Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

HAJI HADI SUDAH MULA BERI KULIAH, ERTINYA BOLEH TERUS MEMIMPIN PAS

“Syukur kerana telah sihat. Terima kasih atas solat hajat yang ALLAH SWT makbulkan doanya.”

Demikian kata Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang ketika memulakan kuliah duha mingguannya di Masjid Rusila di sini pada Jumaat.

Beliau berkata demikian sebagai tanda penghargaan atas doa dan sokongan rakyat selepas menjalani prosedur rawatan kesihatan di Institut Jantung Negara (IJN) bulan lalu.

Kuliah yang berlangsung selama satu jam 15 minit bermula jam 9 pagi itu menyentuh tiga aspek utama iaitu akidah, siasah dan tafsir al-Quran, menerusi pengajian beberapa kitab terpilih.

Antaranya beliau menghuraikan nama-nama ALLAH dalam Kitab Beriman kepada ALLAH serta kaitannya dengan kekuatan keimanan umat Islam.

Beliau turut mengupas mengenai strategi kepimpinan dalam Fiqh Siasah Khalifah Umar R.A, khususnya dalam Perang al-Qadisiyyah yang menekankan nilai keadilan dan hikmah dalam politik Islam.

Kuliah tersebut diakhiri dengan tafsiran Surah al-Ma’idah ayat 40, yang menyentuh mengenai kebesaran dan kekuasaan ALLAH terhadap makhluk-Nya serta pengampunan terhadap hamba yang bertaubat.

Terdahulu, Abdul Hadi dilaporkan menerima rawatan di IJN pada 17 Jun lalu dan memohon orang ramai mendoakan kesembuhannya.

Beliau sebelum ini turut menjalani pemantauan kesihatan berkala oleh pakar perubatan.

Kuliah mingguan di Masjid Rusila itu merupakan penampilan pertamanya selepas kembali sihat.

Sumber – https://www.sinarharian.com.my/article/736990/berita/politik/abdul-hadi-kembali-sampaikan-kuliah-syukur-sudah-sihat

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini

3 responses to “HAJI HADI SUDAH MULA BERI KULIAH, ERTINYA BOLEH TERUS MEMIMPIN PAS”

  1. Anonymous Avatar
    Anonymous

    HAJI HADI SUDAH MULA BERI KULIAH, ERTINYA BOLEH TERUS MEMIMPIN PAS
    4 July 2025

    Pakar2 IJN dah bagi nasihat Hadi, stress akan berulang dan perlu masuk balik IJN utk rawatan jika Hadi kekal dengan sikap doh cukup jumeloh nak guling PMX dan terus amalkan sikap dendam kepada PMX kerana termakan hasutan Penasihat Hadi, Atok Saka Kerala!

    Takpa Hadi dan Atok Saka Kerala bergilir masuk IJN kerana dendam kepada PMX!

    1. Anonymous Avatar
      Anonymous

      Ikut rekod Atok dan Hadi dah 2 kali masing2 bergilir masuk IJN semenjak 30 bulan PMX dilantik jawatan oleh YDPA selepas PRU15.

      Atok pernah terpaksa berehat diIJN selepas stress berhimpun dipintu Istana Negara tengah panas protes kepada PMX. Himpunan ala berpiknik anjuran barua2 Atok, Chegu Bard, Papagomo dan Loyar India-Mari Rafique Rashid.

      Mereka heret Atok 100 tahun bersama2 tengah panas terik menyalak mintak undur PMX sampai Atok jatuh semput diadmit masuk IJN.

      Akan datang bulan Julai adalah Himpunan 1 juta Undur PMX anjuran Mat Qazaf PAS, Afnan bakali akan hadir Atok dan Hadi sama.

      Kerisauan Pakar2 IJN adalah stress melampau kepada 2 ekoq ini lagi!

      Adalah lebih pekdoh jika Hadi, Penulis Buku Khas 80 muka surat tajuk Qazaf Liwat Fitnah Mahathir bagi tarbiyah kepada Atok Saka Kerala dan Afnan sendiri.

      Hadi dan Atok Saka tidak akan stress jika insaf balasan hukuman Allah bagi dosa sekat rezeki hamba Allah.

      Allah adalah perancang terbaik rezeki hamba Allah bukan Atok Saka, Hadi, PN atau PAS.

      Telah terbukti Allah telah gagalkan usaha Atok Saka lebih 30 tahun nak sekat PMX!

  2. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Siapa lah yg bodoh atur debat dgn Ketua Pemuda Armada BERSATU, Isham SetPol Jemin Semburit ni topik Khemah Besar Atok Saka, satu penipuan kepada orang Melayu!

    Memang lancar fakta2 Ketua Pemuda Amanah, Hasbie mengenai jangan terperdaya dengan makhluk yang paling konsisten tak konsisten, Atok Saka Kerala?

    Mengikut Hasbie, Atok Saka lah yang konsisten pecah belah orang Melayu dengan tubuh parti2 baru spt cendawan tumbuh lepas hujan sekali Bersatu, Pejwang, GTA dan sekarang Parti Khemah Besar Melayu pulak?

    Hasbie menang debat tanpa perlu merujuk kes bersalah rogol mabuk teman wanita Isham oleh Balaci Isham sendiri diPesta Hari Jadi Teman Wanita Isham anjuran Isham sendiri.

    Inilah contoh terbaik Pejwang Khemah Besar Atok Saka konon berjuang untuk pertahan Melayu dan Islam sebaliknya mengamal budaya anti-Melayu dan Islam dengan pesta songsang minum arak bebas dan seks bebas!

    MENGGELUPUR KETUA PEMUDA BERSATU KENA TIBAI DGN KETUA PEMUDA AMANAH (PAR…

    https://wrlr.blogspot.com/2025/07/menggelupur-ketua-pemuda-bersatu-kena.html

    AMIR Wartawan Rasmi LR at Friday, July 04, 2025
    Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x