Syarat kedua ialah tidak akan ada sebarang kritikan terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

    Sumber itu memberitahu FMT bahawa hanya dengan berasaskan jaminan tersebut barulah Presiden Umno Zahid Hamidi bersetuju untuk program itu diteruskan.

    Sumber berkenaan berkata perkara-perkara yang dibangkitkan Akmal pada konvensyen itu, seperti Umno keluar daripada kerajaan, menjalin semula kerjasama dengan PAS atau mengubah hala tuju politik, tidak pernah dibincangkan dengan Zahid.

    “Beliau (Zahid) tidak menyokong, tidak meluluskan, malah tidak mempertimbangkan idea-idea sedemikian,” kata sumber itu.

    Zahid juga tidak mengeluarkan sebarang arahan atau perintah kepada sayap Pemuda untuk membincangkan isu meninggalkan kerajaan.

    Ketika membuka konvensyen itu, Akmal mendakwa perhimpunan berkenaan mendapat kelulusan Zahid. Beliau juga mendakwa Zahid memberitahunya bahawa beliau akan menyokong gesaan akar umbi untuk keluar daripada kerajaan perpaduan.

    Akmal berkata demikian sebagai menjawab dakwaan bahawa beliau tidak mendapat restu Zahid untuk mengadakan konvensyen tersebut dan bertindak bertentangan dengan kepimpinan parti.

    Beliau dilaporkan berkata: “Saya ingin jelaskan — Zahid adalah orang pertama yang bersetuju dengan konvensyen ini. Saya beritahu presiden, kalau Umno tarik diri daripada kerajaan perpaduan, orang pertama akan kena adalah presiden.

    “Jawapan beliau sangat jelas, jika itu permintaan akar umbi demi agama dan bangsa, beliau sanggup lawan habis-habisan.”

    Sementara itu, seorang lagi sumber dalam Umno berkata Zahid tidak pernah memberi sebarang petunjuk bahawa Umno bersedia mengambil langkah drastik untuk keluar daripada kerajaan perpaduan.

    Sumber itu yang enggan dinamakan berkata berkata walaupun Zahid memberi lampu hijau kepada sayap Pemuda untuk mengadakan konvensyen tersebut, ia tidak harus dianggap sebagai sokongan terhadap resolusi yang dibuat, khususnya gesaan agar parti meninggalkan kerajaan.

    “Ya, presiden meluluskan konvensyen itu, tetapi bukan resolusi yang terhasil daripadanya,” kata sumber itu. Beliau berkata, sebarang keputusan mengenai sama ada keluar daripada kerajaan akan diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi.

    “Umno tidak berhasrat untuk menjadi parti pembangkang buat masa ini. Keutamaan adalah rakyat.”

    Sumber itu turut mengesahkan bahawa Zahid tidak menyokong sebarang cadangan supaya parti keluar daripada kerajaan.

    FMT menghubungi pembantu Zahid untuk mendapatkan komen.

  4. Anonymous Avatar
    Anonymous

    After Akmal’s call, will it be Umno out, Bersatu in?

    41 MINS AGO
    Amin Ishak
    Share

    Umno needs to think thoroughly about whether quitting the unity government would be of benefit, or detrimental to its future.

    behind the bylines column new
    In politics, anything can happen. And maybe that is what Umno Youth chief Dr Akmal Saleh hopes for, in pushing for Umno to quit the unity government and work with PAS.

    Akmal’s demand cannot be dismissed as mere rhetoric.

    It is a clear message: Umno needs to return to its original struggle of protecting the dignity of Islam and the Malays, which he claims is being compromised.

    In his fiery speech at Umno Youth’s special convention on Saturday, Akmal asked: “Do we want to remain in a government that fails to respect Islam and the Malay Rulers?”

    It was a question that was both controversial and divisive. Some praised him for being courageous, others saw it as an attempt to destabilise the government.

    It is a question that is worth pondering.

    Is there any truth to the claim that the unity government has disrespected Islam? If so, then how is it that the 2026 Budget set aside some RM2.6 billion to fortify efforts to propagate the faith?

    The allocation doesn’t just look good on paper. The funds will go towards community religious schools, better known as “Sekolah Pondok” and tahfizs to ensure religious education is strengthened.

    Of the RM2.6 billion, some RM150 million would go to repairing the infrastructure at these schools, including replacing obsolete learning tools at 300 registered “Sekolah Pondoks”, and 160 unregistered ones.

    With such a huge allocation, it is almost impossible to deny the government’s efforts in safeguarding Islam.

    To accuse the government of disrespecting Islam all because of an isolated controversy is unfair, especially when those at the centre of the controversy have been dragged to court.

    Will Umno benefit or lose out?

    From a political perspective, Akmal’s call for the party to quit the unity government leaves a lot of room for speculation: Is Umno prepared to give up power for a temporary political alliance?

    Umno Supreme Council member Ahmad Maslan once said: “There is no benefit in becoming the opposition, not even a sen.” Although Ahmad Maslan said this in June last year, it is a thought worth revisiting.

    Advertisement

    Advertisement
    By quitting the unity government, Umno would lose its power to draw up policies and the opportunity to help the people. There is also a risk that the party would become more irrelevant in the opposition.

    At present, eight Barisan Nasional MPs are helming ministries, of whom seven are from Umno. This puts them in pole position to make an impact on the Malay community.

    For example, the rural and regional development ministry allows Umno to help those in rural areas. And that is actual power, not symbolic.

    If such a strategic ministry is held by another party, will Umno president Ahmad Zahid Hamidi be able to serve the Malay community? The answer is a definite “no”.

    Likewise, Akmal may not have the same pull to help develop rural areas in Melaka if he is not part of the government.

    If Umno and BN do indeed leave the government, the power the party has now will go to PKR, Amanah, Gabungan Rakyat Sabah and Gabungan Parti Sarawak.

    Bersatu joins Madani?

    The public should not be too surprised if Bersatu is invited to join the government and its leaders given strategic portfolios. After all, in politics, nothing is impossible.

    The opportunity to join the government before the next general election is an offer no party can refuse, including Bersatu, which has its own issues with PAS, its Perikatan Nasional ally.

    The recent Perlis political crisis led to Bersatu president Muhyiddin Yassin resigning as PN chairman.

    It is clear, however, that PAS would not join the government. The enthusiasm to revive Muafakat Nasional sees alliances with parties other than Umno take a back seat.

    With PAS having the lion share of seats in the opposition bloc at the Dewan Rakyat with 43, the voices of Umno’s 25 MPs would be drowned out.

    And when it comes to seat distribution, PAS would still have the upper hand in an electoral pact with Umno, as both parties regularly contest the same seats.

    Such a dynamic could also see Akmal, the Jasin Umno chief, step aside for Zulkifli Ismail, the deputy PAS Dewan Ulama chief and current Jasin MP.

    This would see Akmal having to be content with remaining in the Melaka state assembly instead of becoming a parliamentarian, thereby limiting his potential at the national level.

    These are implications that would definitely be reviewed at the party’s general assembly on Jan 14-17, before a decision is made at the Supreme Council.

    Every step brings about huge risks, and every decision has the potential to alter the political landscape.

    The question to be asked is clear and pressing: is Umno prepared to gamble its strategic power and political influence to pander to Akmal’s demand? Or would it be wiser to remain in the unity government and continue championing Malay and Muslim interests?

    The writer is the editor of FMT’s Malay News Desk.

  5. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Akmal encore desakan SD 10 BN oleh H2O sokong PN!

    Akmal ulang semula langkah H2O dulu dgn SD10 BN nak bergabung dgn PN tapi sekarang guna teknik smoking gun palsu dan salah DAP sentuh 3R Melayu Islam dan Raja.

    Akmal salah guna kritikan DAP mengenai fakta2 Mahkamah dalam kes hukuman Najib sbg 3R hina Melayu Islam dan Raja!

    İni teknik smoking gun Akmal dan Geng2 PN dalam UMNO menghasut guna asas kabur untuk bakar kelambu dan bergabung dengan PN sekali lagi!

    Akmal ancam keluar dari Kerajaan Perpaduan, tolak semua kebaikan dan faedah politik dari kedudukan UMNO berada dalam Kerajaan Perpaduan dan gabung dengan PN.

    Ancaman sama spt H2O dengan 10 SD BN sokong PN dulu tapi dipatahkan oleh intervensi Pengerusi BN, Presiden UMNO dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

    SD 10 BN diputus tak sah kerana Pengerusi BN ada kuasa pemutus hala tuju pasca-PRU 15 dan UMNO memutus utk menjunjung titah YDPA dan MRR utk tubuh Kerajaan Perpaduan demi kestabilan politik Malaysia.

    Ancaman Akmal dan H2O sekali lagi mesti dipatahkan oleh Presiden UMNO dan MKT atas alasan yang sama kelangsungan menjunjung titah YDPA dan MRR mengenai kestabilan politik dan ditambah dengan faktör faedah kebaikan dan faedah politik yang dikecapi UMNO dalam 3 tahun Kerajaan Perpaduan khusus menang 5 PRK straight mengalahkan PN!

    Smoking gun Akmal mengenai Najib mudah dipatahkan oleh UMNO.

    Ini kerana atas ikhtiar Kerajaan Perpaduan dan PMX lah Najib mendapat Pengampunan Diskaun 50% Hukuman Kes SRC dan Najib amat berharap kepada Kerajaan Perpaduan dan PMX utk usaha2 Pengampunan lagi.

    Sunday, January 04, 2026
    Analyst: Umno Youth chief Akmal wrongly frames DAP criticism as 3R breach

    Political scientist Prof Wong Chin Huat has criticised Umno Youth chief Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh for accusing DAP of crossing the “red lines” involving race, religion and royalty, saying the narrative misrepresents criticism of corruption as an ethnic provocation. — Social media pic, January 4, 2025

    Analyst: Umno Youth chief Akmal wrongly frames DAP criticism as 3R breach

    Wong Chin Huat says attack ignores corruption and risks shielding former premier Najib

    Scoop Reporters
    Updated 49 seconds ago
    4 January, 2026
    12:47 PM MYT

    KUALA LUMPUR — Political scientist Prof Wong Chin Huat has criticised Umno Youth chief Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh for accusing DAP of crossing the “red lines” involving race, religion and royalty, saying the narrative misrepresents criticism of corruption as an ethnic provocation.

    “That comment is not about race, religion or royalty. It is about corruption,” Wong said, describing it as the “fourth R, rasuah” (corruption).

    Akmal made the remarks at a recent Umno Youth special convention, warning that continued cooperation in the Unity Government depended on respect for agreed red lines.

    “If the ‘red lines’ agreed upon during the formation of the unity government were crossed, the youth wing would oppose it,” he said, accusing government partners of repeatedly showing disrespect towards Malay institutions, Islam and the monarchy. The remarks were prompted in part by DAP Puchong MP Yeo Bee Yin’s reaction to Datuk Seri Najib Razak’s legal setback.

    Wong said DAP had in fact been “very prudent and considerate” on sensitive issues, sometimes to its own political cost, including losing support in Sabah.

    “DAP has been careful on the 3Rs to the extent that it has even been punished by its own base,” he said. “This is being framed as a 3R issue when it is really about corruption.”

    Political scientist Prof Wong Chin Huat says DAP has been “very prudent and considerate” on sensitive issues, sometimes to its own political cost. — Social media pic, January 4, 2026

    According to Wong, Akmal, and young Turks in PAS are trying to revive Muafakat Nasional to monopolise Malay nationalist and conservative votes, which could then free Najib and protect future corrupt politicians in their camp.

    Wong also questioned the assumption that ordinary Malays would rally behind Najib, citing the scale of his financial crimes: “The RM44 billion embezzled through SRC International and 1MDB is equivalent to what about half a million youths aged 18 would need to work for 30 months if they were paid RM3,000 a month,” he said.

    He said Akmal and PAS hardliners believed that Malays were stuck in identity politics and lacked class consciousness and appetite for good governance, but they could be wrong.

    Whether this voice grows louder or fizzles out in the next two weeks, leading up to the Umno General Assembly, will depend on how Madani and Umno top leadership respond, Wong said.

    He added that Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s avoidance of drawing a line on Najib had resulted in Najib growing greedier. “His daughter admitted that he wouldn’t pursue the addendum if he knew it was a dead end,” Wong said.

    “Yes, Zahid lacks credibility to talk about integrity. But other Umno ministers, especially Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Datuk Seri Mohamad Hasan, Datuk Seri Khaled Nordin, Datuk Seri Azalina Othman Said and Datuk Seri Noraini Ahmad, have no such issues,” Wong said.

    “Leaders like Johari who have the most to lose if Akmal’s narrative sweeps through the party have to step forward and not expect the desperado narrative to fizzle out,” he added.— January 4, 2026

    KTemoc at 10:25 pm
    Share

    1. Anonymous Avatar
      Anonymous

      Terbukti diPerlis kemusnahan PN self-destruction PN tanpa zero campur tangan Kerajaan Perpaduan khusus DAP.

      DiPerlis, Pakar Melayu dan Islam idola Akmal dan H20 bukan sahaja tikam sama sendiri tetapi Melayu Islam sama jugak derhaka kepada Raja Perlis.

      Inilah smoking gun palsu dan salah Akmal dan Geng2 PN dalam UMNO!

      Lojiknya, UMNO mesti kuatkan Kerajaan Perpaduan mengambil kesempatan kemusnahan PN!

  6. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Parti Cukong MCA status parti tak relevan kepada UMNO lagi kerana asyik duk kalah semua undi Cina kepada DAP.

    Aritu ugut nak keluar BN dan masuk PN spt jugak MIC kerana tak dapat mainan dalam Kerajaan Perpaduan.

    Yolo, ada pung tadak dan tadak pun tadak kurang kepada NN dan Kerajaan Perpaduan.

    Pemintak sedeqah terpaksa le sama2 jadi tukang kipas dan batu api dengan Akmal ugut nak keluar Kerajaan Perpaduan!

    Ironinya, bila kehancuran PN berlaku sekarang MCA dan MIC lagi lah jadi lawak besar jika nak masuk PN kerana hanya jadi alas kaki dan pasu bunga berhias kepada PAS spt nasib GELAKAN!

    Keluar kerajaan: Pemuda MCA sokong Akmal

    1 HOUR AGO
    FMT Reporters
    Share
    Ketua Pemuda MCA Ling Tian Soon berkata semua pihak seharusnya melihat gesaan Dr Akmal Saleh dari sudut kaca mata lebih luas demi masa depan BN.

    Ketua Pemuda MCA Ling Tian Soon berkata desakan Dr Akmal Saleh harus dilihat dari sudut lebih luas.
    PETALING JAYA: Pemuda MCA menyokong sekutunya dalam Barisan Nasional, Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh yang mendesak parti itu keluar daripada kerajaan perpaduan.
    Ketua Pemuda MCA, Ling Tian Soon, berkata semua pihak seharusnya melihat gesaan Akmal, yang juga ketua Pemuda BN dari sudut kaca mata lebih luas demi kepentingan dan masa depan gabungan itu.

    “Saya mengulangi pendirian kami bahawa MCA wajar keluar daripada menyokong kerajaan perpaduan sekiranya ia terus membiarkan ketidakadilan terhadap masyarakat terus berlaku,” katanya dalam kenyataan.

    Ling yang juga Adun Yong Peng turut menegaskan MCA terbuka bekerjasama dengan mana-mana gabungan parti mempunyai matlamat perjuangan sama.

    “Kami di MCA terbuka untuk bersama dalam mana-mana gabungan parti asalkan ideologi dan perjuangan parti-parti berkenaan mempunyai matlamat yang sama dengan MCA, moderat, mendukung Perlembagaan Persekutuan dan tidak ekstrem,” katanya.

    Beliau juga menuduh pemimpin DAP yang turut menjadi sebahagian kerajaan hari ini sebagai biadab kerana didakwa menghina bekas perdana menteri Najib Razak.

    “Mereka (DAP) juga dilihat gagal mentadbir negara dengan baik walaupun berpeluang duduk di kerusi menteri sebagai pembuat dasar,” katanya.

    Semalam, Akmal secara terbuka menyeru kepimpinan tertinggi parti Melayu itu menerima PAS sebagai sekutu baharu dan tidak gentar kembali menjadi pembangkang.

    Berucap pada sidang konvensyen khas Pemuda, Akmal mendakwa kerajaan Madani yang ada hari ini tidak akan jatuh jika Umno menarik kembali sokongan terhadap Anwar Ibrahim.

  7. Anonymous Avatar
    Anonymous

    FUHHHH… BAJET BESAR… LA NI TAK DAK FSH LA… PATUT LA MEROYAN

    Ustaz Al Asri

    Afnan dengan Akmal ni dapat bajet besar² bas dari PMO zaman Ismail Sabri PM9 dulu sebenarnya..🙂‍↔️

    PECAHAN PERBELANJAAN –
    PELAN KOMUNIKASI STRATEGIK KERAJAAN MALAYSIA BAGI TAHUN 2022
    BIL.
    PELAN
    PERKHIDMATAN
    NILAI KONTRAK
    PENYELLAAN
    CATATAN
    1.
    Media Arus Perdana el Pengiklanan Media Arus Perdana Untuk Kera,
    aysia Bagi Tahun 2
    RM 91.28 JUTA
    Televisyen
    Arml
    Media Cetak
    :Afnan Portal Atas Talian : Afnan
    dibantu oleh Akmal
    2.
    Pengurusan
    Kandungan Kreatif
    Keria keia onet verogan ebiea Be 1 dun 3otiegan
    RM 28.50 JUTA
    Azzan
    Research
    oan Digktel seeoin
    Perkhdn un pacyebasan Kanduneo din Fen aozauan
    RM 10.00 JUTA
    Akmal
    4.
    Bengkel Komunikasi
    RM 3.00 JUTA
    Hamzah dipantau oleh Armi
    5.
    Jalinan|
    Perhubungan Awam
    anei Pengurusan Perhubungan Awam Untuk Kerajas
    Lalaysia Bagi Tahun 202
    RM S.0O JUTA
    Hamzah dipantau oleh Aaml
    6.
    Penjenamaan dan
    Pengurusan Krisis nel Penjenamaan dan Pengurusan Krisis Untuk Keraja=
    alaysia Bagi Tahun 20%
    RM 15.00 JUTA
    Shamsiah dipantau oleh Afnan
    JUMLAH
    RM 165.78 JUTA
    Jumlah: RM165.78 juta

    Strategik Kerajaan Malaysia
    KERAJAAN –
    MALAYSIA BAGI TAHUN 2022
    NILAI KONTRAK
    PENYELIAAN
    RM 91.28 JUTA
    Televisyen
    : Azmi
    Media Cetak
    : Afnan Portal Atas Talian: Afnan
    dibantu oleh Akmal
    RM 28.50 JUTA
    Azran
    RM 10.00 JUTA
    Akmal
    RM 3.00 JUTA
    Hamzah dipantau oleh Azmi
    RM 8.00 JUTA
    Hamzah dipantau oleh Azmi
    RM 15.00 JUTA
    Shamsiah dipantau oleh Afnan
    RM 165.78 JUTA

    AMIR Wartawan Rasmi LR at Sunday, January 04, 2026
    Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

8
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x