Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

NAMPAKNYA LAMBAT LAGI KJ DAPAT KEMBALI KE PANGKUAN UMNO

Media melaporkan bahawa Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan kononnya beliau ada mempelawa bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin untuk kembali menyertai parti itu.

Penafian tersebut dibuat susulan laporan beberapa portal berita sebelum ini yang mendakwa Khairy atau KJ yang juga bekas Ahli Parlimen Rembau dijangka menyertai semula UMNO menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bakal berlangsung hujung bulan depan.

Menurut laporan tersebut, KJ yang kini bertugas sebagai penyampai radio dan mengendalikan podcast Keluar Sekejap bersama Shahril Hamdan telah mendapat restu daripada Ahmad Zahid sendiri untuk kembali semula ke pangkuan parti berkenaan.

Difahamkan, Khairy menyatakan hasrat untuk kembali menyertai UMNO dalam satu pertemuan tidak rasmi bersama Ahmad Zahid pada majlis resepsi perkahwinan anak Pengerusi UMNO Perlis, Datuk Rozabil Abdul Rahman, baru-baru ini.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid menegaskan perbualan dengan KJ seperti dakwaan media itu tidak pernah berlaku.

Kata beliau, pertemuannya dengan KJ hanyalah secara kebetulan dan tidak melibatkan sebarang perbincangan politik.

“Saya cuma bertemu dengan beliau di majlis perkahwinan dan kami tidak berbincang apa-apa pun.

“Apa yang terpapar di media hanyalah berita yang ditulis oleh media,” jelas Ahmad Zahid lagi.

Dengan penafian ini, bermakna lambat lagilah KJ dapat kembali semula ke pangkuan UMNO.

Merujuk kepada kes Tajuddin Abdul Rahman misalnya, beliau diterima kembali ke pangkuan UMNO hanya setelah menulis lebih tiga surat rayuan bagi tujuan tersebut.

Itu pun, Tajuddin hanya digantung keahlian, berbeza dengan KJ yang dipecat keahliannya.

Bagi tujuan untuk kembali, KJ bukan saja perlu menulis surat rayuan, bahkan juga perlu mengisi semula borang keahlian UMNO.

Soalnya, sediakah KJ melakukan dua tindakan tersebut?

Buat sementara waktu, dengan penafian Ahmad Zahid itu, bolehlah disimpulkan bahawa tidak ternampak jalan untuk KJ kembali kepada UMNO dalam waktu terdekat ini.

Harus diakui bahawa ruang untuk kembali itu hanya ternampak jika Presiden UMNO sendiri bersikap positif terhadap perkara itu, disertai dengan sebelumnya KJ sendiri menunjukkan minat untuk kembali.

Tetapi, sehingga ini tidak pernah terdengar KJ ada berbuat sesuatu yang menunjukkan minatnya untuk kembali itu.

Tambahan pula, dengan Presiden UMNO sendiri menafikan ada pertemuan atau perbicangan ke arah itu, segala-galanya nampak masih negatif ketika ini.

Seperti mana dimaklumi semua, sejak dipecat daripada UMNO, hubungan KJ dengan Ahmad Zahid tidaklah berjalan dalam keadaan baik.

Selain KJ ada beberapa kali melontarkan kritikan, Ahmad Zahid juga sesekali membalasnya dengan sindiran pedas.

Dalam satu reaksinya, Ahmad Zahid pernah menukar nama podcast KJ daripada Keluar Sekejap kepada Keluar Selama-lamanya.

Sindiran itu seolah-olah KJ tidak dialu-alukan untuk kembali ke pangkuan UMNO, sekurang-kurangnya selagi Ahmad Zahid menerajui parti itu.

Dalam hal ini, adakah KJ pun sebenarnya lebih selesa menunggu pemimpin lain menerajui parti itu untuk beliau kembali ke pangkuan UMNO? – ShahbudinHusin 04 November2025.

5 1 vote
Article Rating
Kongsikan artikel ini

11 responses to “NAMPAKNYA LAMBAT LAGI KJ DAPAT KEMBALI KE PANGKUAN UMNO”

  1.  Avatar
    Anonymous

    Keluar Sekejap…
    Keluar Selama-lama…
    .
    .
    .
    Kembali Semula…..

  2. Anonymous Avatar
    Anonymous

    PMX kencingkan Atok dan PN baik punya diDewan Rakyat semalam!

    Semalam PMX mencerakinkan lagi kenyataan AGC menjawab soalan tolol dan bangang dari Loyar Lebong PAS, Rina Harun err Taki Black Friday.

    Mengikut Pengesahan AGC, Perjanjian ART dan klausa peruntukan tidak melanggar Perlembagaan, kehilangan kedaulatan, hak Raja2 dan Bumiputera, hak halal dan daya saing Malaysia utk bardağang denga negara2 lain dunia!

    PMX sendiri telah membaca klausa-klausa Perjanjian khusus di etapa seksyen yang memberi proviso2 Malaysia terikat dengan dasar2, kepentingan dan kebaikan domestic negara Malaysia!

    PMX Memang tutoh Taki kaw kaw sampai tak berani keluar suara, PMX kelulusan sastera pun boleh ajor Loyar Tolol mcm mana nak baca byk proviso safety nets dalam Perjanjian yang pertahankan Malaysia!

    Sekali lagi buat Kali kepuloh berapa, PMX kencingkan lagi Atok dan PN yang dah terpancut awal nak Tunggang Perjanjian ART ini utk guling PMX!!!!

    Tuesday, November 04, 2025
    PMX gave 2 fingers to …

    Yesterday Mahathir demanded that Anwar resigned as PM for selling off Malays’ interests by signing an agreement with the wankees.

    The Grand Old Man wailed about Anwar mortgaging off the country and ignoring Malay rights.

    Today Anwar rejected the call to resign, noting it’s one in a long series of such calls, and wonder when the call for him to resign will stop.

    Besides, Anwar pointed out that even China signed such an agreement.

    Tough Anwar didn’t mention Mahathir by name in his retort it was obvious who he has been addressing in his today’ defiant rejection.

    Wakakaka.

    KTemoc at 7:43 pm
    Share

  3. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Soal sambutan Trump adalah SOP Kerajaan utk tetamu VVIP negara!

    Trump nak cuba menari zapin dengan pelajar2 sekolah iringan kompang adalah kerana Trump validasi alasan Atok Saka supaya Pasukan Kriket Zionis dibenar masuk Malaysia utk lihat, kagum dan alami kehebatan harmoni pelbagai kaum Malaysia.

    Trump puji Malaysia negara muda yang energetik dan vibrant.

    Yg penting, Mufti Perlis puji kehebatan diplomasi PMX boleh sentuhi Trump dan PMX berjaya membawa isu Penyelesaian Komprehensif GAZA terus berdepan 3 Kali dengan Trump!

    Tiada pemimpin Islam lain dunia termasuk dari negara Arab yang berani buat demekian, jauh lagi lah puak2 Atok dan PN Pembangang Malaysia yang berlagak lebih Hamas dari Hamas hanya dibelakang2.

    TOK PETI PUJI PMX …WALAUN ADA YANG TAK SETUJU…PAK ARAB PUN TAK BERANI CAKAP BERDEPAN

    https://wrlr.blogspot.com/2025/11/tok-peti-puji-pmx-walaun-ada-yang-tak.html

    AMIR Wartawan Rasmi LR at Tuesday, November 04, 2025
    Share

  4. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Mat Jargon Machang, Faisyhal kena gantung oleh Jemin Semburit kerana dedah dan lapor perangai Setang tonto Jemin!

    Hilman Adham bukan sahaja terkait kes rogol mabuk Pesta Hari Jadi Teman Wanita dia dgn Karaoke, Arak bebas dan pergaulan termasuk seks bebas tapi juga beli undi jawatan idaman Ketua Armada BERSATU!

    Inilah perangai2 Setang BERSATU yang tidak diperkenan PAS masuk dalam Gulai Kawah Hadi yang dah ada daging Babi, GELAKAN.

    Inilah masaalah yang sudah jadi Dilemma Hadi bukan lagi Amanat Hadi!

    Bersatu suspension followed vote-buying claim, says Wan Fayhsal

    YESTERDAY
    Predeep Nambiar
    Share
    The Machang MP claims he was punished after alerting party leaders to an alleged vote-buying attempt during the Bersatu Youth election.

    Wan Fayhsal in KS podcast today ss pic 41125
    Machang MP Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal said that he reported the alleged vote-buying attempt through internal party channels when he was the outgoing Bersatu Youth chief.
    PETALING JAYA: Machang MP Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal claims he was suspended from Bersatu after raising concerns about an alleged attempt to buy votes during the Bersatu Youth election last year.
    Wan Fayhsal claimed that money was being offered to influence voters in the contest, and that a leader told him he was approached to switch his vote in return for payment but refused.

    He also claimed the final count of about 1,400 ballots in the polls was delayed for several days, and said he reported the matter through internal channels as the outgoing Bersatu Youth chief.

    Gombak Setia assemblyman Hilman Idham was elected the new Bersatu Youth chief, defeating Akmal Zahin Zainal Zahir by just 170 votes.

    Wan Fayhsal said the issue was only discussed by the party’s top leadership and was never referred to enforcement agencies such as the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC).

    ADVERTISEMENT
    Tech stock video 3 5Feb25Tech stock video 3 5Feb25

    “I made an internal report. But instead of investigating it, action was taken against me,” he said on the Keluar Sekejap podcast hosted by former Umno leaders Khairy Jamaluddin and Shahril Hamdan.

    Wan Fayhsal described the episode as part of a wider breakdown of trust within Bersatu, which later saw him suspended and Tasek Gelugor MP Wan Saiful Wan Jan expelled.

    They have both appealed against the disciplinary action taken against them.

    FMT has contacted the Bersatu leadership and disciplinary board for comment.

    On Oct 14, Bersatu’s disciplinary board said action was taken against Wan Fayhsal and Wan Saiful for “actions that disrupted party unity” and for defying party instructions.

    This led to escalating tensions within Bersatu amid a purported leadership feud between party president Muhyiddin Yassin and his deputy, opposition leader Hamzah Zainudin.

    Wan Saiful has accused several figures close to Muhyiddin of straining ties among the party’s top leaders, singling out Bersatu secretary-general Azmin Ali and information chief Tun Faisal Ismail Aziz.

    Bersatu’s disciplinary board has also summoned several other leaders for hearings, including Hamzah and Indera Mahkota MP Saifuddin Abdullah.

    Saifuddin has also urged Muhyiddin to step down.

    1. Anonymous Avatar
      Anonymous

      Mat Jargon Machang, Faisyhal dan Wan Jana Wibawa dua2 komplen pasal perangai Syaitan dan Iblis Kartel Abah/Jemin Semburit/Hilman/Tun Faisal yang bakal hancurkan PN.

      Siapa sangka doa Qunut Nazilah bacaan Walaun PAS Jasin 2 Kali diaminkan dgn kuat oleh Mat Jargon, untuk kehancuran PMX terbalik jadi kehancuran mereka sendiri!

      Tahniah le, well done!

  5. Anonymous Avatar
    Anonymous

    KENAPA RINGGIT MENINGKAT KUKOH DIJANGKA BAWAH 4 PERTENGAHAN 2026!

    İNİ LAH PRESTASI PMX DAN KERAJAAN MADANI!

    https://wrlr.blogspot.com/2025/11/ringgit-meningkat.html

    AMIR Wartawan Rasmi LR at Tuesday, November 04, 2025
    Share

  6. Anonymous Avatar
    Anonymous

    7 bukti MP Pembangkang yang paling bangang dan paling kure ajor dalam Dewan Rakyat!

    Cakap pun pekat Darat Hulu orang dok fahang! Biking malu Negeri Teranung je level bangang dan bahalol.

    Padanlah Hulu Terengganu tak maju dgn Kepala Korok ni
    jadi tow wokil
    dan anok buah didik Derih Jusoh!

    Kata suka main golf, celah mana Darat mcm ini ada nafsu sekular mcm Broker Bandar!

    Lupa dia dulu Timbalan Menteri pasu bunga jugok tak boleh perform!

    YB BODO NI GUNA BAHASA CAM PELAQ OOO

    https://wrlr.blogspot.com/2025/11/yb-bodo-ni-guna-bahasa-cam-oelaq-ooo.html

    AMIR Wartawan Rasmi LR at Tuesday, November 04, 2025
    Share

    1. Anonymous Avatar
      Anonymous

      Jenis natang tak leh ajor! Hanya belakang PMX tahu nganjing, hina dan perlekeh PMX ikut sedap mulut termasuk pasal Gaza dan Perjanjian ART.

      Bila PMX berdepan dengan mung Darat mesti lah PMX nak tutoh pala hotak mung, jawab balik semua tohmahan puak2 mung.

      PMX kata mung hok ingat paling alim sekalang dok puja dan peluk Hardcore Hindu yg tibai Melayu dan Islam kerana sama2 nak guling PMX!

      Dulu puak2 mung jugok yg nok perang sakan dgn Hindu ekstrim ini!

      Telinga berdesing lah bila mung celah PMX apa kaitan dgn soalan?

      Kaitan dia adalah puak2 mung semua jenis Munafik dan Khawarij yg tolak semua kebaikan Kerajaan buat termasuk utk Gaza dan Perjanjian ART!

      Bila mung jadi Kerajaan satu benda baik pung tadak buat, perabih beras dan jadi pasu bunga! Sakaw berjemaah adalah.

      Memang natang berayok! Wat malu Ganu je.

  7.  Avatar
    Anonymous

    Chegubard lepas, bebas tuduhan fitnah Agong

    Raja Noraina Raja Rahim
    November 4, 2025 @ 11:05am

    https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/11/1467364/chegubard-lepas-bebas-tuduhan-fitnah-agong
    ____________________________________

    HA HA..CAI MMG TK TAU, APA NK KUPAS😆

    😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅
    Rejim Madanon, benar² udah sesak napas
    Cgu Bard yg depa fitnah, telah pun dilepas!
    Marah monyok ler, cai² tukang jilat & kipas
    Depa berasa bgai kaca ke batu terhempas
    😆😆😆😆😆😆😆😆😆😆😆😆😆😆
    Cai² rasa panas bagaikan kulit mngelupas
    Sbb rakyat makin benci Madanon hampas
    Sokongan kpd depa, makin surut & timpas
    Naga pun dah bertukar rupa menjadi lipas
    👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍
    Sebaliknya, sokongan makin naik kpd Pas
    Sbb rkyat suka perjuangan suci bak kapas
    PRU-16 nanti, puak² Madanon akn tumpas
    Puterajaya, Pas/PN akan takluk & rampas!
    😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

    👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏
    Kah kaahh kaaahhh kaaahhhh kaaaahhhh
    🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

    KAH KAH KAH
    ____________________________________

    😀😃😄😆😅😂🤣😀😃😄😆😅😂🤣
    KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

  8. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Game over Atok Saka Kerala dan PN!
    Masuk Mahkamah le tadak locus standi lagi!

    Hakim kata nak guling Kerajaan, tunggu lah PRU16!

    Lebih pekdoh Atok turun naik Mahkamah tunggu bukti dokumen dia arah bail-out Syarikat Kapal Mirzan!

    Takut dak dang je kes ni ambik masa ikut undang2 bukti, evidence act etc.

    Kerajaan rujuk AGC sebelum meterai perjanjian AS, kata PM

    3 views
    4 November 2025
    2:17
    Share
    Description

    Anwar Ibrahim berkata pandangan Jabatan Peguam Negara diminta untuk mengelakkan ART bertentangan semangat Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang.

    Laporan Lanjut:
    https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2025/11/04/kerajaan-rujuk-agc-sebelum-meterai-perjanjian-as-kata-pm

    Read More:
    https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2025/11/04/government-consulted-agc-to-ensure-us-trade-deals-constitutionality-says-anwar

    Free Malaysia Today is an independent, bi-lingual news portal with a focus on Malaysian current affairs.

    Subscribe to our channel – http://bit.ly/2Qo08ry
    ——————————————————————————————————————————————————
    Check us out at https://www.freemalaysiatoday.com
    Follow FMT on Facebook: https://bit.ly/49JJoo5
    Follow FMT on Dailymotion: https://bit.ly/2WGITHM
    Follow FMT on X: https://bit.ly/48zARSW
    Follow FMT on Instagram: https://bit.ly/48Cq76h
    Follow FMT on TikTok : https://bit.ly/3uKuQFp
    Follow FMT Berita on TikTok: https://bit.ly/48vpnQG
    Follow FMT Telegram – https://bit.ly/42VyzMX
    Follow FMT LinkedIn – https://bit.ly/42YytEb
    Follow FMT Lifestyle on Instagram: https://bit.ly/42WrsUj
    Follow FMT on WhatsApp: https://bit.ly/49GMbxW
    ——————————————————————————————————————————————————
    Download FMT News App:
    Google Play – http://bit.ly/2YSuV46
    App Store – https://apple.co/2HNH7gZ
    Huawei AppGallery – https://bit.ly/2D2OpNP

    #BeritaFMT

    1. Anonymous Avatar
      Anonymous

      Kepada Barua Anjing2 Atok dan PN yg dok menyalak 24/7 hadam le untuk
      Boss2:

      a. Muhammed Khalid, kes ini tak sama dgn sekoq diktator buat keptusan solo lelong Pulau Batu Putih atau kerugian trillion ringgit terkumpul dari Projek2 gagal 22 tahun 22 bulan perintah semua tadak exit strategies: Forex, F1, Proton, Pewaja, Jambatan Bengkok, Wawasan 2020, Sekat Royalti Minyak, Memali, Ops Lallang, Polarisasi Kaum, Pecah Belah Melayu blah blah

      b. Isham Jalil, kes 1MDB sedut RM40 billion duit Rakyat, serah tengkuk kepada Trump semata2 untuk dapat imuniti DOJ USA dengan nak selamatkan ekonomi USD trillion USA dan nak berperang dgn musuh2 USA: Hamas, Hezbollah, Iran, Cina, Russia, Korea Utara kerana musuh USA adalah musuh Malaysia.

      Tadak exit strategies, imuniti DOJ bolian tapi ado entry strategies merengkok kat dalam Kajang le!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

11
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x