Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

PAS INGATKAN UMNO, KAMI MENANG LEBIH BANYAK KERUSI BILA TIDAK BERSAMA DAP

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan berkata parti itu memenangi lebih banyak kerusi apabila tidak mengadakan kerjasama politik dengan DAP selepas keluar daripada Pakatan Rakyat.

Malah katanya, PAS kini memiliki lebih banyak kerusi berbanding Umno dan DAP.

“Dulu kami bersama DAP dalam Pakatan Rakyat memang dapat sokongan undi banyak tapi bila keluar dan bersama PN (Perikatan Nasional), kerusi PAS lebih banyak lagi. Sudah bertambah.

“Itu ukuran, bersama dengan siapa kami lebih berjaya,” katanya kepada pemberita dalam Festival Perpaduan India anjuran Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) di Pusat Konvensyen Midlands, Shah Alam.

Takiyuddin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Naib Presiden Umno, Khaled Nordin, yang mendakwa PAS tidak boleh bergerak ke hadapan selepas memutuskan hubungan dengan DAP.

Khaled berkata, atas sebab itu PAS seperti cemburu apabila melihat DAP selaku bekas rakannya itu kini berbaik dengan BN.

“PAS sepertinya tidak boleh ‘move on’ selepas berpisah dengan DAP.

“Demikian menebal cinta PAS pada DAP sehingga membuak cemburunya pada siapa jua yang cuba berkawan dengan jandanya,” kata Khaled dalam hantaran di Facebook.

Untuk rekod, PAS kini merupakan parti yang memiliki jumlah kerusi Parlimen tertinggi iaitu sebanyak 43 kerusi, berbanding DAP (40) dan Umno (26).

PAS keluar Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat, yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008, menggabungkan PAS, DAP dan PKR sebagai blok pembangkang utama ketika itu.

Namun, kerjasama itu mula retak apabila perbezaan ideologi antara PAS dan DAP semakin ketara.

Ketegangan memuncak apabila DAP secara terbuka mengisytiharkan parti itu tidak lagi boleh bekerjasama dengan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang. Pada Jun 2015, Majlis Syura Ulama PAS memutuskan hubungan tahaluf siyasi dengan DAP, sekali gus menamatkan riwayat Pakatan Rakyat.

PAS kemudiannya menubuhkan blok pembangkang baru bersama beberapa parti lain, sebelum menyertai PN secara rasmi selepas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan pada tahun 2020.

Mengulas kekalahan PAS di DUN Ayer Kuning dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Perak, Takiyuddin berkata adalah tidak adil menjadikan keputusan itu sebagai ukuran kelemahan parti.

“DUN Ayer Kuning adalah ‘putih’. Kubu kuat Umno. Tapi di PRN DUN Sungai Bakap kami mampu pertahankan kerusi…tiada masalah pun,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Takiyuddin menjelaskan penolakan PAS terhadap cadangan Rang Undang-undang (RUU) Pembangunan Semula Bandar (URA) bukan bersifat emosi atau bermotifkan politik.

“Bantahan dibuat kerana akta berkenaan bercanggah Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pengambilan Tanah 1960. Kita menentang kerana ia bercanggah dengan perlembagaan,” katanya.

Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/742189

5 1 vote
Article Rating
Kongsikan artikel ini

6 responses to “PAS INGATKAN UMNO, KAMI MENANG LEBIH BANYAK KERUSI BILA TIDAK BERSAMA DAP”

  1. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Tisu Lembik BERSATU JQAF Jidin Menteri Kanan Pendidikan PN dulu yg terburuk dlm sejarah Malaysia pung nak tumpang semangkuk isu Petronas-Petros kata Petronas akan tinggal sejarah.

    Gara2 dia Menteri Kewangan Bayangan PN.

    SetPol dan Balaci2 semua dah kena dakwa AMLA dan Rasuah diMahkamah dengan kekayaan luar biasa jadi tukang angkat bag Boss Sakaw diMOR.

    Bila pulak Mamak Bengong ni nak pakai baju oren ikut Geng2 PN Jana Wibawa?

  2. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Penangan UMDAP kalah 5 PRK straight, PN kiok!

    Geng kaki lidah bercabang ikut Boss besar mulut mohong!
    Mezoh Minyak Masak dan Afnan Mat Qazaf Aloq Setaq menggelupor tukang butang panik, nak rujuk balik dgn UMNO tetapi Taki Black Friday kecek agah bodoh sombong Pok Dogol kampung doh nok keno gadai.

    Bukan roket sains le, budak Pasti pun boleh bagi fatwa ko Hadi, UMDAP memang bagi mampus kong PN!

    Penangan halalintar UMDAP, PN kojol 5-0!

    PAS & BERSATU BEREBUT BERSAMA UMNO! APA KATA PULA PEMIMPIN UMNO SENDIRI!

    Kemukakan surat rasmi jika benar-benar ingin berbincang mengenai kerjasama, kata seorang pemimpin kanan Umno kepada Bersatu yang menyatakan hasrat untuk berbaik-baik dengan parti itu.

    Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Ahmad Maslan, berkata di sebalik pelbagai kenyataan dan bayangan yang diberikan Bersatu, setakat ini belum ada sebarang permohonan rasmi dibuat.

    Sebaliknya, kata Ahmad, tawaran berkenaan hanya dibangkitkan melalui media.

    “Tentunya perkara penting sebegini perlu dibincang di peringkat MKT Umno.

    “Jika Bersatu mahu lakukan (kerjasama dengan Umno) atau mahu berkeinginan menyertai Umno semula, kemukakan surat supaya perbincangan rasmi dapat dibuat.

    “Jangan asyik bangkitkan perkara ini (di media) kerana jika tiada permohonan, macam mana ia hendak dibincangkan secara rasmi di peringkat MKT Umno?” katanya seperti dipetik Berita Harian.

    Ahmad berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan program Jelajah Revolusi Pembinaan CR4.0 dan myDigital Kontraktor (MDK), di Benut, Pontian, hari ini.

    Kelmarin, dalam sesi audio siar bersama bekas menteri, Zaid Ibrahim, Timbalan Presiden Bersatu, Hamzah Zainudin, berkata Bersatu yang merupakan serpihan Umno mempunyai ideologi yang sama dengan parti itu.

    AMIR Wartawan Rasmi LR at Sunday, May 04, 2025

    Share

    1. Anonymous Avatar
      Anonymous

      Mat Sagon Darat PAS Pasir Mas, Fadzli yg dinobat Pengerusi Lajnah Khinzir PAS, maseh dok kiro Babi ko?

      Kesian, after-shock Ayaq Kuning tangan maseh bau taik Babi wat balik cenderahati ko Pasir Mas!

    2. Anonymous Avatar
      Anonymous

      Antara lebong dan khoyal doh cukup jumeloh!

      Hadi dan Taki kaki lebong serupo lebong kepada Walaun2 kes Claire Brown dulu le ambik RM90 juto dari UMNO Bossku.

      Natijahnya berkat ko kalu maseh duk khoyal doh cukup jumeloh?

      PAS INGATKAN UMNO, KAMI MENANG LEBIH BANYAK KERUSI BILA TIDAK BERSAMA DAP4 May 2025

  3. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Yolo, saya pun ambil peluang Sakaw berjemaaah PN anak beranak duit Rakyat Malaysia majoriti Melayu!
    Memang slogan PN Bersih, Stabil dan Perihatin hanya bertahan 33 bulan sahaja Kerajaan Gagal sekarang Boss2 pakat turun naik Mahkamah nak join Kluster Penjara.

    Dulu kemain saya hina Bekas Banduan PM Tepi sekarang giliran saya pulak PM Tepi masuk penjara jadi Banduan.

    Putaran roda impian dan karma.

    Saya Melayu prihatin dengan semua rakyat, kata Muhyiddin
    Saya Melayu prihatin dengan semua rakyat, kata Muhyiddin

    3 MINS AGO

    FMT Reporters

    Share
    Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin tegas beliau selaku pemimpin perlu ambil kira semua kaum.https://www.freemalaysiatoday.com/_next/image?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2024%2F11%2F18b97481-7_pc_muhyiddin_yassin_moganraj_fmt_30112024-copy.webp&w=1200&q=75

    Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin kata beliau adalah pemimpin yang ambil kira semua kaum.
    PETALING JAYA: Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin hari ni menyifatkan dirinya sebagai seorang Melayu yang prihatin dengan semua rakyat, menjawab ungkapan beliau yang pernah menjadi kontroversi pada 2010.
    “Saya pernah kata saya Melayu terlebih dahulu. Itu tak penting lagi, saya seorang Melayu prihatin dengan semua rakyat Malaysia,” katanya, lapor Malaysiakini, dalam ucapan sempena Festival Perpaduan India anjuran Parti Rakyat India Malaysia.
    Muhyiddin yang ketika itu timbalan perdana menteri dilapor berkata dirinya ‘Melayu terlebih dahulu’ ketika menjawab cabaran pemimpin DAP, Lim Kit Siang.

    Dilaporkan Lim mencabar Muhyiddin menyatakan sama ada beliau Melayu atau rakyat Malaysia terlebih dahulu.
    Hari ini, Muhyiddin yang juga pengerusi Perikatan Nasional menegaskan bahawa beliau selaku pemimpin perlu mengambil kira semua kaum.
    “Sebab saya adalah pemimpin Malaysia,” katanya, di acara yang dihadiri pemimpin kanan PN lain antaranya Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan.

  4. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Boss dan anak buah, kerja dok maki dan fitnah PMX tetapi ekoq sendiri penuh taik Babi.

    Padan lah hobi khurafat karaoke dan golf, dah buang kopiah putih sebiji perangai Harbi lebih teruk dari DAP!

    Boss dan anak buah Mat Qazaf sama hebat duit bersepah, sampai tayang rumah agam, motor mewah.

    Ini lah perangai2 syaitan dalam gulai kawah Hadi.

    Mana Mr. Soh, Broker REE Cina Komunis?

    REE DI KEDAH DI CURI! PENDEDAHAN PENDEDAHAN PANAS DARI DS SAIFUDDIN!

    https://wrlr.blogspot.com/2025/05/ree-di-kedah-di-curi-pendedahan.html

    AMIR Wartawan Rasmi LR at Sunday, May 04, 2025
    Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

6
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x